Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU

Tarikh

10 Mei 2014

Hari

Sabtu

Masa

11.15 pagi 12.30 tengahari (75 minit)

Tingkatan

2 Abu Bakar

Sub topik

Drama Di Sini Bakti Bersemadi (Nilai & Pengajaran)

Hasil pengajaran

Pada akhir pengajaran ini, murid akan dapat :


1) Menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam drama Di Sini Bakti Bersemadi.
2) Mengenal pasti pengajaran yang terdapat dalam drama Di Sini Bakti Bersemadi.

HPU : 10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera.
HPK : 10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran.
HHP : Aras 1 (v) Mengemukakan jenis, ciri-ciri tema dan persoalan, pemikiran serta nilai
dan pengajaran karya puisi dan prosa.
Pengisian Kurikulum :
i) Nilai : Kerjasama, Keberanian, Keyakinan.
ii) Ilmu : Ekonomi
iii) KBKK : Mengenalpasti, menganalisis.
Bahan bantu belajar

: Marker pen, papan putih, kad manila, kertas A4, bahan maujud,
petikan, lembaran kerja.

Pengetahuan sedia ada : 1) Murid telahpun membaca drama Di Sini Bakti Bersemadi.
Kemahiran nilai tambah : Murid dapat mengaitkan hasil pelajaran dalam kehidupan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TINGKATAN DUA

Langkah

Isi pengajaran

Induksi Set
( 5 minit )

-Perusahaan kraftangan
merupakan bidang
pekerjaan yang boleh
meningkatkan ekonomi.
-Perusahaan ini dapat
membantu masyarakat
menyara kehidupan mereka.
-Contoh hasil kraftangan
ialah beg manik, topi dan
beg.

Aktiviti pengajaran dan


pembelajaran

Catatan

a) Guru bercerita mengenai BBB


perusahaan
kraftangan -Bahan maujud
kepada murid.
Kemahiran
b) Guru dan murid bersoal -Mendengar
jawab mengenai contoh- -Bertutur
contoh hasil kraftangan.
c) Guru menunjukkan beberapa
contoh hasil kraftangan
kepada murid.
d) Guru mengaitkan situasi
yang dibincangkan dengan
isi pelajaran.

Langkah 1
( 15 minit )

Nilai dan Pengajaran


- Nilai dapat difahami
sebagai unsur ketinggian
pekerti yang dapat dikesan
oleh pembaca.
- Nilai : Kerjasama
Berdikari
Keberanian
Kegigihan
- Pengajaran ialah
peringatan atau mesej
yang ingin disampaikan
oleh pengarang dalam
karyanya kepada pembaca.
- Kita mestilah gigih
berusaha untuk
memajukan diri.
- Kita mesti yakin akan
kemampuan diri sendiri
untuk terus berjaya.
- Kita hendaklah tegas
dalam mempertahankan
pendirian / membuat
keputusan.
- Kita mesti membantu
orang yang memerlukan

a) Guru menerangkan definisi


nilai dan pengajaran dengan
memberi beberapa contoh.

BBB
-Kad manila

b) Murid mendengar dengan


teliti.

Kemahiran
-Mendengar
-Bertutur

c) Guru menyenaraikan nilai


dan pengajaran yang terdapat
dalam drama Di Sini Bakti
Bersemadi.

bimbingan dan nasihat


daripada kita.
Langkah 2
( 20 minit )

Aktiviti berkumpulan
Menyenaraikan nilai dan
pengajaran dalam drama.
- Nilai kerjasama : Amin
memberikan kerjasama
kepada Tini untuk
memastikan Tini berjaya
dalam perusahaannya.
- Nilai berdikari : Amin
dan Tini lebih suka
berdikari membangunkan
perusahaan mereka sendiri
daripada bekerja makan
gaji.
- Nilai keyakinan :
Golongan muda iaitu Tini
dan Amin yang sangat
yakin menceburkan diri
dalam bidang
perniagaan/perusahaan.
- Nilai kegigihan : Tini dan
Amin gigih untuk
merealisasikan impian
mereka dalam bidang
masing-masing tercapai.

Langkah 3
(20 minit)

Kuiz Berkumpulan
Membina dialog atau
perbualan pendek.
-Nilai kerjasama.
-Nilai berdikari.
-Nilai keyakinan.
-Nilai kegigihan.

a) Guru membahagikan murid BBB


kepada empat kumpulan.
-Petikan
b) Guru memberikan setiap
kumpulan petikan drama
yang terdapat dalam teks
drama
Di
Sini
Bakti
Bersemadi.

Kemahiran
-Menulis
-Mendengar
-Bertutur

c) Setiap
kumpulan
perlu
berbincang dan mengenal
pasti nilai dan pengajaran
yang terdapat dalam petikan
drama yang diberikan oleh
guru.
d) Guru
meminta
setiap
kumpulan
untuk
menjalankan aktiviti main
peranan di hadapan kelas.

a) Guru membahagikan murid


BBB
kepada empat kumpulan.
-Kad manila
-Maker pen
b) Guru meminta setiap
kumpulan membina dialog
atau perbualan pendek yang
Kemahiran
menunjukkan nilai murni.
-Mendengar
c) Setelah itu, setiap kumpulan -Bertutur
perlu membaca dialog yang
telah mereka bina di hadapan
kelas.

d) Kumpulan lain perlu meneka

nilai yang ingin disampaikan


oleh kumpulan tersebut.
e) Seterus itu, guru meminta
murid menulis jawapan di
atas kertas kad manila.

Langkah 4
( 10 minit )

Rujuk lampiran

a) Guru mengedarkan Lebaran


Pengurusan Grafik (LPG) Jadual
Nilai dan Pengajaran.
b) Guru meminta murid untuk
mengisi LPG tersebut
berdasarkan pembelajaran
sebelum ini.
c) Murid memeriksa jawapan
berpandukan jawapan yang
disediakan oleh guru.

Penutup
( 5 minit )

a) Guru membuat rumusan


tentang isi pelajaran yang
dipelajari pada hari ini.

BBB
-Lembaran
Pengurusan
Grafik(LPG)

Kemahiran
-Menulis
-Bertutur
-Mendengar

Kemahiran
-Mendengar
-Bertutur

a) Guru membuat peneguhan


terhadap penglibatan murid
sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

Refleksi :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Lampiran Aktiviti Berkumpulan

1) Nilai Kerjasama

AMIN : Bagaimana sekarang?


TINI

: Agak memuaskan juga. Dulu kerja tak teratur tapi sekarang tak kelam-kabut
lagi.

AMIN : Syukurlah, Tini. Kau telah menampakkan kejayaan. Perusahaan kraftangan


ini harus kau perluaskan lagi.
TINI

: Memang itu rancangan aku, Min. Aku hendak mencari hasil-hasil keluaran

baru.
AMIN : Baguslah, Tini. Tak sia-sia kau bertungkus-lumus mendirikan perusahaan ini.
TINI

: Semua ini berkat bantuan kau juga, Min.

AMIN : Aku membantu kerana aku ingin melihat kejayaan kau. Kejayaan ini
memberi peluang pekerjaan kepada belia kampung kita.

2) Nilai Berdikari
AMIN : Kalau nak jadi pembekal, kenalah kita ada simpanan. Kalau simpanan dah
habis, macam mana kita nak jadi pembekal tetap. Nanti orang tak percayakan
kita lagi.
TINI

: Ya tak ya juga. Ini baru otak ahli perniagaan.

AMIN : Aku dah lama berkecimpung dalam penternakan ayam ini. Serba-serbinya
kenalah kita pelajari juga. Kalau tidak, kita akan ketinggalan. Engkau
sekarang bagaimana, tak belajar lagi?
TINI

: Sudah tamat, Min. Sebab itu aku balik.

AMIN : Engkau belum dapat kerja lagi?


TINI

: Bukannya tak dapat kerja, belum buat permohonan apa-apa lagi. Aku fikir
malas nak kerja makan gaji. Kerja sendiri lagi baik.

AMIN : Kerja apa kau nak buat? Di bandar tu banyak peluang kerja untuk kau. Kau
ada kelulusan. Takkan dah dapat diploma kau tak mau kerja?
TINI

: Bukan itu masalahnya, Min. sebenarnya aku ingin buat kerja kampung. Di
kampung ini banyak yang boleh aku buat. Yalah seperti perusahaan kraf
tangan, berladang, dan menternak seperti kau.

3) Nilai Keyakinan
AYAH : (Keras) Ayah tak suka kau bertindak sendiri, Tini. Ayah hantar kau belajar
tinggi-tinggi kerana ayah tak mau ka uterus menetap di kampung ini. Tiada
apa-apa yang kau peroleh di kampung ini.
TINI

: Ayah! Zaman sekarang tidak menghalang sesiapa yang mahu berusaha untuk
maju. Kerja begitu bukannya hina.

AYAH : Walaupun bukan hina tetai tindakan ini akan memalukan ayah dan keluarga
kita.

TINI

: Pekerjaan itu tidak menyalahi undang-undang, ayah. Kenapa ayanh harus

malu?
AYAH : (Kesal) Tini! Tini! Cubalah kau fahami maksud ayah. Ayah tidak yakin
dengan kemampuan kau. Kau itu perempuan. Bukan layak untuk kau lakukan.
TINI

: Kalau ayah tidak memberi peluang untuk saya membuktikan, bagaimana


ayanh harus yakin? Ayah, walaupun saya ini daripada golongan lemah, tapi
semangat saya tak lemah, ayah. Sepatutnya ayah bangga kerana ada anak ayah
yang sanggup berjuang menyambung usaha ayah dan kampung ini.

4) Nilai Kegigihan
AYAH : Bagaimanakah perniagaan kau, sekarang?
AMIN : Alhamdulillah, pak cik. Setakat ni tak ada masalah yang saya hadapi.
AYAH : Baguslah, Amin. Kau telah menunjukkan kegigihan kau berusaha sendiri.
Sekarang kau sudah berjaya. Kau patut dicontohi anak muda di desa ini.
AMIN : Tini juga apa kurangnya. Hasil usaha kerasnya dia telah menampakkan
kejayaan. Walaupun dia perempuan tapi saya kagum akan kebolehannya.
AYAH : Dia tu degil, Amin. Bukannya mahu ikut nasihat pak cik.
AMIN : Kedegilannya kena pada tempatnya, pak cik. Pak cik harus berbangga dengan
usaha gigihnya. Berilah dorongan kepadanya. Saya tahu suatu hari nanti dia
akan berjaya mengejar cita-cita murninya.

Lampiran Jadual Nilai dan Pengajaran

Peristiwa

Nilai

Pengajaran

Amin memberikan kerjasama


kepada Tini untuk memastikan
Tini berjaya dalam
perusahaannya

Nilai kerjasama

Kita mesti membantu orang


yang memerlukan bimbingan
dan nasihat daripada kita.

Amin dan Tini lebih suka


berdikari membangunkan
perusahaan mereka sendiri
daripada bekerja makan gaji.

Nilai berdikari

Kita mesti berdikari tanpa


mengharapkan bantuan orang
dengan berusaha sendiri.

Tini dan Amin yang sangat


yakin dalam membuat
keputusan untuk menceburkan
diri dalam bidang
perniagaan/perusahaan

Nilai keyakinan

Kita mesti yakin akan


kemampuan diri sendiri untuk
terus berjaya.

Tini dan Amin menunjukkan


kegigihan mereka untuk

Nilai kegigihan

Kita mestilah gigih berusaha


untuk memajukan diri sehingga

merealisasikan impian dalam


bidang masing-masing sehingga
menampakkan kejayaan.

berjaya.