Anda di halaman 1dari 1

Filem ‘Semerah Padi’ Mengelirukan Gambaran Hukum Sebat Dalam

Islam
Disiarkan pada Oct 03, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |
“Sebahagian masyarakat Malaysia terkeliru mengenai gambaran hukum sebat Islam disebab
beberapa faktor. Salah satunya, filem P. Ramlee iaitu ‘Semerah Padi’. Di samping wujudnya
unsur-unsur positif dalam filem berkenaan, tetapi cara hukuman Islam digambarkan amat
tidak serasi dengan hakikat hukum tersebut. Cara kes dibicarakan, sehingga hukuman
dijalankan menggambarkan hukuman sebat dan beberapa perkara lain kelihatan rakus dan
kejam.

Hukuman sebat dalam Islam tidak sampai mencederakan sedemikian rupa. Gambaran inilah
yang ada dalam pemikiran sesetengah masyarakat, samada yang pro atau kontra, lalu
beberapa tafsiran salah dibuat terhadap hukum-hakam jenayah peribadi tanpa menyentuh
hak individu lain seperti zina dan minum arak.

Berbeza dengan jenayah yang membabitkan ancaman kepada hak individu lain atau
keselamatan awam seperti mencuri, merompak, membunuh, merogol dan yang
seumpamanya. Jenayah peribadi seperti zina dan arak pendekatan Islam amat lunak dan
membuka ruang pelepasan dan cuba menutup ruang pendedahan.
Sebatannya juga tidak mencederakan, bahkan pada zaman Nabi s.a.w ada yang hanya
disebat menggunakan kain sahaja. Bukan untuk mencedera dan memusnahkan, tetapi
sekadar peringatan dan pengajaran. Filem ‘Semerah Padi’ memberikan gambaran yang
sebaliknya. Maka, walaupun filem ini telah lama, dalam suasana sekarang, hal ini perlu
diingatkan.
– dr mohd asri zainul abidin
Sedutan Filem Semerah Padi

Anda mungkin juga menyukai