Anda di halaman 1dari 1

AQAD UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL

PruBSN GADAI JANJI DAN TAKAFUL RUMAHKU


PENGAKUAN OLEH ORANG YANG AKAN DILINDUNGI
(Sila baca dengan teliti sebelum menandatangani borang penyertaan ini)

1. Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan dalam borang penyertaan ini dan segala
keterangan lain yang diberikan kepada Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) adalah
semuanya benar dan tiada sebarang keterangan yang disembunyikan dan saya memahami
bahawa keterangan yang diberikan dalam borang penyertaan ini kepada PruBSN akan menjadi
asas kepada kontrak untuk perlindungan Takaful.

2. Saya memahami bahawa perlindungan takaful ini tidak akan berkuatkuasa sehingga borang
penyertaan ini diterima secara rasmi dan Sijil Takaful menyatakan bermulanya perlindungan
telah dikeluarkan.

3. Saya memahami sepenuhnya bahawa organisasi (Peserta) yang memberikan pembiayaan
untuk perlindungan takaful ini ialah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia
(BPP). Sekiranya terdapat tuntutan yang timbul daripada perlindungan takaful ini, kesemua
manfaat akan dibayar kepada BPP bagi tujuan mengurangkan atau membayar habis pinjaman
tertunggak dengan BPP. Baki, sekiranya ada, akan dibayar oleh BPP kepada saya atau menjadi
sebahagian daripada harta peninggalan saya sekiranya saya telah meninggal dunia.

4. Saya seterusnya mengaku bahawa sewaktu melengkapkan borang penyertaan ini, saya tidak
memberikan sebarang keterangan berlainan kepada wakil PruBSN melainkan yang tertulis di
dalam borang penyertaan ini.

5. Saya bersetuju bahawa sumbangan takaful saya akan dimasukkan ke dalam Akaun Khas
Individu (ISA).

6. Saya seterusnya bersetuju bahawa sebahagian daripada sumbangan takaful saya di dalam ISA
(di bawah Takaful Keluarga) akan disalurkan ke dalam Dana Tabarru (di bawah Takaful
keluarga) setiap bulan sebagai Tabarru (derma) untuk PruBSN Gadai Janji bagi membantu ahli
lain yang dilindungi semasa musibah berlaku.

7. Saya seterusnya bersetuju bahawa sebahagian daripada sumbangan takaful saya di dalam ISA
(di bawah Takaful Am) akan disalurkan ke dalam Dana Tabarru (di bawah Takaful Am) setiap
tahun sebagai Tabarru (derma) untuk Takaful Rumahku bagi membantu ahli lain yang
dilindungi semasa musibah berlaku.

8. Sebagai balasan atas segala perkhidmatan yang diberikan, saya bersetuju membenarkan
PruBSN mengambil 25% daripada sumbangan untuk PruBSN Gadai Janji dan 15% daripada
sumbangan untuk Takaful Rumahku sebagai Caj Wakalah pendahuluan .

9. Saya bersetuju membenarkan PruBSN untuk melaburkan wang saya dari ISA bagi pihak saya.
Saya bersetuju keuntungan pelaburan (jika ada) dari ISA akan diagihkan antara saya dan
PruBSN berdasarkan prinsip Mudharabah, yang mana saya akan menerima 80% dan baki 20%
akan diberi kepada PruBSN di penghujung setiap tahun kewangan. Bahagian saya akan
dimasukkan semula ke dalam ISA saya.

10. Saya memahami bahawa saya layak untuk menerima sekurang-kurangnya 50% daripada
lebihan yang boleh diberikan (jika ada), termasuk keuntungan pelaburan, yang terbit daripada
Tabarru pada akhir setiap tahun kewangan dan jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam
ISA. Saya akan membenarkan PruBSN mengambil lebihan yang boleh diberikan (jika ada)
sehingga 50% sebagai insentif kerana menguruskan Dana Tabarru. Amaun sebenar lebihan
yang boleh diberikan akan ditentukan setiap tahun tertakluk kepada kelulusan daripada
Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.

11. Saya dengan ini memberi persetujuan penggunaan semua maklumat (peribadi dan sensitif)
untuk digunakan, diproses dan didedahkan oleh PruBSN untuk apa jua tujuan yang diperlukan
untuk menguruskan sijil ini dan rujukan yang lain. Saya memahami bahawa saya mempunyai
hak untuk mendapatkan dan membetulkan maklumat saya. Saya juga bersetuju maklumat
mengenai saya dikongsi dengan pihak ketiga termasuk dan tidak terhad kepada Syarikat-
syarikat Kumpulan Prudential.

Anda mungkin juga menyukai