Anda di halaman 1dari 8

KESAN STRATEGI PEMBELAJARAN PETA MINDA

TERHADAP MINAT, DAYA MENGINGAT


DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM
MATAPELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT
BERBANTUKAN PERISIAN KOMPUTER XMIND


Oleh
AHMAD KHAIRI BIN MAT ALI
krieyz@yahoo.com


Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab
Jalan Tajul
81900 Kota Tinggi
Johor


Proposal Kajian Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Temuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) Peringkat Sarjana Tahun 2014

Kursus B312 PENGAJIAN/PENDIDIKAN FIZIK
BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

Peta minda adalah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat
membantu pelajar mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis,
ingat kembali dan juga menghasilkan idea-idea baru dengan mudah. Dalam perkataan lain,
mengingat informasi maklumat melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan
lebih cepat (Bletsas, 2011). Menurut Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai
bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan. Widad dan
Kandar (2006) pula menyatakan bahawa peta minda adalah alat berfikir yang sangat
berguna. Artikel ini akan membincangkan kesan strategi peta minda terhadap pencapaian
matapelajaran Fizik Tingkatan Empat berbantukan perisian komputer bernama XMind versi
2012 SE(v3.3.1). Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang
kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu
daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap
perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang
berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran kreatif, dan penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ).









1.1 Latarbelakang Kajian
Sasaran untuk melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang Fizik dan berteknologi
telah diketahui umum. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran seseorang guru dan gaya
pembelajaran pelajar adalah salah satu faktor yang menentukan kecemerlangan pencapaian
pelajar. Dalam mata pelajaran Fizik khususnya, kaedah pengajaran yang lebih kreatif,
menarik dan bersifat inkuiri dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaiannya.

Oleh hal yang demikian, ianya menjadi tanggungjawab pendidik untuk mencari
pendekatan yang sesuai untuk mengajar secara berkesan. Pengajaran Berbantukan Komputer
(PBK) adalah satu strategi atau bentuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan
menggunakan komputer untuk menyampaikan seluruh atau separuh dari isi kandungan mata
pelajaran.

1.2 Pernyataan Masalah
Pelajar biasanya menghadapi masalah untuk mengingat fakta sains dan ini telah
menyebabkan minat belajar pelajar semakin merosot terutamanya pelajar yang berprestasi
rendah dalam bidang akademik. Selain daripada itu, sikap guru yang biasanya menggunakan
catatan nota baris demi baris, muka surat demi muka surat (catatan bentuk linear) pada akhir
pengajaran sebagai pengukuhan pengajaran didapati cenderung menjadikan pelajar berasa
bosan dan melupakan isi pengajaran. Catatan bentuk linear hanya menggunakan satu warna
sahaja (biasanya warna hitam) menyebabkan pelajar berasa bosan dengan nota yang panjang
lebar dan pelajar hanya mempelajari sebahagian kecil dari fakta yang mereka belajar. Selain
daripada itu, pelajar juga tidak berminat untuk mengulang kaji dengan catatan nota bentuk
linear yang mereka buat.

Pelajar yang bijak dan mempunyai banyak idea boleh menggambarkan konsep ini
dengan jelas daripada pembacaan buku sahaja. Namun begitu Baker (1991), merumuskan
bahawa buku teks adalah tidak efektif dari aspek perubahan konsep yang salah malah ia
seakan-akan menambahkan lagi kekeliruan pelajar. Wilkinson (1999), dalam kajiannya
berpendapat bahawa perubahan konsep yang efektif boleh dipertingkatkan melalui perisian
komputer terutamanya bagi konsep yang abstrak seperti perlanggaran, letupan, momentum
dan sebagainya.

Permasalahan inilah yang menjadikan pelajar-pelajar tidak minat mempelajari Fizik
dan mereka tidak dapat memberikan pencapaian yang terbaik dalam peperiksaan terutamanya
kerana konsep asas yang lemah dan tidak dapat mengaplikasikan dalam pembelajaran Fizik.
Hal ini terbukti apabila melihat analisis peperiksaan pelajar pada tahun 2004 dan 2005
menunjukkan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Fizik tidak sampai 10%
pada kedua-dua tahun tersebut. Meskipun ramai guru Fizik di semua peringkat prihatin
tentang penguasaan konsep asas yang diperlukan. Hasil daripada penyelidikan menunjukkan
antara faktor menghalang penguasan konsep ialah masalah pengetahuan dan masalah
kesediaan murid (mengikut aras pemikiran kognitif piaget) dan sebagainya (Abu Hassan,
2004).


1.3 Objektif Kajian
Penggunaan peta minda dapat menyeimbangkan kedua-dua belah hemisfera otak dan
tidak mementingkan mana-mana satu hemisfera otak sahaja. Menurut Tony Buzan (2009),
semua pelajar suka benda-benda berwarna-warni dan suka melukis. Melukis peta minda
merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan. Hasil segera yang boleh didapati adalah daya
ingatan pelajar semakin bertambah baik. Keberkesanan peta minda dapat dipertingkatkan dan
diperkaya dengan warna, gambar, kod dan dimensi untuk menambah elemen-elemen
kreativiti sendiri.

Perkembangan teknologi komputer masa kini khususnya dalam pembinaan-
pembinaan perisian seperti Powerpoint dapat memperkayakan teknik persembahan dalam
pengajaran. Perisian yang banyak digunakan dalam bidang sains masa kini seperti Matlab,
Perisian Fizik KBSM dan sebagainya. (Mohd Nain Hj. Awang, 2005).

Oleh itu, sesuatu media yang digunakan dalam pengajaran haruslah sesuai dengan
kebolehan penjanaan minda pelajar yang pelbagai agar ia dapat memberi impak yang positif
terhadap penguasaan pembelajaran dan pencapaian mereka.




1.4 Objektif Khusus
Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesan strategi peta minda berbantukan perisian
komputer terhadap pembelajaran Fizik Tingkatan 4. Ini bertujuan menentukan sama ada
strategi peta minda berbantukan perisian komputer dapat meningkatkan pencapaian pelajar
dalam matapelajaran Fizik Tingkatan 4.

Kajian ini juga ingin melihat sama ada strategi peta minda berbantukan komputer
mempunyai kesan yang berbeza terhadap pembelajaran kandungan teks matapelajaran Fizik
bagi pelajar berkebolehan tinggi berbanding dengan pelajar yang berkebolehan rendah dalam
matapelajaran fizik. Dengan kata lain, objektif yang kedua kajian ini berfokus kepada kesan
interaktif antara tahap kebolehan pelajar dalam matapelajaran Fizik Tingkatan 4 dengan
strategi peta minda berbantukan perisian komputer.

Selain dari itu, kajian juga dijalankan untuk melihat sama ada strategi peta minda
berbantukan perisian komputer dapat meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran
Fizik Tingkatan 4 melalui bilangan kekerapan peta minda yang dapat dihasilkan oleh pelajar
dan juga pencapaian mereka dalam matapelajaran Fizik Tingkatan 4.

Akhir sekali, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada daya mengingat
pelajar semakin meningkat dengan menggunakan strategi peta minda berbantukan perisian
komputer. Dalam hal ini, pelajar akan diminta untuk menulis definisi untuk setiap istilah fizik
dalam matapelajaran Fizik Tingkatan 4 setelah menjalankan strategi peta minda dan dicerap
juga melalui pencapaian mereka dalam matapelajaran tersebut.

1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana strategi peta minda berbantukan
perisian komputer dapat membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam matapelajaran
Fizik Tingkatan 4. Kajian ini juga cuba menumpukan kepada tiga pembolehubah
bergerakbalas dan satu pembolehubah bersandar iaitu perhubungan antara strategi peta minda
berbantukan perisian komputer dengan tahap minat, daya mengingat dan pencapaian pelajar
dalam matapelajaran Fizik Tingkatan 4.
Dapatan kajian ini boleh membantu guru mendapat satu gambaran jelas tentang
keberkesanan strategi peta minda dalam pembelajaran kandungan teks matapelajaran Fizik
Tingkatan 4. Hasil kajian ini juga sedikit sebanyak boleh menjadi pendorong kepada guru
matapelajaran Fizik untuk beralih kepada kaedah yang lebih berstruktur, interaktif dan
mampu menarik minat pelajar sekaligus meningkatkan pencapaian dalam matapelajaran fizik
mereka.

1.6 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian ini bertujuan untuk mengubah persepsi pelajar yang
mengatakan matapelajaran Fizik itu susah dan sukar difahami kepada kenyataan bahawa
Fizik itu mudah dan amat menyeronokkan dengan mengintegrasikan kemudahan teknologi
pada hari ini dalam pembelajaran dengan pendekatan strategi peta minda yang telah terbukti
melalui banyak kajian akan keberkesanannya dan dapat menjadi fenomena baru kepada
pelajar. Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengintegrasikan ICT
dalam Pengajaran dan Pembelajaran.












BIBLIOGRAFI

Asan, A. (2007). Concept Mapping in Science Class: A Case study of fifth grade students.
Educational Technology & Society, 10(1), 186-195.

Abdul Razak Habib dan Jamaludin Badusah (1998). Penggunaan Komputer untuk Pengajaran dan
Pembelajaran di Sekolah Menegah. Jurnal Pendidkan 23:53-64.


Bletsas, F. (10 February, 2011). The Importance of Mind Maps. Retrieved 12 September 2011,
from http://my-mind-maps.com/

Brian Kahn (1985). Using Computers for Learning and Teaching. London: Cambridge University
Press.

Buzan, T., & Buzan, B. (2006). The mind map book: Full colour illustrated edition. London:
BBC Active.

Buzan, T. (2003). Mind maps for kids. London: Thorsons

Buzan, T. (2004). Mind maps for kids: Rev up for revision. London: Thorsons

Gotz, K. (1991). Interactive Learning with the Computer. Educational and Training Technology
International. 28(1). 7 - 9.

Hasnah binti Musa. (2008). Cemerlang sejarah dengan peta minda. Jurnal Pradigma,7, 36-44.

Jones, B. D., Ruff, C., Petrich, B., Snyder, J., & Koonce, C. (May, 2011). The effects of mind
mapping activities on undergraduate students motivation.

Ismail B. Kailani, & Khairuzaman Bin Ismail. (n.d.). Mengenal pasi faktor-faktor yang
menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Satu kajian tinjauan
di sebuah sekolah menengah luar bandar. Retrieved September 5, 2011, from
http://eprints.utm.my/11384/1/Mengenal_Pasti_Faktor.pdf

Mansor bin Kasim, & Makrof bin Md. Daud. (2008). Kesan teknik peta minda dalam
mencatat nota terhadap guru-guru conversion sains. Wacana Intelektual IPG KPM, 14,
63-71.

Mohd Nasarruddin Bin Ahmad. (2010). Cemerlang sains dengan peta minda. Retrieved
March 5, 2011, from http://www.petaminda.com/

Nurulshahiza Bt Abd Mutalib. (2009). Peta minda sebagai kerangka isi karangan bahasa
inggeris bagi tingkatan 2. Jurnal Pedagogi Peribumi, 1, 57-66.

Rusilah Jais, Yusminah Mohd Yusof, Nur Ashiqin Najmuddin, Ismudin Rasip & Siti
Arbaiah Darus (n.d.). Penggunaan peta minda bagi matapelajaran matematik di kalangan
pelajar perakaunan. Retrieved 11 September 2011, from
http://skbbsintok.net/bank/KMM%20%20Penggunaan%20Peta%20Minda%20Bagi%
20Mata%20Pelajaran%20Matematik%20Di%20Kalangan%20Pelajar%20Perakaunan
.pdf

Supawadee Inthawong. (2009, May 14). Bridging the memory gap through mind map.
Bangkok Post Lifestyle. Retrieved from
http://www.bangkokpost.com/lifestyle/family/16677/bridg

Tee. T. K., Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman Yee. M.H. (b)
(2009). Penilaian aras kemahiran berfikir menerusi ujian SEA, rubrik kemahiran berfikir dan
rubrik peta minda. Persidangan Kebangasaan Pendidikan Sains Dan Teknologi 2009 (PKPST
2009). m.s 5-14

Tee. T. K., Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman Yee. M.H.
(n.d.) Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah. Retrived
16 September 2011, from http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf

Widayati Harun. (2006). Keberkesanan penggunaan grafik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah bagi mata pelajaran ekonomi rumah tangga: Satu kajian tindakan.
Ilmiah, 12, 103-112.

Wong, C. M., & Dr. Abdul Ghani Abdullah. (2006). Keberkesanan penggunaan peta konsep
janaan pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Jurnal penyelidikan Pendidikan, 8, 89-97.

Yeo, L. S. (5 March, 2011). Peta minda tony buzan. Kosmo online. Retrived from
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0322&pub=Kosmo&sec
=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Anda mungkin juga menyukai