Anda di halaman 1dari 147

MUNAQASYAH

‫مناقشة‬

KEM BESTARI SOLAT


Motivasi
 Setiap waktu untuk belajar ilmu fardhu ‘ain
adalah ibadah yang diberi pahala.
 Setiap amal ibadah yang dibuat tidak mengikut
cara Rasulullah s.a.w. tidak diterima oleh Allah.
 Setiap orang yang jahil agama akan disiksa di
neraka.
 Setiap ilmu yang bermanfaat yang disampaikan
akan mengalir pahala didalam kubur.
Imam Al-Ghazali berkata

 Sempurnakanlah solat seumpama kamu


menghadiahkan seorang hamba kepada
raja. Jika hamba itu cacat ini akan
mengundang kemarahan raja.
 Begitulah juga dengan solat. 100 rakaat solat
yang cacat adalah sia-sia dan tiada nilai di
sisi Tuhan. Akhirat kelak jadi muflis.
KANDUNGAN

 Bab Wudhuk
 Bab Solat
 Bab Solat Berjemaah
 Bab Solat Sunat
WUDHUK
 Antara syarat sah sembahyang ialah suci daripada
hadas kecil.
 Hadas kecil =
– Keluar sesuatu drp qubul / dubur (kencing / berak)
– Tidur yg tidak tetap punggung
– Bersentuh kulit lelaki dengan wanita yg bukan mahram
(boleh kahwin)
– Menyentuh kemaluan / dubur tanpa lapik dgn tapak tangan
– Hilang akal / pengsan
 Sebelum berwudhuk, pastikan dahulu air yang
digunakan adalah air mutlak
Bab Air

 Air yang boleh dibuat berwudhuk:


– Air Mutlak iaitu
1. Air Hujan
2. Air Sungai
3. Air Laut
4. Air Mata Air
5. Air Perigi
6. Air Salji
7. Air Embun
1. Air Paip, Air Tangki
 Air yg tidak boleh dibuat berwudhuk:
1. Air Mustakmal
 Air yg kurang dari 2 kolah yang telah digunakan
2. Air Musyammas
 Air yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada
logam yang bukan emas atau perak, yang terjemur di
bawah panas matahari di tempat (kawasan, negeri, atau
negara) yang panas.
 Sambungan
3. Air Mutaghayyar: Air yg telah berubah salah
satu daripada rasa, warna, atau bau, dengan
sebab bercampur sesuatu yang suci seperti
gula, milo, kopi, teh, dakwat
– Jika ia berubah kerana lama bertakung, kerana
lumpur dan tanah, atau kerana jatuh daun kayu
ke dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang
suci lagi menyucikan.
 Sambungan
4. Air Muqayyad, iaitu air yang dikaitkan dengan
nama asalnya seperti air tebu, air kelapa dan
sebagainya.
5. Air Mutanajjis, iaitu air yang telah bercampur
dengan najis.
Air Mutanajjis

 Termasuk najis dalam kuantiti air yang tidak


sampai 2 kolah.
 Berubah salah satu sifat air itu samada berubah
rasa, bau dan warna, disebabkan termasuk najis
tersebut.
 Terkecuali:
– terjatuh bangkai yang tidak mengeluarkan darah ketika
dibunuh seperti lalat, lipas, semut, cicak, dengan
syarat bangkai itu tidak mengubah sifat air.
Air yg tidak dikira najis jika
bercampur

 najis yang dimaafkan seperti debu-debu najis yang berterbangan


yang sukar dijaga (cth debu air ayam kering)
 najis-najis yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar (cth najis yang berada pada kaki lalat dan percikan halus air
kencing yang tidak dapat dilihat)
 bulu-bulu najis yang sedikit yang tidak melebihi 3 helai
 binatang yang buntutnya bernajis kemudian dia terjatuh ke dalam air
(cth kucing)
 bekas mulut kucing atau kanak-kanak yang makan benda najis lalu
dia menghilangkan diri tanpa diketahui mulutnya sudah dibasuh atau
tidak, kemudian dia meminum air, maka air baki minuman itu dikira
tidak bernajis.
Najis memberi kesan kepada hati

 Najis tetap najis walau berubah sifat


– Tahi Ayam yg diproses menjadi pinggan
– Tulang khinzir yg diproses menjadi cawan
– Lemak khinzir yg diproses menjadi sabun
– Air kumbahan yg diproses menjadi air minuman
 Walaupun terangkat dosa sebab tidak tahu,
ia tetap menggelapkan hati.
Air Wudhuk
 Kemudahan air paip yang ada di rumah, masjid atau pejabat
memudahkan mendapat air mutlak.
 Jika bertemu air di dalam takung, untuk berwudhuk di
dalamnya, pastikan air itu melebihi sukatan 2 kolah.
 Dengan syarat air itu tidak berubah sifat seperti bau, zat dan
warnanya oleh sesuatu yang masuk ke dalamnya.
 Jika kurang 2 kolah, dan diyakini akan kesucian air itu, maka
dibolehkan guna dengan syarat menggunakan penceduk
seperti gayung.
Ukuran 2 Kolah

 Bekas segiempat, ukuran lebar tiap-tiap segi


ialah satu hasta suku.
– Atau mengikut kiraan panjang x lebar x tinggi
adalah dalam anggaran 62cm x 62cm x 65cm.
– Atau 216 liter
 Bekas bulat, ukuran diameter satu hasta,
tinggi dua setengah hasta.
Sunnah bersugi / bersiwak

 Sabda Rasulullah s.a.w.


 ‫لو ال أشق على أمتي ألمرتهم بالسواك‬
 Jikalau tidak memberatkan umat Islam nescaya
beliau akan minta mereka bersugi setiap kali hendak
berwudhuk / bersolat.
 Bersugi itu menyucikan mulut mulut dan
mengundang keredhaan Allah dan mengundang
kebencian syaitan
 Sekali solat dengan siwak lebih afdhal dari 70 kali
solat tanpa siwak
Baca Ta’awuz & Basmalah
 Mulakanlah wudhuk dengan menyebut nama Allah.
 Rasulullah menyebut, tidak ada wudhuk bagi yang tidak
menyebut nama Allah.
 Imam Syafie, menghukumkan sunat membaca Bismillah
bilamana hendak bermula wudhuk. Yang dimaksudkan
Rasulullah itu ialah tidak sempurna wudhuknya tetapi tidaklah
sampai wudhuk itu tidak sah.
 Ulamak berpendapat lebih baik buat sebagai keluar daripada
khilaf kerana ada ulamak lain yang mewajibkan membacanya.
 Malah, terlebih baik didahului daripadanya itu taawuz, mohon
diminta perlindungan dengan Allah daripada gangguan syaitan.
Surah Al-Maidah: 6

Wahai orang-orang yang


beriman, apabila kamu
hendak mengerjakan
solat, maka basuhlah
mukamu dan tanganmu
sampai ke siku, dan
sapulah kepalamu dan
(basuh) kakimu sampai
kedua buku lali.
RUKUN WUDHUK

(mesti buat, jika tertinggal, tidak sah wudhuk)

 Niat
 Membasuh muka (dari anak rambut di dahi )
 Membasuh tangan dari jari hingga ke siku
 Membasuh sebahagian dari kepala
 Membasuh kaki dari jari hingga ke buku lali
 Tertib (mengikut susunan dan berturut-turut)
Had muka

 Apa-apa yang zahir


pandangan dari hadapan
 Meliputi dahi dan anak
rambut
 Meliputi pipi, side burn
(tali rambut) dan anak
telinga
 Meliputi dagu, janggut,
jambang.
Had Tangan

 Dari jari hingga ke siku


 Termasuk celah kuku,
lipatan siku.
 Untuk Ihtiyat (elak ragu)
elok lebihkan hingga ke
atas sedikit dari siku.
Had Kepala

 1/3 dari kepala iaitu


bahagian ubun-ubun
 Sekurang-kurangnya
sehelai rambut dari had
kepala.
 Tidak boleh membasuh
hujung rambut yg
panjang sahaja.
Had Kaki

 Dari jari termasuk


bawah kuku hingga ke
buku lali.
 Untuk ihtiyat, lebihkan
basuhan hingga atas
sedikit dari buku lali.
SUNAT WUDHUK
(buat dapat pahala lebih)

1. Membaca Basmalah
2. Membasuh kedua tapak tangan 3X
3. Bersiwak (berus gigi)
4. Berkumur-kumur
5. Beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung)
6. Menyelati janggut yang tebal, jari-jari dengan air
7. Menyapu semua kepala
8. Menyapu kedua telinga
9. Menghadap kiblat
10. Tidak bercakap-cakap
11. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
12. Membasuh 3 kali setiap anggota wudhu’
MAKRUH KETIKA WUDHUK

(Tuhan benci jika kita buat)


 Membazir air
 Mendahulukan yang kiri semasa membasuh
 Mengelap air wudhu’
 Meminta orang lain membasuhkan anggota
wudhu’nya
WUDHUK YG SEMPURNA

 Mafhum Hadith:
 Wudhuk yg sempurna dapat menggugurkan
dosa seumpama dahan kering yg keguguran
daun.
Doa ketika membasuh anggota
wudhuk

 Muka:
– Ya Allah, putihkanlah mukaku dengan nurMu pada
hari putihnya wajah Awliya’Mu dan janganlah
Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapanMu
pada hari hitamnya wajah musuhMu.
 Tangan kanan:
– Ya Allah, berilah buku catatan amalku dari arah
kananku dan hisablah aku dengan hisab yang
mudah
 Tangan kiri:
– Ya Allah, aku berlindung denganMu dari diberikan
buku catatan amal dari arah kiri atau dari arah
belakangku.
 Kepala:
– Ya Allah, Liputilah aku dengan rahmatMu,
turunkanlah kepadaku berkatMu, naungilah aku di
bawah naungan ‘arasyMu pada hari tiada
naungan kecuali naunganMu
 Telinga:
– Ya Allah, jadikanlah kami dari hambaMu yang
mendengar kebaikan lalu mengikutinya. Ya Allah,
dengarkanlah kepadaku suara penghuni syurga
bersama orang yang baik.
 Kaki Kanan:
– Ya Allah, tetapkanlah kedua kakiku di atas titian
Siratul Mustaqim bersama kaki-kaki hambaMu yg
soleh.
 Kaki Kiri:
– Ya Allah, aku berlindung denganMu dari
tergelincir kakiku ke dalam api neraka pada hari
tergelincirnya kaki orang munafik dan musyrikin.
Ingatlah…

 Wudhuk Zahir: Membasuh anggota wudhuk


dengan air mutlak
 Wudhuk Batin: Membersihkan hati dari sifat
mazmumah dan lalai dari mengingati Allah
Ta’ala
 Wudhuk Batin diperolehi dengan
membulatkan tumpuan kepada Allah Ta’ala
ketika membasuh anggota wudhuk agar
dianugerahkan khusyuk dalam solat
Jika sesudah berwudhuk, didapati
najis pada anggota badan,

 1) Jika najis itu ada pada tempat bukan anggota wudhuk,


cukup dengan membersihkannya dan wudhuk itu masih sah.

 2) Jika najis itu ada pada tempat anggota wudhuk dan diyakini
ia berlaku selepas berwudhuk, cukup dengan
membersihkannya. Wudhuk tadi itu masih sah.

 3) Jika najis itu ada pada anggota wudhuk dan diyakini terlekat
sebelum kita berwudhuk, bermakna wudhuk kita tidak sah,
kerana najis itu menghalang daripada air sampai kepada
permukaan kulit. Perlu ulangi wudhuk.
 Pastikan bahawa anggota
wudhuk kita bebas daripada
sesuatu yang boleh
menghalang air dari sampai
ke permukaan kulit anggota
wudhuk.
 Anggota Wudhuk:
– Muka
– 2 Tangan hingga ke siku
– Sebahagian Kepala
– 2 Kaki hingga ke buku lali
Wudhuk orang sakit (Sohibul Jabirah)

 Balutan / tampalan ditangan:


– Ambil wudhuk seperti biasa dengan meratakan air
pada bahagian balutan.
– Digalakkan mengulangi solat setelah balutan
tersebut dibuka.
 Atau menggantikan wudhuk dengan
tayammum

Rujukan: Buku Panduan Haji & Umrah (Tabung Haji 2007) m.s. 156-158
 Juga, eloklah dibersihkan dahulu mulut kita
daripada segala kotoran terutama sisa
makanan.
 Sisa makanan jika kita menelannya sewaktu
solat, maka batallah sembahyang kita.
 Kalau perlu minum air, maka minumlah air
agar sisa makanan itu masuk ke dalam tekak
sebelum solat.
Anggota wudhuk bercahaya

 "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada


Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya
wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya
oleh sebab bekas-bekas wudhu. Oleh itu,
barang siapa di antara kamu hendak
memperpanjangkannya (menambah
cahaya), maka baiklah dia melakukannya
dengan sempurna."
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rahsia wudhuk

 Syaitan benci pada orang yang sentiasa


dalam keadaan berwudhuk.
 Ulama zaman dahulu tidak akan menulis
kitab kecuali dalam keadaan berwudhuk.
Tidur dalam wudhuk sebelum
mandi wajib

 "Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi


wasallam apabila hendak tidur selepas
berjunub, maka Baginda mengambil wudhu
seperti wudhu sembahyang kemudian
barulah Baginda tidur."
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Tidur berwudhuk

 "Barangsiapa tidur dalam keadaan dirinya


berwudhu dan dia mati pada malam itu,
maka dia adalah syahid di sisi Allah Ta’ala."
Berwudhuk jika marah

 "Sesungguhnya  marah itu daripada syaitan


dan syaitan itu dijadikan daripada api dan
sesungguhnya api itu terpadam dengan air.
Maka jika sesiapa di antara kamu yang
dalam keadaan marah, maka bersegeralah
mengambil wudhu."
 (Hadis riwayat al-Imam Ahmad)
Cara wudhuk Rasulullah s.a.w.
 Daripada Syaidina Othman bin Affan Radhiallahu ‘anhu beliau
meminta air untuk berwudhu maka ia berwudhu dengan membasuh
dua tapak tangan tiga kali kemudian berkumur-kumur; kemudian
mencuci mukanya tiga kali kemudian mencuci tangan kanannya
hingga siku tiga kali, kemudian mencuci tangan kirinya seperti itu,
kemudian membasuh kepalanya, kemudian membasuh kakinya kanan
hingga pergalangan kaki tiga kali dan kaki kirinya tiga kali seperti itu,
Kemudian beliau berkata: "Aku telah melihat Rasulullah sallallahu
‘alaihi wasallam berwudhu seperti wudhuku ini. Kemudian Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang berwudhu seperti
wudukku ini, kemudian mendirikan sembahyang dua rakaat, tidak
terjadi sesuatu yang di antaranya, diampunkan keatasnya apa-apa
dosa yang terdahulu".
 (Hadis riwayat Muslim)
PERKARA YANG MEMBATALKAN
WUDHUK

1. Keluar sesuatu dari qubul atau dubur (kencing,


berak, kentut, terkincit, keluar cacing)
2. Tidur yang tidak tetap punggung (tidur baring/
mengiring)
• Tidak batal jika tidur duduk dengan punggung yang
tetap.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam, sakit
atau gila.
Tidur duduk tidak batal wudhuk

 Sebab daging punggung


menghimpit lubang
dubur,
 Menyebabkan angin
kentut tidak dapat keluar
 Melainkan jika duduk
yang bergoyang kiri
kanan atau melantun
seperti menaiki
kenderaan
Sambungan…

4. Menyentuh kulit berlainan jantina yang


bukan mahram tanpa lapik
• Mahram = Tidak boleh kahwin (ibu, kakak,
makcik, nenek, anak saudara)
• Bukan Mahram = Boleh kahwin (sepupu,
saudara jauh, kawan, kakak angkat, bakal isteri)
5. Menyentuh qubul atau dubur dengan tapak
tangan
Had Qubul

 Lelaki: Kawasan topi keledar tidak termasuk


batang zakar
 Wanita: Kawasan bibir faraj
Had Dubur

 Pintu lubang dubur / lubang keluar najis.


 Jika sentuh papan punggung / daging
punggung tidak batal wudhuk
MAHRAM & BUKAN MAHRAM

 Mahram: wanita yang haram dikahwini


 Bukan Mahram: wanita yang boleh dikahwini

 Mazhab Syafie, batal wudhuk jika kita


menyentuh yang bukan mahram kita tanpa
lapik yakni kulit bertemu kulit.
 Tidak batal wudhuk jika kita menyentuh
mahram kita.
Mahram Lelaki:
Surah An-Nisak ayat 23

 Perincian tentang mahram (atau orang yang diharamkan nikah) dalam Islam
disebutkan dalam surah an-Nisak ayat 23, “Diharamkan atas kamu (mengahwini)
ibu-ibumu; anak perempuan kamu; adik beradik perempuan kamu, adik-
beradik perempuan bapa kamu; adik-beradik perempuan ibu kamu; anak-
anak perempuan dari adik-beradik kamu; ibu-ibumu yang menyusui kamu;
saudara perempuan sesusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu
yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika
kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak
berdosa kamu mengahwininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak
kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua
perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
 Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Muslim nabi s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya diharamkan (untuk bernikah)


saudara sesusuan sebagaimana diharamkan
kerana keturunan”.
A. Mahram Kerana Keturunan (nasab)
1. Usul manusia: Ibu dan bapa kandung, termasuk nenek dan
seterusnya ke atas.
2. Furu’ manusia: Anak kandung, cucu kandung dan anak tiri
yang ibu atau bapanya telah kita setubuhi
3. Furu’ ibubapa: Adik beradik kandung dan adik beradik seibu
atau sebapa (tiri).
4. Adik beradik ayah dan ibu dan seterusnya ke atas
(pakcik/makcik).
5. Anak kepada adik beradik kita: anak kepada adik beradik
kita (anak saudara)
B. Mahram Kerana Perkahwinan
– Ibu / bapa mertua iaitu ibu / bapa isteri / suami kita.
– Menantu iaitu suami / isteri kepada anak kita.

C. Mahram Kerana Susuan


– Mahram kerana sesusuan adalah sama
kategorinya dengan mahram disebabkan
keturunan.
E. Mahram Sementara Waktu
– Memadukan 2 beradik perempuan dalam satu masa
– Memadukan wanita dengan ibu saudaranya atau
anak saudaranya atau cucunya dalam satu masa
– Berkahwin lebih dari 4 wanita dalam satu masa
– Isteri orang
– Bekas isteri orang yg masih dalam edah
– Bekas isteri kita yang ditalak 3
– Wanita kafir
 Berhubung dengan ayah atau ibu tiri, haram bagi
seseorang dinikahi oleh ayah atau ibu tirinya,
kalau sudah berjimak dengan ibu atau bapa
kandungnya (Tafsir Qurthubi 5/74).
 Justeru, disebabkan bapa tiri adalah mahram,
maka tidak batal wuduk jika seseorang wanita
bersentuhan / bersalaman dengan bapa tiri bagi
suaminya. 
Mahram bagi lelaki

1. Mahram disebabkan nasab atau keturunan


adalah seperti
1. ibu dan yang di atasnya / usul (nenek, moyang
Perempuan dsb),
2. anak perempuan dan yang di bawahnya / furu’
(cucu Perempuan , cicit Perempuan dsb),
3. adik-beradik perempuan kepada ibu atau adik-
beradik perempuan kepada bapa (makcik)
4. adik beradik sendiri yang perempuan (kakak,
adik perempuan).
Mahram bagi lelaki

1. Mahram disebabkan perkahwinan adalah


seperti
1. Isteri usul manusia: Isteri bapa (ibu tiri), isteri
datuk (nenek tiri) (An-Nisa’:22)
2. Isteri anak (menantu perempuan), isteri cucu.
3. Ibu mertua
4. Anak perempuan kepada isteri yg telah
disetubuhi ibunya (anak tiri).
Mahram bagi lelaki

 Mahram disebabkan persusuan adalah seperti


1. ibu susu (termasuk ibu kepada ibu susuan)
2. saudara perempuan susuan.

 Apabila perempuan tersebut menyusu dengan ibu


kita, dia menjadi mahram kepada kita dan kepada
adik beradik kita. Tetapi kita boleh berkahwin dengan
adik-beradiknya yg lain kerana mereka tidak menyusu
dengan ibu kita
3. Anak saudara perempuannya

4. Ibu saudaranya
Mahram wanita:
Surah An-Nur: 31
 Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah
suami mereka (mertua) , atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami
mereka (anak tiri), atau adik beradik lelaki mereka, atau anak lelaki saudara
lelaki mereka (anak saudara), atau anak lelaki saudara perempuan mereka
(anak saudara), atau wanita-wanita Islam, atau hamba lelaki yang mereka
miliki, atau pengikut lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap
wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan
janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang
yang beriman supaya kamu beruntung
Mahram bagi wanita

1. Mahram disebabkan nasab atau keturunan


adalah seperti
1. bapa dan yang di atasnya (datuk, moyang
Lelaki dsb),
2. anak lelaki dan yang di bawahnya (cucu Lelaki,
cicit Lelaki dsb),
3. adik-beradik lelaki kepada ibu dan adik-beradik
lelaki kepada bapa (pakcik)
4. adik beradik sendiri yang lelaki (abang, adik
lelaki).
Mahram bagi wanita

1. Mahram disebabkan persusuan adalah


seperti
1. ibu susu
2. saudara perempuan susuan.
Mahram bagi wanita

1. Mahram disebabkan perkahwinan adalah


seperti
1. bapa mertua,
2. Menantu lelaki.
3. anak tiri lelaki,
4. bapa tiri
 Selain daripada mereka adalah batal wudhuk
termasuk:
– sepupu iaitu anak kepada adik-beradik ibu atau
bapa.
– Kakak angkat
– Anak angkat
– Saudara jauh
Hukum wudhuk, aurat

Kategori Wudhuk Aurat


Mahram Tidak batal Keluarga
Mahram Batal Ajnabi
Sementara
Anak Luar Nikah Batal Ajnabi
Hukum wudhuk, aurat

Individu Kategori Wudhuk Aurat

Usul, Furuk, Adik beradik, Mahram Tidak batal Keluarga


Anak saudara, Ibu saudara,
tiri, mertua
Ipar, biras, madukan 2 wanita Mahram Sementara Batal Ajnabi
dari keluarga yg sama
Sepupu, Angkat, wanita luar Bukan Mahram Batal Ajnabi

Anak Luar Nikah Bukan Mahram Batal Ajnabi


(bagi bapa sahaja)
ISTERI?

 Bukan mahram, batal wudhuk tetapi halal


disentuh dan disetubuhi.
 Batal wudhuk jika kita menyentuh isteri kita
tanpa lapik yakni kulit bertemu kulit
 Terkecuali jika menyentuh rambut atau
kukunya.
 Bagi, kanak-kanak yang belum baligh tidaklah
batal wudhuk bila kita menyentuhnya.
Keraguan Dalam Berwudhuk

 Erti ragu dalam masalah air, hadas dan


sebagainya ialah rasa takut atau keliru
antara ada sesuatu dengan tidak adanya”.
 Dalam erti kata lain, ragu ialah syak, antara
ya atau tidak, mengenai sesuatu hal.
 Pada usul fekah, keraguan itu hendaklah dihilangkan.
 Orang yang sedang berwudhuk, asasnya
– jika ragu pada hal yang rukun, wajib mengulang.
– jika ragu pada hal yang disunatkan, sunat mengulang.

 Dah buat atau belum = belum


– Dah solat atau belum = belum
– Rakaat 3 atau 4 = 3
– Kerana tidak ada dalil ingatan atas buat

 Dah batal atau tidak = tidak batal


– Dah batal wudhuk atau belum batal = belum batal
– Dah batal puasa atau belum batal = belum batal
– Kerana tidak ada dalil ingatan atas batal
Solat selepas mandi wajib

 Tidak perlu kepada wudhuk lagi kerana sebelum


mandi wajib tadi kita sudahpun berwuduk untuk
mengangkat hadas kecil.
 Namun, dalam proses mandi wajib itu tidak boleh
berlaku sesuatu yang boleh membatalkan wudhuk.
Jika tidak, hendaklah berwudhuk selepas mandi
wajib.
 Timbul persoalan bagaimana keadaan jika tidak
berwudhuk sebelum atau sesudahnya, maka
memadailah dengan mandi wajib tadi untuk
membolehkan solat.
Wudhuk terjun ke laut

 Sah wudhuk dengan berniat wudhuk


kemudian terjun ke laut dengan syarat tidak
melakukan perbuatan yg boleh membatalkan
wudhuk semasa di dalam air laut.
 Selepas keluar dari air laut, boleh terus solat
tanpa perlu mengulangi wudhuk.
SOLAT

Dirikanlah solat (dengan tekun); Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar (al Ankabut : 45)
 Para sahabat pernah bertanya Rasululullah
s.a.w. tentang cara untuk masuk syurga.
Jawab Baginda “Banyakkanlah sujud’ iaitu
“banyakkanlah sembahyang”
Sabda Rasulullah s.a.w.

 Solat itu nur


 Allah sentiasa melihat kepada hambaNya
dengan mukaNya selama hamba itu
berkekalan dalam solatNya.
 Syarat-syarat yang harus dipenuhi sebelum
melakukan solat dapat dikelompokkan
menjadi 2 (dua) macam iaitu :
– Syarat Wajib Solat (siapa yg wajib dirikan solat)
– Syarat Sah Solat (apa yg perlu ada sebelum dan
semasa solat)
Syarat wajib solat (siapa yang wajib tunaikan solat)

1. Islam, Orang yang tidak Islam tidak wajib


mengerjakan solat.
2. Suci dari Haidh dan Nifas, Perempuan yang sedang
Haidh (datang bulan) atau baru melahirkan anak tidak
wajib mengerjakan solat.
3. Berakal, Orang yang tidak berakal seperti orang
gila,orang yang mabuk, dan pengsan tidak wajib
mengerjakan solat, sebagaimana sabda Rasulullah :
"Ada tiga golongan manusia yang telah diangkat pena darinya
(tidak diberi beban syari'at) yaitu; orang yang tidur sampai dia
terjaga, anak kecil sampai dia baligh dan orang yang gila sampai
dia sembuh." (HR. Abu Daud dan lainnya, hadits shahih)
4. Baligh (Dewasa), Orang yang belum
baligh tidak wajib mengerjakan solat.
Tanda-tanda orang yang sudah baliqh :
– Cukup umur 15 thn hijriah (lelaki / perempuan).
Kewajipan bermula pada tahun ke 16.
– Mimpi bersetubuh.
– Keluar mani bagi lelaki
– Mulai keluar darah haidh (datang bulan) bagi
perempuan seawal umur 9 tahun
5. Telah sampai da'wah kepadanya, Orang
yang belum pernah mendapatkan ajaran
agama Islam tidak wajib mengerjakan solat.
Air Mani, Mazi, Wadi
 Air Mani:
– Keluar semasa kemuncak syahwat
– Warna putih pekat seperti susu
– Bau clorox
 Air Mazi:
– Keluar pada permulaan syahwat
– Warna jernih dan likat seperti minyak pelincir
 Air Wadi:
– Keluar kerana terlalu letih/ penat
– Cair seperti air kencing
Didikan Rasulullah s.a.w.

 sabda Rasulullah
 "Perintahkanlah anak-anak untuk
melaksanakan solat apabila telah berumur
tujuh tahun, dan apabila dia telah berumur
sepuluh tahun, maka pukullah dia kalau tidak
melaksanakannya."
 (HR. Abu Daud dan lainnya, hadits shahih)
SYARAT SAH SOLAT
(mesti ada sebelum & semasa solat)

(mesti ada sebelum solat)


1. Suci dari hadas kecil atau besar
2. Suci tubuh badan dari najis
3. Suci pakaian dari najis
4. Suci tempat dari najis
5. Yakin masuk waktu solat fardhu
6. Menutup aurat
7. Menghadap kiblat (292o dari utara)
Suci dari hadas kecil atau besar

 Hadas kecil dihilangkan dengan berwudhuk


 Hadas besar dihilangkan dengan mandi
wajib
Mandi Wajib

 Rukun mandi wajib ada 2:


1. Niat “Sahaja aku mandi hadas besar bagi seluruh
badanku kerana Allah Ta’ala”
2. Meratakan air ke seluruh badan: Ratakan air
dengan menyapunya ke seluruh badan bermula
dari atas, kanan, kiri, bawah termasuk rongga
terbuka.
 Sunat ketika mandi wajib:
– Berwudhuk, menyelati anggota dll
Suci tubuh badan dari najis

 Tidak sah solat jika menanggung najis.


– Menanggung najis ialah najis tersebut berada
bersama kita semasa solat
– Contoh seseorang bersolat didalam poketnya ada
botol sample air kencing.
 Jika ada tahi ayam di kaki ketika solat, batal
solatnya.
– Cuci kaki tersebut tanpa ulangi wudhuk.
Suci pakaian dari najis

 Jika pakaian terkena najis, tukarlah kepada


pakaian yang suci
Suci tempat dari najis

 Alas dengan sejadah jika was-was tentang


kesucian tempat
– Seperti solat atas jalan raya, rumah sakit,
halaman luar masjid
Yakin masuk waktu solat fardhu

 Subuh:
– Dari terbit fajar sehingga terbit matahari
– Bermula bila matahari berada 20o dari ufuk timur
 Zohor
– Dari gelincir matahari sehingga bayangan sama
panjang dengan objek
 Asar
– Bermula daripada bayang sama panjang dengan
objeknya sehingga mahatari terbenam
 Maghrib
– Bermula daripada terbenam matahari sehingga
hilang cahaya merah di kaki langit
 Isyak
– Bermula daripada hilang cahaya merah di kaki
langit sehingga terbit fajar
– Bermula bila matahari berada 18o dari ufuk barat
Menutup aurat

 Menutup aurat dengan pakaian yang indah


dan berhias sederhana ketika solat
Aurat Lelaki

 Mahram
 Bukan Mahram (awam)
 Dalam solat
 Adab aurat
Aurat Wanita

 Mahram
 Bukan Mahram (awam)
 Dalam solat
 Adab aurat
Kaki wanita adalah aurat
Ia menjadi anggota fitnah jika dibiarkan terbuka
Menghadap kiblat (292o dari utara)

 Kiblat Badan: Ka’abah di Mekah, Arab Saudi


 Kiblat Mata: Tempat sujud
 Kiblat Hati: Tumpuan kepada Allah

 Kiblat Yakin:
– di hadapan Ka’abah di Mekah
 Kiblat Dzon (hampir yakin):
– berpandukan kompas dan arah mata angin.
Kiblat Kompas
SUNAT SEBELUM SOLAT

1. Azan
2. Iqamah
3. Meletakkan pemisah dihadapan (sitrah)
1. Sejadah
2. Kain
3. Tongkat
4. Tiang
RUKUN SOLAT
1. Berdiri betul bagi solat fardhu - RP
2. Niat - RH
3. Takbiratul Ihram - RB
4. Membaca Surah Al-Fatihah - RB
5. Rukuk dengan tomakninah - RP
6. Iktidal dengan tomakninah - RP
7. Sujud dengan tomakninah - RP
8. Duduk antara dua sujud dengan tomakninah - RP
9. Duduk Tahiyyat Akhir - RP
10. Membaca Tasyahhud Akhir - RB
11. Membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. - RB
12. Memberi salam yg pertama - RB
13. Tertib

RP= Rukun Perbuatan, RH= Rukun Hati, RB= Rukun Bacaan


Berdiri betul bagi solat fardhu - RP

 Rukun perbuatan
 Berdiri tegak bagi yang mampu
 Kaki buka sedikit
 Tangan di sisi pinggang
Niat - RH

 Rukun hati kerana niat letaknya di hati


 Rukun niat:
– Qasad : Sahaja aku
– Ta’arud: Solat fardhu / solat sunat
– Ta’ayin: Zohor / Hajat
 “Lafaz niat” di lidah, diucap sebelum takbir
untuk memudahkan mengalirkan niat dalam
hati
Takbiratul Ihram - RB

 Rukun bacaan
 Lafaznya “Allahu Akbar”
 Sunat mengangkat tangan ketika takbir
Membaca Surah Al-Fatihah - RB

 Rukun bacaan
 Bacaan mesti tepat dari segi tajwid dan
makhraj
 7 ayat termasuk basmalah
 Baca nyaring ketika Subuh, Maghrib, Isyak
Rukuk dengan tomakninah - RP

 Rukun perbuatan
 Lengan tangan, lutut dan tulang belakang
hendaklah lurus
 2 tapak tangan dikepala lutut serta
direnggang jari
Iktidal dengan tomakninah - RP

 Iktidal: bangkit setelah ruku’


 Bacaan ketika iktidal
 Jangan hayun tangan ketika iktidal
Sujud dengan tomakninah - RP

 Anggota sujud ada 7:


– Dahi
– 2 tapak tangan
– 2 lutut
– “Perut jari” dari 2 kaki
 Dahi mesti cecah sejadah, tidak boleh di alas
oleh telekung / songkok
 Makruh letak lengan atas lantai ketika sujud
(menyerupai anjing duduk)
 Renggangkan lengan dari lantai dan peha
dari perut
Duduk antara 2 sujud dengan
tomakninah - RP

 Duduk iftirasy
 Duduk atas tapak kaki kiri, dirikan tapak kaki
kanan
Duduk Tahiyyat Akhir - RP

 Duduk tawarruk
 Duduk atas tanah, dirikan tapak kaki kanan
Membaca Tasyahhud Akhir - RB

 Rukun bacaan
 Bacaan perlu jelas, betul dari segi tajwid dan
makhraj
 Genggam jari lain serta naikkan jari telunjuk
ketika membaca “La ilaha illallah”
Membaca Selawat ke atas Nabi
Muhammad s.a.w. - RB

 Ada 3 riwayat hadith tentang selawat


ibrahimiyyah yg dibaca dalam tasyahhud
akhir.
Memberi salam yg pertama - RB

 Menoleh ke kanan
 Mata melihat ke bahu kanan
Tertib

 Mengikut susunan seperti yang diajar oleh


Rasulullah s.a.w.
Tomakninah

 Maksudnya berhenti sebentar sekurang-


kurangnya selama menyebut Subanallah.
 Sekadar membezakan antara satu
pergerakan dengan pergerakan yang lain
dalam solat.
SUNAT AB’ADH SEMASA SOLAT
 Perkara sunat yang perlu ditampung dengan sujud
sahwi apabila ditinggalkan
1. Tasyahhud awal dan duduknya.
2. Qunut subuh dan qunut witir, dan berdirinya.
3. Shalawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika
tasyahhud awal.
4. Shalawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika
qunut.
5. Shalawat ke atas keluarga Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam  ketika tasyahhud akhir.
6. Shalawat ke atas keluarga Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam  ketika qunut.
Sujud Sahwi

 Dua kali sujud dan sekali duduk antara dua


sujud tersebut.
 Dilakukan sebelum memberi salam
 Membaca zikir
SUNAT HAI’AH SEMASA SOLAT

Perkara sunat yang tidak perlu ditampung dengan sujud


sahwi apabila ditinggalkan. Antaranya:
• Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram
• Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika
berdiri
• Melihat ke tempat sujud
• Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram
• Membaca istiazah (auzubillah) selepas doa iftitah
• Membaca dengan suara kuat waktu subuh, maghrib,
isyak
• Menyebut amin selepas membaca Surah al-Fatihah
MAKRUH SEMASA SOLAT

1. Memalingkan tengkok
2. Memandang ke atas / mendongak ke atas
3. Bercekak pinggang
4. Bermain-main dengan rambut, janggut, misai
5. Solat ketika makanan telah dihidangkan
6. Solat dalam keadaan menahan kencing & berak
7. Solat ketika sangat mengantuk
8. Solat di bilik air, jalan, pasar, kubur, gereja/kuil, tempat
sampah, kandang lembu.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1. Bercakap dengan sengaja


2. Ketawa
3. Makan & minum dengan sengaja
4. Bergerak 3kali berturut-turut (pergerakan besar)
5. Badan atau pakaian terkena najis (menanggung najis)
6. Membuka aurat dengan sengaja (aurat dalam solat)
1. Aurat Lelaki: Diantara pusat dan lutut
2. Aurat Wanita: Seluruh tubuh kecuali muka
7. Berhadas sebelum salam yang pertama
8. Berpaling dada dari arah kiblat
9. Mengubah niat (mahu berhenti)
10. Murtad
Batal solat jika

 Memegang tali yang terikat kepada anjing


(najis)
 Menyangkut wayar mikrofon yang terkena
tahi cicak
 Memegang kanak-kanak yang pampers telah
penuh dengan najis
 Ini dikira menanggung najis

Rujukan: Kitab Munyatul Musholli


TIDAK BATAL SOLAT JIKA

1. Senyum, menangis, batuk, bersin


2. Menggerakkan jari kaki atau jari tangan
3. Menelan air liur
4. Terbuka aurat seketika tanpa sengaja
(ditiup angin), jika dibiar, batal solat.
5. Menutup mata
ADAB SOLAT

 Imam Al-Ghazali mengumpamakan solat


seperti menghadiahkan hamba kepada raja.
Jika solat yang kita dirikan banyak cacat,
seolah-olah kita menghadiahkan kepada
raja, seorang hamba yang cacat.
 Tentu akan menyebabkan kemarahan Raja
terhadab kita.
Asal usul solat

 Semasa mikraj, Rasulullah s.a.w. melihat


sekumpulan malaikat rukuk sahaja,
sekumpulan yg lain sujud sahaja. Begitulah
dengan kumpulan-kumpulan yg lain yang
merupakan perlakuan solat.
 Sujud dua kali dalam sembahyang itu
berasal dari perbuatan yang dilakukan oleh
malaikat yang diperintahkan sujud kepada
Nabi Adam. Melihatkan Azazil tidak sujud
(setelah malaikat mengangkat kepala dari
sujudnya yang pertama), mereka sujud
sekali lagi sebagai tanda syukur mereka
boleh patuh pada arahan Allah.
SOLAT BERJEMAAH
HUKUM SOLAT BERJEMAAH

 Fardhu ain pada solat Jumaat;


 Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
 Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang
disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua
hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat
minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan
Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat
fardhu

 Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang


selain daripada solat fardhu Jumaat, pada
pendapat yang masyhur dan paling sohih
menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan
fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-
orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim,
mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak
mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
HADITH TENTANG SOLAT
BERJEMAAH

 Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah


kampung atau sesebuah desa yang tidak
mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan
mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan
menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’);
oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan
diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja
engkau akan selamat dari angkara syaitan)
(Riwayat Imam Ahmad)
Dalam mazhab Hambali, hukum
sembahyang berjemaah ialah Fardu Ain

 Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para


munafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh.
Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam
dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan
mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi
Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang
mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin,
kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu
api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar
rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya.
(HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)
Imam Muslim pula meriwayatkan
hadith daripada Abu Hurairah r.a:

 Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu


kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai
orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid.
Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi
kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya.
Pada mulanya Baginda telah membenarkannya,
tetapi kemudiannya Baginda menarik balik
kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa
si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang
dikumandangkan di masjid.
 Solat berjemaah melebihi solat bersendirian
dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Masuk Syurga Tanpa Hisab.

 Ada 3 golongan yang sembahyang berjemaah di masjid


yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab:
 Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi
dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di
masjid).
 Golongan kedua ialah orang yang berada dalam
perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.
 Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar
dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke
masjid tempat azan dikumandangkan
LURUSKAN SAF, RAPATKAN SAF

 Abu Mas'ud r.a., sahabat Nabi saw,


menyampaikan sebuah kisah. Suatu ketika,
saat hendak shalat berjamaah, Nabi
menyentuh setiap bahu kami sambil
bersabda: "Luruskan shafmu, jangan
bengkok-bengkok. Shaf yang bengkok akan
menyebabkan hatimu terpecah-belah." (HR
Muslim).
 "Sempurnakanlah oleh kamu saf yang depan
(saf yang pertama), kemudian saf-saf
berikutnya, maka saf yang kurang itu
(disebabkan sedikit makmum) hendaklah (saf
yang kurang itu berada) di saf bahagian
belakang".
(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)
 "Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah di
antara bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan
berlaku lembutlah ketika memegang tangan
saudaramu (waktu merapatkan saf), dan janganlah
kamu biarkan celah-celah (yang kosong) itu untuk
syaitan. Barangsiapa menghubungkan saf, maka
Allah menghubungkannya (dengan rahmatNya) dan
barangsiapa memutuskan saf, maka Allah
memutuskannya (daripada rahmat dan
pertolonganNya)".
 (Hadis riwayat Abu Daud)
 “Andaikata mereka tahu apa yang ada di
dalam saf yang depan, nescaya akan di
adakan undian”.

 (Hadis riwayat Muslim)


 “Sesungguhnya Allah dan malaikat-
malaikatNya mengucapkan selawat (selawat
Allah: rahmat dan selawat malaikat: istighfar)
terhadap makmum-makmum di baris
pertama”.
  
 (Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)
 “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya
mengucapkan selawat kepada makmum di
saf-saf kanan”.
 (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM

 Makmum hendaklah berada di belakang


imam. Adalah batal sembahyang makmun itu
jika dia berada di hadapan imam.
 Manakala jika imam dan makmun dalam
kedudukan yang sama maka tidaklah batal
sembahyang mereka, akan tetapi hukumnya
adalah makruh.
 Disunatkan juga agar kedudukan atau tempat imam
tidaklah tinggi dibandingkan dengan kedudukan
makmumnya, begitu juga sebaliknya iaitu kedudukan
makmum tidaklah tinggi dibandingkan dengan
kedudukan imam, melainkan jika imam itu bertujuan
untuk mengajar makmumnya perbuatan
sembahyang atau makmum itu bertujuan untuk
menyampaikan takbir imam kepada makmum yang
lain. Dalam keadaan ini, makmum tersebut adalah
digalakkan untuk meninggikan tempat
kedudukannya. (Majmuk 4/190-191, 4/186-187)
 Di antara adab-adabnya juga ialah imam
disunatkan berada di antara tengah-tengah
saf makmum yang berada di belakang.
Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam yang maksudnya :
 “Jadikanlah kedudukan imam itu berdiri di
tengah-tengah dan penuhilah celah-celah saf
(yang kosong)”.
KEDUDUKAN MAKMUM TUNGGAL DALAM SAF
SEMBAHYANG

 Apabila sembahyang jemaah itu hanya dengan


seorang makmum, maka disunatkan baginya berada
di sebelah kanan imam, tetapi hendaklah ke belakang
sedikit daripada imam.
 Manakala jika makmum berada di sebelah kiri atau di
belakang imam, disunatkan baginya untuk berpindah
ke sebelah kanan dengan menjaga daripada perkara-
perkara yang membatalkan sembahyang seperti
bergerak lebih daripada tiga kali berturut-turut.
 Walau bagaimanapun, hanya makruh hukumnya jika dia terus
berada di kiri atau di belakang imam.
 Jika makmum itu tidak juga berpindah disebabkan jahil atau
sebagainya, maka disunatkan bagi imam itu memindahkan
makmum atau memindahkan dirinya supaya berada di depan
sebelah kiri makmum, sebagaimana hadis yang diriwayatkan
oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma katanya yang
maksudnya :
 “Pada suatu malam saya tidur di rumah Maimunah dan Nabi
Muhammad Shallallahu ‘alahi wasallam berada di sana malam
itu. Beliau berwudhu dan berdiri untuk sembahyang. Saya
bersamanya dan berdiri di sebelah kirinya tetapi beliau
memindahkan saya ke sebelah kanannya”.
 (Hadis riwayat Bukhari)
Susunan Saf
 1. Imam lelaki bersama seorang makmum lelaki
 - Makmum berdiri di sisi sebelah kanan imam.
 2. Imam bersama seorang makmum perempuan
 - Makmum berdiri di sisi sebelah kiri imam.
 3. Imam bersama seorang makmum lelaki dan seorang makmum perempuan
 - Makmum lelaki di sisi sebelah kanan imam dan makmum perempuan pula berdiri di belakang makmum lelaki menepati
kedudukan imam.
 4. Imam bersama ramai makmum lelaki dan perempuan
 - Imam berdiri di tengah bahagian hadapan makmum lelaki dan makmum perempuan di belakang makmum lelaki.
 5. Imam bersama makmum seorang lelaki dewasa, seorang kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz), seorang perempuan dewasa
dan seorang kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz).
 - Lelaki dewasa di sisi sebelah kanan imam
 - Kanak-kanak lelaki di belakang lelaki dewasa menepati kedudukan imam
 - Perempuan dewasa di belakang kanak-kanak lelaki
 - Kanak-kanak perempuan di belakang perempuan dewasa
 6. Imam bersama ramai makmum lelaki dewasa, kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz), perempuan dewasa dan kanak-kanak
perempuan (belum mumaiyiz)
 - Lelaki dewasa di belakang imam
 - Kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz) di belakang lelaki dewasa
 - Perempuan dewasa di belakang kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz)
 - Kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz) di belakang perempuan dewasa
Rujukan

1. Mughnil Muhtaj - Syeikh Muhamad alKhatib al-Syarbini, vol 1


2. Al-Feqhul Islami Wa adillatuh - Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 2 *
3. Sabilul Muhtadin - Syeikh Muhamad Arshad al-Banjari vol 2**
4. I'anah al-Thalibin - Syeikh Muhamad Satha al-Dimyathi vol 1
Musafir, Mukim, Mastautin

 Musafir
– Orang yang sedang dalam perjalanan samada
dekat atau jauh
 Mukim
– Orang yang telah berhenti di sesuatu tempat lebih
dari 3 hari (tidak termasuk hari perjalanan
musafir)
 Mastautin
– Orang yang menetap di sesuatu tempat
(penduduk tetap/ asal)