Anda di halaman 1dari 5

Pentingnya kokurikulum dan Penerapan Lapan Nilai Konsep 1 Malaysia di Dalamnya.

Konsep ‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ merupakan sebuah

konsep yang diperkenalkan oleh perdana menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun

Abdul Razak. Konsep ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan

perpaduan yang lebih kuat dan erat. Melalui konsep ini juga, sebuah kerajaan yang

mengutamakan pencapaian berdasarkan keutamaan rakyat dapat diwujudkan. Demi mencapai

matlamat ini, ia perlulah bermula dari awal iaitu memupuk semangat perpaduan dari kalangan

pelajar kerana jika ingin melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh dengan ini, sifat

perkauman dan perbezaan pendapat dapat dihapuskan. Kaedah pelaksanaan yang sesuai untuk

menjayakannya adalah melalui kokurikulum di sekolah mahupun di universiti selain dari waktu

pembelajaran. Dengan cara ini, konsep 1 Malaysia dalam konteks pelaksanaan kokurikulum

dapat menerapkan perpaduan yang jitu. Kepentingan pelaksanaan kokurikulum kearah

pembinaan konsep 1 Malaysia akan terbukti jika mengamalkan lapan nilai yang terdapat dalam

konsep ini.

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap konsep dan dasar yang dibuat mempunyai tujuan

dan nilai-nilai murni yang mengemudi kita untuk menggapai apa yang diinginkan. Menurut

penjelasan perdana menteri, “pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap

kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi”. Di sini, kita dapat mengenalpasti bahawa nilai

budaya cemerlang dapat memangkin pembangunan Malaysia dan menjadikan Malaysia negara

yang maju. Apa yang dapat dikaitkan dengan kokurikulum adalah jika nilai ini diterapkan di

dalam pengajaran kokurikulum dan dipraktikkan ia mampu melahirkan modal insan yang

mempunyai karisma dan gelagat yang dapat menjadikan Malaysia lebih kehadapan. Perdana
menteri turut menjelaskan bahawa “kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung

setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya”. Oleh yang demikian,

pentingnya sesebuah persatuan atau kelab kokurikulum yang mengamalkan budaya cemerlang

akan menunjukkan hasil yang baik, dimana ahli persatuan yang berbilang kaum dan agama

bersatu padu menjayakan aktiviti yang dijalankan.

Ketabahan diri segelintir pelajar sering tercabar apabila mereka menjadi golongan

minoriti didalam sesebuah persatuan. Punca perkara ini berlaku disebabkan pergaulan hidup

hanya di dalam kelompok kaum atau agama yang sama. Pelajar akan menjadi kekok dan

mendapati dirinya seperti orang asing apabila digabungkan dangan golongan majoriti atau yang

berbeza kaum atau agama dengannya. Menggabungkan pelbagai kaum didalam persatuan

kokurikulum merupakan perkara yang baik dan amat penting bagi membentuk perpaduan. Atas

sebab inilah nilai ketabahan diri yang kuat akan mengubah sikap pelajar untuk bergaul dan

mengenali sesama mereka walaupun berbeza kaum dan agama. Perpaduan akan terbentuk jika

saling memahami antara satu sama lain dan tabah berhadapan dengan dugaan yang dihadapi oleh

persatuan. Oleh itu, kepentingan kokurikulum memperlihatkan ia mampu menjadikan pelajar

mempunyai nilai tabah yang tinggi untuk berdepan dengan dugaan dan cabaran umtuk kejayaan

diri dan negara.

Kokurikulum juga sangat penting bagi menimbulkan rasa rendah hati para pelajar. Sifat

rendah hati dapat meningkatkan sifat hormat-menghormati dan ikhlas dalm perhubungan sesama

pelajar. Namun begitu, nilai rendah hati ini bukanlah satu tanda mengaku kalah atau tunduk

kepada orang lain. Dengan adanya nilai rendah hati ini, perasaan bangga diri dan menunjuk-

nunjuk dapat dielakkan. Apabila setiap pelajar saling hormat-menghormati sesama mereka,

sudah pasti persefahaman dan perpaduan menjadi lebih kuat dan tidak timbul masalah untuk

memahami pihak lain terutamanya dengan kaum yang berbeza. Walaupun begitu, pelajar tetap
mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang tetap kepada pegangan atau kepercayaan

mereka tanpa dipengaruhi pihak lain.

Di dalam pembinaan konsep 1 Malaysia haruslah ada nilai penerimaan antara rakyatnya

yang berbilang bangsa. Fungsi kokurikulum jelas memperlihatkan kemampuannya bagi memberi

kesedaran kepada pelajar bahawa pentingnya sifat penerimaan sesama mereka. Penerapan nilai

penerimaan ini mewujudkan sifat keikhlasan dan bukan paksaan untuk menerima kaum lain.

Pelajar-pelajar akan mendapat apa yang terbaik bagi mereka jika mereka sanggup menerima apa

yang terbaik bagi kaum lain. Sebagai contoh, penerimaan semua pelajar yang berbeza kaum

terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran kokurikulum adalah perkara

terbaik bagi semua pihak. Hal ini kerana, dengan penerimaan atau perkongsian bahasa ini akan

melahirkan palajar yang saling memahami. Perdana menteri juga berkata bahawa negara

Malaysia amat memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat

persetujuan secara bersama.

“Satu Malaysia jadi pegangan, rukun negara teras perpaduan, satu Malaysia benteng

negara, rakyat Malaysia taat setia” merupakan sebahagian lirik dari lagu 1 Malaysia. Lagu yang

dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham serta liriknya hasil nukilan Lokman Ghani. Melalui

lagu tersebut, secara terang memberitahu perpaduan akan dicapai jika rakyatnya mempunyai

nilai kesetiaan kepada pemimpin mereka. Pentingnya pelaksanaan kokurikulum disini adalah

dengan memasukkan elemen kesetiaan kepada pemimpin mereka seperti pengerusi persatuan

atau kelab dan guru mereka. Jika ahli persatuan setia dan patuh kepada pemimpinnya, segala apa

yang dirancang mudah dilaksanakan tanpa berlaku kepincangan. Namun begitu, sering kali

kedengaran apabila pemimpin yang dipilih sesebuah kaum, kaum lain tidak dapat menerimanya

dan merasakan diri mereka disishkan. Sebagai contoh, kebanyakan persatuan jika memilih

pemimpinnya dari kaum Melayu, maka kelebihan di dalam ahlinya hanya kepada kaum Melayu.
Maka, kaum lain akan terasa dipinggirkan. Dengan sebab inilah timbul ketidaksetiaan kepada

pemimpin dan belaku perpecahan. Jadi, dengan adanya kokurikulum, masalah kesetiaan akan

diselesaikan dengan mengajar mereka supaya perhubungan antara pemimpin dan ahlinya secara

adil. Hasilnya nanti akan lahirlah satu pemahaman dan perpaduan yang diingini di dalam

pembinaan konsep 1 malaysia.

Selain itu, pentingnya kokurikulum untuk pembinaan konsep 1 malaysia adalah unutuk

melahirkan pelajar yang mempunyai nilai meritokrasi. Meritokrasi ditakrifkan sebagai sebuah

sistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya dan bukan atas

sebab keturunan atau kekayaan. Dengan takrifan tersebut, apa yang dapat dikaitkan dengan nilai

meritokrasi dengan kokurikulum adalah kokurikulum akan menjadikan pelajar menjadi seorang

yang berkebolehan dan mampu bersaing secara sihat antara mereka untuk mencapai prestasi

yang tinggi. Pelajar-pelajar yang mempunyai nilai meritokrasi dapat menghadapi segala

rintangan jika diberi peluang mengetuai persatuan untuk menjalankan aktiviti.

Nilai pendidikan merupakan salah satu dari lapan nilai di dalam konsep 1 Malaysia.

Sebagaimana yang kita tahu, sistem persekolahan di Malaysia masih terbahagi dengan adanya

sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Oleh kerana adanya sistem begini, sudah

nyata sukar bagi pelajar untuk mewujudkan perpaduan. Demi mencapai pembinaan konsep 1

Malaysia, sudah pasti pentingnya pelaksanaan kokurikulum merupakan satu altenatif bagi

merealisaikan konsep tersebut. Bagi mewujudkan perhubungan antara sekolah-sekolah ini adalah

dengan melakukan aktiviti kokurikulum bersama. Ianya salah satu cara terbaik untuk membentuk

perpaduan. Sebagai contoh, persatuan dari sekolah-sekolah terbabit melakukan aktiviti

perkhemahan dimana menggabungkan ahlinya terdiri dari pelbagai kaum. Di sini, nilai-nilai

bersama dapat dipupuk dan membentuk peribadi yang murni dan bebas dari sifat perkauman.
Akhir sekali, tidak lengkap jika tidak wujud nilai integriti atau kejujuran dalam

kokurikulum. Amatlah penting bagi sifat jujur ini ada dalam jiwa pelajar. Sudah pasti bidang

kokurikulum merupakan pihak yang amat penting bagi memupuk nilai integriti. Pelajar-pelajar

akan mendapat keyakinan dan kepercayaan oleh mana-mana pihak jika bersikap jujur. Perbuatan

yang tidak jujur akan memberi impak negatif kepada diri mereka. oleh sebab itu, perpaduan akan

wujud jika semua pelajar yang berbilang kaum bersifat jujur dalam perbuatan dan percakapan

mereka. Segala kritikan, teguran dan komen perlulah diterima dengan hati yang terbuka

walaupun kadangkala ianya tidak dapat diterima dan sungguh menyakitkan. Namun begitu, ianya

bukanlah satu penghinaan, sebaliknya sebagai petunjuk bagi memperbetulkan sesalahan yang

telah dilakukan.

Kesimpulannya, kepentingan pelaksanaan kokurikulum terserlah bagi membina konsep

satu Malaysia. Namun begitu lapan nilai yang di dalam konsep 1 Malaysia iaitu budaya

kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan

integriti haruslah diterapkan di dalam pelaksanaan kokurikulum. Dengan penerapan ini, akan

tercapailah matlamat untuk pembinaan konsep satu Malaysia. Perpaduan kaum sudah pasti

menjadi lebih kuat dengan adanya lapan nilai tersebut dalam pembelajaran kokurikulum.

Semestinya golongan pelajarlah yang perlu diutamakan dalam memupuk nilai-nilai ini. Apabila

pendedahan diberi lebih awal, maka mudahlah perpaduan, hormat-menghormati dan tolak ansur

dibentuk. Masalah-masalah seperti perkauman dan terpinggir haruslah dihapuskan dari kalangan

pelajar kerana pemuda merupakan harapan bangsa dan pemudi tiang negara yang akan meneraju

negara pada masa hadapan.