Anda di halaman 1dari 12

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TINGKATAN 2

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.



OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk:

1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual
3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan
dalam kehidupan dan kerjaya
4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang
berkualiti
5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual
6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain
7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia
dan antarabangsa
8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya
9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup
10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

3

BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.
2 Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan
dan pemerhatian terhadap sumber alam,benda buatan manusia dan hasil seni visual.
3 Mengetahui, memahami danmeneroka Asas Seni Reka menerusipenerokaan pelbagai media dan teknik dalam
penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.
4 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni
Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betulserta dapat menerangkan tentang hasil
kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik.
5 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka
melalui penggunaan mediayang sesuai dan teknik yang betul, mematuhi prosedur serta dapat membuat
apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai
baik
6 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni
Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan
kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkansumber alam,
warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik.

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

4

TAJUK


BAND

DESKRIPTOR

ASAS SENI REKA



















1


Mengenalpasti unsur seni dan prinsip rekaan secara betul.


2


Mengelaskan unsur seni dan prinsip rekaan pada benda buatan manusia dengan
betul.


3

Membuat ekperimentasi dan penerokaan unsur seni dan prinsip rekaan pada benda
buatan manusia dengan menggunakan pelbagai teknik.


4
Menganalisis, menghubung kait dan membincangkan bagaimana hasil daripada
eksperimentasi serta penerokaan unsur seni dan prinsip rekaan pada alam benda di
gubah untuk menjadi satu karya yang menarik dengan baik.


5

Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan unsur seni untuk
menghasilkan karya dengan menggunakan idea sendiri,imaginasi, gubahan asas
seni reka yang cemerlang dan kreatif serta mengikut proses dan prosedur yang
betul.


6

Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan unsur seni untuk
menghasilkan karya dengan menggunakan idea sendiri,imaginasi, gubahan asas seni
reka yang cemerlang dan kreatif serta mengikut proses dan prosedur yang betul dan
tepat.

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

5
Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan menggunakan
bahasa seni dengan baik


SENI HALUS
LUKISAN
CATAN
ARCA
CETAKAN


1

Memahami sejarah dan mengetahui penggunaan peralatan serta proses
penghasilan karya seni halus dengan baik


2

Menerangkan hubung kait sejarah dengan idea, penggunaan peralatan, bahan serta
proses penghasilan karya seni halus secara asas.



3

Menghasilkan lakaran idea asas karya seni halus dengan mengaplikasikan asas seni
reka melalui ekperimentasi dan penerokaan menggunakan pelbagai media dan
teknik dengan baik, dan betul.



4

Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan untuk mencipta lakaran
idea serta menghasilkan karya dengan mengaplikasikan asas seni reka, imaginasi,
olahan media, teknik, proses dan prosedur yang baik dan betul dan tepat


5

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada eksperimentasi
dan penerokaan dengan baik.

Menghasilkan karya seni halus yang kemas, menarik dan kreatif dengan
mengaplikasikan asas seni reka dengan cemerlang, daya imaginasi sendiri, baik dan
relevan serta boleh mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej dengan
cemerlang

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

6


Menggunakan pelbagai jenis media, teknik, proses serta prosedur yang betul dan
tepat sewaktu menghasilkan karya.

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan menggunakan
bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji dan menjadi
pembimbing dan contoh yang baik kepada rakan.




6

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada eksperimentasi
dan penerokaan dengan cemerlang dan tekal.

Menghasilkan karya seni halus yang cemerlang dan kreatif dengan mengaplikasikan
asas seni reka, daya imaginasi sendiri , kreatif dan unik serta boleh mewujudkan
komunikasi kesan visual dan mesej betul dan tepat.

Menggunakan pelbagai media, jenis teknik, proses serta prosedur yang betul dan
tepat sewaktu menghasilkan karya.

Menafsir dan menilai hasil kerja sendiri dan rakan secara lisan dengan menggunakan
bahasa seni dengan betul dan fasih serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji dan
menjadi pembimbing dan contoh yang baik kepada rakan.




PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

7


KOMUNIKASI VISUAL


1



Memahami jenis dan ciri bidang komunikasi visual serta mengetahui penggunaan
peralatan, bahan serta proses penghasilan karya dengan baik.



2


Membanding beza jenis, ciri, penggunaan peralatan dan bahan dengan betul.



3



Menghasilkan lakaran idea asas bentuk kulit buku atau majalah dengan
mengaplikasikan asas seni reka melalui ekperimentasi serta penerokaan idea
dengan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan baik dan betul.



4

Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan idea untuk mencipta
reka bentuk kulit buku atau majalah dengan memberi penekanan kepada tipografi
dan reka letak yang betul serta penggunaan media, teknik dan prosedur yang betul
dan tepat.


5

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada eksperimentasi
dan penerokaan dengan baik.

mencipta reka bentuk kulit buku atau majalah secara kreatif dengan memberi
penekanan kepada tipografi, reka letak dan gubahan warna yang betul dan tepat
dengan menggunakan media, teknik dan prosedur yang betul dan tepat

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

8

Mencipta reka bentuk kulit buku atau majalah dengan mengaplikasikan asas seni
reka dengan cemerlang, daya imaginasi sendiri, baik dan relevan serta boleh
mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej dengan baik.

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan menggunakan
bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji dan menjadi
pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.






6

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada eksperimentasi
dan penerokaan dengan cemerlang dan tekal.

mencipta reka bentuk kulit buku atau majalah secara kreatif dan unik dengan
memberi penekanan kepada tipografi, reka letak dan gubahan warna yang betul dan
tepat dengan menggunakan pelbagai jenis media, teknik dan prosedur yang betul
serta tepat

Menafsir dan menilai hasil kerja sendiri dan rakan secara lisan dengan menggunakan
bahasa seni dengan betul dan fasih serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji
yang tekal dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.




PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

9

KRAF TRADISIONAL

1


Memahami sejarah dan jenis alatan, bahan, teknik serta proses penghasilan ukiran
kayu dan tekat


2


Membanding beza penggunaan alat, bahan dan proses penghasilan ukiran kayu
dan tekat secara betul

3


Menghasilkan ukiran kayu atau tekat secara peniruan dengan mengaplikasikan asas
seni, penggunakan alat,bahan, teknik serta proses yang betul


4


Mencipta ukiran kayu atau tekat melalui penerokaan idea sendiri dengan memberi
penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan baik

Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dalam penghasilan
kraf tradisional.





5


Mencipta ukiran kayu atau tekat melalui penerokaan idea sendiri dengan memberi
penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan kreatif

Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dan tepat dalam
penghasilan kraf tradisional.



PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

10







Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan menggunakan
bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji dan menjadi
pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.


6


Mencipta ukiran kayu atau tekat melalui penerokaan idea sendiri dengan memberi
penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan kreatif dan cemerlang.

Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dan tepat dalam
penghasilan kraf tradisional.


Menafsir dan menilai hasil kerja sendiri dan rakan secara lisan dengan menggunakan
bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji dan menjadi
pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

11




PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

12