Anda di halaman 1dari 9

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID


PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 1
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 2
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan
beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang
bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan di
akhirat.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Murid yang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran melalui kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Pendidikan Islam berkebolehan:
i. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul, dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya
dalam kehidupan seharian;
ii. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;
iii. Memahami maksud beberapa surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;
iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;
v. Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama;
vi. Memahami dan mengamalkan asas-asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah;
vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda.
viii. Memahami, mengamalkan dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan
ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.



PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 3


BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengetahui asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah
tertentu, hadis pilihan, mengetahui asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan asas
jawi.
2 Memahami asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah
tertentu, hadis pilihan, asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW, dan asas jawi.
3

Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami
surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, melakukan asas ibadah dan adab, memahami
sirah Rasululllah SAW serta boleh membaca dan menulis asas jawi.
4

Mempamerkan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami
surah-surah tertentu, hadis pilihan, menghayati asas akidah, melaksanakan ibadah, adab
tertentu, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi.
5

Mengaplikasikan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan
memahami surah-surah tertentu dengan betul, menghayati hadis pilihan dan asas akidah,
mengaplikasikan ibadah dan adab tertentu dalam kehidupan, menghayati sirah Rasululllah SAW
serta mampu membaca dan menulis jawi dengan baik.

6

Mahir membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu
dengan sempurna, menghayati hadis pilihan dan akidah, mengamalkan ibadah dan adab dalam
kehidupan harian, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mahir membaca dan menulis jawi.


PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 4
BIDANG / TAJUK BAND DESKRIPTOR
1

Menyebut huruf-huruf hijaiyah tunggal berbaris satu di atas dengan bimbingan.

2

Menyebut kalimah-kalimah daripada surah al-Fatihah yang mengandungi pelbagai baris dan
tanda bacaan dengan bimbingan.

3 Membaca potongan-potongan ayat daripada surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas yang
mempunyai pelbagai baris dan tanda bacaan dengan bimbingan.
4 Menghafaz ayat-ayat daripada surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas yang mengandungi pelbagai
baris dan tanda bacaan dengan betul.
5

Menghafaz ayat-ayat daripada surah al-Falaq dan al-Nas yang mengandungi pelbagai baris dan
tanda bacaan dengan betul.
AL-QURAN
BACAAN

Menyebut dan Membaca
Huruf-Huruf Hijaiyah :
tunggal dan
bersambung
pelbagai baris
dan tanda


Membaca dan
Menghafaz :
Surah al-Fatihah
Surah al-Nas
Surah al-Falaq
Surah al-Ikhlas
6

Menghafaz surah-surah tertentu yang mengandungi pelbagai baris dan tanda bacaan dengan
betul dan boleh dicontohi.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 5
BIDANG / TAJUK BAND DESKRIPTOR

1

Menyebut dengan bimbingan pengertian:
Rukun Iman
Rukun Islam


2

Menyatakan dengan betul :
Rukun Iman
Rukun Islam


Menyatakan pengertian beriman kepada Allah SWT dengan betul.
3

Melafazkan Kalimah Syahadah dengan bimbingan.

Menyatakan dalil aqli tentang kewujudan dan kebesaran Allsah SWT dengan betul.
4

Menghafaz lafaz Kalimah Syahadah dengan betul.

Menyatakan kesan beriman kepada Rukun Iman dengan betul.
5

Menyatakan pengertian Kalimah Syahadah dengan betul.
AKIDAH
Memahami dan
Menghayati :
Rukun Iman
Beriman Kepada
Allah SWT
Rukun Islam
Kalimah
Syahadah

6

Mengamalkan perkara-perkara Rukun Iman dan Rukun Islam dengan betul dan istiqamah dalam
kehidupan seharian.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 6


1 Menyebut pengertian bersuci dan hukumnya dengan bimbingan.
2 Menyebut cara bersuci dengan betul.
3
Menyatakan dengan betul pengertian dan tujuan :
Beristinjak
Berwuduk
Menyatakan cara beristinjak dengan betul.
4
Membaca lafaz niat wuduk dengan betul.
Menyatakan alat-alat beristinjak dengan betul.
5
Melakukan rukun wuduk dengan betul dan istiqamah.
Menyatakan adab-adab sebelum, semasa dan selepas qadha hajat dengan betul dan sempurna.
IBADAH

Memahami dan
Mengamalkan Konsep :
Bersuci
Berinstinjak
berwuduk

6
Mengamalkan wuduk dengan tertib, istiqamah dan boleh dicontohi.
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 7
1

Menyebut salasilah keturunan nabi Muhammad SAW sebelah bapa dan ibu dengan bimbingan.

2
Menceritakan tanda-tanda kenabian nabi Muhammad SAW berdasarkan peristiwa semasa dan
selepas baginda dilahirkan dengan bimbingan.
3 Menyebut nama-nama wanita yang menyusukan nabi Muhammad SAW dengan betul.
4 Menyatakan tempoh penyusuan nabi Muhammad SAW dengan betul.
5 Menceritakan sebab-sebab nabi Muhammad SAW disusukan oleh ibu susuan dengan betul.
SIRAH
Memahami dan
Mengambil Iktibar
daripada :
Salasilah
Keturunan Nabi
Muhammad SAW
dan Tanda-
Tanda Kenabian
Baginda SAW.
Kisah Penyusuan
Nabi Muhammad
SAW
6
Menyatakan keistimewaan keturunan dan tanda-tanda kenabian nabi Muhammad SAW dengan
betul dan istiqamah.
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 8

Menyatakan adab-adab dengan guru dengan bimbingan.

1
Menyatakan adab-adab bergaul dengan rakan dengan bimbingan.


Menyebut adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan dan minum dengan betul.
2

Menyatakan adab-adab bersama ibubapa dengan betul.

3

Melakukan adab-adab dengan betul :
Berdisiplin ketika mengadap makanan
Menghormati ibubapa
Bergaul mesra dengan rakan
Mendengar nasihat guru

4

Menyatakan kelebihan beradab dengan betul.

5

Mengamalkan adab-adab betul dan istiqamah.

ADAB
Mengamalkan Adab :
Makan dan
Minum
Terhadap Ibu
Bapa
Bergaul dengan
Rakan
Terhadap Guru
6

Berupaya melakukan adab-adab dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 9
1 Menyebut huruf jawi tunggal, huruf yang hampir sama bentuk dan bunyi dengan bimbingan.
2 Menulis huruf jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung dengan bimbingan.
3 Membaca perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
Menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
4
Membaca rangkaikata dan kata majmuk daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
5 Menulis rangkaikata dan kata majmuk daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
JAWI
Menyebut dan Menulis :
Huruf-Huruf J awi
Tunggal
Huruf-Huruf J awi
Bersambung
Suku Kata
Terbuka
Suku Kata
Tertutup
Rangkai Kata
Kata Majmuk
6
Mahir membaca dan menulis rangkaikata dan kata majmuk daripada suku kata terbuka dan
tertutup serta boleh dicontohi.