penjual faktor bertemu secara langsung atau tidak langsung untuk menjalankan urusniaga pada harga tertentu. Pasaran Faktor Tanah Buruh Modal PASARAN BURUH Tempat firma memperoleh faktor buruh. Isi rumah menawarkan buruh. Pendapatan yang diterima oleh buruh ialah upah. Tingkat upah ditentukan oleh permintaan dan penawaran buruh. PASARAN BURUH Permintaan Buruh Bilangan buruh yang diambil bekerja oleh firma pada suatu tingkat upah tertentu dalam tempoh masa tertentu. Jika kadar upah tinggi, permintaan buruh akan berkurangan. Jika kadar upah rendah, permintaan buruh akan bertambah. Hubungan antara upah dengan kuantiti buruh diminta adalah songsang. PASARAN BURUH Penawaran Buruh Jumlah buruh yang sanggup bekerja pada suatu tingkat upah tertentu dalam satu tempoh masa tertentu. Jika kadar upah tinggi, penawaran buruh akan meningkat. Jika kadar upah rendah, penawaran buruh akan berkurangan. Hubungan antara upah dengan kuantiti penawaran buruh adalah positif.
KESEIMBANGAN PASARAN BURUH Jumlah kuantiti buruh yang diminta sama dengan jumlah kuantiti yang ditawarkan pada suatu tingkat upah tertentu. KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN BURUH Keadaan apabila kuantiti buruh yang diminta tidak sama dengan kuantiti buruh yang ditawarkan. Lebihan permintaan buruh berlaku apabila kuantiti buruh ditawarkan kurang daripada kuantiti buruh diminta. Lebihan penawaran buruh berlaku apabila kuantiti buruh diminta kurang daripada kuantiti buruh ditawarkan.
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN BURUH Implikasi lebihan permintaan buruh Upah akan naik Kuantiti buruh yang diminta akan turun. Kuantiti buruh yang ditawarkan akan naik. Upah akan jatuh. Kuantiti buruh yang diminta akan naik. Kuantiti buruh yang ditawarkan akan turun.
Implikasi lebihan penawaran buruh PASARAN MODAL Pasaran yang menjalankan urus niaga modal kewangan. Faedah merupakan kos kepada permintaan modal dan ganjaran kepada penawaran modal. Kadar faedah rendah, permintaan modal bertambah. Kadar faedah rendah, penawaran modal berkurangan. PASARAN TANAH Isi rumah menawarkan tanah. Firma meminta tanah. Sewa tanah hanya ditentukan oleh permintaan tanah kerana penawaran tanah adalah terhad. Pemintaan tanah dipengaruhi oleh --daya pengeluaran tanah --lokasi tanah --kegunaan tanah pada masa depan. --kesuburan tanah
Berdasarkan maklumat yang diberi, nyatakan betul atau salah. (i) Isi rumah merupakan pembeli dalam pasaran faktor. (ii) Usahawan tidak diurusniagakan dalam pasaran faktor. (iii) Semakin tinggi upah, semakin ramai kuantiti buruh diminta. (iv)Sewa tanah bergantung kepada permintaan tanah. (v)Pengurangan buruh dalam pasaran buruh akan menyebabkan tingkat upah meningkat. Ketidakseimbangan Pasaran Buruh (i) Tingkat upah dipaksa turun Permintaan meningkat (ii) Lebihan permintaan (iii) (iv) Penawaran meningkat