Anda di halaman 1dari 3

1

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KEDUA 2/2014


Tarikh : 17 April 2014
Masa : 2.00 petang 3.15 petang
Tempat : Bilik Kaunseling
Kehadiran : Ustazah Arifah Saad (Pengerusi/KP)
Ustazah Norul Huda Ahmad (PK Ptg)
Ustaz Mustaza Abdullah
Ustaz Mohd Amin Fitri Othman

Tidak Hadir Bersebab : Ustaz Mohd Hafiz Suid @ Shuaib (S/usaha)

1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran semua ahli dan dimulakan dengan membaca ummul
kitabul fatihah.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan memaklumkan setiausaha tidak hadir
bersebab dan tugasan mencatat diserahkan kepada Ustaz Mohd Amin Fitri.
Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit mesyuarat panitia pendidikan Islam kali pertama telah disahkan oleh Ustaz Mustaza
Abdullah dan disokong oleh Ustaz Mohd Amin.

Tindakan : Makluman

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Ketua panitia selaku pengerusi memaklumkan program Eksplorasi Haji dan Celik Tokoh akan
ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan manakala program Celik Tajwid akan diadakan pada 2
Mei 2014 dan dikelolakan oleh Ustaz Mohd Amin Fitri serta satu program kerohanian akan di
adakan di PULAZA, Balik Pulau pada 9,10, dan 11 Mei 2014
Tindakan: Makluman/KP/Guru Berkenaan

3.2 Pengerusi memaklumkan Bengkel PBS yang dijadualkan pada Mac tidak dilaksanakan, guru
diingatkan pelaksanaan PBS adalah berterusan bagi mencapai band 5 dan 6.
Tindakan: Makluman

3.3 Pengerusi memaklumkan perkara 8.7. 2 perlu diselesaikan dan diisi secara Offline.
Tindakan: Makluman/KP/Guru Berkenaan

3.4 Pengerusi meminda Jadual penyedia kertas soalan dan mendapatkan persetujuan semua ahli ;


2

TING UK1 PPT PERCUBAAN PAT
1 Ustaz Amin Fitri

Ustaz Amin Fitri
2 Ustaz Mustaza

Ustaz Mustaza
3 Ustaz Hafiz

LPM
4 Ustaz Hafiz Ustaz Hafiz (K2)
Ustazah Arifah (K1)
Ustaz Hafiz (K1)
Ustazah Arifah (K2)
5 Ustaz
Mustaza
Ustaz Mustaza (K2)
Ustazah Arifah (K1)
JPNPP LPM

Tindakan: Semua GPI

3.5 Pengerusi juga memaklumkan semua penilaian dan peperiksaan berkaitan mata pelajaran
Tasawwur Islam akan diuruskan oleh beliau.
Tindakan: KP

4.0 Analisa peperiksaan SPM 2013

4.1 Pengerusi membentangkan keputusan peperiksaan SPM 2013 dan akhir tahun bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam.

SPM
2013
A+ A A- B+ B C+ C D E G
P.ISLAM 1 2 8 9 16 12 15 5 8 31
T.ISLAM 2 2 1 1 1

PENDIDIKAN ISLAM
UJIAN CALON TH GPMP
2013
GPMP
2014
BEZA LULUS %
LULUS
GAGAL %
GAGAL
SPM
2013
110 7 5.99 5.95 0.04 79 71.82 31 28.18
T4 120 4 7.73 6.92 0.81 59 50.86 57 49.14
T5 112 8 6.62 6.69 0.07 71 68.27 33 31.73

MP GPMP 2010 GPMP 2013
TASAWWUR ISLAM 4.85 1.86
Tindakan : Makluman

4.2 Pengerusi memaklumkan walaupun peratus lulus menurun tetapi GPMP menurun disebabkan
oleh ramai calon mendapat keputusan A.
Tindakan : Makluman


3

4.3 Pengerusi memaklumkan banyak faktor yang menyumbangkan tingginya peratusan gagal di
antaranya ialah kemenjadian murid yang terlibat dengan pelbagai masalah disiplin, malas
berusaha, tidak menjawab soalan keluar awal di dalam peperiksaan dan terdapat murid
bermasalah di dalam menulis dan membaca
Tindakan : Makluman

4.4 Semua ahli mencapai kesepakatan setelah berbincang untuk melaksanakan beberapa program
bagi meningkatkan pencapaian akademik mata pelajaran pendidikan Islam. Program yang bakal
dilaksanakan ialah; Bengkel Teknik Menjawab Soalan (2 kali) Eksplorasi haji, Celik Tokoh,
Celik tajwid dan Modul Gemilang bagi pelajar lemah yang akan diadakan pada 23 April 2014 di
IPG Tengku Bainun.
Tindakan : Semua GPI

5.0 PBS

5.1 Pengerusi memaklumkan taklimat PBS telah diadakan terutamanya khusus untuk PTT3 pada 2
April, 14 April dan 15 April 2014, yang disampaikan oleh Cikgu Cheah. Pengerusi memohon
semua guru melaksanakan PBS mengikut jadual.
Tindakan : Semua GPI

6.0 Hal-Hal Lain
6.1 Ustaz Mohd Amin membentangkan hasil daripada kursus yang beliau ikuti,iaitu teknik peta
minda yang disampaikan oleh Guru Cemerlang Jusa C Tn Hj Shamsudin di IPGPP.
Tindakan : Makluman

6.2 Ustaz Mohd Amin juga memaklumkan semua ahli boleh mendapatkan bahan pengajaran dan
pembelajaran tingkatan 1 hingga 3 dari laman http://madrah .net; laman yang telah dikelola oleh
Ustaz Ahmad Bin Buang, manakala Tingkatan 4 dan 5 dari beliau.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang

Di sediakan oleh Disemak oleh: Di sahkan oleh:



______________ _______________ __________________
Mohd Amin Fitri Cik Arifah Saad Pn Neoh Pei Yin
Pencatat Ketua Panitia P.Islam Ketua Bidang Kemanusiaan

Anda mungkin juga menyukai