Anda di halaman 1dari 5

1

PENULISAN JURNAL
Minggu : Sepanjang tempoh praktikum
Tarikh :31 Mac 2014 1 May 2014
Pemasalahan yang saya hadapi pada minggu pertama ini adalah bagaimana saya untuk
menyusuaikan diri untuk praktikum dari segi perancagan pengajaran harian (RPH) yang
mana sebelum ini hanya satu buku sahaja yang perlu saya siapkan,tetapi bermula pada
minggu ini dan seterusnya hingga tamat praktikum saya perlu menyiapkan RPH dalam 2
buku.
Mengikut pada rekod bacaan kebanyakkan murid tahun satu pada tahun ini masih lagi
membaca Iqrak 1. Ini merupakan cabaran buat saya dan rakan-rakan yang lain pada tanun ini
untuk mengajar mereka.Malahan dalam kelas Bahasa Arab dan Al-Quran pula, masih ada
diantara murid yang kurang mengenali huruf hijaiyah.Oleh itu saya memerlukan sedikit masa
untuk menyesuaiakan murid dengan diri saya agar mudah untuk saya mengajar mereka.
Untuk menangani masalah ini saya memerlukan sedikit waktu untuk menyelesaikan
masalah yang saya hadapi ini.Saya juga perlukan masa untuk saya menyelesaikan masalah
yang hadapi ini. Saya juga perlukan masa untuk saya menyesuaikan diri dengan praktikum ini
dan membuat penyediaan rapi bagi menghadapi minggu praktikum yang seterusnya
ANALISIS
Di minggu pertama praktikum ini saya mempunyai kesukaran dalam memulaan
proses pegajaran dan pengajaran yang ketara. Di mana saya perlu dalam memikirkan set
induksi bagi sesuatu pengajaran yang akan di ajar. Bantuan guru pembimbing,rakan-rakan
guru pendidikan Islam yang lain dan rakan-rakan guru telah banyak memberi tunjuk ajar dan
membantu saya dalam menyelesaikan masalah yang saya hadapi.
2

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
Pada masa yang akan datang saya akan cuba memperbaiki kelemahan saya dan cuba
untuk membuat persediaan yang lebih rapi serta merancang P&P yang lebih menarik bagi
mendorong minat pelajar dalam P&P yang saya sediakan. Selain itu, saya juga akan meminta
pendapat dari guru pembimbing dan rakan guru yang lain bagi meningkatkan lagi prestasi
kerja saya pada masa akan datang dan bagi menangani masalah dalam menghapi murid tahun
satu yang mana guru perlu memahami karektor mereka untuk memudahkan guru dalam
menyesuakan diri bagi mengajar mereka.
TEMPOH MASA
Dalam permasalahan ini, saya tidak dapat menetapkan tarikh yang tepat. Walau
bagaimanapun saya akan sedaya upaya akan cuba mengatasi permasalahan ini dengan secepat
mungkin bagi mengelakkan permasalahan ini berlanjutan sehingga membawa kepada
permasalhan yang lebih besar.
PENILAIAN KEYAKINAN DIRI
Saya akan meminta guru pembimbing dan guru guru pendidikan Islam yang lain
untuk menilai kemanpuan saya.Saya juga berharap dapat berkongsi idea dan pendapat dengan
mereka dalam melahirkan pelajar yang bermutu dari segi intelek dan disiplin.
TINDAKAN SUSULAN
Untuk menambahkan lagi pengetahuan, saya banyak berbincang dengan rakan guru
pendidikan Islam yang lain tentang cara menarik minat pelajar serta cara mendisiplinkan
pelajar.Saya juga turut merujuk kepada guru kaunseling dan rakan guru yang lain bagi
menangani permasalahan ini.
3


Tajuk :MASALAH PEMBAHAGIAN WAKTUYANG TIDAK SISTEMATIK
SEMASA AKTIVITI P&P.
Isu : Perancangan yang dirancang tidak dapat dijalankan seperti yang
dirancangkan di dalam RPH.
:Set induksiyang kurang bersesuaian dengan tahap murid.
: Kurang kreatif dan idea menarik dalam menarik minat pelajar sewaktu sesi
penerangan tentang topik yang diperbincangkan.
PERI STI WA
Pada minggu ini adalah merupakan minggu ke empat saya menjalani praktikum.Seperti biasa
saya meneruskan rutin sebagai seorang guru pelatih sekaligus sebagai guru guru pendidikan
Islam yang turut menjalankan tugas sampingan disampingrutin pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah.

MASALAH
Apa yang saya dapati saya masih lemah dari segi pembahagian waktu dalam P&P serta dari
segi penyusunan atau fokus kemahiran pelajar di dalam RPH dan P&P sebagai contoh guru
tidak memfokuskan kemahiran seperti kemahiran mendengar. Guru telah menggunakan
semua kemahiran seperti membaca dan menulis tanpa mengikut tahap yang sesuai dengan
pencapaian pelajar
ANALISIS
4

Sepanjang minggu ini pemerhatian saya tertumpu kepada penyediaan RPH yang bersesuaian
dengan masa dan kemahiran atau tahap pencapaian pelajar.Saya hilang fokus ketika
menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga menyebabkan saya tidak mengikut
perancangan yang tersusun yang terdapat di dalam P&P. Kadangkala masalah ini berpunca
adalah dari kurangnya persediaan guru dalam menyediakan aktiviti untuk pelajar serta
masalah ini juga berpunca daripada sikap pelajar yang tidak memberi tumpuan serta kurang
berdisiplin di dalam kelas dan ini menyukarkan guru dalam mengawal aktiviti pelajar dan ini
kadangkala telah menggangu kelancaran proses P&P.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
Bagi mengatasi masalah ini,saya telah mengkaji tentang cara-cara menyediakan RPH yang
lebih tersusun dan melaksanakan P&P yang lebih menarik serta hanya fokus kepada satu atau
dua kemahiran agar tidak membebankan pelajar dan dapat memudahkan pelajar dalam
memeberi tumpuan kepada P&P atau tajuk yang diperbincangkan.

TEMPOH MASA
Dalam permasalahan ini, saya tidak dapat menetapkan tarikh yang tepat. Walau
bagaimanapun saya akan sedaya upaya akan cuba mengatasi permasalahan ini dengan secepat
mungkin bagi mengelakkan permasalahan ini berlanjutan sehingga mengaggu proses P&P.
PENILAIAN KEYAKINAN DIRI
Saya akan meminta guru pembimbing dan guru guru pendidikan Islam yang lain untuk
menilai kemampuan saya. Saya juga berharap dapat berkongsi idea dan pendapat dengan
mereka dalam melahirkan pelajar yang bermutu dan berkemahiran di dalam Bahasa Arab.
5

TINDAKAN SUSULAN
Untuk menambahkan lagi pengetahuan, saya banyak berbincang dengan rakan guru
pendidikan Islam yang lain tentang cara penyediaan RPH yang lebih teratur serta cara
melaksanakan P&P yang lebih menarik dan tersusun serta dapat meringankan beban murid
dan dapat menarik minat pelajar.

Anda mungkin juga menyukai