Anda di halaman 1dari 4

Ms 8 Edisi 1 - 28 Februari 2014

Oleh: Norzalina Binti Mohd Yusof, Seri Wati Binti Said, Syed Hassanein Haiekal
Shah Bin Said Amin Shah
Batang Kali - Pergerakan Pemu-
da UMNO Bahagian Hulu Selan-
gor telah mengadakan pameran
kerjaya bertempat di SMK Syed
Mashor pada 25 Februari yang
lalu. Pihak KKHS telah menghan-
tar pegawai untuk membuat pro-
mosi yang dihadiri kira-kira 300
orang pelajar yang akan
mengambil peperiksaan SPM
dan STPM tahun ini. Sambutan
yang diberikan amat mengga-
lakkan dari para pelajar terbabit.
Pameran Kerjaya Anjuran Pemuda UMNO
Diterbitkan oleh:

Unit Multimedia & Sumber (UMS)
Kolej Komuniti Hulu Selangor,
No 43-57 jalan Kelah 2,
Taman Perniagaan Kelah,
44300 Batang Kali, Selangor
Tel: 03-60571717 Faks: 03-60571718
Email: www.kkhse.edu.my
K O L E J K O M U N I T I H U L U S E L A N G O R ,
K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A
Bil. 2
Edisi 1 - 28 Februari 2014
BULETIN
FEBRUARI 2014
Menarik didalam:
Pembuangan Undi JPP
Ms 2
Lawatan Kerja Ke Cyber-
security Malaysia
Ms 3
Kursus Aneka Kek Potong
Maahad Tahfiz
Ms 5
Mesyuarat PISH Daerah
Hulu Selangor
Ms 4
Pengumuman & Pembentukan JPP KKHS
Oleh: Siti Khadijah Bt. Othman, Aishah Bt. Husin
Batang Kali - Pada 4 Februari yang lalu telah diadakan majlis pengumuman dan
pembentukan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi Sesi Januari 2014. Majlis
telah berlangsung di Bilik CS3 dan CS4 Blok B KKHS bermula jam 3 petang. Majlis
penyampaian watikah telah disempurnakan oleh Ustaz Kamaruzzaman Bin Mohamed
Ranip, KJPSH yang mewakili Pengarah KKHS.
Majlis Perpisahan Pelajar
SMK RK4 Sesi Nov 2013
Ms 7
Projek Akhir Pelajar
SMK RK4 Sesi November
Ms 6
Pameran Kerjaya Anjur-
an Pemuda UMNO
Ms 8
Ms 2 Edisi 1 - 28 Februari 2014
Pembuangan Undi JPP KKHS
Oleh: Maliah Binti Rohaizat, Siti Khadijah Binti Othman, Aishah Bt. Husin
Batang Kali - Proses pembuangan undi untuk memilih Jawatankuasa Perwakilan Pela-
jar (JPP) KKHS bagi sesi Januari 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Febru-
ari lepas. Seramai 13 orang calon bertanding untuk merebut 9 kerusi Exco dan 4 keru-
si MT. Pelajar KKHS telah diberikan masa mengundi dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30
tengah hari mengikut kelas masing-masing. YDP JPP Sesi Januari 2014 ialah Amar
Haikal Bin Amran manakala Naib YDP Muhammad Fadzreen Airie Bin Yahya.
Edisi 1 - 28 Februari 2014 Ms 7

Majlis Perpisahan Pelajar SMK RK4 Sesi Nov 2013
Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Siti Noorhani Binti Mohd Kardi
Batang Kali - Pada 21 Februari yang lepas, pelajar SMK RK4 sesi nov 2014 telah
mengadakan majlis perpisahan semester akhir mereka. Majlis telah diserikan
dengan kehadiran Ketua Program SKS Puan Siti Noorhani Binti Mohd Kardi dan juga
para pensyarah kursus SKS yang lain. Puan Siti Noorhani telah memberikan nasihat
dan pesanan kepada semua pelajar tersebut. Beliau berharap para pelajar dapat
memberikan bantuan dan kerjasama kepada KKHS pada masa akan datang.
Ms 6 Edisi 1 - 28 Februari 2014
Projek Akhir Pelajar SMK RK4 Sesi Nov 2013
Oleh: Herdawati Binti Ahmad
Batang Kali - Seramai 28 orang pelajar semester akhir SMK RK4 sesi Nov 2013 telah
menjalankan pembentangan akhir pada 21 Februari di Makmal Baikpulih Komputer
(MBK) KKHS. Pembentangan ini merupakan salah satu projek akhir pelajar. Pemben-
tanagan ini diselia oleh Puan Herdawati Binti Ahmad yang merupakan pensyarah
kelas SMK RK4. Para pelajar telah dibahagikan kepada 6 kumpulan yang mana tajuk
Edisi 1 - 28 Februari 2014 Ms 3

Oleh: Herdawati Binti Ahmad
Batang Kali - Pelajar SMK RK4 bersama 4
orang pensyarah telah mengadakan lawa-
tan kerja ke Cyber Security Malaysia pada
13 Februari yang lalu. Tujuan lawatan ker-
ja ini adalah untuk memberikan
pendedahan kepada para pelajar tentang
jenayah siber, teknologi terkini dalam
penipuan siber dan fungsi serta skop tugas
cyber security itu sendiri.
Lawatan Kerja Ke Cyber Security Malaysia
Ms 4 Edisi 1 - 28 Februari 2014
Mesyuarat PISH Daerah Hulu Selangor
Oleh: Maslina Binti Abd Rahim, Norlailatulazmila Binti Nurul Zaman
Batang Kali - Pembelajaran Islam
Sepanjang Hayat (PISH) merupakan
salah satu tugas baru yang dia-
manahkan kepada KKHS melalui Jab-
atan PSH. Satu mesyuarat telah diada-
kan pada 19 Februari lepas yang meli-
batkan 3 buah maahad tahfiz yang
berdaftar dengan pejabat agama is-
lam daerah, seorang wakil dari Pejab-
at Pelajaran daerah (PPD) dan seorang
wakil dari Pejabat Agama Islam Dae-
rah (PAID). Tujuan mesyuarat ini di-
adakan untuk mewar-warkan kepada
maahad tahfiz berkenaan tentang kur-
sus-kursus pendek yang dijalankan di
KKHS.
Edisi 1 - 28 Februari 2014 Ms 5

Kursus Aneka Kek Potong Maahad Tahfiz
Oleh: Maslina Binti Abd Rahim, Norlailatulazmila Binti Nurul Zaman, Norzita
Suzalin Binti Ali
Batang Kali - Kursus ini merupakan kursus PISH yang pertama dijalankan di KKHS.
Pada 20 Februari lepas kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Norzita Suzalin Binti
Ali manakala Puan Maslina Binti Abd. Rahim merupakan penyelaras kursus. Seramai
12 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Kholidi, Ulu Yam telah mengikuti kursus ini.
Puan Norlailatulazmila Binti Nurul Zaman bertindak sebagai penyelaras untuk kursus
yang sama pada 25 Februari yang lepas melibatkan 32 orang pelajar dari Maahad
Tahfiz Al-Mustaqim, Serendah.

Anda mungkin juga menyukai