Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 2 (SEMINAR)

KOD KURSUS : HBEF2803


TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

SOALAN TUGASAN

Seminar adalah forum di mana isu-isu dalam bidang pendidikan dibangkitkan dan diterokai,
tetapi tidak semestinya diselesaikan. Justeru memerlukan anda untuk berfikir,dan
mengamalkan kemahiran membuat ulasan, analisis, sintesis, dan menjana idea-idea yang lebih
baik dan bernas . Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah presentasi hasil penelitian
kertas kerja dalam bentuk formal. Seminar adalah penting untuk program akademik bagi
menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan. Guru perlu memiliki dan menguasai kekuatan
ilmu dan intelek yang tinggi dan kemahiran profesional yang mantap. Sebagai seorang
guru anda perlu mengetahui secara menyeluruh aspek-aspek yang berkaitan dengan seminar
bagaimana ianya dijalankan, sebelum, semasa dan selepas seminar.

Fakulti Pendidikan dan Bahasa telah menganjurkan satu Seminar Perkembangan
Profesionalisme Keguruan bertempat di kampus induk Open University Malaysia. Dua kertas
kerja telah dibentangkan seperti berikut:

Tajuk 1 : Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban
Inisiatif Kendiri
Pembentang : Dr. Nasaruddin b. Basar
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia

Tajuk 2 : Motivasi Pelajar
Pembentang : Tuan Haji Ibrahim b. Sakimin
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard & Verifikasi
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia



Pembentangan kertas kerja tersebut telah di muat naik ke dalam portal EPiC untuk pelajar
membuat ulasan dan analisis secara kritis. (sila klik pautan video pembentangan yang terdapat
pada ruangan Description).


Pelajar perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut bagi memenuhi keperluan tugasan bagi
seminar ini.

Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumusan Ceramah Tajuk 1 (T2A1)

Berdasarkan kepada video seminar yang telah dimuat naik dalam portal EPiC, anda
dikehendaki membuat rumusan terperinci berkaitan Tajuk 1 Pembangunan Profesionalisme
Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri. Rumusan tersebut harus merangkumi
aspek-aspek penting yang telah dibentangkan.

Hadkan rumusan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.


Tugasan 2 Aktiviti 2: Ulasan Ceramah Tajuk 2 (T2A2)

Membuat ulasan secara kritis bagi Tajuk 2 : Motivasi Pelajar berdasarkan kepada persoalan-
persoalan berikut:

a) Apakah faedah yang akan diperolehi oleh guru-guru dalam Program Pensiswazahan
Guru; dan

b) Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah mengikuti
Program Pensiswazahan Guru.

Hadkan ulasan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.


Tugasan 2 Aktiviti 3: Jurnal Reflektif (T2A3)

Imbas kembali aspek-aspek penting yang telah anda perolehi semasa mendengar kedua-dua
ceramah. Cuba fikirkan adakah aspek-aspek yang telah disarankan menggambarkan situasi diri
anda sebagai seorang guru pada masa ini? Selanjutnya, sejauhmanakah anda dapat
melaksanakan saranan-saranan tersebut demi meningkatkan kerjaya diri sebagai seorang guru
yang boleh membawa kepada keberhasilan murid.

Hadkan Jurnal Relektif anda kepada 3 muka surat sahaja.

Anda mungkin juga menyukai