Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN ( 23 / 2 /2014

)

Hari : Ahad
Tarikh : 23 Februari 2014
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi

Kehadiran Pensyarah :
1. En Rousliluddin Bin Ambia
2. En Ahmad Azmi bin Jeonmani
3. En Naaisham Bin Mohamad
4. En Shaifol Bahary Bin Sulaiman
5. En A. Latif Bin Abdullah

Laporan/Ulasan

1. Pelajar berbaris, Nyayian, Bacaan Doa dan ikrar

 Nyanyian Lagu
 Bacaan doa dari Exco Kerohanian Moral & Disiplin : Khairul Abha Bin Azmi
 Lafaz ikrar Pelajar dan Ikrar rukun negara dari Yang dipertua : Mohd Shahril
Nazri Bin Ahmad Jailani

2. Ucapan dari Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (En Rousliluddin Bin Ambia)

 Ucapan tahniah kepada mereka yang menang bertanding pada
pilihanraya yang lepas
 Ucapan tahniah kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana
telah mengelola pilihanraya dengan cekap
 Ucapan tahniah kepada pelajar yang turun mengundi iaitu dengan 88.6 %
yang hadir membuang undi
 Memperkenalkan barisan AMT dan AMM


3. Isu Asrama (En Rousliluddin Bin Ambia)

 Mengingatkan pelajar supaya jangan mudah melenting berdasarkan
situasi yang berlaku sekarang
 Mengingatkan pelajar bahwa jangan terlalu seronok berada dalam zon
selesa
 Jangan mudah percaya kepada khabar angin dari mana-mana sumber
maya terutamanya dari facebook.
 Berjanji untuk menyelesaikan masalah asrama ini dalam masa yang
terdekat

4. Isu Kehadiran ( En Shukur Bin Elias)

 Menyebutkan nama-nama pelajar yang kekurangan jam interaksi kuliah
dan meminta mereka untuk hadirkan diri ke HEP

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor. Perhimpunan
tamat pada jam 9.00 pagi dan disambung dengan sesi mentor mentee.


Laporan Disediakan Oleh , 24 FEBRUARI 2014


……………………………………………………….
(NOR ARIFF BIN DAUD )
Setiausaha Agung Kehormat
Jawatankuasa Perwakilan pelajar
IPG Kampus Tun Hussein Onn