Anda di halaman 1dari 2

Cara Solat Taubat

10 June 2012 at 22:46
CARA SOLAT TAUBAT
1. Niat Solat Taubat:

“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah
termasuk orang-orang yang zalim.”

4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.


Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang
Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.


b.


Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang
Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang
hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat,
menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

c. Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan
aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian
setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari
kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan
kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada
yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”


5. Baca Doa Taubat
Tidak ada bacaan doa khusus selain dari istighfar selepas solat. Berdoa memohon ampun
daripada Allah swt. Boleh jadikan Penghulu Istighfar sebagai doa..

MASA
Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk
melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

*Sekadar memberi apa yang mampu..Semoga membantu dan bermanfaat, waallahua'alam..