Anda di halaman 1dari 5

Sinopsis Novel Gelandangan

Novel ini mengisahkan tentang keadaan suasana masyarakat yang berlatar-


belakangkan sisi hitam di Kuala Lumpur. Pengarang membuka jalan cerita terlebih
dahulu dengan menceritakan mengenai kehidupan Umi Besah sekeluarga.
Diceritakan pada permulaan novel mengisahkan kehidupan Umi Besah, seorang
yang buta dan telah kematian suami dek kerana menggantung diri, anaknya Janah
yang sifatnya keras kepada, sukakan kebebasan dan seorang anak terbuang yang
diambil oleh Umi Jenab ketika kecil iaitu Tifah, sumbing bibirnya. Umi Jenab
mempunyai sebuah rumah sewa berwarna hijau yang merupakan tempat beliau
serta keluarganya berteduh dan mendapat sedikit duit sewa untk membeli barang
keperluan seharian.
Rumah sewa tersebut disewa oleh Fakar, seorang anak muda yang baik dan
amat meminati setem. Hampir keseluruhan biliknya dipenuhi dengan album setem.
Beliau sangat rapat dengan keluarga Umi Besah dan seringkali menziarahi Umi
Besah, Janah dan Tifah jika ada waktu kelapangan.
Perkembangan cerita ini bermula apabila pengarang mengalihkan seketika
keluarga Umi Besah lalu menceritakan mengenai kisah pengemis di Pasar Minggu
Kuala Lumpur. Pelbagai ragam ditunjukkan dalam kehidupan pengemis disana. Ada
yang terpaksa menyundal ekoran desakan kehidupan, ada yang ditinggalkan suami,
dan ada yang kudung akibat terkena bom komunis.
Jibah, Pak Lebai, Sukar, Mak Lelah, Minah Rompong,Ghafur dan Sukar
merupakan watak yang ditonjolkan dalam novel ini. Masing-masing mempunyai
kisah tersendiri sebelum mereka merempat di jalanan mencari dan menagih simpati
masayarakat kota untuk sesuap nasi. Ditonjolkan dalam novel ini Jibah yang
seakan-akan menjadi seorang ketua bagi kumpulan pengemis ini. Jibah juga
mempunyai sisi gelap tersediri apabila sanggup membuang anaknya yang masih
merah ke sebuah rumah hijau di pinggir kota Kuala Lumpur.Kerinduan beliau
terhadap anaknya itu semakin memuncak apabila beliau melihat ramai anak remaja
perempuan lalu lalang di hadapan beliau ketika mengemis di Pasar Minggu.
Kerinduan yang sangat mendalam ini memaksa beliau mengambil keputusan
untuk menziarahi anaknya dengan alasan meminta sedekah supaya niatnya tidak
dapat dihidu oleh tuan rumah tersebut. Pertama kali berjumpa dengan anaknya
ketika mengemis disana seakan-akan memberi semangat untuknya meneruskan
kehidupan.Namun, niat menziarahi anaknya itu dan bukan semata-mata meminta
sedekan seakan-akan dihidu oleh Umi Besah dan Umi Besah didalam fikirannya
merasakan bahawa Jibah merupakan ibu kepada Tifah yang ditinggalkan
dirumahnya 18 tahun dahulu berdasarkan cerita yang diceritakan olehJibah kepada
Umi Besah. Belum sempat Jibah menyatakan bahawa beliau adalah ibu kepada
Tifah, beliau telah meninggal dunia ketika melintas jalan sebaik sahaja selesai
mengemis di Pasar Minggu.

Tema Utama :
Tema utama bagi Novel Gelandangan ini ialah suasana sosioekonomi yang
membelenggu masyarakat kelas bawahan di Kuala Lumpur yang memaksa mereka
mencari jalan untuk mencari sesuap nasi walau dengan cara apa sekalipun dan
mencari ikhtiar untuk terus hidup.

Persoalan :
1) masyarakat yang tiada belas kasihan terhadap pengemis.
Contohnya : Jibah menjerit-jerit, Tolong! Tolong! Suradi, Mat Lelah, Minah jatuh
dalam sungai
Apa? Minah jatuh dalam sungai ?. Suradi tersintak.Mat Lelah juga tersentak. Tetapi
apa akan daya mereka buta. Tak usahkan hendak menolong Minah jatuhpun dia tak
Nampak.
Tolong! Tolong! Jibah menjerit-jerit lagi.Orang-orang hanya memerhati sahaja
seperti menonton wayang gambar sahaja. Tidak ada pun orang yang mahu
menolong.Minah menggelepar-gelepar sebentar.Kemudian diam.

2) Kasih sayang ibu terhadap anaknya
Contohnya : Umi Besah amat risaukan anaknya Janah samaada masih bersarapan
atau tidak pada suatu pagi.
Petikan teks:
Dia ingat-ingat lupa. Janah sudah pergi kerja?. Janah sudah sarapan?. Dia tidak
terdengar bunyi sudu berlaga dengan piring.Dia tidak terdengar kasut Janah meniti
tangga.Dan paling akhir dia tidak terdengar bunyi hon motokar Bakar.
(m/s 10)
Janah, Janah, ke mana kau pergi, nak?Dah tiga hari kau tak balik nak, Janah
hoiUmi Besah berteriak dan menangis meragut-ragut rumput. (m/s 104)

3) Anak gadis yang inginkan kebebasan dan tidak suka dikongkong.
Contohnya : Janah tidak suka dikongkong oleh Bakar walaupun sudah mengikat tali
pertunangan dengan Bakar
Petikan teks:
mengapa nak putuskan?
Kami tidak sesuaI. Dia nak control aku.Kau tahu, Fakar, Nampak sunguh-sungguh
Janah mengucapkan itu,Pertunangan bukan penjara yang menyekat kebebasan
seseorang..
Jadi dan bertunang itu tak bolehlah berjalan-jalan dengan boy lainlah? Begitu yang
kau mahu? demikian ia menjawab cakap Bakar. Ya, begitulah maksud aku,kata
Bakar. :Jadi aku tak boleh bebas?. Janah bertanya. Tak boleh, Tegas Bakar
menjawab. Mengapa tak boleh?. Kerana kau tuning aku.?. Bukanlah bererti aku
bertunang dengan kau itu aku tak boleh bebas., dia menjawab agak kasar sedikit.
Boleh. Kau boleh bebas sebebas-bebasnya kalau kau itu bukan tunang orang,
Terang Bakar. Tapi, Janah mulai naik panas, Tapi bukan bererti pertunangan itu
mengikat kebebasan orang. Pertunangan itu bukanlah sebagai undang-undang yang
mengikat hak kebebasan seseorang.
4) Masyarakat yang tidak mementingkan agama dan tidak percayakan tuhan
Contohnya : Minah Rompong tidak percayakan takdir dan menyalahkan tuhan atas
apa yang berlaku kepadanya selama ini.
Petikan Teks:
Tuhan? Minah Rompong terlonjak dan ketawa.Ketawanya macam langau
mengurung bangkai, Kau masih percayakan tuhan Jiba?Dalam keadaan beginipun
kau masih sayangkan Tuhan.
Kita tidak boleh menghalang kehendak Tuhan, Minah, Jibah cuba menyakinkan
Minah. Tiba-tiba Minah teringkatkan Hindun dan Leha yang menjalang bersama-
samanya di Belakang Mati. Hindun menyundal kerana hendak menghidupkan
suaminya yang lumpuh dan tiga orang anak-anaknya.Leha bini orang baik-baik
menyundal kerana suaminya menyundal dengan perempuan lain.
Aku tak percaya semuanya berlaku kerana kehendak Allah, Jibah, Minah menolak
pendapat Jibah, Lehi bini orang baik-baik menyundal kerana kehendak Tuhan juga?
Hindun menyundal kerana Tuhan juga? (m/s 63)

5) Keangkuhan diri seseorang itu masih ada walaupun fizikal mengalami kecacatan.
Contohnya : Semangat yang ada pada Ghafur masih membara walaupun kakinya
kudung sebelah angkara komunis ketika konflik kemerdekaan suatu masa dahulu
dan kadangkala perangainya membawa kepada perasaan kurang senang hati raka-
rakanya.
Petikan teks : Awak banyak bunuh orang dulu? Tanya Jibah. Bunuh orang? dia
tersentak sedikit. Bunuh komunis. Jibah menjelaskan. Sebelum saya tumbang
saya bunuh dua orang komunis. Setelah kaki saya kudung kerajaan beri saya
bintang di wajah si kudung itu terguris sedikit rasa bangga. (m/s 67)
Aku mahu tunjukkan pada dunia aku ini pahlawan.Pahlawan bunuh orang. Orang-
orang Kuala Lumpur semua kurang ajar tidak kenal aku Ghafur pahlawan tanah air.
Kau orang juga kurang ajar tidak kenal aku siapa.Aku Ghafurlah, pahlawan yang
dapat bintang,.Suaranya ,merentak-rentak marah.
Kau orang juga kurang ajar,:.Telunjukknya menuding-nuding ke muka Jibah dan
Minah, Orang-orang di Pasar Minggu ini kurang ajar tak kenal aku siapa. Kalau aku
ada senapang aku tembak semua orang-orang Kuala Lumpur biar mampus
semuanya. Kau juga aku tembak, tunjukknya pada Jibah dan Minah.

6) Sifat keprihatinan terhadap raka-rakan
Contohnya : Minah Rompong merupakan sahabat yang paling akrab Jibah dan
senantiasa memberi nasihat dan dorongan kepada Jibah untuk mencari anaknya
iaitu Tifah.
Petikan ayat : Dah jumpa anak kau, Jibah?. Tanya Minah Rompong ketika ia
menggabungkan badanya di tengah-tengah gelodak Pasar Minggu.
Kau tahu, betapa bahagianya seorang ibu dapat berjumpa dengan anaknya,. Kata
Jibah berkaca-kaca mukanya. (m/s 62)
7) Nilai kemanusian yang semakin meruncing dalam kalangan penduduk kota.
Contohnya : Ghafur memaki hamun remaja-ramaja di Kuala Lumpur yang telah
mencuri duit hasil beliau meminta sedekah.
Petikan ayat : Kurang ajar! Kurang ajar! Binatang!. Ghafur tiba-tiba menyumpah-
nyumpah dan menyeranah macam antan menumbuk lesung.Jibah, Minah dan
Suradi mengangkat kepada memandang wajah Ghafur.
Sapa yang menyumpah-nyumpah tu, Kak Jibah? Tanya Suradi. Jibah tiak
menjawab.
Mengapa, pahlawan?.Minah bertanya heran. Celaka duit aku dikebas orangJawab
Ghafur kudung lalu meletakkan ponggongnya di dekat Suradi. Duit kau dikebas
orang? Sapa yang kebas? Dimana? Jibah bertanya.
Budak-budak bangsat, jawab Ghafur berwajah berang.

Anda mungkin juga menyukai