Anda di halaman 1dari 2

Lawatan ke Masjidil Aqsa?

Fikirkan
Semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Kini agensi seperti T
abung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam
itu.
Ia sedikit menghairankan.
Kenapa?
Tahukah anda bahawa Masjid al-Aqsa berada dalam wilayah Baitul Makdis (Jerusalem
)?
Dan tahukah anda bahawa Baitul Makdis telah berada di bawah pendudukan tentera I
srael sejak Perang Arab-Israel 1967?
Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu! Laluan keluar dan m
asuk kini berada di bawah kawalan dan penguasaan Israel. Pelbagai cara telah dig
unakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin memasuki perkarangan Masjid
al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dib
olehkan untuk penduduk Palestin mengakses masjid ini.
Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia
yang pada pasportnya jelas tercetak:
"Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali.....
ISRAEL!!!"
Tidakkah anda merasa curiga? Mengapa ya?
Jawapannya mudah. Kerana kita datang sebagai pelancong!
Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jord
an? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya sel
epas ia mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan berdamai dengannya pada ta
hun 1994? Lalu apabila anda berkunjung ke Masjid Al-Aqsa anda secara tidak langs
ung telah mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan menyatakan kesediaan unt
uk berdamai dengannya!
Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada
Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semaki
n bertambah saban tahun. Dan ya, keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekal
ipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) tetapi digunakan untuk
terus menjajah Palestin dan membiayai keperluan tentera Israel!
Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian darip
ada proses NORMALISASI yang cuba dimainkan oleh Israel. Israel berusaha untuk me
nyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di s
ana. Israel ingin memperbaiki imejnya di mata dunia dengan menggalakkan kunjunga
n ramai 'pelancong'.
Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancon
g, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah mereka meraikan. Tetapi jika an
da datang sebagai pejuang atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke s
ana.
Israel mempunyai perancangan yang licik. Mereka berjaya mengaburi pandangan kita
dengan menjadikan tindakan kita yang salah seakan-akan benar dan tiada masalah.
Kita tertipu bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk mengimar
ahkan masjid ketiga termulia dalam Islam itu dan merebut pahala menjejakkan kaki
ke sana sebagai salah satu langkah membebaskan Masjid al-Aqsa daripada penjajah
an Israel.
Jika seribu kali pun anda berfikir...
Jika seribu kali pun anda berfikir, anda tidak boleh melawan kekuatan ketenteraa
n dan politik Israel dengan melakukan rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid
al-Aqsa. Akhirnya, apa yang berlaku ialah anda sekadar memenuhi kehendak dan ke
puasan peribadi untuk menatap masjid tersebut dan menyimpan memorinya dalam kame
ra dan video; tidak lebih dari itu. Ia umpama orang yang tidak pernah puas mereb
ut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai
jiran-jirannya yang hidup melarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petan
g.
Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai
pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah
tertipu dan telah membayar harga yang mahal demi sebuah kepuasan peribadi.
Namun begitu,
jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya (ie. berjihad)
atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan pulang dengan seman
gat yang tinggi untuk merancang STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah
bertangguh walau sesaat sekalipun! Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu
sia-sia dan tinggal sekadar 'imarah' sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan
anda itu mahal harganya (material dan moral).
Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang
benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.
Berfikir selangkah kehadapan,
agar tidak terus ditipu amal peribadi,
sedang umat menderita,
musuh tertawa,
dan kemenangan terpaksa ditunda,
untuk kesekian-kalinya.
KJ | 28 Feb 2014 | 3:11 PM [Ph]
***
(Artikel 1: Passport Malaysia VS Diplomasi Jordan-Israel. Sini: http://goo.gl/ox
1uYl)
(Artikel 2: Kami juga mahu, apabila Palestin dibebaskan. Sini: http://goo.gl/Ltx
hRF)
Like Share

Anda mungkin juga menyukai