PROJEK MURAL MEWUJUD DAN MENCERIAKAN SEKOLAH DENGAN SUDUT MATEMATIK
1.0 Pengenalan Sudut matematik perlu diwujudkan bagi memastikan ilmu matematik dapat berkembang dan dimanfaatkan oeh murid-murid SK (1) Selayang Baru sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti maka panitia matematik SK (1) Selayang Baru mengambil peluang mewujudkan sudut matematik. Keadaan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik secara tidak langsung dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Maka wajar dipertimbang dan diberi perhatian kertas kerja ini untuk meningkatkan kualiti pendidikan murid-murid SK (1) Selayang Baru di samping menjamin kecemerlangan murid-murid masa akan datang.
2.0 Rasional dan Matlamat Memastikan sudut matematik dapat memberi info terkini matematik dan ilmu matematik kepada murid-murid bila-bila masa. Murid-murid dapat meningkatkan pengetahuan matematik dengan lebih baik dan berkesan. Memastikan suasana persekitaran sekolah yang lebih ceria dan kondusif.
3.0 Objektif 3.1 Melahirkan murid yang cintakan ilmu matematik 3.2 Mewujudkan suasana sekolah yang lebih seronok dan menarik 3.3 Mewujudkan persekitaran sekolah lebih ceria dan selesa untuk murid-murid dan warga sekolah
4.0 Lokasi Bawah tangga blok D ( bersebelahan dewan Amal) rujuk lampiran
5.0 Jawatankuasa Penasihat : Puan Ruhayah bt Abdul Rahman Guru Besar Sk (1) Selayang Baru Pengerusi : Puan Norzaini bt Ismail Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK (1) Selayang Baru Penyelaras Projek : Cik Eida Mazura bt Mazlan Ketua Panitia Matematik Penolong Penyelaras : Puan Noraya bt Hasan Setiausaha : Puan Zuraida bt Zolkepeli Ahli Jawatankuasa : Puan Norzainis bt Mohd Hanapiah Puan Asirah bt Kamaruddin Encik Azlisyam bt Mohd Tamin Puan Syarila bt Mat Daud Puan Noor Dini bt Puan Rosmawati bt Mohamad Encik Mohd Azizi bt Mohd Zain Encik Nor Azri bin Ahmad
6.0 Anggaran kos / perbelanjaan Bil Perkara Kuantiti Anggaran Harga Catatan
1.
2.
Cat Minyak 5 liter a) Hijau muda b) Pink c) Kuning d) Biru Muda e) Merah f) Biru g) Hijau h) Coklat i) Hitam Berus lukisan
Diharapkan apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga projek mural sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri murid murid di samping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,
. (ZURAIDA BT ZOLKEPELI) SETIAUSAHAN PANITIA MATEMATIK
Disemak oleh,
. (NORZAINI BT ISMAIL) GPK HAL EHWAL MURID
Disahkan oleh,
.. (RUHAYAH BT ABD RAHMAN) GURU BESAR SK (1) SELAYANG BARU