Anda di halaman 1dari 33

28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog

http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 1/33
GOAY PA STPM's Blog
PENGAJIAN AM STPM
CATEGORY ARCHIVES: KARANGAN PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 1& 2
Teknologi Hijau
Posted on April 9, 2014 | Leave a comment
Teknologi Hijau
Definisi
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-
kriteria berikut:
? Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG)
yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik
untuk semua hidupan;
? Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
? Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
Tenaga Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
Alam sekitar Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Ekonomi Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
Sosial Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Objektif
Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan
pembangunan ekonomi;
Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya
kepada ekonomi negara;
Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan
daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang;
dan
Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 2/33
penggunaan meluas Teknologi Hijau.
Sektor Utama
Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang berikut:
i) Sektor Tenaga
Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan
tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan
Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan
dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan
pemusnahan bangunan
iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan,
sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan
iv) Sektor Pengangkutan
Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya
biobahan api dan pengangkutan jalan awam.
Matlamat
i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)
Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk
penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;
Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem
di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;
Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan
(Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan
Teknologi Hijau; dan
Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan,
pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi
mekanisme yang sesuai.
ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)
Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;
Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan
menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;
Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;
Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan
dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan
syarikat multinasional;
Follow
Follow GOAY
PA STPM's Blog
Get every new post delivered
to your Inbox.
Join 243 other followers
Enter your email address
Sign me up
Powered by WordPress.com
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 3/33
Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan
Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.
iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)
Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;
Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di
samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;
Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;
Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan
Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan
dengan industri Teknologi Hijau.
Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.
Teras Strategik
i) Teras Strategik 1
Mengukuhkan kerangka institusi
Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang kukuh
adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:
Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana
Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak
berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;
Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri;
Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan
program Teknologi Hijau yang efektif;
Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat pembangunan
Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan
Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan tanggungjawab
masing-masing.
ii) Teras Strategik 2
Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif
Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan, adalah
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 4/33
kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi
pasaran setempat dan global, menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini
boleh dicapai melalui:
Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh langkah-langkah
kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif
dan matlamatnya;
Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan rantaian nilai
termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri;
Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang membantu
perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri
tempatan;
Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada
rantaian nilai utama kepada industri utama; dan
Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.
iii) Teras Strategik 3
Memperkukuh Pembangunan
Modal Insan dalam Teknologi Hijau
Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk pembangunan
Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui;
Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kapasiti sumber
manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;
Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau di peringkat
Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;
Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia yang separa
terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau;
Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang Teknologi
Hijau; dan
Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor Teknologi
Hijau.
iv) Teras Strategik 4
Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam penghasilan
teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan
mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan
melalui:
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 5/33
Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC;
Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;
Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan atau institut
penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau;
Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan,
Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau dan pusat
kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau.
v) Teras Strategik 5
Promosi dan Kesedaran Awam
Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi kejayaan
pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan
pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah:
Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang
komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau;
Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif untuk
mempromosikan Teknologi Hijau;
Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui
pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;
Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti yang berhubung dengan
kerajaan
Lima langkah strategik jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara
BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi menjayakan Dasar
Teknologi Hijau Negara.
Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi terutama di
kalangan Menteri manakala langkah kedua mensasarkan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif
bagi Pembangunan Teknologi Hijau.
Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan menerusi pemberian
latihan dan program pendidikan.
Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi Hijau menerusi
pengkomersialan.
Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran rakyat
terhadap Teknologi Hijau, katanya berucap melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di sini, hari ini.
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 6/33
Sumber: Berita Harian
Temubual Galeri@1, RTM 1
Y. Bhg. Dato Dr Halim Bin Man
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
1. Apakah maksud teknologi hijau?
Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi
menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih
mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita
menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan
sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan
pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang
menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada
peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah
selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang
dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan.
Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-
kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari
sekarang.
2. Mengapakah teknologi hijau diberi penekanan dalam pentadbiran negara?
Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Saya percaya
penekanan terhadap teknologi hijau adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam
sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh
dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena
perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama
memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini a better place to live in.
Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat
dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya
akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita
menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.
Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Industri yang
menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-
peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk
hijau yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam
sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah
dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut unjuran kami,
menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 7/33
Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).
Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan teknologi hijau. Pihak swasta,
para profesional serta penyelidik harus bekerjasama untuk mencipta dan mengkomersilkan teknologi
hijau.
3. Apakah kepentingan aplikasi teknologi dan amalan hijau dalam kehidupan kita sebagai orang awam?
Seperti yang telah saya katakan tadi, secara amnya, Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang
mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke
udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan
fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti
keadaan cuaca panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Selain itu, kejadian bencana alam seperti
ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis
flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang
prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi fenomena perubahan cuaca dunia telah
menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia pada masa kini.
Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau bagaimanapun, usaha-usaha
boleh dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh yang demikian, aplikasi Teknologi Hijau
merupakan salah satu langkah yang diambil bagi melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita
sebagai pengguna merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar dalam pelepasan gas rumah
hijau melalui aktiviti harian dan pilihan yang kita buat sebagai contohnya penggunaan kereta, tenaga
elektrik, penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan sebagainya.
Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga,
penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara
perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun
amalan-amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa kini,
kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita
nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang
dibuat oleh kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di
masa akan datang. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada
semua agar mula mendekati amalan-amalan hijau yang kecil seperti mengitar semula sampah,
menggunakan peralatan cekap tenaga, mengamalkan penjimatan tenaga dan air dan sebagainya.
4. Boleh Y.Bhg Dato berikan sedikit saranan dan harapan Datuk kepada masyarakat ke arah menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang mengutamakan teknologi hijau?
Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua aspek. Pertama ialah aspek
inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita tidak semestinya mencipta
sesuatu yang komplikated atau kompleks. Produk mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara
kita boleh dihasilkan. Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi
untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik kita boleh menghasilkan
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 8/33
teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-sumber seperti tenaga dan
air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan
untuk tujuan eksport.
Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses kerja
atau amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula
dengan perkara-perkara mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air minum
dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik
ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam
atau plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah.
Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga. Utamakan
penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan menghasilkan penjimatan tenaga.
Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun
penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting adalah supaya
kita mulakan dengan langkah-langkah yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya
hidup. Ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut
terdorong untuk mengamalkan budaya hijau.
Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak langkah ke arah penghayatan
dan pengamalan teknologi hijau. Perubahan kecil yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan yang
besar pada masa hadapan.
5. Adakah sebarang galakan disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan teknologi hijau?
Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan telah memperkenalkan
pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber
Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-
aktiviti penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai
Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status).
Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti import dan cukai
jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan
secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Insentif-insentif
ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh diberikan bagi:
i- duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada
pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan oleh ST;
ii- pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada pengilang
tempatan;
iii- Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap tenaga
(high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada pengimport termasuk
agen yang diluluskan oleh ST.
iv- Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang diluluskan oleh ST
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 9/33
seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan
penyaman udara.
6. Boleh Y.Bhg Dato terangkan langkah-langkah yang diambil atau contoh-contoh program yang
dijalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat?
Kementerian telah mula menjalankan program-program kesedaran mengenai Kecekapan Tenaga dan
Tenaga Boleh Diperbaharu yang merupakan salah satu daripada cabang Teknologi Hijau sejak tahun
2000 lagi melalui penubuhan Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and
Energy Efficiency (CETREE) oleh Universiti Sains Malaysia. Program-program ini disasarkan kepada
golongan profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program
yang telah dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam
Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival
Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah
membangunkan Modul Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah
Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di peringkat awal dalam Tenaga
Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga.
Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan program Energy Month peringkat Kebangsaan secara
tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh Diperbaharu dan mempromosikan
amalan Kecekapan Tenaga di kalangan orang awam dan sektor swasta. Antara aktiviti-aktiviti yang
dijalankan semasa program Energy Month adalah mengadakan ceramah-ceramah berkaitan Kecekapan
Tenaga, menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, menerbitkan siri artikel di surat
khabar dan menggunakan media massa untuk menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga.
Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen Teknologi Hijau yang akan melibatkan
stake-holders yang berkaitan termasuk orang awam dan Kementerian/ Jabatan Kerajaan, badan bukan
Kerajaan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan semua pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita. Ini bagi
memastikan program-program lain yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dalam mempromosi dan
membangunkan Teknologi Hijau tempatan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dihayati oleh
semua lapisan masyarakat.
Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Dasar Angkasa Negara penentu hala tuju
Posted on April 6, 2014 | Leave a comment
Leave a comment Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, KARANGAN TAJUK
SAINS DAN TEKNOLOGI
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 10/33
Dasar Angkasa Negara penentu hala tuju
Selain pertambahan infrastruktur berkaitan angkasa yang dimiliki oleh Agensi Angkasa Negara
(Angkasa) seperti Observatori Negara Langkawi (ONL) tahun 2011, pembangunan sektor angkasa negara
mengorak langkah ke hadapan dengan Dasar Angkasa Negara.
Dasar Angkasa menjadi pemangkin bagi pembangunan sektor angkasa negara masa hadapan, termasuk
pembangunan sektor industri angkasa, yang mana Angkasa akan bertindak sebagai agensi penggerak
utama.
Dasar itu penting sebagai memenuhi keperluan rangka kerja dan hala tuju dalam membangunkan sektor
angkasa yang strategik dan penting bagi negara. Dasar ini merupakan kerangka dan garis panduan untuk
memandu industri angkasa negara dalam tempoh 10 tahun akan datang iaitu sehingga 2020.
Dengan adanya dasar baru itu, sektor angkasa akan diiktiraf sebagai sektor baru yang strategik yang
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 11/33
boleh menjana ekonomi baru bagi negara di samping meningkatkan keupayaan negara di dalam
teknologi tinggi bagi tujuan keselamatan.
Dasar ini meliputi bidang satelit komunikasi, satelit navigasi, remote sensing (penderiaan jauh atau
pencerapan bumi), undang-undang angkasa, sumber manusia, pendidikan dan kesedaran awam,
penyelidikan dan pembangunan (R&D), industri angkasa dan teknologi angkasa.
Dengan adanya dasar angkasa itu, pembangunan sektor angkasa akan memberi tumpuan kepada
aktiviti-aktiviti hiliran seperti aplikasi bagi satelit telekomunikasi, satelit navigasi dan satelit atau
remote sensing, yang dijangka menjadi industri penting bagi penjanaan ekonomi baru negara. Sebagai
contoh, penggunaan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) begitu meluas kerana ada pihak yang
bersedia menjualnya secara komersial untuk pengguna.
Jawatankuasa Angkasa Negara (Jangka) itu dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,
Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili. Ia turut dianggotai oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian
Pengajian Tinggi, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komuniti
(KPPK), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani (MOA).
Turut terlibat ialah Kementerian Luar, Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Kewangan, Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Malaysian Industry-Government Group
for High Technology (MIGHT), Jabatan Penerbangan Awam dan wakil Industri Aeronautic
Technology Sdn. Bhd. (ATSB), dan MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd.
Jangka yang akan membincang dan mencadangkan program berkaitan angkasa bagi negara akan
melaporkan kepada hasil perbincangan kepada Majlis Aeroangkasa Malaysia ( MAC) yang
dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Akta Angkasa untuk mengawal selia aktiviti dan operasi berkaitan sektor angkasa seperti pelancaran
dan pengoperasian satelit, pendaftaran objek yang dilancarkan ke angkasa lepas, pengoperasian stesen
Bumi dan aktiviti lain yang berkaitan juga digubal. Setiap pelancaran dan pengoperasian satelit yang
dimiliki oleh rakyat ataupun syarikat Malaysia perlu diberi lesen dan Angkasa bertanggungjawab
pengeluaran lesen pada masa akan datang selepas akta tersebut diwartakan.Ketika ini, Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merupakan badan yang bertanggungjawab mengeluarkan
lesen untuk kebenaran menggunakan julat frekuensi gelombang sahaja.
Dalam pada itu, program kesedaran dan pendidikan juga terus dilaksanakan untuk pelbagai peringkat
lapisan kumpulan sasar termasuk sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar universiti.
11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam
Posted on January 1, 2014 | Leave a comment
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan
Leave a comment Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, KARANGAN TAJUK
SAINS DAN TEKNOLOGI
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 12/33
perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri
sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan 2014.
Tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah
pada tahun 2014. Keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
1. Kerajaan akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan
kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.
2. Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred Jusa juga akan dikurangkan sebanyak RM50
hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus.
3. Kerajaan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam
iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
4. Kerajaan mengurangkan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan
premis kerajaan.
5. Membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.
6. Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.
7 . Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam
menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
8. Cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang
Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
9. Kerajaan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau event management serta
pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis
kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 13/33
10. Kerajaan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain
pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel
atau sebarang acara rasmi kerajaan.
11. Kerajaan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan
penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan
milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
Ancaman Terhadap Keselamatan dan Kedaulatan Negara
Posted on November 19, 2013 | Leave a comment
Dipetik dan disesuaikan daripada Bernama 15-11-2013
Pulau Pom Pom di Sipadan, Sabah
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh
membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal
pagi ini.
Polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1
pagi itu. Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang ditembak mati, manakala
Leave a comment Posted in Ekonomi Malaysia dan antarabangsa, KARANGAN TAJUK SOSIAL
KEMASYARAKATAN, KENEGARAAN: ISU SEMASA
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 14/33
seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki
berkenaan. Kedua-dua mangsa menginap di resort di pulau berkenaan bermula Selasa lepas dan
dijangka mendaftar keluar Rabu depan.
Dipetik dan disesuaikan daripada Bernama 19-11-2013
Pasukan
keselamatan
mengawal resort
pelancongan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pihak media tidak mendedahkan identiti mangsa
culik warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah pada Jumaat lepas demi keselamatan mangsa.
Setiap laporan yang mendedahkan identiti mangsa boleh mengancam nyawanya kerana mangsa diculik
pengganas dari Selatan Filipina yang terkenal dengan kekejamannya. Justeru, media tempatan perlu
mengutamakan keselamatan mangsa dalam membuat laporan berita.
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun terbabit ditemui mati dengan kesan
tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik
oleh sekumpulan pengganas lelaki yang menggunakan senjata berat dari Selatan Filipina.
Polis menjalin kerjasama erat dengan Polis Filipina dan Aseanapol untuk membebaskan mangsa culik
itu.
IPSOM dizahirkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 20 Mei lepas dan
ia adalah sebuah institusi yang berfungsi memberikan cadangan kepada polis dan Kementerian Dalam
Negeri melalui kajian-kajian berkaitan keselamatan awam.
Katanya, IPSOM dipengerusikan Ahmad Zahid dan terdapat empat pusat utama dalam institusi itu yang
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 15/33
diketuai seorang pengarah iaitu Pusat Penyelidikan Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Pusat
Strategi Lautan Biru Kebangsaan, Pusat Latihan dan Pembangunan Modal Insan dan Unit Pentadbiran
dan Kewangan
INTEGRITI
Posted on September 12, 2013 | Leave a comment
Faktor-faktor yang menjejaskan integriti boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu,
kepimpinan, sistem dan prosedur, struktur dan institusi, budaya dan individu.
1. Kepimpinan
Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap
integriti.
Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan
pedoman, dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan.
Iltizam yang lemah akan menyebabkan merosotnya integriti.
Begitu juga pemimpin yang tidak memberikan teladan yang baik, lebih-lebih lagi mereka yang cakap
tidak serupa bikin.
Pemimpin juga mesti mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang,
prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan akan menjejaskan integriti.
2. Sistem dan Prosedur
Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai dimensi.
Enam aspek sistem dan prosedur yang boleh menjejaskan integriti ialah:
Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender.
Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas.
Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan pendapat dalam
kalangan petugas.
Penguatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara berpilih.
Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau program.
Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material sehingga menjejaskan
keupayaan penguatkuasaan.
Kerangka undang-undang yang lapuk, kurang jelas dan adanya percanggahan dalam sesetengah
undang-undang.
3. Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran
Leave a comment Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 3, KARANGAN TAJUK
SOSIAL KEMASYARAKATAN
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 16/33
pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum.
Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan
munasabah.
Bahagian-bahagian di dalamnya haruslah sesuai dengan tugasnya.
Struktur organisasi juga perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa bagi menangani tuntutan
dan cabaran baru.
Struktur yang tidak kemas, kurang fokus dan lapuk akan membazirkan sumber dan menyebabkan tidak
berkesan untuk mencapai matlamatnya.
Institusi memainkan peranan yang amat penting dalam keseluruhan sistem pentadbiran.
Skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu diperincikan dan dikoordinasi dengan baik.
Pertindihan dalam skop, tugas dan tanggungjawab boleh mengakibatkan persaingan tidak sihat
ataupun konflik antara institusi, serta pengabaian tanggungjawab.
Kurang koordinasi antara institusi pula boleh menyebabkan pembaziran sumber dan tugas yang
dilakukan tidak sempurna.
Institusi yang mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu sama lain juga
boleh menjejaskan integriti.
Misalnya, ada institusi yang memupuk nilai-nilai murni, sedangkan ada institusi lain menyebarkan
nilai-nilai sebaliknya.
Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan serta nilai-nilai yang
berlawanan itu boleh menimbulkan kecelaruan dan krisis nilai.
Dengan demikian, integriti individu, masyarakat dan negara turut terjejas.
4. Budaya
Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah
laku.
Salah satu komponen persekitaran ialah budaya.
Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa.
Justeru, budaya berubah dan boleh diubah.
Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang sesuai kepada individu
untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya.
Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk bersikap tidak ambil peduli, tidak
bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.
Salah satu kesan sikap di atas ialah keengganan membuat laporan atau menegurapabila melihat
sesuatu kesalahan berlaku.
Kebimbangan terhadap akibat tindakan menegur atau melapur adalah antara punca keengganan
tersebut.
Contohnya, individu yang mempunyai maklumat mengenai atau menyaksikan sesuatu salah laku,
bimbang akan keselamatan dirinya sekiranya membuat aduan.
Maka timbullah sikap dan amalan angguk dan ampu lebih-lebih lagi terhadap pemimpin.
5. Individu
Akhir sekali, penentu kepada kejayaan pengukuhan integriti ialah diri sendiri.
Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri dan etika
kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan melibatkan diri dalam pelbagai bentuk salah laku.
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 17/33
Kemerosotan integriti juga boleh berlaku sekiranya individu itu hanya meihat kelemahan orang lain,
enggan memeriksa kelemahan diri sendiri, lantaran itu jauh sekali untuk mengakui dan mengatasinya.
Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus ke dalam kancah rasuah, penyelewengan,
salah guna kuasa dan gejala tidak bermoral.
Hal ini berkemungkinan lebih besar berlaku sekiranya pegangan kepada nilai-nilai murni itu sendiri
adalah lemah.
Senjata Pemusnah Besar-Besaran
Posted on August 25, 2013 | Leave a comment
Malaysia Gesa PBB Siasat Penggunaan Senjata Kimia Di Syria
25 Ogos 2013
Media antarabangsa melaporkan satu serangan yang menggunakan senjata kimia
berlaku di daerah Ghouta berdekatan Damsyik pada Rabu lepas, yang menyebabkan
kematian beratus rakyat Syria serta mencederakan ramai lagi penduduk.
Kanak-kanak yang terkorban akibat
serangan gas saraf/senjata kimia
Leave a comment Posted in Dasar Dalam Negara, KARANGAN TAJUK SOSIAL
KEMASYARAKATAN, STPM Penggal 2(Bhg A) Malaysia Maju dan Sejahtera
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 18/33
Keganasan akibat pergolakan politik
Ada kemajuan tamadun manusia?????
Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat laporan yang mendakwa wujud
penggunaan senjata kimia, yang menyebabkan kematian dan kecederaan di Syria.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menyeru pihak yang terbabit agar memberi
akses serta pelindungan keselamatan kepada pasukan pakar kimia PBB untuk menjalankan tugas mereka.
Malaysia amat prihatin terhadap laporan itu dan mengutuk tindakan berkenaan, sekiranya dibuktikan
benar. Hal ini kerana kekejaman itu jelas melanggari undang-undang antarabangsa dan mendesak agar
mereka yang bertanggungjawab ke atas tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini dibawa ke
muka pengadilan.
Maklumat tambahan:
Penggunaan senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of mass destruction-WMD)
seperti senjata kimia (gas saraf), biologi (virus anthrax), radioaktif dan nuklear (CBRN)
dalam peperangan serta serangan-serangan keganasan sudah berkembang menjadi
ancaman global yang terbaru kepada dunia sejagat. Penggunaan senjata pemusnah besar-
besaran ini akan menyebabkan kemusnahan paling maksimum terhadap sasaran.
Leave a comment Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, Karangan Pengajian Am
STPM Penggal 3
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 19/33
Kebebasan Dan Hak Asasi Manusia mesti ada batasnya
Posted on August 22, 2013 | Leave a comment
Pada masa kini terdapat sesetengah kumpulan di Malaysia bangkit mempersoalkan kebebasan dan hak
asasi manusia tanpa menyedari kesan kepada pembangunan negara dan rakyat keseluruhannya.
Persepsi mereka mengenai kebebasan dan hak asasi manusia telah berubah. Kalau dahulu kebebasan
dimaksudkan bebas daripada cengkaman penjajah tetapi kini ia lebih kepada kebebasan mutlak dalam
konteks asas hak asasi manusia. Jadi kebebasan dalam bersuara dan ekspresi, beragama, berkumpul dan
seumpamanya kini dianggap sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia. Inilah antara yang menjadi
cabaran negara dalam proses pembangunan negara di samping mengisi dan mengekalkan semangat
kemerdekaan yang telah dicapai sejak 56 tahun yang lepas.
Anarki di banyak negara yang tiada batasan
undang-undang dan hak asasi
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 20/33
Kebangkitan Arab Spring yang
meghancurkan negara sendiri
PENGARUH BARAT
Dakyah dan ideologi yang dimainkan barat itu, kini menjadi topik di mana-mana negara dan kini
menjadikan isu kebebasan sebagai isu sejagat. Masyarakat dunia termasuk di Malaysia semakin
menerima norma-norma kehidupan di barat yang lebih mengutamakan hak individu dan kumpulan kecil
tertentu berbanding kepentingan umum.
Kerana itu di barat, mereka tidak peduli jika segelintir individu atau kumpulan kecil memilih gaya hidup
yang bercanggah dengan norma kehidupan masyarakatnya kerana mereka bebas untuk melakukan apa
sahaja atas nama demokrasi. Contohnya isu hubungan seks luar nikah, perkahwinan sejenis dan
seumpamanya.
Ini jugalah yang pernah diperjuangkan golongan aktivis sosial di Malaysia dalam Program Seksualiti
Merdeka dua tahun lepas yang secara terbuka menuntut hak golongan lesbian, gay, biseksual dan
transeksual (LGBT).
Pemikiran liberalisme dan pluralisme juga semakin menular dalam masyarakat hari ini terutama dalam
isu kebebasan beragama. Bagi mereka agama menjadi satu kongkongan dan untuk menuju kemajuan
caranya ialah dengan membebaskan diri daripada kongkongan agama dengan membawa prinsip semua
ideologi dan fahaman dianggap setara, sama benar dan sah.
Kebebasan bersuara yang diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Pengistiharan Hak
Asasi Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa dalam Perjanjian
Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPP) turut mengundang konflik kepada
masyarakat.
Penggunaan media sosial sebagai medan kebebasan bersuara hingga melangkaui sempadan terutama
menyentuh nilai-nilai berkaitan budaya, agama, institusi raja jelas memberi impak yang buruk kepada
masyarakat berbilang kaum di negara ini. Hal ini kerana, walaupun ada golongan liberal dan terbuka
untuk membicarakan soal tersebut, namun majoriti masyarakat Malaysia masih lagi teguh dengan adat
dan budaya serta berpegang kepada agama.
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 21/33
Kebebasan di alam maya yang sukar dikawal ini jugalah menjadi ancaman pengisian kemerdekaan dan
tamadun yang dibina.
HAK ASASI PERLU SEKATAN
Kemerdekaan memberi ruang sesebuah negara membina tamadun dan peradabannya. Untuk mengisi
kemerdekaan, rakyat dan pemimpin harus memahami nilai kemerdekaan itu sendiri. Namun apa yang
berlaku hari ini, terdapat segelintir pihak dalam masyarakat yang terlalu terikut-ikut dengan globalisasi
terutama isu berkaitan hak asasi yang boleh memberi kesan baik dan buruk.
Konsep hak asasi harus difahami dengan menggunakan neraca yang tepat sekiranya kita mahu menjaga
dan mengekalkan serta mengisi kemerdekaan yang ada. Ia harus menggunakan piawaian dan standard
pembangunan serta perkembangannya mengikut acuan kita sendiri dan bukan mengikut peradaban lain.
Walau apapun perubahan falsafah, ideologi hak asasi itu, namun tidak boleh meninggalkan perkara-
perkara yang boleh menjamin dan menjaga kelangsungan peradaban dan tamadun yang dibina. Selama
mana kita mahu menjaga kemerdekaan ini, selama itu jugalah adanya sekatan-sekatan tertentu terhadap
hak asasi. Had ini harus diletakkan dalam budaya dan adat sopan kita seperti hormat menghormati
antara satu sama lain serta menghormati agama yang menjadi ciri-ciri terpenting.
KEMATANGAN DAN JATI DIRI
Jati diri harus dibina atas warna dan cat yang kita berikan kepada demokrasi dengan mengambil
keadaan diri kita sendiri. Jika mahu mengambil hak asasi dari negara lain, ia harus dilihat bagaimana ia
boleh disesuaikan dengan keadaan di negara ini. British sendiri tidak pernah memaksa Malaysia
menggunakan undang-undang mereka. Ketika itu British meletakkan syarat, undang-undang itu hanya
diterima sekiranya ia bersesuaian dengan keadaan masyarakat di negara ini. Jelas di sini walaupun
British itu penjajah, namun mereka menghormati pandangan dan keadaan masyarakat di Tanah Melayu
ketika itu. Sekarang ramai yang berhujah perlu ikut arus permodenan hak asasi dengan mengikut apa
yang ada di barat. Kita tanya semula adakah ia bersesuaian dengan keadaan budaya dan masyarakat di
sini?
Di sinilah perlunya kekentalan jiwa masyarakat Malaysia untuk menghadapi dan memerangi apa yang
tidak sesuai kerana sedia maklum, perkembangan di luar tidak dapat dihindari kerana ia adalah lumrah
alam. Kematangan dan jati diri penting kerana dapat menjaga maruah, harga diri negara dan bangsa
supaya tidak mudah dipengaruhi elemen-elemen luar. Dalam peperangan memerlukan senjata sebagai
benteng dan perisai. Ia boleh diumpamakan jati diri kita. Jika kita tidak mampu menyediakan perisai
itu, hanya undang-undang sahaja yang boleh membantu memastikan keselamatan terus terjamin.
PENTINGNYA AGAMA
Hakikat yang terpaksa diterima, setelah 56 tahun merdeka, kita masih lagi dalam persimpangan dan
tercari-cari untuk membentuk jati diri. Kekuatan agama dan bangsa sebenarnya telah menjadi asas jati
diri yang dipegang sejak dulu. Bangsa Malaysia akan lemah dan lumpuh jika tidak berpegang kepada
kedua-dua ini. Jika paksi ini tidak dituruti dan mahu mengambil nilai orang lain kerana tuntutan
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 22/33
globalisasi, pasti kita tidak akan berjaya mengisi kemerdekaan itu.
Pentingnya agama kerana tidak ada agama di dunia ini mengajar ke arah keburukan dan perpecahan.
Malah kejayaan Malaysia, sebagai sebuah negara yang kecil menjadi maju dan makmur seperti hari ini
adalah kerana pegangan agama yang masih kukuh yang menjadi benteng keutuhan bangsa. Tempoh
lebih 50 tahun merdeka, bukanlah tempoh yang terlalu panjang. Jika kita bandingkan dengan Amerika
yang mencapai kemerdekaan lebih 200 tahun. Kita kini baru sampai suku atau 1/4 dan jika
dibandingkan kemajuan yang kita capai kini, mungkin kita lebih cepat lagi daripada Amerika. Semuanya
kerana kita mempunyai asas agama yang mengajak kita untuk hormat menghormati. Malah jika semua
rakyat tidak kira agama menghayati agama masing-masing, walau 10 bangsa sekalipun hidup di dalam
negara ini, kita tidak akan bersengketa. Hal ini kerana emosi dan perasaan dikawal oleh agama yang
boleh meredakan persengketaan serta menifestasikan cinta dan kasih kepada negara dengan menjaga
kemerdekaan yang ada.
UNDANG-UNDANG SEBAGAI PERISAI
Rakyat sesebuah negara yang masih belum matang dari segi jati diri, emosi dan pemikirannya hanya
akan menggunakan sentimen apabila membangkitkan soal demokrasi, kebebasan bersuara atau hak
asasi. Ini menyebabkan kadangkala kebebasan dan hak asasi disalahgunakan secara emosi hingga
menimbulkan kegelisahan dan ketegangan rakyat yang boleh membawa kehancuran kepada sesebuah
negara. Apabila perisai dalam kalangan rakyat masih belum kukuh, hanya sistem perundangan yang
mantap sahaja dapat menjaga rakyat dan menjadi mekanisme untuk mengekalkan dan mengisi
kemerdekaan.
Mengambil contoh Akta Hasutan yang diperkenalkan bagi mengekang kegiatan komunis yang
mengancam keselamatan negara pada tahun 1948. Sumbangan Akta Hasutan sangat jelas bagi menjaga
keharmonian kaum, agama, insitusi raja-raja yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman damai
seperti hari ini, katanya yang berharap penelitian rapi dilakukan kerajaan sebelum menggantikannya.
Setiap individu itu harus menjaga diri mereka melalui agama, nilai-nilai budaya yang ada. Namun jika
rakyat tidak mampu menjaganya, maka undang-undang dan penguatkuasaan sahaja yang boleh
mengekang kebebasan melampau. Janganlah bangsa Malaysia menunggu sehingga berlaku detik sukar
untuk menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat kerana cabaran berterusan terus berlaku
terutama penghinaan rakyat, liberalisasi, tuntutan kesamarataan yang boleh mencabar hubungan kaum
dan agama di negara ini.
Tegasnya, Malaysia masih belum mampu untuk membuang semua undang-undang yang boleh menjaga
keharmonian kaum yang dikatakan menyekat hak asasi manusia. Sentimen bangsa yang ada di Malaysia
berbeza dengan apa yang ada di barat. Bangsa barat sudah berkurangan nilai dari segi moral, namun kita
di sini lagi kekal dan kukuh. Lantaran itu, undang-undang yang ketat perlu bagi menjadi semangat dan
roh yang boleh menjaga keamanan kita di dunia dan akhirat.
Dipetik dan disesuaikan daripada BERNAMA
Leave a comment Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, Karangan Pengajian Am
STPM Penggal 3, KARANGAN TAJUK SAINS DAN TEKNOLOGI, KARANGAN
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 23/33
Jerebu Melanda Malaysia lagi akibat pembakaran
hutan Indonesia
Posted on June 23, 2013 | Leave a comment
Putrajaya mengalami jerebu tebal 21-6-2013
IPU 387 mata
0:00 / 0:58
Haze worsens
TAJUK SOSIAL KEMASYARAKATAN
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 24/33
IPU 400 mata, 22 Jun 2013 Muar Johor
23-6-2013
Jakarta: Indonesia semalam menggunakan pesawat tentera untuk memadam api di Sumatera berpunca
daripada pembakaran haram yang menyebabkan jerebu teruk di negara itu, Singapura dan Malaysia.
Indonesia menggunakan dua pesawat untuk melakukan pembenihan awam semalam.
Tujuh pesawat tentera dan tiga helikopter untuk membawa bom air ke lokasi kebakaran. Sebanyak 60
titik panas dikesan di Riau, Sumatera dengan 80 peratus daripadanya berada di kawasan perladangan
dan 20 peratus lagi di kawasan hutan.
Indeks pencemaran Singapura kembali ke paras bahaya dengan paras bacaan berada pada tahap 300,
manakala kualiti udara di ibu negara Malaysia juga semakin merosot semalam, ketika Jakarta menerima
tekanan hebat untuk memulihkan keadaan.
Pada 22 Jun 2013, indeks pencemaran Muar Johor berada pada tahap 401, paras yang boleh
mengancam nyawa mereka yang sakit atau warga tua.
Bau kayu terbakar memenuhi udara dan jarak pandangan merosot, manakala bangunan dilitupi asap
kelabu. Jalan raya yang biasanya sibuk, bertukar lengang, apabila penduduk mengelak keluar rumah,
bertemu kawasan atau membeli belah.
Sementara itu Singapura akan mengambil tindakan keras ke atas syarikat tempatan yang didapati
terbabit dengan pembakaran hutan secara haram di Indonesia, sehingga menyebabkan negara itu
mengalami pencemaran paling buruk pernah direkodkan. Kerajaan Singapura tidak akan bertolak ansur
dengan syarikat terbabit kerana menjejaskan keadaan di republik itu.
(disesuaikan daripada Berita Harian dan STAR, 22-6-2013)
ORANG KURANG UPAYA/ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
Posted on February 27, 2013 | Leave a comment
Leave a comment Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 3, KARANGAN TAJUK SAINS
DAN TEKNOLOGI
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 25/33
Orang Kurang Upaya /Orang Kelainan Upaya (OKU)
Pelbagai bantuan JKM kpd OKU
Orang Kelainan Upaya(OKU)
Perkhidmatan Bahagian Orang Kurang Upaya
Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan,
pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar
mereka bersedia menghadapi cabaran keadaan sosial mereka.
Sempena Dekad Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik 1993-2002,
negara kita telah mendatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi Orang
Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik pada 16 Mei 1994. Agenda Tindakan Dekad ini memberi
penekanan kepada kesedaran masyarakat dan penyediaan kemudahan-kemudahan ke arah peningkatan
kesejahteraan hidup orang kurang upaya.
Definisi
Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian
daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya
disebabkan sesuatu kekurangan samasa dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 26/33
lahir atau kemudian dari itu.
Kategori Orang Kurang Upaya
Terdapat 7 kategori kurang upaya yang didaftarkan iaitu
Kurang Upaya Penglihatan
Kurang Upaya Pendengaran. Termasuk pekak dan bisu:
Minima (Mild) (20 < 30 db)
Sederhana (Moderate) (30 < 60 db)
Teruk (Severe) (60 90 db)
Kurang Upaya Penglihatan
Buta (blind) Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan
menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)
Penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan
atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan
menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).
Kurang Upaya Fizikal
Kecacatan anggota badan misalnya Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy,
Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta dll
Cerebral Palsy
Hemiplegia Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan
Diplegia Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kaki
Quadriplegia Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki
Masalah Pembelajaran
Dignosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi:
Lewat Perkembangan (Global Development Delay) (bagi kanak-kanak berumur 3 tahun)
Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll
Lain-Lain
Diagnosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak
dinyatakan dalam format.
Bantuan Alat Tiruan
Alat-alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kalipers, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata
khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang upaya yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak
serta memudahkan mereka mendapat pekerjaan.
Elaun Pekerja Kurang Upaya
Elaun insentif kepada orang kurang upaya yang berkerja dan berpendapatan kurang daripada
RM7 50.00 sebulan bagi individu. Ini adalah untuk menggalakkan mereka berminat untuk bekerja dan
mengekalkan dalam sesuatu pekerjaan
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 27/33
Skim Bantuan Pelancaran
Membantu orang kurang upaya yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi ketiadaan modal dan
peralatan untuk menjalankan perniagaan kecil.
Bantuan-Bantuan Lain
Orang kurang upaya yang berkeperluan boleh menikmati bantuan-bantuan lain di bawah Jabatan jika
berkelayakan seperti:
Bantuan kanak-kanak
Bantuan orang tua
Bantuan kepada belia/beliawanis dan latihan aprentis
Bantuan Am
Penempatan kerja
Jabatan membantu mendapatkan kerja di sektor perkilangan, firma dan agensi Kerajaan serta dalam
rancangan khas seperti bengkel terlindung, rancangan tanah dan lain-lain.
Bengkel Terlindung
Bagi orang kurang upaya yang tidak dapat memasuki sektor perkhidmatan Kerajaan atau swasta, latihan
dan kemudahan tertentu disediakan melalui kerjasama agensi Kerajaan, swasta dan badan berkanun di
bengkel-bengkel terlindung yang menyediakan peluang pekerjaan
Perkhidmatan di Dalam Institusi
Membantu memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup orang kurang upaya supaya
meraka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai.
Perkhidmatan di Institusi
Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan
Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan dari segi fizikal, sosial dan rohaniah
Menjaga kesihatan dan keselamatan penghuni
Memberi pendidikan, bimbingan serta latihan vokasional
Penempatan semula dalam masyarakat
Mengadakan aktiviti pengeluaran hasil dan aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat setempat
Memberi kaunseling
Institusi berkaitan Orang Kurang Upaya
Taman Sinar Harapan (TSH)
Pusat Latihan Perinsustrian dan Pemulihan Bangi (PPLPP)
Bengkel Daya
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Rumah Kelompok
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi
Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan.
Kursus Vokasional
Syarat-syarat:
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 28/33
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota/fizikal
Berkelulusan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Peperiksaan
Menengah Rendah (PMR) mengikut jenis kursus
Berumur 18 hingga 40 tahun
Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri
Jenis-jenis Kursus
Bil Jenis Kursus Tempoh
1. IT Komputer 8 Bulan
2. Pembantu Tadbir Sistem Maklumat 10 Bulan
3. Juruelektrik 10 Bulan
4. Elektronik 18 Bulan
5. Protestik dan Orthotik 18 Bul
Kursus Pra Vokasional
Syarat-syarat:
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota/fizikal
Berumur 14 hingga 25 tahun
Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri
Jenis-jenis Kursus
Bil Jenis Kursus Tempoh
1. IT Komputer 24 bulan
2. Membaiki Radio dan TV (Elektronik) 24 bulan
3. Jahitan 24 bulan
4. Lukisan 24 bul
Taman Sinar Harapn (TSH)
Institusi ini memberi latihan kepada individu kurang upaya masalah pembelajaran sehingga ke tahap
sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dan juga memberi perlindungan dan
jagaan kepada yang mengalami kecacatan akal yang teruk. Antara program dan aktiviti yang disediakan
ialah:
Kelas akademik asas (3M).
Soalan Lazim Berkenaan Perkhidmatan Orang Kurang Upaya
1. Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM?
Sebab utama adalah seperti berikut:-
1. Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud
perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan;
2. Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 29/33
bagi golongan kurang upaya;
3. Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan yang bertepatan dengan OKU;
4. Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad
pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan;
5. Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan;
6. Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi
golongan kurang upaya.
2. Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU?
Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:-
1. OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal;
2. Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan
sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya
samada di hospital/ klinik kerajaan atau klinik pakar swasta;
3. Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar;
4. Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta
pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.
Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada OKU
1. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)
o Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk membeli
seperti kaki palsu, tangan palsu, kaliper, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda. alat pendengaran, cermin
mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-
OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan; dan
Mereka yang tidak mampu untuk membekalkan sendiri alat tiruan / alat sokongan yang diperlukan.
2. Geran Pelancaran (GP)
o Bertujuan memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan
potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil dan memberi galakan
kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkantaraf hidup mereka tanpa bergantung
lagi kepada bantuan kerajaan. Geran ini membolehkan orang kurang upaya melancarkan rancangan
jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri. Had maksimum geran pelancaran ialah
RM2,7 00.00 sekaligus dengan tempoh kaji semula iaitu seliaan dibuat setiap tiga (3) bulan.
Kelayakan :
Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarga;
Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat perkhidmatan dari Jabatan;
Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan; dan
Kes-kes selian akhlak.
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 30/33
3. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja dan terus berdikari tanpa bergantung
kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:
Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan
Orang Kurang Upaya (OKU)
Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang
produktif
Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
Kelayakan :
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya
Bekerja sendiri atau dengan majikan
Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga
Berumur 16 tahun ke atas
Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian
percuma.
5. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
Skim ini bertujuan untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk
bekerja. Skim ini juga akan dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU
khususnya yang tidak berupaya bekerja dan mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar
yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan dan tempoh
kaji semula adalah selama 12 bulan.
Kelayakan :
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada
semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen
bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain
OKU berdaftar dengan JKM
Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan
Berumur antara 18-59 tahun
Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada
Bukan perserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan /
pemulihan kelolaan
agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan
Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang
berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.
6. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Skim bantuan ini adalah bertujuan untuk :
Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga
Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan pesakit Kronik terlantar
Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat
Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan
Mempertingkatkan kesejahteraan keluarga.
Kadar bagi skim bantuan ini adalah sebanyak RM300 sebulan seorang dengan tempoh kaji semula
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 31/33
selama 12 bulan.
Kelayakan :
Pemohon adalah penjaga yang merupakan ahli keluarga OKU / pesakit Kronik Terlantar
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Sedang memberi jagaan ahli keluarga yang OKU /Pesakit Kronik Terlantar sepenuh masa
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.
Gerakan Koperasi di Malaysia
Posted on January 30, 2013 | Leave a comment
Gerakan Koperasi di Malaysia
Tahun 2012 menyaksikan sejarah tercipta dalam sektor koperasi peringkat dunia apabila ia
diisytiharkan sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa. Majlis IYC 2012 diadakan di Manchester, United
Kingdom. IYC disasarkan untuk meningkatkan kesedaran awam akan sumbangan yang tidak ternilai
gerakan koperasi dalam mengurangkan kemiskinan, menyediakan peluang pekerjaan dan mewujudkan
integrasi sosial. Ini membuka minda ke arah satu paradigma baru yang sewajarnya diteladani oleh
sektor koperasi negara.
Paradigma yang dimaksudkan berkisar rapat dengan kesedaran kurang memberangsangkan dalam
kalangan rakyat Malaysia mengenai potensi koperasi walhal di peringkat global gerakan koperasi telah
diangkat sebagai satu sektor peneraju utama ekonomi dunia sebaris dengan sektor yang lain.
TINGKAT KESEDARAN, AMBIL CONTOH
Kesedaran umum mengenai koperasi dan bagaimana dapat memberi manfaat kepada anggota koperasi
adalah sangat penting untuk dipertingkatkan. Masih ramai rakyat di negara ini yang tidak sedar akan
sumbangannya terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara. Semangat berkoperasi dalam negara
perlu lebih aktif, komprehensif dan kompeten sepertimana aktif dan giatnya aktiviti berkoperasi di luar
negara.
Masyarakat dunia mengiktiraf kegiatan koperasi sebagai suatu medium yang mampu mengubah
kehidupan dengan mengurangkan kadar kemiskinan sekaligus menjadi peneraju ekonomi. Justeru,
Malaysia juga harus menumpukan ke arah usahasama memajukan kegiatan koperasi ini. Kita harus
mampu mewujudkan budaya berkoperasi dalam komuniti mereka sendiri tanpa melibatkan urusan
dengan orang tengah.
Leave a comment Posted in Dasar Dalam Negara, KARANGAN TAJUK SOSIAL
KEMASYARAKATAN, KENEGARAAN: ISU SEMASA
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 32/33
Di negara kita, masyarakat masih beranggapan penyertaan koperasi dalam ekonomi terbatas kepada
aktiviti tradisi pinjam meminjam semata sekaligus mempengaruhi penglibatan individu untuk
menyertai koperasi.
Justeru, kesedaran mengenai betapa pentingnya sektor koperasi negara ini adalah penting dipupuk dan
dihebahkan.
REPLIKA BANDAR, PAMERAN JALANAN
Koperasi di Malaysia yang hanya bermula dengan sebuah koperasi kredit pada tahun 1922, kini bilangan
koperasi yang berdaftar telah meningkat berlipat ganda kepada lebih 10,000. Penyertaan koperasi
negara juga tidak terbatas kepada aktiviti tradisi pinjam meminjam, tetapi kini meliputi pelbagai sektor
ekonomi termasuk pemborongan dan peruncitan, perladangan, perumahan, pelancongan,
pengangkutan dan industri asas tani. Dengan didokong lebih tujuh juta anggota pada hari ini, gerakan
koperasi negara berjaya menjana perolehan melebihi RM23 bilion.
Hari Koperasi Negara (HKN) yang menjadi acara tahunan SKM juga adalah antara medan utama SKM
bagi mempromosikan konsep dan produk koperasi kepada rakyat, sekaligus menjadi pengantara bagi
rakyat mendekati selok-belok perkembangan sektor koperasi. Sepertimana HKN, ruang interaktif itu
juga antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kewujudan rangkaian koperasi di peringkat
global.
Global300 Report yang dilancarkan oleh ICA baru- baru ini menyenaraikan 300 koperasi dengan
keuntungan keseluruhan berjumlah USD1.6 trillion, yang menyamai Keluaran Negara Kasar (KDNK)
ekonomi yang ke sembilan terbesar di dunia. Gerakan koperasi di peringkat global telah terbukti berjaya
dapat membangunkan sosio ekonomi masyarakatnya dan kejayaan ini harus dijadikan platform oleh
masyarakat kita agar yakin dengan pembangunan sektor koperasi negara.
DASAR KOPERASI NEGARA
Sungguhpun kerajaan Malaysia telah mengiktiraf peranan dan sumbangan gerakan koperasi dalam
pembangunan negara sejak dahulu lagi, itu tidak bermakna rakyat boleh beranggapan negara kini sudah
berada di takuk selesa. Ada juga yang berfikiran koperasi ini hanyalah gerakan di luar bandar yang kecil
dan tertumpu kepada perniagaan berbentuk perkhidmatan sahaja. Justeru tanggapan sedemikian
haruslah dihakis kerana hasrat kerajaan kini jauh lebih besar.
Dasar Koperasi Negara 2011-2020, rentetan kepada dasar yang mula diperkenal pada 2002 adalah
suatu dasar yang menetapkan hala tuju yang jelas untuk gerakan koperasi memikul tanggungjawab yang
lebih dalam agenda transformasi negara. Dasar diketengahkan bagi memberi nafas baru kepada gerakan
koperasi untuk menarik koperasi keluar daripada kitaran zon selesa ke tahap yang baru.
Ia dulu telah terbukti berperanan dalam agenda pembasmian kemiskinan dan pengagihan kekayaan
negara. Kini, sektor ini seharusnya terlibat dengan aktiviti baru dengan skala yang lebih besar agar
koperasi menjadi satu entiti perniagaan yang lebih efisien dan mampu meningkatkan pendapatan
anggotanya.
28/5/2014 Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2 | GOAY PA STPM' s Blog
http://goaypastpm.wordpress.com/category/karangan-pengajian-am-stpm-penggal-1-2/ 33/33
BLUEPRINT
Jika Dasar Koperasi Negara menjadi nadi penggerak di peringkat nasional, sebuah blueprint hala tuju
koperasi 2011-2020 yang dilancarkan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) pada IYC 2012 juga
mempunyai tujuan yang sama.
Selaku badan bukan kerajaan (NGO) terbesar yang bertanggungjawab dalam menyatu dan memberi
khidmat nasihat kepada 93 negara anggotanya termasuk Malaysia, ICA di dalam blueprint itu antara
lain menyentuh mengenai cabaran koperasi pada tahun 2020. Perancangan yang terkandung dalam
blueprint mendorong koperasi di seluruh dunia untuk lebih bersedia menjadi peneraju ekonomi, sosial
dan persekitaran yang mapan.
Diharapkan semua lapisan masyarakat dapat menerima koperasi sebagai satu entiti perniagaan dan
enterprise yang berkembang dengan pesatnya.
Create a free website or blog at WordPress.com. The Coraline Theme.
Leave a comment Posted in KARANGAN TAJUK SOSIAL KEMASYARAKATAN