Anda di halaman 1dari 14

PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM

PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ)

PUSAT UKM,BANGI,SELANGOR.

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEMESTER 1 SESI 2009-2010

Tugasan: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua


buah Negara yang anda pilih.

YAP HUI HSIEN G75859


Email: yhhjan @streamyx.com
Tel; 012 692 1623

PENSYARAH;
PROF MADYA DR.MOHAMMAD AGUS YUSOFF
Yap Hui hsien-G 75859

9.Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah Negara yang anda pilih.

Pengenalan

Ada beberapa jenis pentadbiran negara di dunia. Mengikut Asnarulkhadi dan Jayum
(1997:105) negara-negara di dunia ini di bahagi kepada 3 jenis yang utama iaitu negara
persekutuan,negara kesatuan dan negara konfederasi. Terdapat satu lagi jenis negara iaitu
Jamhiriyah yang mengamalkan sistem yang agak berbeza.
Contoh:

Negara Persekutuan Negara kesatuan


_________________ ______________
Amerika Syarikat Afganistan
Argentina Albania
Australia Armenia
Austria Aruba
Belgium Bangladesh
Nepal Benin
Comoros Bhutan
Mexico Bolivia
Emiriah Arab Botswana
bersatu Brunei
Malaysia Bulgaria
Thailandl
Laos
Filipina
Indonesia

2
YapHui Hsien_G75859
Negara Persekutuan merupakan kesatuan daripada sebilangan negeri atau negeri yang
separuh berpentadbiran sendiri yang di satukan oleh kerajaan pusat.Di dalam negara
persekutuan status pentadbiran negeri-negeri biasanya dikukuhkan oleh perlembagaan
dan tidak wajar di ubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat.
Bentuk kerajaan atau struktur perlembagaan didapati dalam negara persekutuan dipanggil
federalisme.Negara persekutuan boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik dan meliputi
sebidang wilayah yang luas .Negara persekutuan di tubuhkan melalui persetujuan asal di
antara sebilangan negeri-negeri berdaulat.

Negara kesatuan merupakan satu negara yang diperintah oleh satu kesatuan.Pemerintah
mempunyai kuasa politik dalam negara kesatuan tetapi ia dapat dialihkan ke tingkat yang
lebih rendah yang di pilih oleh rakyat,misalnya gabenur atau walikota.Akan
tetapi,pemerintah pusat mempunyai hak untuk mencabut pejabat-pejabat tersebut.Inilah
perbezaannya dengan negara federasi kerana setiap negara mempunyai kuasa tersendiri
yang tidak dapat di cabut oleh pemerintah federal.Se bahagian besar negara di dunia
merupakan negara kesatuan kerana keluasannya tidak terlalu besar.

Negara konfederasi merupakan satu bentuk negara yang mempunyai dua tahap kerajaan
iaitu kerajaan pusat dan kerajaan wilayah yang dinaungkannya.Kerajaan bawahan
biasanya adalah lebih kuat daripada kerajaaan pusat.kerajaan pusat sebaliknya merupakan
sebagai penyelaras kepada kerajaan wilayah.Rakyatnya mempunyai hubungan langsung
yang luas dengan kerajaan wilayah . Kerajaan pusat pula lebih berperanan menjalinkan
hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain.

Negara Jamhiriyah bentuknya sangat ekslusif dan tersisih dari amalan-amalan lai n
negara di dunia.Libya merupakan satu-satunya negara yang berbentuk Jamhiriyah.

3
Yap Hui Hsien-G75859
Negara ini mengamalkan kerajaan berpusat dan segala keputusan dibuat oleh pemimpin
negara melalui satu jawatan kuasa pusat yang di panggil majlis Syura.Satu perlembagaan
diwujudkan oleh Majlis ini sebagai garis panduan pentadbiran dan pemerintahan negara
tersebut.Tiada badan-badan yang boleh membuat keputusan melebihi majlis tersebut.

Negara persekutuan Negara kesatuan Negara konfederasi


*Gabungan >satu negeri *Gabungan>satu negeri *Gabungan beberapa buah
negeri
*Kuasa kerajaan÷kerajaan *kuasa kerajaan;kerajaan *majoriti kuasa
pusat,negeri dan tempatan pusat dikekalkan oleh negeri-
negeri
*masing-masing mempunyai Kerajaan pusat boleh *Kuasa terhad kepada
autonomi membatalkan undang- kerajaan pusat-untuk
undang yang diluluskan mengawal hal ehwal
oleh kerajaan negeri kepentingan sendiri
*terikat pada perjanjian
*Contoh: Malaysia,Amerika Contoh;New *pupus-konfederasi
syarikat,australia,kananda dan zealand,perancis dan Jerman utara(1867-1871)
india sweden

Yap.Hui hsien-G75859
Negara persekutuan Negara kesatuan Negara Konfederasi
*Kuasa mutlak-kerajaan *kuasa mutlak-kerajaan *kuasa terhad-kerajaan
pusat pusat pusat
*kerajaan negeri *undang-undang yang *kerajaan negeri
mempunyai kuasa autonomi diluluskan oleh kerajaan mempunyai kebanyakan
dalam bidang perundangan negeri boleh dibatalkan oleh kuasa pemerintah
tertentu kerajaan pusat

Membandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di Malaysia dan Indonesia.

Kerajaan tempatan di Malaysia adalah di peringkat terendah dalam sistem kerajaan di


Malaysia. Ia berkuasa di atas mengenakan cukai pintu yang terhad.Kerajaan tempatan ini
boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (by-laws) kepada penduduk yang tinggal di
kawasan pentadbiran mereka.Pegawai tertinggi dalam kerajaan tempatan ialah Datuk
bandar.Di kawasan perbandaran pula ia adalah Yang Dipertua Majlis dan Majlis –majlis
daerah.

Kerajaan tempatan di Indonesia adalah di panggil desa.Desa ialah satu kesatuan


masyarakat undang-undang yang memiliki batas-batas wilayah yang mengatur dan
mengurus kepentingan masyarakat se tempat yang berdasarkan asal-usul dan istiadat
setempat dalam sistem pemerintahan negara kesatuan.Setiap desa di ketuai oleh Kepala
desa.

Yap Hui Hsien-G75859


Hierarki kerajaan tempatan Malaysia
Sebelum Akta kerajaan tempatan 1976 Selepas penerapan Akta 171
*Dewan Bandaraya Kuala Lumpur *Bandar raya-Dewan bandaraya atau majlis
*Majlis perbandaran Bandaraya
*majlis bandaran *bandar-Majlis perbandaran
*Lembaga Bandaran *luar bandar-majlis Daerah
*majlis daerah luar bandar Kawasan khas-Perbadanan atau Pihak
*Majlis Tempatan berkuasa tempatan

Hierarki kerajaan tempatan Indonesia


Peringkat Kawasan Pentadbiran Indonesia
Peringkat Provinsi
Provinsi
Daerah khusus-Daerah Istimewa
Peringkat kabupaten/kota
Kabupaten-Kota
Kabupaten Tadbir
Sagoe
Peringkat kecamatan
Kecamatan
Distrik-sagoe cut
Peringkat kelurahan/desa
Keluharan-desa
Nagari-kampung-Gampong
Lain-lain
Dusun-lingkungan
Rukun warga
Rukun tetangga
6
Yap Hui Hsien- G75859

Sejarah Perkembangan kerajaan t empatan Di Malaysia


Sistem kerajaan tempatan di Malaysia diwarisi daripada British yang memerintah Tanah
Melayu akan tetapi dalam peredaran masa ciri-ciri unik yang mencerminkan sosio-
budaya tempatan mula mempengaruhi perjalanan kerajaan tempatan.Sebuah Majlis
penilai(council of assessors) ditubuhkan di Pulau Pinang untuk melaksanakan
pembangunan bandar pada tahun 1801.Ini diikuti oleh penubuhan majlis-majlis tempatan
di Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain.Sebuah Ordinan pilihan raya kerajaan
tempatan 1950 memberi kuasa kepada majlis tempatan menjalankan pilihanraya.Akan
tetapi,permasalahan dalaman berkaitan dengan pentadbiran dan politik serta konfrontasi
Indonesia telah menggantungkan pilihan raya kerajaan tempatan.Pergantungan dilakukan
melalui Peraturan kecemasan dan pindaan telahmenjadikan kerajaan tempatan tidak
menjalankan pilihan raya.Dibawah Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
memulakan penyusunan semula dengan memperkenalkan Akta kerajaan Tempatan
(Peruntukan sementara) 1973.Akta ini memberi peruntukan kepada kerajaan persekutuan
mengkaji semua undang-undang yang berkaitan dengan kerajaan tempatan.Yang paling
penting sekali ialah permansuhan pilihan raya kerajaan tempatan.
Melalui Akta ini juga, pegawai majlis tempatan akan dilantik dan majlis daerah diketuai
oleh pegawai daerah masing-masing.Secara langsungnya peruntukan ini telah memberi
kuasa kepada kerajaan persekutuan mengawal kerajaan tempatan y.ang se belum ini di
kawal oleh kerajaan negeri. Rombakan ini telah mengubah peranan kerajaan tempatan
Sebelum rombakan kerajaan tempatan di anggap sebagai saluran dalam amalan
demokrasi selain daripada parlimen dan dewan undangan.Tetapi,selepas di rombak,
peranannya diubah kepada saluran untuk mempercepatkan dan menggalakkan
pembangunan.

Yap Hui hsien-G75859

Kerajaan tempatan merupakan satu agensi kerajaan yang sangat penting di negara
Malaysia kerana umumnya ia adalah peringkat kerajaan yang paling dekat dengan
rakyat.
Kerajaan tempatan bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan
mengambil bahagian di dalam pengurusan kawasan yang di duduki oleh mereka.Pada
asasnya mereka yang menetap di tempat itu sendiri harus mengurus perkara yang
bersangkut paut dengan hal tempatan.Peranan ini dapat di perhatikan menerusi tugas dan
tanggungjawab pihak berkuasa tempatan terhadap perancangan bandar ,kerja-kerja
raya,kemudahan-kemudahan awam,kesihatan awam,perumahan dan perkhidmatan untuk
penduduk tempatan.
Peruntukan undang-undang
Perlembagaan persekutuan Malaysia meletakkan pentadbiran kerajaan tempatan kepada
kerajaan negeri.Tetapi pindaan perlembagaan pada tahun 1960 memperuntukan
penubuhan se buah jawatan kuasa perunding yang di panggil Majlis Negara bagi kerajaan
tempatan.Ke ahliannya terdiri daripada seorang menteri persekutuan atau pengerusi,wakil
kerajaan rakyat dan wakil-wakil kerajaan Persekutuan.Justerunya ini memberi kerajaan
Persekutuan pengaruh yang besar ke atas kerajaan tempatan.

Akta Parlimen
Beberapa akta Parlimen juga di gubal untuk mengawasi operasi kerajaan tempatan di
Malaysia.Akta kerajaan tempatan 1976(akta 171) merupakan akta paling terpengaruh
kerana ia menggariskan bentuk,struktur organisasi,tugas dan tanggungjawab kerajaan
tempatan se cara menyeluruh.Akta prerancangan Bandar dan desa 19769Akta 172) juga
digubal untuk mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan.

Yap hui Hsien-G75859

Pembentukan Desa di Indonesia


Desa di Indonesia di bentuk atas daya usaha masyarakat dengan memperhatikan keadaan
sosial budaya masyarakat setempat dan asal usul desa.Pembentukan desa boleh berlaku
dengan beberapa cara. Misalnya,pergabungan beberapa desa,pemecahan satu desa
menjadi dua desa atau lebih atau pembentukan desa di luar desa yang ada.
Desa boleh diubah dan di sesuaikan statusnya menjadi keluharan berdasarkan inisiatif
Pemerintah desa bersama denganBadan Musyawarah Desa(BPD) dengan memperhatikan
pendapat dan cadangan masyarakat se tempat.Desa yang mengubah status ini
kekayaannya merupakan kekayaan daerah dan dikelolakan oleh kelurahan tersebut untuk
kepentingan masyarakat setempat.

Ketua desa adalah Kepala desa dan tempoh jawatannya selama 6 tahundan boleh
dilanjutkan untuk satu penggal.Jawatan Kepala desa juga di panggil Wali Nagari di
Sumatera barat,pambakal di Kalimantan Selatan dan Hukum Tua di Sulawesi
Utara.Kepala Desa di jawat oleh sesiapa yang memenuhi syarat (biasanya berbeza antara
satu desa dengan yang lain) dan di pilih oleh penduduk desa setempat melalui pilihanraya
Kepala desa.

Desa memiliki pemerintahannya sendiri yang terdiri daripada pemerintahan desa dan
Badabn Musyawarah desa.(BPD) . Badan Permusyawaran desa merupakan lembaga
perwujudan demokrasi dalam penyelenggaran pemerintah desa.Anggota BPD adalah
wakil para penduduk desa berkenaan.Mereka ialah Ketua Rukun Warga,pemangku
adat,golongan profesional,pemimpin agama dan pemimpin masyarakat yang lain.Ketua
dan anggota BPD tidak boleh menjadi Kepala Desa atau pegawai perkhidmatan Awam
desa.Fungsi BPD ialah untuk menetapkan Peraturan Desa bersama dengan Kepala desa
untuk menyalurkan aspirasi masyarakat.Tempoh jawata anggota BPD iaiah 6 tahun dan
boleh dilantik kembali untuk satu penggal tambahan.

9
Yap hui Hsien-G75859
Lembaga Kemasyarakatan
Lembaga kemasyarakatan dibentuk oleh masyarakat dan merupakan perkongsian dengan
pihak pemerintah desa dalam usaha meningkatkan keupayaan masyarakat.Ia ditetapkan
melalui Peraturan desa dan peranannya sebagai penampungan dan penyaluran aspirasi
masyarakat dalam bidang pembangunan.Ia mempunyai hubungan kerja dengan
pemerintah desa yang bersifat perkongsian,perundingan dan penyelaras.

Konsep-konsep kerajaan tempatan


Konsep disentralisasi kuasa memberikan kuasa terhadap pihak-pihak yang mentadbir
kawasan-kawasan dalam daerah. Desentralisasi merupakan pertukaran pembuatan
keputusan daripada kerajaan pusat kepada organisasi di peringkat tempatan.
Desentralisasi dikelaskan dalam 2 kelas yang sering di gunakan:
1) devolution
2) deconcentration

1) Devolution- Di Malaysia kerajaan tempatan mengamal pentadbiran devolution


dan pentadbiran daerah pula bercorak deconcentration.Fungsi devolution adalah
untuk menggalakkan lebih banyak rakyat mengambil bahagian pengurusan
tugas-tugas kerajaan kepada badan berkuasa tempatan.Maka pergantungan
terhadap kerajaan pusat dalam hal ehwal tempatan dapat di atasi.
2) Deconcentration-Ini adalah pecahan tumpuan tanggungjawab dan kuasa oleh
Kerajaan Pusat terhadap unit-unit tempatan dan kawasan yang mewakili
kementerian.Di Malaysia kerajaan tempatan tertakluk kepada kerajaan Negeri
dimana kerajaan Negeri pula tertakluk kepada kerajaan Pusat. Segala kesulitan
dan masalah di peringkat tempatan akan di bawa ke peringkat negeri .Jika masalh
tersebut tidak dapat menyelesaikannya ia akan di bawa ke peringkat pusat.

10
Yap Hui hsien-G75859
Tugas dan Fungsi kerajaan tempatan di Malaysia
Kerajaan tempatan di Malaysia telah diberi kuasa yang luas di bawah Akta kerajaaan
tempatan 1976.Peranan dan fungsinya meliputi tugas-tugas wajib seperti pengumpulan
sampah,penyengharaan lampu-lampu jalan dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan
kesihatan awam.Fungsi budinya pula termasuklah peranan pembangunan seperti
menyediakan kemudahan-kemudahan awam,taman –taman rekreasi,perumahan dan juga
kegiatan-kegiatan perdagangan.Selain itu, ia juga mempunyai kuasa keatas;-
 Kuasa perancang tempatan
 Kuasa mengeluarkan lesen
 Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu
. Membina bangunan,perumahan dan unit-unit perdagangan
 Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar
 Mengurus dan mengawal lalulintas
 Merancang dan menyediakan kemudahan –kemudahan awam
 Penyenggaran dan penambahbaikan kawasan persekitaran
 Perkhidmatan seperti pembersihan,pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal
 Perparitan dan pembetungan yang sempurna
 Program-program mengindahkan kawasan
 Perkhidmatan rumah penyembelihan,perkhidmatan veterinar,pengangkutan
 Kawasan-kawasan pengebumian dan juga tempat membekar mayat.
 Menyediakan kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak,klinik-klinik
 Menyenggarakan air-air pancut dan pencahayaan jalan-jalan awam.

11

Yap Hui Hsien-G75859

Fungsi desa di Indonesia


Bidang kuasa desa adalah seperti berikut;-
 Menyenggarakan urusan pemerintahan
 Menyelenggarakan urusan pemerintahan yang menjadi bidang kuasa
kabupaten/kota yang diserahkan kepada desa.iaitu urusan langsung untuk
meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.
 Membantu pemerintah provinsi serta pemerintah kabupaten/kota dalam tugas
masing-masing
 Urusan pemerintahan yang lain yang diserahkan kepada desa.

Kesimpulannya;

Kerajaan tempatan di Malaysia berfungsi untuk memberi segala perkhidmatan yang


melibatkan urusan harian rakyat dan kuasa kerajaan tempatan di kawal oleh kerajaan
Persekutuan melalui Kementerian Perumahan manakala desa di Indonesia desa
menguruskan kepentingan masyarakat setempat berdasarkan asal usul dan istiadat
setempat yang di akui dan di hormati.Desa di Indonesia menjalankan pemerintahan
sendiri dan juga mempunyai kuasa untuk menetapkan Peraturan desa.

12

RUJUKAN:
Http;//ms.wikipedia.org/wiki/desa_(Indonesia)

http;//ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia

http;//shaifuklbahri.blogspot.com/2006/06/dilema-pbt-ikut-arahan-pusat-atau.html

Ahmad Martadha Mohamed,Mohd. Nazri Baharom,Muhamad Ali Embi,Ruslan


Zainuddin,Saadon Awang(2006),Asas PentadbiranAwam.Universiti Utara Malaysia
Sintok.Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)

Abdul Aziz,1992,Jentera Pentadbiran Kerajaan di Malaysia: Satu pengenalan.Dewan


Bahasa dan Pustaka

Ahmad Atory Hussain,1986,Pengantar Pentadbiran Awam.Kuala lumpur:Utusan


publications & Distributorrs Sdn Bhd

http ;//wapedia.mobi/ms/Kepala Desa

13

PENGENALAN
PERBANDINGAN DI ANTARA KERAJAAN TEMPATAN DI MALAYSIA DAN
INDONESIA

 HEIRARKI
 SEJARAH PERKEMBANGAN
 KONSEP-KONSEP KERAJAAN TEMPATAN
 TUGAS DAN FUNGSI

KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai