Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN DAN

PENILAIAN
KHEMAH IBADAH TAHUN 6
TARIKH:
9-10 MEI 2014
TEMPAT:
BILIK j-QAF SK SULAIMAN
ANJURAN BERSAMA:
UNIT BINA INSAN DAN UNIT
BIMBINGAN KAUNSELING
SK SULAIMAN

LAPORAN DAN PENILAIAN KHEMAH IBADAH TAHUN 6


SK SULAIMAN
Tarikh

: 9-10 Mei 2014

Hari

: Jumaat- Sabtu

Tempat

: Bilik j-QAF Sekolah Kebangsaan Sulaiman, Bentong

1.

PENDAHULUAN

Khemah Ibadah merupakan salah satu aktiviti Panitia Pendidikan Islam yang dilaksanakan pada
setiap tahun demi untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Generasi hari ini merupakan pemangkin masa depan negara. Justeru, kecemerlangan
ummah, bangsa dan negara banyak bergantung kepada kekuatan jatidiri dan keperibadian
generasi masa kini, maka program khemah ibadah dilaksanakan untuk memberi
pendedahan dan bimbingan ke arah pengahayatan ibadah, penerapan nilai-nilai akidah yang
mantap serta adab-adab yang mulia dalam kehidupan seharian.

2.

OBJEKTIF
2.1

Menimbulkan kesedaran kepada pelajar-pelajar akan tanggungjawab mereka


sebagai hamba Allah.

2.2

Membentuk keyakinan pelajar-pelajar akan potensi yang dianugerahkan Allah


untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

2.3

Meningkatkan daya tahan sahsiah dan peningkatan akhlak Islamiah melalui


program pembangunan insan.

2.4

Membimbing pelajar-pelajar supaya dapat membezakan perkara positif dan


negatif.

3.

SASARAN
Semua murid tahun 6 (beragama Islam)

4.

KEHADIRAN MURID
97 orang murid hadir daripada 118 orang murid

5.

LOKASI AKTIVITI
Bilik j-QAF SK Sulaiman

6.

TARIKH SAMBUTAN
9- 10 Mei 2014

7.

PENGISIAN AKTIVITI

AKTIVITI

TARIKH

MASA

CATATAN/TINDAKAN

Ice Breaking

9 Mei 2014

6.00-6.30ptg

Tn. Hj Affindi bin Ibrahim

Solat Maghrib,Yasin & Tahlil


Solat Isyak.

9 Mei 2014

7.20-8.45 mlm

Ustaz Nazari bin Mansor

Ceramah Motivasi

9 Mei 2014

8.45-10.30 mlm

Ustaz Hj. Aris Hazlan bin


Ismail

Qiamullail
Solat Tahajud, Solat Taubat
dan Solat Hajat.
Solat Subuh

10 Mei 2014

Riadah

10 Mei 2014

7.00-7.30 pagi

Solat Sunat Dhuha

10 Mei 2014

8.00-8.30 pagi

Ceramah Motivasi

10 Mei 2014

9.00-1.00tgh

4.30-6.30pagi

Ustaz Mohd Zamri bin


Basri
Ustaz Alhisyam bin
Ahmad
Ustaz Suffian Asthauri bin
Shafie
Aura Imtiyaz

KEKUATAN PROGRAM
1.
Kawalan murid amat baik kerana setiap guru dan Ajk menjalankan tugas dengan
amanah.Penglibatan murid tahun 6 memberi tindak balas yang baik dan memberikan kerjasama
terhadap aktiviti yang dijalankan.

2.
Penglibatan guru kelas amat baik dalam memastikan kehadiran murid kelas masingmasing agar dapat menghadirkan diri mereka ke Khemah Ibadah 2014.

3.
Program berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Setiap aktiviti berjalan
mengikut apa yang telah ditetapkan sebagaimana di dalam tentative program.

KELEMAHAN PROGRAM

1.
Masih ada murid yang masih tidak menghadirkan diri walaupun surat telah diedarkan
sebagai makluman.
2.
Masa yang singkat ini mungkin dapat memberi kesan yang sedikit kepada murid yang
hadir.
3.
Komitmen guru dalam menjayakan Khemah Ibadah ini boleh dikatakan dalam tahap
yang kurang memuaskan. Hanya segelintit sahaja yang memberi komitmen dalam menjayakan
program ini.
CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN
Penambahbaikan perlu dilakukan agar segalanya berjalan lancar dan memberi kesan yang baik
kepada murid. Segala kelemahan perlu diambil kira agar Khemah Ibadah pada tahun hadapan
tidak akan mengalami masalah dan kesukaran lagi. Masa yang singkat mungkin boleh ditambah
kepada 3 hari 2 malam dalam memberikan kesan didalam rohani mereka dalam menjalan
ibadah mereka sebagai seorang murid dan juga sebagai seorang anak. Segala perancangan
harus di laksanakan awal dan gerak kerja berjalan lancar dengan pembahagian tugas yang
dibuat.
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Secara kesimpulanya, dapatlah dilaporkan bahawa Program Khemah Ibadah Tahun 6 2014 ini
berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kelemahan. Kerjasama semua guru dan
pelajar menjadi tunjang kekuatan dalam perlaksanaan sambutan ini. Diharapkan pada tahun
hadapan ianya akan lebih berjaya dan berlangsung dengan lebih baik.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh,

_____________________________
(MOHD AFIQ FIRDAUS BIN MASHUDI)
Setiausaha Bina Insan
SK Sulaiman

_____________________________
(EN AZOR BIN YUSOF,AMN.)
Guru Besar
SK Sulaiman

LAMPIRAN

Ustaz
Ice- Breaking
Aris
Pendaftaran
menyampaikan
dikendalikan
murid ceramah
tahun
oleh Cikgu
6 motivasi
Affindi

Penyampaian
Bacaan
Taklimat
Yasin
cenderahati
keselamatan
& Tahlil diketuai
kepada
daripada
oleh
Ustaz
Cikgu
Ustaz
ArisNaeman
Nazari
Hazlan

Ustaz Zamri menyampaikan kaifiat Solat Tahajud


dan Solat Taubat

Tuan Guru Besar, En. Azor bin Yusof menyampaikan cenderahati


kepada Ustaz Zamri

Aktiviti riadah yang dikendalikan oleh Ustaz Alhisyam

Murid-murid tahun 6 melakukan Solat Sunat Dhuha yang dipimpin oleh


Ustaz Suffian Asthauri

Murid bersemangat dalam mendengar Ceramah Motivasi oleh Aura


Imtiyaz

Penyampaian cenderahati oleh Guru Besar SK Sulaiman kepada


penceramah (Aura Imtiyaz)