Anda di halaman 1dari 2

ALAM FUNGI

1. PENGENALAN

Biokepelbagaian merujuk kepada spesies organism yang luas di Bumi.Semua organisma
dikelaskan kepada lima alam utama.Dia antaranya ialah alam monera, alam protista, alam
fungi, plantae dan animalia. Ahli biologi menganggarkan di seluruh dunia terdapat sekitar 1.5
juta spesies fungi atau kulat. Sekitar 100,000 spesies fungi sahaja yang telah diketahui.
Secara filogenetik fungi boleh digolongkan dalam beberapa filum iaitu Chytridiomycota,
Zygomycota, Ascomycota, basidiomycota dan Deuteromycota. Fungi merupakan kumpulan
organisma yang banyak digunakan di dalam makanan tradisional seperti tempe, roti dan
bir.Selalunya orang menganggap fungi sebagai tumbuhan. Walaubagaimanapun fungi
mungkin lebih serupa dengan haiwan kerana dinding selnya mengandungi kitin (chitin). Kitin
adalah bahan yang ditemui di artropod. Fungi biasanya bersaiz besar berbanding
bakteria.fungi bukan organisma bergerak dan biasanya membiak melalui spora. Spora boleh
dihasilkan secara seksual dan aseksual , bergantung kepada spesies dan keadaan alam sekitar.
Fungi juga boleh dikulturkan untuk tujuan komersial seperti cendawan, sos soya, antibiotik
dan kawalan serangga perosak.

2. CIRI-CIRI DAN STRUKTUR

Terdapat pelbagai ciri-ciri dan struktur yang ada pada fungi. Di antara ciri-ciri dan struktur
fungi secara umum ialah
a. Fungi termasuk dalam organisma eukariotik atau eukariot iaitu sel disusun dengan
memiliki membran nukleus. Sel fungi memiliki dinding sel dari bahan kitin yang merupakan
polimer karbohidrat yang mengandungi nitrogen. Zat ini juga terdapat pada eksookeleton
haiwan arthropoda, seperti labah-labah dan serangga. Kitin bersifat kuat, tetapi fleksibel. Ini
berbeza dengan tumbuhan umum yang dinding selnya tersusun dari selulosa dan bersifat
keras.
b. Fungi merupakan organisma bersel banyak ( multiselular), tetapi ada juga yang bersel
tunggal( uniselular) , contohnya ragi tapai (saccharomyces sp).
c. Fungi mempunyai badan yang terdiri daripada jaringan hifa berbentuk benang disebut
miselium.
d. Fungi merupakan organisma heterotrofik, iaitu organisma yang memperolehi
makanannya dengan cara menyerap nutrisi dari lingkungannya atau substratnya.
e. Fungi ada yang hidup sebagai parasit, sesetengahnya adalah bersifat saprofit dan ada
pula yang bersimbiosis dengan organisma lain secara mutualisme.
f. Fungi dapat membiak secara aseksual dan seksual.

Anda mungkin juga menyukai