Anda di halaman 1dari 2

Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh d

unia.
Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan
dikongsi
bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut bany
ak nyawa
yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banji
r kilat,
jerebu, tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering melanda dunia.
Malangnya,
tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku.
Hal ini demikian kerana, sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan k
etikanya,
bencana alam ini pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menangani ku
asa alam,
namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri per
lu diberikan
perhatian agar nyawa manusia tiddak terancam.

Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun ant
ara sedar ataupun
tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Individu-individu ya
ng terbabit dalam
aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok kerana
, sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan
jika tidak digantikan
dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabk
an hakisan tanah berlaku.
Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut
nyawa dan menyebabkan
kerosakan harta benda. Oleh itu, langkah yang bijaksana dan efektif perlulah dij
alankan untuk menangani
masalah ini daripada berlaku.

Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka me
lakukan pembakaran terbuka.
Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah
yang menyebabkan kejadian
jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu in
i pula boleh menyebabkan
pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. O
leh itu, kita seharusnya
sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dila
yangkan, pandang dekat
ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung
dapat membantu kita untuk
mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa
manusia sejagat yang tidak berdosa.

Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab i
aitu dengan membuang sampah
ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golong
an ini sebenarnya menganiayai
masyarakat seperti kata pepatah, kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu
pula yang menjadi hulunya.
Hal ini demikian kerana, sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang
dibuang ke dalam sungai dan
longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan ban
jir kilat berlaku. Kejadian ini
sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu, pihak
berkuasa haruslah mengkaji masalah
ini hingga ke akar umbinya.

Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh akti
viti pembangunan yang tidak terancang
di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak s
elamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh
berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa
musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan
empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju
yang membangunkan kawasan tersebut tidak
mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tana
h runtuh. Mereka tidak membuat sistem
perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk
mengelakkan kejadian tanah runtuh.
Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku ak
ibat pergerakan air di dalam tanah yang
menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu den
gan mengamalkan peribahasa seperti aur
dengan tebing untuk menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan peribahasa s
eperti enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya
semua pihak terpaksa menanggung akibat
buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar b
ahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar
tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya
Allah menganugerahkan alam ini kepada kita
sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, j
erebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian,
tepuklah dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.
- See more at: http://stpm-study.blogspot.com/2013/11/faktor-faktor-berlakunya-
bencana-alam.html#sthash.zItfoc0P.dpuf

Anda mungkin juga menyukai