Anda di halaman 1dari 38

Bab 1

Semasa musim cuti sekolah, Amirah Amir mengajak rakan sebiliknya, Jacinta
ke lokasi ibunya membuat kajian arkeologi di tengah belantara Banjaran
Titiwangsa.
Sepanjang perjalanan menaiki kereta api, Amira menghabiskan masa dengan
membaca e-mel ibunya berserta dengan gambar terbaru penemuan tulang
karpus. Dia juga mengemas kini laman web ibunya yang berkaitan tentang
maklumat tersebut. Amira turut mengkaji peta lokasi yang dikirimkan oleh
ibunya. Dia memerhatikan gelagat seorang pemuda berkulit gelap yang asyik
mengelamun di sisi lelaki kulit putih yang nyenyak tidur.
Hujan lebat melanda di sekitar kawasan tapak arkeologi. Tali khemah tapak
nombor lima, tujuh dan lapan telah terputus. Dr. Zawawi mengesyaki tali
khemah tersebut telah dipotong oleh seseorang.
Malique pula terpaksa akur dengan desakan ibunya, Jennifer supaya
menemani OHara.


Bab 2
Amira dan Jacinta resah menungu Pak Lias di Stesen Dahan Hijau yang akan
membawa mereka ke Bukit Mat Raya.
Amira kagum akan keindahan bangunan stesen itu yang mempunyai ciri-ciri
klasik seolah-olah pada era kolonial.
Jacinta teringat akan kesibukan bapanya sebagai ahli perniagaan dan
perkahwinan bapanya selepas ibunya meninggal dunia empat tahun yang
lalu.
Mereka meredah jalan yang berlumpur dengan menaiki kenderaan pacuan
empat roda yang dipandu oleh Pak Lias.
John OHara, Malique dan Roslan juga menaiki kenderaan pacuan empat
roda untuk ke Bukit Kerengga. Malique agak terkejut apabila terpandang
Amira, iaitu gadis yang sama di dalam kereta api.

Bab 3
Amira dan Jacinta berbual-bual di dalam khemah di Desa Karpus yang ketiga.
Amirah memberitahu tujuannya mengajak Jacinta ke tapak arkeologi tersebut.
Jacinta menceritakan sebab dia menolak pelawaan bapanya untuk bercuti di
London. Amira juga mendapat tahu bahawa Jacinta tidak pernah pulang ke
rumah semasa cuti persekolahan.
Jacinta merasakan bahawa bapanya terlalu cepat berkahwin lain dan sudah
melupakan ibu kandungnya.
Profesor Zaidah cuba menenangkan Jacinta dan menasihati dia supaya
mengambil peluang bercuti bersama keluarganya untuk mengenali ibu tirinya
dengan lebih dekat.
Jacinta kembali ceria apabila Amira mengusiknya tentang peristiwa di Gua
Niah, iaitu Jacinta jatuh cinta dengan Dr. Zawawi yang sedang menyiapkan
tesis sarjananya.

Bab 4
Perkenalan singkat terjalin antara Amira, Jacinta dan Malique di Air Terjun
Angin.
Malique menceritakan hal dirinya, iaitu dia didesak oleh ibunya untuk
mengikut orang putih itu, John OHara.
Ketika mereka pulang ke khemah untuk bersarapan, kisah tali khemah yang
putus, bunyi tapak kaki dan bau rokok keretek menjadi perbualan pasukan
projek arkeologi.
Profesor Zaidah terpaksa memaklumkan bahawa Bukit Mat Raya
mengandungi emas tetapi masih di peringkat kajian.
Beliau juga memaklumkan bahawa seorang pakar didatangkan khas oleh
sebuah syarikat dari Pulau pinang untuk menilai kandungan emas.
Mereka mengesyaki kejadian itu bertujuan menakut-nakutkan mereka supaya
keluar daripada kawasan tersebut.
Amira bercadang untuk mendapatkan cerita yang sebenar daripada Malique.

Bab 5
Sudah berja-jam Amira menunggu Malique di kawasan Air Terjun Angin
kerana ingin mengetahui perkembangan aktiviti mengesan emas di dalam
hutan itu.
Ketika berbual-bual dengan Jacinta, Amira tergelincir dan jatuh ke dalam
sungai lalu dihanyutkan oleh arus sungai yang deras.
Amira diselamatkan oleh Itai dan Tau, iaitu suku Orang Asli Semai di
kawasan itu.
Amira menceritakan kerja-kerja arkeologi yang dijalankan di kawasan
tersebut.
Pak Cik Tau kurang senang dangan kerja-kerja arkeologi itu, sebaliknya Itai
berminat untuk mengetahui tentang penemuan tulang karpus.

Bab 6
Jacinta ditemui pengsan di celahan banir pokok balak oleh kumpulan yang
diketuai oleh Tau.
Pelajar kagum dengan kehebatan Tau dan Itai mengesan Jacinta, mengenali
bekas tapak kaki, meneka jantina dan menghidu bau yang dibawa oleh angin.
Amira dimarahi oleh Profesor Zaidah kerana tindakannya untuk menemui
Malique telah membahayakan dirinya dan mengancam keselamatan Jacinta.
Ibu Amira memaklumkan saingan daripada kumpulan yang menggilai emas
dan tentangan daripada suku Orang Asli Semai.






bab 7
Malique menemani John OHara ke Pulau Pinang selama dua hari untuk
berbincang dengan bakal pelabur emas di kawasan hutan itu.
Ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke KLIA, OHara bercerita
tentang kisah silamnya sewaktu bekerja sebagai buruh di lombong opal,
Ausralia.
Dia juga menceritakan pengembaraannya di benua Australia sehingga die
bekerja sebagai pengesan emas.
OHara memberitahu tugas Malique ialah memasukkan maklumat yang
disediakan olehnya tentang projek pencarian emas ke dalam komputer.
Malique berasa kecewa kerana OHara masih merahsiakan hubungannya
dengan ibu Malique, Jennifer.
Semasa dalam perjalanan untuk memeriksa barang-barang yang dihantar
oleh syarikat pengangkutan, Pak Lias dan Profesor Zaidah berbual-bual
tentang kurangnya perhatian Profesor Zaidah terhadap Amira dan keadaan
keluarga Pak Lias.
Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu pleh Pak Lias tiba-tiba hilang
kawalan.

Bab 8
Tau melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya apabila kawasan hutan yang
dianggap suci itu deceroboh.
Abangnya, Ludin pula mengenangkan kehidupan mereka semasa kecil serta
sebab die menyerahkan anaknya, Itai kepada Tau. Ludin menginginkan Itai
mempelajari ilmu keturunan mereka sebagai persediaan untuk
menggantikannya kelak.
Tau mahu menyerahkan Itai kepada Ludin semula kerana Itai sudah
menguasai segala ilmu mengesan jejak dan memburu.
Ketika Itai datang melawat Jacinta, dia agak terkejut apabila memberitahu
bahawa ada pihak tertentu yang hendak memusnahkan kawasan hutan itu
dan ada emas di kawasan tersebut.
Mereka dikejutkan oleh suara Rusdi yang mengatakan bahawa Profesor
Zaidah kemalangan.

bab 9
Pergelangan tangan Profesor Zaidah terseliuh dalam kemalangan semalam
apabila kenderaan pacuan empat roda mengalami masalah brek ketika
menuruni bukit.
Pak Lias menghimpit tebing untuk mengelak daripada terhumban ke dalam
gaung. Akhirnya kenderaan itu berhenti di dasar sungai.
Dr. Zawawi mengusulkan agar projek cari gali ini ditangguhkan buat
sementara kerana khuatir kejadian itu melemahkan semangat pelajar dan
seolah-olah telah dirancang sama ada oleh pencari emas, peneroka balak
atau suku Orang Asli Semai.
Profesor Zaidah kecewa dengan cadangan Dr. Zawawi supaya
menangguhkan projek arkeologi itu kerana menganggap kejadian tersebut
sebagai suratan takdir.
Ludin merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh dengan
menggunakan daun dan belahan buluh.

Bab 10
Malique dan OHara menunggu ketibaan Roslan di Stesen Dahan Hijau.
Roslan menjelaskan punca kelewatannya, iaitu berlaku kekecohan di kem cari
gali emas. Tiga orang pekerja buruh mabuk dan bergaduh ketika ketiadaan
Ah Chin.
Roslan juga menceritakan perkembangan yang berlaku di Desa Karpus.
Amira bertanya kepada Itai tentang ubat-ubatan yang digunakan oleh
bapanya yang digunakan untuk menyembuhkan tangan ibunya, sebaliknya
Itai lebih mengagumi kandungan ensiklopedia.
Tiba-tiba Amira teringat bahawa Itai merupakan pemenang tempat kedua
dalam pertandingan Pameran Saintis Muda 2002.
Bab 11
Tau terkenang akan kisah silamnya, dia memperisterikan Ipah yang tidak
diterima oleh suku Orang Asli Semai demi menyelamatkan Ludin yang bakal
menjadi ketua kampung.
Ipah lebih menyanyangi Sabi, anak pertamanya daripada bayi dalam
kandungannya.
Lelaki kulit putih yang berada di kem cari gali emas itu telah mengembalikan
nostalgia Tau.
Tau berang kerana Ipah masih bekerja di kem orang putih.
Johnny berjaya mengesan tempat pesawat Ridley terhampas.
Johnny menemukan kubur Ridley dan Brenda melalui kerjasama Tau serta
mahu membawa tulang-temulang mereka ke Australia.
Ipah lari mengikut Johnny dengan membawa Sabi bersamanya dan
meninggalkan anaknya yang masih kecil.
Roslan bimbang jika pekerja baru yang mencentuskan pergaduhan di kem
akan mencarinya kerana membongkarkan rahsia tersebut.
Malique cuba menenangkan Roslan dengan meminta die menolongnya
memasukkan maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan ke dalam
komputer.
Malique memutuskan untuk berjumpa dengan Amira bagi mengetahui punca
Amira hanyut dan kemalangan yang melibatkan Profesor Zaidah keesokan
harinya.

Bab 12
Ludin membuat lawatan susulan untuk memeriksa pergelangan tangan
Profesor Zaidah yang terseliuh.
Profesor Zaidah menunjukkan tulang karpus yang telah ditemukan kepada
Ludin.
Ludin berminat dengan penemuan tersebut kerana bahan bukti itu akan
menggagalkan projek cari gali emas dan menyelamatkan hutan itu daripada
pembalakan dan kawasan itu akan dijadikan kawaan larangan.
Itai pula mengajak Amira mengutip emas bagi memujuk Jacinta yang berkecil
hati apabila dia bertanya tentang percutiannya.
Malique ke tapak arkeologi itu bagi menemui Amira, tetapi Amira telah keluar
bersama Itai.

Bab 13
Itai menceritakan mitos dan misteri yang berlaku di kawasan itu kepada
Amira, iaitu seorang pembalak telah digantung songsang oleh makhluk
berkaki dua.
Amira terpegun melihat dasar sungai yang dipenuhi emas, tetapi dia hanya
dibenarkan mengambil seketul emas sahaja untuk Jacinta.
Amira juga diminta merahsiakan perkara tersebut daripada orang lain.
Semasa hendak pulang ke Desa Karpus, mereka terserempak dengan
makhluk berbulu dan seorang lelaki yang diikat tangan serta ditutup mulutnya.
Amira dan Itai melarikan diri ketika makhluk berbulu itu mengheret tubuh
lelaki yang terkulai tersebut ke darat.
Amira menjerit lalu rebah apabila mereka disergah oleh satu lembaga.

Bab 14
Kekecohan berlaku di kem cari gali apabila seorang pekerja baru sudah dua
hari hilang di dalam hutan.
OHara berpuas hati dengan laporan projek cari gali emas yang disediakan
oleh Malique.
Malique risau kerana laporan tersebut bakal mengubah hutan, sungai,
perkampungan dan kehidupan di situ.
Malique berharap agar penemuan di Desa Karpus akan menyekat hasrat
usahawan dari Pulau Pinang untuk melombong emas di kawasan itu.
Semasa keluar mencari pekerja yang hilang, kenderaan yang dipandu oleh
Roslan tersangkut pada tanah merah sebagai akibat hujan lebat.
Ketika Roslan keluar untuk mendapatkan bantuan, tiba-tiba Malique
merasakan kenderaan itu ditolak dan meluru ke dalam gaung.

Bab 15
Pelbagai persoalan bermain di fikiran Amira ketika dia dan Jacinta berkunjung
ke perkampungan Itai.
Amira memikirkan kemunculan Tau secara tiba-tiba di tempat kejadian.
Tambahan pula reaksi Tau bersahaja ketika Itai menceritakan makhluk misteri
itu.
Amira ingin mengembalikan semula emas yang sudah diikat kemas dengan
tali hitam.
Satu persidangan adat sedang dijalankan untuk menilai tindakan Itai.
Dalam persidangan tersebut, Ludin menyebelahi Amira manakala Tau
bermati-matian mempertahankan Itai.
Kepercayaan Ludin terhadap Itai tercalar kerana gagal mempertahankan
rahsia tersebut.

Bab 16
Hujan sepanjang hari menyebabkan tanah di kawasan khemah di Desa
Karpus berlumpur dan kerja lapangan agak terhad.
Amira dan Jacinta Berjaya menemukan artifak yang mirip bekas air kecil.
Tau bersedia membantu mereka dan membongkarkan rahsia bahawa dialah
yang selama ini berjaga di kawasan khemah itu.
Roslan datang ke khemah mereka untuk memberitahu Amira bahawa Malique
hilang dan berharap agar Amira meminta bantuan Tau dan Itai untuk mencari
Malique.


Bab 17
Malique mendapati dirinya dikurung di dalam sebuah bilik sempit.
Die tidak dapat bergerak kerana kaki kanannya patah dan berbalut.
Malique tertanya-tanya siapakah yang menghulurkan makanan melalui
lubang kecil di bawah pintu.
Ketika itu Malique memikirkan mengapakah ibunya mendesak dia mengikuti
OHara ke dalam hutan, apakah hubungan ibunya dengan OHara,
mengapakan warna kulit dan rambutnya berbeza dengan ibu bapanya dan
siapakah makhluk yang sering muncul dalam mimpinya.
Malique berharap agar OHara tidak berputus asa mencarinya dan Roslan
akan meminta bantuan Amira untuk mengesan jejaknya.

Bab 18
Tau membawa Amira, Dr. Zawawi, Jacinta, Rusdi dan Itai ke Gunung Gua
Gajah.
Mereka menemukan lakaran kegiatan manusia dan haiwan pada dinding gua.
Dr. Zawawi merakamkan lakaran itu dengan menggunakan kamera digital.
Amira terjumpa mobile disk di lantai gua, manakala Rusdi menemukan kapak
batu yang digunakan padan zaman Neolitik.
Bab 19
Penemuan artifak di Gunung Gua Gajah menggemparkan warga Desa
Karpus.
Tau membenarkan Itai tidur di Desa Karpus pada malam itu.
Berdasarkan mobile disk yang dijumpainya, Amira membuat andaian sama
ada Malique diselamatkan oleh seseorang dan berlindung di gua itu ataupun
Malique telah tersesat hingga ke dalam gua dan tercicir mobile disk.
Mereka berjaya membuka fail yang tersimpan di dalam mobile disk tersebut
dan membaca laporan pencarian emas yang ditulis oleh Malique.

Bab 20
OHara dan Ah Chin menunggu ketibaan Jennifer di stesen kereta api.
Kedatangan Jennifer ke hutan yang pernah dijejakinya meresahkan OHara
kerana sudah bertahun-tahun Jennifer melupakan tempat itu.
Wajah isteri Tau yang sedang mendukung Sabi muncul dalam fikiran Tau.
Tau terjaga ketika waktu hampir senja dan segera ke tempat persembunyian
Malique.
Malique keliru apabila makhluk berbulu itu mengakuinya sebagai anak
berdasarkan parut di rusuknya.
Malique tidak percaya bahawa makhluk berbulu itu ialah bapanya, manakala
ibunya bernama Jennifer dan bukannya Ipah.
Malique menjerit sekuat hatinya lalu rebah dan tidak sedarkan diri.

Bab 21
Amira, Jacinta, Itai dan Pak Lias ke Gunung Gua Gajah untuk mencari
Malique.
Roslan yang berpatah balik untuk mengambil lampu suluh datang semula
bersama-sama Jennifer dan OHara.
Makhluk berbulu itu terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi kenderaan.
Makhluk itu turun ke kaki gunung dan mengintai manusia dari celah-celah
daun belukar. Wanita yang membelakanginya meningatkannya kepada
seseorang.
Jennifer teringat kembali kehidupannya yang dipulau oleh masyarakat suku
Makhluk berbulu itu telah memerhatikan Jennifer yang telah meragut
kebahagiaannya dari jauh dan bertekad untuk menyelamatkan Sabi atau
Malique daripada Jennifer.



Bab 22
Pesawat Cessna310 model tahun 1953 yang dipandu oleh Ridley
mengeluarkan percikan api sehingga menyebabkan kipasnya berhenti.
Ridley, Brenda dan anak mereka, Samantha dalam perjalanan pulang ke
Australia setelah beberapa bulan berada di Asia Tenggara.
Ridley ialah pensyarah di sebuah universiti di Australia yang melakukan
kajian terhadap reptilia di Pulau Langkawi.
Pesawat itu terhempas di tebing lembah. Ridley dan Brenda hangus terbakar
manakala Samantha terselamat.
Samantha dibawa pulang ke perkampungan suku Orang Asli Semai oleh
Jidin, iaitu bapa Ludin atau Tau.
Masyarakat Orang Asli Semai menolak kedatangan Samantha yang kini
bernama Ipah, tetapi Jidin tetap mempertahankan tindakannya membawa
pulang Ipah.

Bab 23
Amira, Itai, Roslan dan Pak Lias berusaha mencari dan mengesan Malique di
Gunung Gua Gajah.
Itai menceritakan rahsia hidupnya, iaitu kehilangan abangnya di dalam hutan
dan mimpi yang sering mengganggu tidurnya.
Di kaki gunung, Jacinta kurang senang dengan kelakuan OHara yang
merenung ke arah rantai emas di dadanya.
Berdasarkan penemuan kesan tapak kaki yang tidak berkasut, mereka
berempat bergerak mengikut aliran air hingga ke satu lubang yang membawa
mereka ke puncak gunung.
Itai berjaya memanjat lubang itu dengan menggunakan akar-akar mengkelat.
Ketika meninjau keadaan di sekeliling puncak gunung itu, Itai terdengar suara
jeritan manusia.

Bab 24
Profesor Zaidah sedar akan ketiadaan Amira dan Jacinta di khemah.
Amira dan rakan-rakannya berhati-hati ketika Itai dapat mengesan bau
makhluk berbulu.
Itai dan Amira masuk ke dalam pondok yang terdapat di situ, sementara Pak
Lias dan Roslan mengawasi keadaan sekeliling.
Makhluk berbulu itu melompat dan berdiri di hadapan Pak Lias dan Roslan,
manakala Itai dan Amira berjaya menemui Malique.
Professor Zaidah, Dr. Zawawi dan Rusli terserempak dengan Ludin ketika
dalam perjalanan ke Gunung Gua Gajah.

Bab 25
Makhluk berbulu itu terkejut apabila melihat Itai dan Amira memapah Malique
keluar daripada tempat persembunyiannya.
Makhluk berbulu itu merayu agar Malique yang dipanggil Sabi tidak
meninggalkannya.
Ludin yang tiba di kaki gunung terkejut apabila melihat adik iparnya, Ipah ada
dengan Jacinta dan OHara.
Makhluk berbulu itu cuba menyerang Pak Lias tetapi berjaya ditangkas oleh
Pak Lias.
Ludin yang baru tiba di puncak gunung berjaya menyelamatkan keadaan.
Mereka terkejut kerana makhluk itu rupa-rupanya Tau.

Bab 26
Semua orang yang terlibat di dalam kejadian itu berkumpul di Desa Karpus.
Pertelingkahan berlaku antara Ludin, OHara dan Jennifer sehingga banyak
rahsia terbongkar.
Jennifer ialah Ipah, isteri Tau yang telah melarikan diri. Malique pula ialah
Sabi, iaitu anak Tau dan abang kepada Itai.
Itai dan Malique merupakan adik-beradik. Sementara itu Ludin pula
merupakan bapa saudara Itai dan bukannya bapa kandungnya.
Mereka juga mengetahui sebab Ipah meninggalkan Tau.
Tau tersenyum puas mendengar keputusan Malique untuk tinggal di dalam
hutan buat sementara waktu sehingga dia sembuh.

Bab 27
Amira kini bergelar mahasiswi tahun pertama di universiti di Kuala Lumpur.
Ketika mengemas barang untuk pulang bercuti, Amira teringat akan rakan-
rakannya.
Amira memeriksa e-mel di dalam telefon bimbitnya. Itai sedang membuat
praktikal tambahan di Kubang Kerian dalam bidang perubatan. Itai masih
kekok untuk memanggil Tau ayah dan Malique abang. Itai merasakan
bahawa Malique lebih layak menjawat jawatan sebagai ketua kampung.
E-mel daripada Malique. Dia sibuk dengan projek IT di perkampungan suku
Orang Asli Semai hasil bantuan daripada Profesor Zaidah. Projek cari gali
emas itu juga telah gagal. Dia juga masih berusaha untuk menerima Tau.
E-mel daripada Jacinta. Dia menguruskan perniagaan bapanya dalam bidang
fesyen di Paris. Dia masih menyimpan rantai emas yang diberikan oleh Itai
dan Amira. Emas tersebut bukanlah emas tulen.
E-mel daripada ibunya. Beliau masih di Bukit Mat Raya dan akan pulang
bercuti di Kulim pada hujung minggu ini bersama-sama ayah Amira. Beliau
berharap agar Amira turut bercuti di Kulim.
E-mel dari pada Dr. Zawawi. Dia sudah bertukar bidang. iaitu mengesan
khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut. Tempat beliau di
Bukit Mat Raya diambil alih oleh Rusdi.
Amira meninggalkan perkarangan kampus dan menumpangkan seorang
pelajar yang tinggal di hadapan biliknya.


TEMA
Kesanggupan remaja menyertai aktiviti lasak dan mencari pengalaman yang
mencabar untuk mengisi cuti sekolah.

Persoalan
Kasih sayang dalam sesebuah keluarga
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya merujuk kepada tindakan
Jennifer yang sanggup datang dari Melaka ke Bukit Mat Raya apabila
mengetahui Malique telah hilang dalam kemalangan.

Kepentingan sejarah
Sumber arkeologi penting dalam penyelidikan sejarah. Arkeologi merupakan
kajian saintifik tentang sesuatu kebudayaan dengan cara penggalian dan
penghuraian kesan-kesan tinggalannya. Kumpulan arkeologi yang diketuai
oleh Profesor Zaidah berjaya menemui tulang karpus, tembikar dan kapak
batu.

Dendam dan tindakan negatif
Perasaan dendam Tau telah menyebabkan Tau bertindak tidak rasional
apabila menyamar sebagai makhluk berbulu dan telah menyembunyikan
Malique yang disangka anaknya, Sabi. Tindakan Tau ini hampir-hampir
menyebabkan pertumpahan darah antara Tau, Malique, Pak Lias, Itai, Amira
dan Roslan.

Perubatan tradisional
Masyarakat orang Asli di Bukit Mat Raya menggunakan sumber hutan untuk
tujuan perubatan seperti kulit kayu, daun, akar, dan haiwan. Ludin mengubati
tangan Profesor Zaidah yang terseliuh dengan menggunakan daun seperti
daun kunyit.

Watak dan perwatakan
Amira
1. Anak kepada Profesor Zaidah
2. Mudah mesra dengan sesiapa sahaja
3. Tegas dalam segala hal
4. Lasak dan pintar serta manja
5. Berani dalam menghadapi pelbagai cabaran
6. Taat kepada perintah agama

Jacinta
1. Anak seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan
2. Gadis berketurunan Cina dan berkulit putih
3. Anak gadis yang suka merajuk
4. Seoarang anak yang keras hati
5. Kawan yang baik hati dan prihatin

Profesor Zaidah
1. Ibu kepada Amira dan pensyarah universiti
2. Seorang yang tetap pendirian
3. Wanita yang gigih berusaha dan berfikiran terbuka
4. Seorang ibu yang penyayang dan penyabar
5. Berpengalaman dalam bidang arkeologi

Itai
1. Anak bongsu Tau dan Ipah yang dibesarkan oleh Ludin
2. Memiliki pelbagai pengetahuan tantang ilmu hutan
3. Berminat dengan kerja-kerja cari gali
4. Pandai dan cekap dalam melakukan sesuatu
5. Setia dalam berkawan
Tau
1. Bapa kandung Sabi (Malique) dan Itai
2. Tubuhnya pejal dan kulitnya hitam berkilat
3. Mempunyai kelebihan mengesan orang
4. Seoarang yang gagah dan berani serta pandai
5. Mencintai alam sekitar

Malique
1. Anak sulung Ipah atau Jennifer dengan Tau
2. Berkulit gelap
3. Mahir dalam bidang komputer
4. Sahabat yang baik hati
5. Anak yang patuh

Samantha/Ipah/Jennifer
1. Anak kepada Ridley dan Brenda
2. Ibu kandung Malique/Sabi dan Itai
3. Berambut panjang dan bermata biru
4. Dipelihara oleh Jipin dan isterinya sebagai anak angkat
5. Berkahwin dengan Tau kemudian melarikan diri bersama Johnny

Ludin
1. Anak Jidin, abang kepada Tau dan bapa saudara Itai
2. Ketua kepada suku orang Asli Semai
3. Pemimpin yang berwibawa
4. Tegas dalam membuat keputusan
5. Mahir dalm ilmu perubatan tradisional
6. Mudah mesra


Latar
Latar tempat
Bukit Mat Raya
Tempat Profesor Zaidah, Dr. Zawawi, Amira, Jacinta dan pelajar-pelajar tahun akhir
universiti menjalankan kajian lapangan.
Air Terjun Angin
Tempat pertemuan Amira dengan Malique. Amira juga tergelincir di kawasan air
terjun ini lalu dihanyutkan oleh arus sungai.
Dalam kereta api
Amira dan Jacinta menaiki kereta api untuk ke Bukit Mat Raya. Di dalam kereta api,
Amira terpandang seorang lelaki berkulit hitam dan seorang lelaki tua yang
berpakaian sut serba putih.
Perkampungan orang Asli
Tempat tinggal Orang Asli Semai, iaitu Itai, Tau dan Ludin serta beberapa buah
keluarga yang lain. Amira dan Jacinta pernah bermalam di kampung tersebut.
Puncak Gunung Gua Gajah
Tempat Tau menyembunyikan Malique. Rahsia makhluk berbulu juga terbongkar di
tempat ini.
Pulau Pinang
Tempat perbincangan perlombongan emas antara OHara dengan pelabur-pelabur
lain.
Di kaki Gunung Gua Gajah
John OHara, Jennifer dan Jacinta menunggu Amira dan kumpulannya mencari
Malique. Kemudian mereka berjumpa dengan Ludin.


Latar masa
Waktu pagi
Peristiwa Amira dan Jacinta tiba di stesen Dahan Hijau. Pada pukul 7.30 pagi
mereka menunggu kemunculan Pak Lias untuk menjemput mereka ke Bukit
Mat Raya.
Peristiwa Amira menunggu Malique di Air Terjun Angin.

Waktu petang
Kunjungan Amira dan Jacinta ke perkampungan orang Asli kerana ingin
menemui Itai.
Perbualan antara OHara dan Roslan tentang Malique selepas rahsia
keluarga Tau terbongkar turut berlaku pada waktu petang.

Waktu malam
Peristiwa apabila Tau memerhati ke arah Desa Karpus. Tau juga teringat
akan kehidupan semasa kecilnya bersama Ludin.
Tau memberitahu Jacinta bahawa dia sering ke Desa Karpus tanpa disedari
oleh sesiapa. Menurut Tau dia akan duduk di atas tunggul kayu dan dia juga
pernah menghampiri kawasan khemah mereka.







Latar masyarakat
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai jenis pekerjaan
Mengetengahkan pelbagai jenis pekerjaan seperti pelajar universiti, murid sekolah
menengah, pensyarah, jurutera komputer, jutawan, pencari emas, pelombong,
pembalak dan pemandu.

yang berbilang bangsa dan kaum
Menfokuskan masyarakat orang Asli, masyarakat Melayu yang beragama Islam,
orang Cina dan orang Inggeris.
Jacinta merupakan seorang gadis berbangsa Cina
Tau, Itai dan Ludin merupakan suku Orang Asli Semai
John OHara, Ridley, Brenda dan Samantha pula merupakan orang Inggeris

Masyarakat yang mengamalkan cara hidup tradisi
Masyarakat orang Asli mementingkan adat resam mereka.
Tau, Ludin dan beberapa orang Asli telah mengadakan persidanganyang
dinamakan mahkamah adat bagi menilai tindakan Itai yang telah membawa
Amira ke tempat rahsia orang Asli.

Masyarakat yang hidup saling membantu
Itai sanggup membantu Amira dan Jacinta untuk mencari Malique walaupun dia
tidak begitu mengenali Malique. Selain itu, Pak Lias dan Roslan juga baik hati
kerana hendak membantu Amira mencari Malique setelah dimaklumkan oleh Itai
akan rancangan Amira yang bersungguh-sungguh hendak menjejaki kehilangan
Malique.

Plot
Permulaan
Cerita ini bermula dengan perkenalan watak Amira dan Jacinta yang berada di
dalam kereta api menuju ke Bukit Mat Raya. Mereka akan menghabiskan masa cuti
sekolah di tapak projek arkeologi yang diketuai oleh ibu Amira, Profesor Zaidah.
Ketika berehat di Air Terjun Angin, Amira telah berkenalan dengan Malique, iaitu
pemuda yang sama di dalam kereta api. Malique dipertanggungjawabkan untuk
menyediakan laporan tentang projek cari gali emas di Bukit Kerengga.
Perkembangan
Cerita mula berkembang apabila Amira dihanyutkan oleh arus sungai ketika
menunggu Malique di kawasan air terjun. Amira hampir lemas tetapi, telah
diselamatkan oleh Itai dan Tau. Sementara itu, Jacinta yang hilang berjaya ditemui
di celahan banir pokok balak oleh pasukan yang diketuai oleh Tau. Malique pula
menemani John OHara ke Pulau Pinang untuk berbincang dengan pelabur yang
akan berlabur dalam aktiviti perlombongan emas. Malang tidak berbau apabila
pancuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias hilang kawalan kerana
menghadapi masalah brek ketika menuruni bukit. Kemalangan tersebut
menyebabkan pergelangngan tangan Profesor Zaidah terseliuh.
Konflik
Konflik bermula apabila Itai mambawa Amira ke hulu sungai yang mempunyai
banyak ketulan emas. Amira mengambil seketul emas untuk dihadiahkan kepada
Jacinta. Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan makhluk berbulu
yang membawa seorang lelaki yang diikat tangan dan ditutup matanya. Semasa
melarikan diri daripada makhluk itu, mereka telah disergah oleh Tau. Tau turut
membawa Amira, Itai, Dr. Zawawi dan Rusdi ke Gunung Gua Gajah. Mereka
menemukan lakaran pada dinding gua dan kapak batu yang digunakan pada zaman
Neolitik. Malique pula hilang setelah keretanya dihanyutkan oleh arus lumpur yang
deras. Dia disembunyikan oleh makhluk berbulu di sebuah pondok.

Klimaks
Novel ini mencapai puncaknya ataupun klimaksmya apabila Amira, Itai, Jacinta, Pak
Lias dan Roslan berjaya menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Mereka
nyaris-nyaris diserang oleh makhluk berbulu, tetapi berjaya ditewaskan oleh Pak
Lias. Misteri makhluk berbulu itu terbongkar apabila Ludin sampai di puncak gunung
itu. Rupa-rupanya Tau yang selama ini menyamar sebagai makhluk berbulu.
Jennifer yang baru tiba di hutan itu pula merupakan isteri Tau, iaitu Ipah, manakala
Malique ialah Sabi, anak Tau dan abang kepada Itai. Tau juga merupakan bapa
kandung Itai dan Ludin ialah bapa saudara Itai.

Peleraian
Amira kini bergelar mahasiswi dalam bidang aeroangkasa di sebuah universiti di ibu
negara. Sebelum pulang bercuti, Amira membaca e-mel yang dihantar oleh ibu dan
rakan-rakannya. Itai melanjutkan pelajaran di Kubang Kerian dalam bidang
perubatan, manakala Jacinta mengurus perniagaan fesyen bapanya di Paris. Ibu
Amira masih meneruskan kerja arkeologi di Bukit Mat Raya, Malique pula telah
berjaya menggagalkan projek cari gali emas dan Dr. Zawawi sudah bertukar bidang,
iaitu terlibat dalam aktiviti mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di
dalam laut.








Gaya bahasa
Peribahasa
a. Hidupnya kemudian menjadi sebatang kara ... (hal. 19)
b. Ibu naik angin. (hal. 64)
c. Jacinta iri hati dengan kelakuan kedua-dua kawannya kerana apa yang dia
cari masih belum dijumpai. (hal. 135)

Simile
a. ... masa bagai berundur walaupun kereta api meluncur laju di atas landasan
(hal.1)
b. Jacinta masih tidur seperti orang mati. (hal.66)
c. Rambutnya bagai api yang sedang marak menyala. (hal.119)

Personafikasi
a. ... sungai yang hampir-hampir meragut nyawa kau dulu (hal.149-150)
b. Mesin yang sentiasa mengaum membaham batang-batang pokok (hal.278)
c. ... peristiwa yang menimpa dirinya itu sendikit sebanyak telah meragut
keyakinannya (hal.151)

Sinkope
a. Oi, kau tak teringin benda ni ? Amira bersuara dengan kuat untuk menarik
perhatian Jacinta. (hal. 43)
b. Aku mana tahu nak guna benda tu! Kalau kau bagi stereng tahulah aku apa
hendak buat. (hal.126)



Nilai
Kecekalan
Professor Zaidah tetap meneruskan usaha cari gali arkeologi walaupun
pergelangan tangannya terseliuh.

Bantu-membantu
Tau membantu mengesan Jacinta yang hilang ketika mencari Amira yang
dihanyutkan oleh arus sungai.

Setia kawan
Amira mengajak Jacinta menghabiskan cuti bersama ibunya di tapak
arkeologi di Bukit Mat Raya supaya Jacinta tidak keseorangan di asrama.

Belas kasihan
Ludin amat simpati terhadap Tau yang mengasingkan diri daripada kaumnya
kerana kecewa dengan tindakan Ipah yang lari meninggalkannya tanpa
sebab.

Keberanian
Amira berani menempuh cabaran apabila membuat keputusan untuk mencari
Malique di Gunung Gua Gajah.

Bekerjasama
Amira, Itai, Jacinta, Pak Lias dan Roslan bekerjasama mencari Malique yang
hilang.




Pengajaran
Kita hendaklah mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfedah
Amira dan Jacinta mengisi masa cuti sekolah dengan melibatkan diri dalam
kerja arkeologi di Bukit Mat Raya.

Kita tidak seharusnya berputus asa ketika berhadapan dengan cabaran
Profesor Zaidah tetap meneruskan kerja arkeologi meskipun berdepan
dengan pelbagai cabaran seperti tali khemah putus serta terlibat dalam
kemalangan.

Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan terutama
secara berkumpulan
Amira, Jacinta dan Itai bekerjasama dalam kumpulan untuk mencari dan
mengesan Malique yang hilang di dalam hutan.

Kita hendaklah melindungi dan memelihara hutan dan alam sekitar
Malique mencipta system virus untuk memusnahkan laporan yang berkaitan
dengan projek cari gali emas dalam usaha memelihara hutan di sekitar
perkampungan suku Orang Asli Semai.

Kita mestilah berani mengakui kesalahan yang telah dilakukan
Amira jujur dan berani membuat pengakuan kepada Ludin tentang tempat
emas yang telah ditunjukkan oleh Itai.

Janganlah kita melupakan asal-usul kita
Itai yang kini melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan tidak lupa
akan asal-usulnya yang pernah dibesarkan oleh Ludin di perkampungan
suku Orang Asli Semai.



Isi kandungan





Bil. perkara halaman
1.0 Isi kandungan
2.0 Sinopsis
3.0 Sinopsis terperinci
4.0 Tema dan persoalan
5.0 Watak dan perwatakan
6.0 Latar
6.1 Latar tempat

6.2 Latar masa

6.3 Latar masyarakat

7.0 Plot
8.0 Gaya bahasa
9.0 Nilai
10.0 Pengajaran
Amira amir dan rakannya, Jacinta bertolak ke tengah belantara
Banjaran Titiwangsa bagi menghabiskan cuti sekolah mereka dengan menyertai
Profesor Zaidah, ibu kepada Amira membuat kajian arkeologi di Bukit Mat Raya.
Jacinta pula mengikuti Amira kerana enggan bercuti bersama bapa dan ibu tirinya di
London. Dalam kereta api, Amira memerhatikan gelagat pemuda yang berkulit gelap
dan seorang lelaki berkulit putihyang sedang tidur dengan nyenyak. Setibanya di
Stesen Dahan Hijau, mereka dibawa oleh Pak Lias ke tapak arkeologi itu. Di
pertengahan jalan, sekali lagi Amira bertemu dengan pemuda berkulit gelap
tersebut.
Di Air Terjun Angin, Amira berkenalan dengan Malique, iaitu pemuda
yang sama di dalam kereta api. Amira ingin tahu tujuan Malique datang ke hutan
tersebut. Suatu pagi, ketika Amira menunggu Malique di air terjun, Amirah terjatuh
ke dalam arus sungai yang deras. Amira yang hampir lemas diselamatkan oleh Tau
dan Itai. Amira menceritakan tujuannya berada di dalam hutan tersebut, iaitu
menyertai ibunya membuat kajian arkeologi. Tau berpendapat bahawa kerja-kerja
cari gali itu akan mengganggu roh-roh di situ. Jacinta pula hilang selepas Amira
dihanyutkan dan akhirnya dia ditemui pengsan di celahan banir pokok balak. Usaha
mencarinya memakan masa hampir empat jam. Profesor Zaidah memarahi Amira
kerana tindakannya itu boleh mengganggu kajiannya.
Malique dan OHara ke Pulau Pinang untuk mengadakan
perbincangan dengan pelabur yang akan membuat pelaburan bagi projek
perlombongan emas di Bukit Mat Raya. OHara ialah seorang pengesan emas yang
menerima upah daripada sebuah syarikat di Pulau Pinang. Ketika penerbangan dari
Pulau Pinang ke KLIA, OHara memberitahu Malique bahawa dia pernah bekerja
sebagai buruh di lombong opal, Australia. Amira pula memberitahu Itai bahawa
kawasan Bukit Mat Raya akan musnah jika kerja-kerja cari gali emas dijalankan.
Kereta yang dipandu oleh Pak Lias mengalami masalah brek sehingga
menyebabkan pergelangan tangan Profesor Zaidah terseliuh. Kemalangan yang
berlaku secara berturut-turut menyebabkan Dr. Zawawi mengusulkan supaya projek
itu ditangguhkan, tetapi dibantah oleh Profesor Zaidah. Di kem cari gali emas pula
berlaku pergaduhan antara pekerja baru yang dibawa dari Kuala Lumpur bagi
meringankan kerja-kerja cari gali emas tersebut.
Itai telah membawa Amira ke sebatang sugai yang mempunyai banyak
emas. Amira dibenarkan mengambil seketul emas sahaja sebagai hadiah kepada
Jacinta. Semasa pulang, mereka ternampak makhluk berbulu membawa seorang
lelaki yang diikat tangan dan ditutup matanya. Itai dan Amira mengambil peluang
untuk lari daripada kawasan itu apabila makhluk berbulu itu mengheret lelaki itu ke
darat. Sementara itu, kekecohan berlaku di kem cari gali emas apabila seorang
pekerja baru sudah dua hari hilang. Malique yang ditugakan untuk menyediakan
laporan dan data tentang projek cari gali emas turut serta dalam usaha mencari
pekerja tersebut. Malique hilang setelah kenderaan yang dinaikinya dihanyutkan
oleh arus lumpur yang deras.
Tau membawa Amira, Jacinta, Dr. Zawawi dan Rusdi ke Gunung Gua
Gajah. Di dalam gua tersebut, mereka menemukan bukti sejarah yang amat bernilai
seperti lakaran haiwan dan kegiatan manusia di situ suatu ketika dahulu pada
dinding gua. Rusdi menemukan kapak batu yang digunakan pada zaman Neolitik,
manakala Amira menemukan mobile disk yang dipercayai milik Malique. Semasa
berada di khemah Desa Karpus, Amira, Jacinta dan Itai cuba membuka mobile disk
itu. Akhirnya mereka berjaya mendapatkan maklumat yang terdapat di dalam mobile
disk itu.
Jennifer yang berada di Melaka bergegas ke Bukit Mat Raya sebaik
sahaja mendapat berita tentang kehilangan Malique. Amira, Jacinta, Itai, Roslan dan
Pak Lias berusaha menjejak Malique berdasarkan kesan tapak kaki tidak berkasut di
lantai Gunung Gua Gajah. Jennifer pula mempunyai sejarah tersendiri apabila
ayahnya, iaitu Ridley dan ibunya, Brenda terkorban dalam nahas udara. Jennifer
atau nama sebenarnya Samantha telah dijumpai oleh Jidin di kawasan pesawat itu
terhempas. Dia dibawa pulang ke perkampungan orang Asli lalu ditukarkan nama
kepada Ipah. Ipah tidak diterima oleh masyarakat orang Asli kerana berambut
perang dan bermata biru. Selepas berkahwin dengan Tau, Ipah melarikan diri
bersama Johnny dengan membawa anak sulungnya, Sabi dan meninggalkan anak
bongsunya di perkampungan itu.
Sementara itu, Jacinta, OHara dan Jennifer menunggu kumpulan
yang mencari Malique di kaki Gunung Gua Gajah. Profesor Zaidah yang menyedari
ketiadaan anaknya dan Jacinta di Desa Karpus turut menyusul ke gunung itu. Itai
dan Amira berjaya menemui Mlaique yang disembunyikan di sebuah pondok di
puncak gunung. Makhluk berbulu melarang Amira dan Itai membawa keluar Malique
daripada kawasan itu. Pak Lias berjaya melawan makhluk berbulu itu yang cuba
menyerangnya. Pak Lias nyaris-nyaris dibunuh oleh makhluk berbulu itu, tetapi
sempat dihalang oleh Ludin. Misteri makhluk berbulu itu terbongkar apabila Ludin
menarik bulu-bulu yang menutupi badan makhluk berkaki dua itu. Rupa-rupanya
makhluk itu adalah Tau.
Selain itu, pelbagai rahsia dibongkarkan, iaitu Jennifer adalah Ipah,
isteri Tau. Malique pula ialah Sabi, anak Tau dan abang kepada Itai. Itai juga terkejut
apabila mengetahui bahawa Tau ialah bapa kandungnya dan Ludin yang dipanggil
sebagai bapa selama ini cuma bapa saudaranya. Itai dibesarkan oleh Ludin setelah
Tau kecewa dan melarikan diri ke dalam hutan apabila Ipah lari dengan membawa
Sabi dari perkampungan Orang Asli Semai.
Kini sudah semester akhir Amira melanjutkan pelajaran di sebuah
universiti di Kuala Lumpur dalam bidang aeroangkasa. Sebelum bercuti, Amira
sempat membaca e-mel yang dikirim oleh ibunya, Dr. Zawawi dan rakan-rakan
lamanya. Itai belajar dalam bidang perubatan dan sedang membuat praktikal
tambahan di Kubang Kerian. Malique pula sibuk dengan projek IT untuk orang Asli.
Dia juga telah berjaya menggagalkan projek cari gali emas. Jacinta menguruskan
perniagaan fesyen bapanya di Paris, manakala ibunya, Profesor Zaidah masih
meneruskan kerja arkeologi fasa keempat di Bukit Mat Raya. Dr. Zawawi pula sudah
bertukar bidang, iaitu mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di
dalam laut.


























































































































SBP INTEGRASI GOPENG


AMER HMZAH L.KADIR

NAMA : NOOR MUNIRAH BINTI ABDUL RAZAK
KELAS : 5 MAARI

Anda mungkin juga menyukai