Anda di halaman 1dari 26

KAEDAH MENGAJAR YANG DIGUNAKAN OLEH GURU PELATIH UNTUK

MENGAJAR SUBJEK MATEMATIK SEMASA LATIHAN MENGAJAR


















NUR HAZANA BINTI MOHD ARIS


















UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA




ii









PENGESAHAN PENYELIA







Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Matematik )



Tandatangan : ...
Penyelia : PROF.DR. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI
Tarikh : 13 November 2007








iii

KAEDAH MENGAJAR YANG DIGUNAKAN OLEH GURU PELATIH UNTUK
MENGAJAR SUBJEK MATEMATIK SEMASA LATIHAN MENGAJAR






NUR HAZANA BINTI MOHD ARIS




Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan
( Matematik )



FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA



NOVEMBER, 2007






iv

v
DEDIKASI




Kuabadikan karya ini buat insan teristimewa
AyahMohd Aris @ Mohd Aziz bin Chek dan
MakRabiah Bt. Hussin yang tercinta
SuamiTajuddin Arshad bin Mat Ghani yang amat dikasihi
Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian

Segala pengorbanan yang dicurahkantakkan ku sia-siakan
Dorongan dan kasih saying kalian,
Akan kujadikan azimat pembakar semangat
Pemangkin kejayaan di dunia dan akhirat

Guruku kalian adalah penyuluh kegelapan dan kebuntuan
Jasa dan baktimu tiada tandingan tetap bersemadi dalam sanubariku
Nasihat dan kata-kata hikmah,
Akan kujadikan pendinding serta pedoman

Khas buat teman seperjuangan
Walaupun pertemuan kita terasa amat singkat,
Namun antara kita,
Tercipta seribu nostalgia suka dan duka
Yang telah dilaui bersama
Semoga unkhuwah antara kita tetap kekal terjalin
Dan perpisahan selepas ini bukan penamat persahabatan kita semua
Doa dan harapan dipanjatkan untuk kalian,
Semoga mendapat kejayaan dan kemudahan di dunia dan akhirat
Teruskan perjuangan


vi

PENGHARGAAN



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas
J unjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan
sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah kehari kiamat.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah mengizinkan
saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Profesor Doktor Noor
Azlan Ahmad Zanzali selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak
memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta
kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. J uga penghargaan dan terima
kasih kepada pensyarah-pensyarah yang sudi memberi kerjasama yang sangat
memberangsangkan. Kepada rakan-rakan seperjuangan ucapan terima kasih juga
dirakamkan buat kalian kerana turut membantu sepanjang kajian ini dijalankan.

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah
menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.


Terima kasih yang tidak terhingga.




vii




ABSTRAK


Kajian ini bertujuan mengkaji jenis-jenis kaedah mengajar, teknik mengajar, faktor
pemilihan kaedah dan teknik mengajar serta kesesuaian penggunaan kaedah mengajar
dengan isi pelajaran serta masalah dan kesilapan yang dihadapi oleh guru pelatih ketika
menjalani latihan mengajar. Kajian dijalankan secara kualitatif menggunakan 6 orang
guru pelatih sebagai responden. Data dikumpul secara triangulasi iaitu temubual, cerapan
ke atas pengajaran dan pembelajaran guru pelatih dan analisis buku rancangan mengajar
guru pelatih. Untuk mengukuhkan lagi data yang diambil temubual dengan guru
pembimbing dan analisis laporan penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing juga
dilakukan. Keputusan kajian menunjukkan guru pelatih masih lagi tidak dapat
membezakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar walaupun mereka
menggunakan keempat-empat konsep tersebut dengan baik. Pun begitu, terdapat juga
guru pelatih yang dilihat masih lemah dari segi penyampaian pengajaran, tidak
menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai semasa pengajaran dan
pembelajaran. J usteru itu, kurikulum kursus latihan mengajar di UTM yang sedia ada
perlu dinilai agar dapat menghasilkan guru matematik yang cemerlang.









viii




ABSTRACT


This study attempts to investigate the types of teaching methods, teaching techniques, the
choice of teaching methods and techniques and the application of teaching methods. It
also seeks to investigate the content, problems and mistakes made by the teacher trainees
of Universiti Teknologi Malaysia (UTM) who are currently doing Bachelor of Science
and Education (Mathematics). The study used the qualitative method with 6 of teacher
trainees as a respondent. Data is collected using triangulation method such as interviews,
observations of teaching and learning process and analyses of teacher trainees lesson
plans. Interviews with supervisors were used to get more detailed information. The
results of this study showed that the teacher trainees still not able to identify the concepts
of strategies, teaching methods and teaching techniques although they applied all of the
concepts in their class. At the same time, there are teacher trainees that looked weak in
teaching presentation, they do not use the appropriate teaching methods and teaching
techniques during the teaching and learning processes. Thus, the curriculum of teacher
training course in UTM should be evaluated so as to produce good mathematics teachers.


vii
KANDUNGAN


BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv


BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Kerangka Konsep 11
1.9 Definisi Istilah 13
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15
2.2 Pengaruh Teori Pembelajaran Terhadap
Kaedah Pengajaran 16
2.2.1 Mazhab Behavioris 17
2.2.2 Mazhab Kognitif 18
2.2.3 Mazhab Sosial 20
2.2.4 Mazhab Humanis 21
2.2.5 Konstruktivisme 22
2.2.6 Kesimpulan 23
2.3 Kaedah Pengajaran Yang Dipelajari Oleh
Guru Pelatih 23
2.3.1 Kaedah Koperatif 26
2.3.2 Kaedah Penyoalan 29
2.3.3 Kaedah Projek 31
2.3.4 Kaedah Inkuiri Penemuan 32
2.3.5 Kaedah Penyelesaian Masalah 34
2.3.6 Kaedah Perbincangan 35
2.3.7 Kaedah Membentuk Kumpulan 35
2.3.8 Kaedah Kuliah / Syarahan 36
2.4 Teknik-Teknik Pengajaran Yang Dipelajari
Oleh Guru Pelatih 37
2.4.1 Teknik Permainan 38
2.4.2 Teknik Tunjuk Cara (Demonstrasi) 39
2.4.3 Teknik Perbincangan 40
2.5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan
Kaedah Pengajaran 40
2.5.1 Objektif Pengajaran 41
2.5.2 J angka Masa Pengajaran 42
2.5.3 Bahan Pengajaran 42
ix
2.5.4 Latar Belakang Pelajar 43
2.5.5 J umlah dan Susunan Pelajar 44
2.6 Kesesuaian Antara Kaedah Pengajaran Yang
Digunakan Dengan Isi Pelajaran 44
2.7 Masalah atau Kesilapan Guru Pelatih
Menggunakan Kaedah Mengajar 45


BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 48
3.2 Rekabentuk Kajian 49
3.3 Prosedur Kajian 50
3.3.1 Peringkat Pertama 50
3.3.2 Peringkat Kedua 50
3.3.3 Peringkat Ketiga 51
3.3.4 Peringkat Keempat 51
3.4 Lokasi Kajian 52
3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 52
3.6 Instrumen Kajian 52
3.7 Analisa Data 55
3.8 Tempoh Kajian 55


BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 58
4.2 Hasil Dapatan Kajian 58
4.2.1 Responden 1 59
4.2.2 Responden 2 70
4.2.3 Responden 3 84
x
4.2.4 Responden 4 94
4.2.5 Responden 5 104
4.2.6 Responden 6 115


BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

5.1 Pengenalan 124
5.2 Perbincangan 124
5.2.1 Kaedah Mengajar 125
5.2.2 Teknik Mengajar 126
5.2.3 Faktor-Faktor Pemilihan Kaedah Mengajar 127
5.2.4 Kesesuaian Antara Kaedah Mengajar dan Isi
Pelajaran 128
5.2.5 Masalah dan Kesilapan 129
5.3 Rumusan 129
5.3.1 Kaedah Mengajar 130
5.3.2 Teknik Mengajar 131
5.3.3 Faktor-Faktor Pemilihan Kaedah Mengajar 132
5.3.4 Kesesuaian Antara Kaedah Mengajar dan Isi
Pelajaran 133
5.3.5 Masalah dan Kesilapan 133
5.4 Implikasi Kajian 134
5.5 Cadangan Kajian 135
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 135
5.7 Kekangan Kajian 136
5.8 Penutup 137


BIBLIOGRAFI 138
LAMPIRAN
xi

SENARAI JADUAL


NO JUDUL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbezaan kaedah pengajaran tradisional
dan kaedah pengajaran koperatif 26

4.1 J adual menunjukkan hasil dapatan kajian
mengikut objektif 123

























xii

SENARAI RAJAH


NO JUDUL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka konsep perkaitan antara empat konsep utama
dalam ilmu pedagogi 11

1.2 Kerangka konsep kajian mengikut objektif 12

2.1 Proses pembelajaran melalui kaedah inkuiri penemuan 30

3.1 Carta alir proses analisis data 54

















xiii
SENARAI SINGKATAN



LM : Latihan Mengajar
UTM : Universiti Teknologi Malaysia




































xiv

SENARAI LAMPIRAN


LAMPIRAN A : Dokumen berkaitan responden

LAMPIRAN B : Surat Kebenaran EPRD









BAB I




PENDAHULUAN




1.1 Pengenalan


Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan
fakulti yang bertanggungjawab melahirkan graduan pendidikan yang bakal menjadi
seorang guru. FP ditubuhkan pada Ogos 1993 dan kini telah menawarkan pelbagai
program pendidikan perguruan di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan.
Program pengajian peringkat ijazah pertama yang dikendalikan ketika ini ialah Sarjana
Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan dan
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Setiap program telah direkabentuk untuk
membolehkan pelajar menguasai dengan baik bidang pengkhususan yang diikuti (Buku
Panduan Akademik Ijazah Sarjana Muda, Sesi 2003/04).


2
Salah satu syarat wajib yang perlu dilalui dalam pendidikan guru adalah Latihan
Mengajar (LM) (Tan Lip Ren, 2004). Latihan ini juga merupakan satu syarat yang mesti
dipenuhi oleh guru pelatih yang mengikuti kursus perguruan di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) (Panduan Latihan Mengajar Fakulti Pendidikan, 2004). FP, UTM telah
menetapkan semua guru pelatih Ijazah Sarjana Muda yang mengikuti program
pendidikan disyaratkan menjalani LM di sekolah selama dua belas (12) minggu. Untuk
lulus dalam LM seseorang guru pelatih itu mestilah menjalani LM dalam masa yang telah
ditetapkan, menjalani LM dengan memuaskan seperti yang diperakui oleh Penyelia
Bersekutu dan Pengetua, menunjukkan sikap, disiplin dan tingkahlaku yang sesuai
dengan keperluan etika perguruan, menunjukkan peringkat pencapaian dan kemajuan
mengajar yang memuaskan dengan memperolehi Gred C+ serta diperakukan oleh
J awatankuasa Latihan Praktik dan Senat Universiti dan menjalankan satu daripada tiga
jenis projek pelajar semasa LM dan mendapat status lulus bagi lapan projek tersebut.


LM merupakan satu situasi di mana seorang guru pelatih dihantar ke sekolah
untuk mencuba dan mempraktikkan kemahiran mengajar dan memainkan peranan
sebagai guru. Bahkan LM ini adalah satu proses pembelajaran yang membolehkan guru
pelatih menerima pengalaman mengajar dan mempraktikkan segala teori, kaedah dan
kemahiran mengajar (Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1998).

LM merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih mempraktikkan segala teori
dan kaedah yang dipelajari. Rohaini (1994); dalam Othman (1999), menyatakan LM
merupakan satu siri pengalaman praktik yang sistematik yang berasaskan sekolah dengan
tujuan membantu guru pelatih menjadi guru yang profesional dan bersepadu. Semasa
LM guru pelatih di tempatkan di sekolah untuk mecuba dan mempraktikkan teori-teori
dan kemahiran mengajar yang diperolehi sepanjang kursus di universiti. Melalui LM,
guru pelatih dapat menyelesaikan masalah semasa pengajaran yang meningkatkan
prestasi seorang guru yang inovatif dan berkemahiran.
3

LM bertujuan untuk memberi latihan kepada bakal guru mengajar di sekolah,
memberi pendedahan kepada bakal-bakal guru tentang profesion perguruan serta
tanggungjawabnya dan memberi bimbingan serta menilai kebolehan guru pelatih
menjalankan tugas seorang guru sepertimana yang dikehendaki oleh etika profesion
perguruan. Dalam masa yang sama LM yang diadakan bertujuan untuk melahirkan guru-
guru yang mahir dan profesional. Pengurusan LM haruslah memberikan segala
keperluan yang dapat memupuk kebolehan guru-guru pelatih supaya mereka dapat
mengajar dengan lebih berkesan. Ini termasuklah ilmu pedagogi, psikologi dan sosiologi
dalam pendidikan, mempunyai pengetahuan serta menguasai tentang isi pelajaran yang
hendak diajar dan perkaedahan mengajar.


LM bagi bakal guru adalah suatu pendedahan awal dalam kehidupan seorang
pendidik. Pengetahuan akademik yang ada pada setiap individu itu belum mencukupi
untuk menjadi seorang guru. Dalam sesi LM yang dilalui, guru pelatih akan diselia oleh
penyelia dan guru pembimbing di sekolah mereka menjalani LM.




1.2 Latar Belakang Masalah


Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik dan berturutan serta
bertujuan mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Kaedah juga
membawa implikasi penyusunan. Oleh itu kaedah mengajar juga bererti cara mendekati
sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur (Ee Ah Meng, 2002).
Penyelidik memfokuskan kajian terhadap kaedah mengajar adalah merasakan ia amat
4
penting kepada guru pelatih yang sedang menjalani LM semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang dikendalikan oleh mereka.


Sharifah Alwiah (1983) menyatakan bahawa guru yang berkesan ialah guru yang
serba mahir dalam pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk muridnya.
Abdul Rahim dan rakan-rakan (1992), menyatakan bahawa kaedah pengajaran yang
berbagai-bagai ini perlu dicuba supaya dapat mengetahui keberkesanannya.


Kaedah-kaedah pengajaran Matematik adalah hasil kajian ahli-ahli psikologi dan
pendidikan terhadap cara pembelajaran manusia. Kaedah-kaedah ini adalah berguna dan
berkesan di dalam proses penyampaian konsep dan kemahiran matematik serta
penyelesaian masalahnya. Untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru
haruslah memahami kaedah-kaedah pengajaran ini dan cuba menguasai teknik
pengajaran kaedah-kaedah tersebut (Ng Sew Hong, 1999).


Kaedah-kaedah pengajaran Matematik adalah bahagian yang penting dalam
proses menyampaikan idea dan penyelesaian masalah matematik supaya murid-murid
dapat menguasai kemahiran-kemahirannya (Mok Soon Sang dan Siew Fook Cheong,
1988).


Bagi mencapai hasrat ini, guru pelatih telah didedahkan dengan pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran dan mereka perlu mengunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran
mereka seperti pendekatan induktif atau deduktif serta berbagai kaedah/teknik
pengajaran. Contohnya sumbangsaran, perbincangan/soal jawab, menjalankan ujikaji
dan aktiviti penyiasatan, demonstrasi, projek, main peranan dan simulasi (Mohammad
Yusof Arshad, Aziz Nordin dan Mohd Salleh Abu, 1998).
5

Ringkasnya, kegagalan guru-guru dalam menyampaikan pengajaran-pembelajaran
yang menarik dan berkesan menjadi punca utama kelemahan pelajar-pelajar dalam
matematik. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Dutton (1956), beliau telah
merumuskan bahawa faktor guru boleh menyebabkan pelajar-pelajar suka atau tidak suka
kepada pelajaran matematik. Pendapat beliau ini telah disokong oleh Mohd Halim
(1988) yang menyatakan bahawa masalah guru memberi kesan yang besar kepada
pencapaian pelajar-pelajar dalam pendidikan matematik.


Dalam banyak kajian yang telah dibuat, kaedah pengajaran yang menarik dan
berkesan dapat memupuk minat pelajar-pelajar dalam matematik. Crow & Crow (1986)
dalam kajian mereka menyatakan bahawa minat merupakan penggerak yang mendorong
seseorang supaya memberi perhatian kepada sesuatu atau kegiatan. Selain daripada itu,
sekiranya seseorang itu berminat, walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana, ia
selalunya boleh mengembangkan minat dan seterusnya berusaha menguasai sesuatu
dengan gigih sehingga membawa kepada pencapaian yang tinggi.




1.3 Pernyataan masalah


Glatthorn (1996) dalam buku Quality Teaching Through Professional
Development berpendapat bahawa guru-guru pelatih boleh dibahagi kepada tiga kelas
iaitu natural, struggling beginners dan loser. Masalah sering timbul pada golongan
struggling beginners dan loser. Golongan struggling beginners ini merupakan
mereka yang menghadapi masalah semasa baru dalam bidang pendidikan dan
6
kebanyakan guru pelatih tergolong dalam golongan ini. Golongan loser pula
merupakan mereka yang tiada atau kurang berbakat menjadi seorang guru. Manakala
golongan ketiga iaitu natural merupakan mereka yang dikurniakan dengan bakat
seorang guru secara semulajadi dan kebiasaannya mereka jarang menghadapi sebarang
kesukaran semasa LM.


Persediaan bakal guru bukan sahaja perlu mantap dari segi ilmu pengetahuan
tetapi mestilah mempunyai kemahiran dalam kaedah penyampaian pengajaran. Kaedah
yang akan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran mestilah sesuai dengan
subjek yang diajar dan keadaan persekitaran kelas. Oleh yang demikian satu tinjauan
berkaitan kaedah pengajaran yang digunakan untuk mengajar matematik semasa latihan
mengajar pada sesi 2006/2007 semester 1 akan dijalankan untuk mengenalpasti kaedah
pengajaran yang digunakan.


Melalui kajian yang bakal dijalankan ini, pengkaji cuba mengkaji kaedah
pengajaran yang digunakan oleh guru pelatih FP, UTM semasa menjalani LM dengan
mengkaji jenis-jenis kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan, faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan kaedah, kesesuaian antara kaedah yang digunakan dengan isi
pelajaran dan masalah serta kesilapan guru pelatih berkaitan kaedah pengajaran.


Satu kajian telah dijalankan oleh Abu Hassan dan Meor (1995) mendapati,
kebanyakan guru pelatih merasa kurang yakin untuk mengajar di sekolah. Ramai di
antara mereka tidak dapat menguasai pedagogi pengajaran, am dan khas, dengan baik.
Teknik pengajaran yang dijalankan terlalu akademik dan stereotaip, tanpa menunjukkan
dengan jelas kepentingan dan perkaitannya dengan disiplin lain atau pengalaman harian
murid.
7


Guru pelatih perlu mengunakan cara-cara mengajar yang berkesan dan dapat
mengembangkan pengajarannya dengan teratur. Bagi mencapai matlamat ini, langkah-
langkah berikut boleh dijadikan panduan
Menentukan pengajaran guru dipandu oleh objektif-objektif yang hendak
dicapai
Menjadikan pengajaran relevan kepada pelajar
Menghuraikan konsep-konsep dengan teratur dan jelas
Mengadakan pelbagai prosedur dan teknik
Mengunakan pelbagai bahan pengajaran
Menyampaikan pengajaran mengikut peringkat kebolehan pelajar
Merancang langkah-langkah bagi meningkatkan pembelajaran pelajar
Menentukan penglibatan pelajar secara aktif dan bukannya pasif
Mengembangkan kebolehan anda untuk menjadikan pelajaran menarik
minat pelajar
Mengembangkan kemahiran dan kebolehan menyeluruh dalam pengajaran
guru

(Abdul Rahim dan rakan-rakan, 1992)




1.4 Objektif Kajian

i) Mengenalpasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru pelatih untuk
mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar

8
ii) Mengenalpasti teknik-teknik pengajaran tertentu yang digunakan bersama kaedah
pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru
pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar

iii) Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran oleh
guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar

iv) Melihat kesesuaian antara kaedah pengajaran dengan kandungan isi pelajaran
yang digunakan oleh guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa
latihan mengajar

v) Mengenalpasti masalah atau kesilapan yang dilakukan oleh guru pelatih ketika
mengunakan kaedah pengajaran tertentu untuk mengajar subjek matematik
semasa latihan mengajar




1.5 Persoalan Kajian

i) Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru pelatih untuk mengajar
subjek matematik semasa latihan mengajar?

ii) Apakah teknik-teknik pengajaran yang digunakan oleh guru pelatih untuk
mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar?

iii) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran oleh guru
pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar ?

9
iv) Adakah kesesuaian antara kaedah pengajaran yang digunakan dengan isi pelajaran
yang diajar oleh guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan
mengajar?

v) Apakah masalah atau kesilapan yang dilakukan oleh guru pelatih ketika
mengunakan kaedah pengajaran tertentu untuk mengajar subjek matematik
semasa latihan mengajar ?






1.6 Kepentingan Kajian


Dengan adanya kajian ini diharapkan dapat memberi impak yang baik kepada
golongan bakal pendidik terutamanya kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Matematik) dan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi serta Pendidikan
(Matematik), pensyarah-pensyarah J abatan Asas dan J abatan Sains dan Matematik,
Fakulti Pendidikan dan Universiti Teknologi Malaysia. Diharap kajian ini dapat memberi
sumbangan yang besar terhadap pembangunan dan peningkatan produktiviti oleh :


1.6.1 Bakal-bakal guru
(i) mengenalpasti kaedah tertentu yang sesuai semasa proses pengajaran dan
pembelajaran matematik
(ii) persediaan terhadap masalah dan kesilapan yang bakal dihadapi sekiranya
menggunakan kaedah tertentu
(iii) sebagai rujukan untuk memilih kaedah dan teknik tertentu

Anda mungkin juga menyukai