Anda di halaman 1dari 1

jawapan yang jelas sudah aku perolehi, untuk apa lagi aku di sini.

aku rasa,tiba masanya untuk aku


melangkah pergi. sejauh-jauhnya dari dia. aku memang tak dapat nak pulihkan hati yang sakit. aku
sendiri sudah bingung untuk meraih kepercayaanmu. biar apa pun yang aku lakukan, tetap jahat di mata
kamu. andai perasaan cinta ini hanya untuk di simpan di dalam hati ini,maka itulah yang akan aku
lakukan..andai perlu keraskan hati ini,keras seperti batu,hingga tiada apa yang dapat menembusi lagi,
maka aku akan keraskan. andai aku perlu menangis setiap hari,saban malam sekalipun sehingga tiada
lagi sisa air mata yang tinggal, maka aku akan menangis. andai aku perlu menahan rasa sakit ini setiap
hari,berbulan dan biarpun bertahun-tahun,maka aku akan tahan segala yang ku rasa . aku akan pendam
dan tanam sedalam-dalamnya rasa kasih,cinta,sayang dan rindu aku padamu hingga sukar untuk ku gali
semula . andai semua ini di perlukan untuk aku berhenti memikirkan mu. andai ini yang perlu untuk
tidak lagi menunggu mu . andai ini yang mesti aku lakukan untuk melepaskan mu. maka....tiba masa
untuk ku memaksa hatiku. . biarlah dengan ketiadaan ku akan memberi ketenangan bagi mu. maafkan
aku kerana mencintai kamu.

Anda mungkin juga menyukai