Anda di halaman 1dari 35

X PENGENALAN

Bidang sosiolinguistik merupakan bidang yang perlu diketahui oleh pengkaji


bahasa. Ini kerana bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain dengan
bidang ilmu linguistik yang lain. Pengkajian bidang ilmu linguistik tidak
lengkap jika bidang sosiolinguistik tidak diberi penekanan sewajarnya oleh
pengkaji bahasa. Sebagai cabang ilmu dalam linguistik, bidang sosiolinguistik
dilihat dapat melengkapi bidang kajian ilmu linguistik. Ini kerana sosiolinguistik
merupakan kajian yang berkaitan dengan bidang bahasa dan kaitannya dari
sudut kegunaannya dalam masyarakat. Fenomena ini dianggap penting
memandangkan bidang sosiolinguistik memberi ruang kepada sesuatu bahasa
digunakan dalam konteks masyarakat di mana ruang diberikan kepada pengkaji
bahasa untuk mengaplikasikan penggunaan bahasa tersebut mengikut konteks
masyarakat tertentu kerana tidak semua bahasa boleh digunakan dalam sesuatu
masyarakat. Dengan pemahaman sosiolinguistik, pengguna bahasa dapat
menggunakan bahasa dengan tepat mengikut keperluan masyarakat yang
diwakili oleh mereka.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

3
3

X
Pengenalan
Sosiolinguistik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep sosiolinguistik;
2. Menyatakan bidang-bidang kajian sosiolinguistik;
3. Membincangkan kajian-kajian yang berkaitan dengan struktur
sosiolinguistik; dan
4. Mengenal pasti penggunaan bahasa mengikut konteks sosial dan
budaya.
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


51
Berdasarkan kepentingan bidang ini, dalam topik ini, pelajar akan didedahkan
kepada konsep sosiolinguistik, bidang kajian sosiolinguistik, kedudukan
sosiolinguistik dalam bahasa, kajian struktur sosiolinguistik serta penggunaan
bahasa mengikut konteks sosial dan budaya. Kesemua subbidang ini akan
disentuh memandangkan kepentingannya dalam memberi gambaran kasar
kepada pelajar sebelum mendalami bidang ini dalam topik-topik yang
berikutnya.


KONSEP SOSIOLINGUISTIK
Bidang linguistik muncul pada Mei 1964 dalam satu persidangan khas untuk
membicarakan hubungan antara bahasa dan masyarakat. Pada mulanya, ia
dikenali dengan berbagai-bagai nama, misalnya linguistik antropologi,
bahasa dan kebudayaan dan merupakan satu disiplin yang diajar di Jabatan
Antropologi, Amerika Syarikat. Pada tahun 1960-an, istilah sosiolinguistik mula
digunakan dan kini statusnya sebagai satu disiplin yang tersendiri diterima
umum. Keadaan ini wujud kerana ahli bahasa mendapati bahawa di samping
kajian terhadap bahasa, kajian bahasa yang dikaitkan dengan masyarakat
penggunanya menjadi tajuk menarik. Justeru, usaha untuk mewujudkan
sosiolinguistik sebagai satu disiplin ilmu bermula di sini.
Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama
sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio (singkatan daripada
sosiologi-disiplin yang meneliti masyarakat) dan linguistik disiplin yang
meneliti bahasa.

Sosiolinguistik adalah bahagian pengajian (studies) dan pengkajian (research)
yang menggabungkan dua disiplin, iaitu sosiologi dan linguistik.
3.1
Apakah yang anda faham dengan ilmu sosiolinguistik? Adakah anda
fikir ilmu sosiolinguistik penting dikuasai oleh guru di sekolah?
SEMAK KENDIRI 3.1
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


52
Dengan sifat penggabungan dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan
kepada dua entiti, iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap
bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur, yakni hubungan antara kedua-dua
entiti tersebut yang rapat. Pengkajian dan pengajian sosiolinguistik bermatlamat
untuk menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur bahasa
dengan struktur sosial, iaitu sama ada sesuatu struktur bahasa itu menyebabkan
sesuatu struktur sosial tertentu atau sebaliknya (Teo Kok Seong: 4243).
Menurut Dittmar (1976), istilah sosiolinguistik pertama kali muncul dalam
tulisan Currie (1952) yang menyatakan bahawa kajian tersebut bertujuan untuk
melihat hubungan antara perlakuan bahasa dan status sosial. Istilah tersebut
pada mulanya bermaksud untuk menerangkan suatu pendekatan
menggabungkan dua disiplin bagi membolehkan penyelidikan yang dijalankan
mendapat penerimaan umum. Di England, tugas sosiolinguistik muncul dengan
buah fikiran Malinowski yang diluaskan oleh Firth. Walaupun istilah
institutional linguistics lebih digunakan, namun bidang yang diliputi tidak
berbeza daripada yang dimaksudkan dengan sosiolinguistik. Bidang
sosiolinguistik juga merupakan daya usaha kelompok ahli antropologi dan
sesuai dengan hakikat bahawa sosiolinguistik itu merupakan cabang dalam
bidang antropologi, khususnya antropologi sosial yang mementingkan analisis
struktur sosial masyarakat (Nik Safiah Karim, 1981).
Menurut Fishman, kajian sosiolinguistik bersifat kualitatif. Sosiolinguistik lebih
tertumpu pada perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya seperti deskripsi
pola pemakaian bahasa atau dialek dalam budaya tertentu, pilihan pemakaian
bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan penutur, topik dan latar
pembicaraan.
Bidang sosiolinguistik membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa dengan
masyarakat. Antara aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa,
bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa, perancangan bahasa dan
sebagainya. Bidang sosiolinguistik terapan pula menggabungkan kajian
sosiolinguistik dengan kajian pendidikan. Bidang ini menjadi satu disiplin ilmu
yang tersendiri.
Secara kasarnya, sosiolinguistik ialah bidang yang memperkatakan aspek-aspek
hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Mengikut Bright (1966), tugas ahli
sosiolinguistik ialah untuk memperlihatkan perbezaan-perbezaan yang saling
mempengaruhi antara struktur bahasa dengan struktur sosial. Hymes (1968)
mendefinisikan kegiatan bidang sosiolinguistik sebagai satu aktiviti disiplin di
mana ahli-ahli sosiologi, antropologi dan falsafah memainkan peranan penting
masing-masing, tetapi peranan yang penting ialah yang disumbangkan oleh ahli-
ahli linguistik (Wong Shek Seng, 1987).
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


53
Sosiolinguistik sering ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang meneliti segala
macam aspek yang berkenaan hubungan antara bahasa dengan masyarakat.
Lingkungan hubungan antara bahasa dengan masyarakat adalah amat luas dan
boleh mengambil pelbagai bentuk atau manifestasi. Contohnya, gaya bercakap
yang berlainan antara masyarakat Timur dengan masyarakat Barat. Selain itu,
terdapat beberapa pengertian lain kepada konsep sosiolinguistik (Zulkifley
Hamid, Ramli Salleh dan Rahim Aman, 2006).
Sosiolinguistik merupakan disiplin yang berasal daripada disiplin sosiologi dan
linguistik, iaitu dua bidang ilmu empiris yang mempunyai kaitan sangat erat.
Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah tentang manusia, lembaga sosial
dan proses sosial yang ada dalam masyarakat. Sosiologi berusaha untuk
mengetahui bagaimana masyarakat itu terjadi, hidup dan wujud hingga ke hari
ini . Dengan mempelajari lembaga sosial dan segala masalah sosial dalam satu
masyarakat, kita dapat mengetahui cara manusia menyesuaikan diri dengan
lingkungannya, bagaimana mereka bersosial dan menempatkan diri dalam
tempat masing-masing dalam masyarakat. Linguistik pula adalah bidang ilmu
yang mempelajari bahasa atau bidang ilmu yang mengambil bahasa sebagai
objek kajiannya. Oleh yang demikian, kesimpulannya ialah sosiolinguistik itu
adalah bidang ilmu disiplin yang mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan
penggunaan bahasa itu dalam masyarakat (Noriah Mohamed, 2003).
De Saussure (1961) telah menghuraikan konsep sosiolingustik ini dengan
menyebutkan bahawa bahasa adalah salah satu lembaga kemasyarakatan, yang
sama dengan lembaga kemasyarakatan yang lain seperti perkahwinan,
pewarisan harta peninggalan dan sebagainya. Dimensi kemasyarakatan bukan
hanya memberi makna kepada bahasa, tetapi juga menyebabkan terjadinya
ragam-ragam bahasa. Ragam-ragam bahasa ini bukan hanya dapat menunjukkan
adanya perbezaan sosial dalam masyarakat, tetapi juga memberi indikasi tentang
situasi berbahasa dan mencerminkan tujuan, topik, kaedah dan modus-modus
penggunaan bahasa (Noriah Mohamed, 2003).
Charles Morris dalam bukunya Sign, Language and Behaviour (1946)
membicarakan bahasa sebagai sistem lambang yang membezakan tiga macam
kajian bahasa berkenaan dengan fokus perhatian yang diberikan. Jika perhatian
difokuskan pada hubungan antara lambang dengan maknanya, ini disebut
semantik. Jika fokus perhatian diarahkan pada hubungan lambang dengan
lambang, ia disebut sintaksis dan kalau fokus perhatian diarahkan pada
hubungan antara lambang dengan para penuturnya disebut pragmatik. Kajian
antara lambang dengan penuturnya disebut sebagai sosiolinguistik (Noriah
Mohamed, 2003).
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


54
Sebagai objek dalam sosiolinguistik, bahasa tidak dilihat atau didekati sebagai
bahasa seperti dilakukan oleh sosiolinguistik umum, melainkan dilihat atau
didekati sebagai sarana interaksi atau komunikasi dalam masyarakat manusia.
Sosiolinguistik juga lazimnya didefinisikan sebagai ilmu yang mempelajari ciri
dan pelbagai variasi bahasa serta hubungan antara bahasawan dengan ciri fungsi
variasi bahasa itu dalam suatu masyarakat bahasa (Kridalaksana, 1978).
Pengkajian bahasa dengan dimensi masyarakat disebut juga sosiolinguistik
(Nababan, 1984).
Sosiolinguistik adalah kajian tentang ciri-ciri khas variasi bahasa, fungsi-fungsi
bahasa dan pemakai bahasa kerana ketiga-tiga unsur ini selalu berinteraksi,
berubah dan saling mengubah satu sama lain dalam satu masyarakat tutur atau
masyarakat bahasa (Fishman, 1972). Menurut Fishman lagi, sosiolinguistik
berbeza daripada linguistik. Dalam sosiolinguistik, pada umumnya, yang dikaji
bukan deskripsi linguistik secara terperinci dari segi kegramatisan tetapi tentang
perbahanan dan pemahaman tentang perhubungan antara bahasa dengan
berbagai-bagai institusi sosial. Selain itu, sosiolinguistik adalah kajian tentang
bahasa dan pemakaiannya dalam konteks sosial dan budaya (Appel, Hubert &
Meijer, 1976).
Fishman (1968) juga menyatakan bahawa sosiolinguistik merupakan kajian
terhadap pattern co-variation of language and society, iaitu kajian yang
mementingkan kewujudan kelainan bahasa seperti dialek (geografi dan sosial),
laras, gaya bahasa dan sebagainya dalam sesebuah komuniti bahasa. Dalam hal
ini, Fishman (1968) juga membicarakan bahawa hanya sosiolinguistik yang
merupakan satu-satunya disiplin ilmu yang mementingkan kajian terhadap
bahasa dan hubungannya dengan pengguna bahasa. Sosiolinguistik adalah
cabang ilmu linguistik bersifat inter discipliner dengan ilmu sosiologi di mana
objek penelitian hubungan antara bahasa dengan faktor-faktor sosial dalam
suatu masyarakat tutur atau secara lebih operasional lagi seperti yang dikatakan
Fishman (1972), ... study of who speak what language to whom and when.
Menurut Criper dan Widdowson (1975), sosiolinguistik adalah kajian bahasa
dalam penggunaannya, dengan tujuan untuk meneliti bagaimana konvensi
pemakaian bahasa berhubungan dengan aspek-aspek lain berdasarkan tingkah
laku sosial. Sementara itu, menurut Booji, Kersten dan Verkuyl (1975),
sosiolinguistik adalah subdisiplin ilmu bahasa yang mempelajari faktor-faktor
sosial yang berperanan dalam penggunaan bahasa dan pergaulan sosial. Bagi
Hickerson (1998) pula, sosiolinguistik adalah pengembangan subbidang
linguistik yang memfokuskan penelitian pada variasi ujaran serta mengkajinya
dalam suatu konteks sosial. Sosiolinguistik meneliti korelasi antara faktor-faktor
sosial itu dengan variasi bahasa.
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


55
Di samping itu, Hymes pula mendefinisikan sosiolinguistik sebagai satu bidang
yang mengkaji perlakonan bahasa dari segi hubungan antara latar (setting),
peserta (participant), tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk
perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam
pertuturan terhadap sesama sendiri. Beliau juga mendefinisikan bidang
sosiolinguistik sebagai suatu aktiviti antara disiplin, di mana ahli-ahli sosiologi,
antropologi dan falsafah memainkan peranan masing-masing, tetapi peranan
yang penting ialah sumbangan oleh ahli-ahli linguistik (Nik Safiah Karim, 1981).
Menurut Trudgill (1974), sosiolinguistik adalah sebahagian daripada linguistik
yang bersangkutan dengan bahasa sebagai suatu fenomena sosial dan budaya.
Sosiolinguistik menggunakan bahan, metodologi atau penemuan sains sosial
(khususnya sosiologi dan antropologi), tetapi beberapa aspek geografi sosial atau
manusia juga disentuh.
Hudson (1980) mendefinisikan sosiolinguistik sebagai kajian tentang
perhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Sosiolinguistik merupakan
sebahagian daripada kajian bahasa. Wackey (1982) pula berpandangan bahawa
sosiolinguistik menuntut kemunculan kedua-dua kategori sosial dan kategori
bahasa serta kemungkinan kajian perhubungan antara kedua-duanya, iaitu
perhubungan antara kategori sosial sebagai tingkah laku, budaya, etnik,
pekerjaan, keturunan dan pendidikan, dan kategori bahasa keturunan dan
pendidikan, dan kategori bahasa sebagai dialek, aksen, perbendaharaan kata,
laras bahasa dan jenis bahasa.
Sosiolinguistik juga adalah cabang linguistik yang mengkaji aspek linguistik,
struktur dan penggunaan bahasa yang berkait dengan institusi atau fungsi sosial,
kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat tertentu. Skop
sosiolinguistik ini meliputi soal seperti perhubungan antara demografi dan
pemeliharaan bahasa, penemuan bahasa dan kedwibahasaan, perkembangan
bahasa Pidjin dan Kreol serta dialek sosial, penukaran kod dan perancangan
bahasa termasuk standardisasi bahasa dan sebagainya (Wong Khek Seng, 1987).
Wolfram dan Fasold (1974) pernah membahagikan skop kajian sosiolinguistik
kepada sosiologi bahasa, etnografi pertuturan, linguistik am dan ekologi bahasa.
Sosiologi bahasa adalah bidang yang mengkaji interaksi antara faktor-faktor
secara besar-besaran dengan bahasa atau situasi dialek. Etnografi pertuturan
pula menyentuh kegunaan bahasa yang sebenarnya sebagai suatu peristiwa
pertuturan. Linguistik am adalah kajian bahasa dalam konteks sosial dan
dihubungkan dengan teori linguistik. Sementara itu, ekologi bahasa melihat
perhubungan bahasa dengan persekitaran sosial. Hal ini melibatkan aplikasi
pengetahuan linguistik kepada masalah sosial atau pendidikan seperti masalah
perancangan bahasa, standardisasi bahasa dan sebagainya (Wong Khek Seng,
1987).
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


56
Sosiolinguistik juga didefinisikan sebagai bidang yang mengkaji perhubungan
antara bahasa dan gejalanya dengan masyarakat. Salah satu perkara yang
dihadapi oleh ahli-ahli bahasa ialah masalah bahasa itu sendiri. Masalah ini
dengan langsungnya melibatkan pembinaan dan perancangan bahasa. Pada
prinsipnya, sosiolinguistik mengkaji aspek-aspek linguistik yang melihat aspek
bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada hubungan dengan fungsi-
fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat
tertentu. Dengan perkataan lain, sosiolinguistik melihat hubungan bahasa
dengan masyarakat ataupun bahasa sebagai alat kehidupan manusia. Bidang ini
memperlihatkan satu kadar pertalian antara bahasa dan masyarakat.
Tetapi, sosiolinguistik bukan sekadar berkisar tentang disiplin yang terkandung
di dalamnya sahaja. Kajiannya juga melampaui dialek dan bentuk-bentuk
pertuturan yang berbeza yang disebabkan oleh perbezaan status individu dalam
sesebuah masyarakat bahasa. Jadi, fakta penting dalam sosiolinguistik ialah
bentuk kelakuan sosial masyarakat pengguna sesuatu bahasa itu. Sosiolinguistik
juga adalah bidang yang mengkaji berbagai bahan sosiobudaya yang berhubung
dengan aspek linguistik seperti perhubungan sosial yang berkaitan pula dengan
kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk gaya yang
dibezakan oleh keperihalan taraf pemakai-pemakainya dan sebagainya (Arbak
Othman, 1983).
Walaupun sosiolinguistik dikatakan mengkaji aspek hubungan antara bahasa
dengan masyarakat atau sebaliknya, pentakrifan pola hubungan antara bahasa
dengan masyarakat secara tepat merangkumi banyak aspek. Belum ada ahli
sosiolinguistik yang menyediakan satu teori sosiolinguistik bersepadu yang
dapat dijadikan kajian mereka. Keadaan ini menyebabkan ahli sosiolinguistik
mencipta ruang lingkup kajian sosiolinguistik mereka tersendiri. Mereka bebas
menamakan kajian sosiolinguistik mereka asalkan kajian tersebut
memperlihatkan hubungan antara masyarakat dengan bahasa atau sebaliknya.
Oleh itu, bukan mudah menentukan ruang lingkup kajian sosiolinguistik.
Misalnya, Svejcer dan Nikolskij (1986) menyatakan:

... the subject matter of sociolinguistics is one of its controversial problems.
One can find in the literature different definitions of subject matter, revealing
serious disagreements on one of the fundamental problems of the discipline.
Therefore, there is no concensus concerning the status of sociolinguistics.
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


57
Trudgill (1978) (Nik Safiah Karim, 1981) juga sependapat dengan Svejcer dan
Nikolskij. Menurutnya:

Eastman (1975) menyatakan bahawa sociolinguistics is concerned with the
interaction of language and setting. Menurutnya, banyak hasil kajian
sosiolinguistik yang tertumpu pada hubungan bahasa dengan organisasi
masyarakat. Contohnya, kajian terhadap bahasa dan hubungannya dengan kelas
dan status pengguna bahasa, kajian terhadap repertoir pertuturan individu yang
dikaitkan dengan konteks sosial, kajian kepelbagaian bahasa dan kedwibahasaan
komuniti bahasa serta kajian-kajian yang sama dengannya (Nik Safiah Karim,
1981).
Gumperz dan Hymes (1972) pula menyifatkan sosiolinguistik sebagai kajian
yang meneliti bahasa dalam konteks penggunaannya. Menurut mereka, dalam
usaha untuk berkomunikasi secara efektif dalam sesuatu bahasa, penutur harus
memiliki keupayaan sejadi berbahasa yang merangkumi pemahaman terhadap
semua aspek yang berkaitan dengan konteks pertuturan, termasuklah budaya
sesuatu bahasa. Bagi Dittmar (1976), kajian yang memberi tumpuan kepada
aspek perhubungan antara kepelbagaian bahasa dengan kepelbagaian sosial ini
dianggap sebagai kajian sosiolinguistik tulen. Menurutnya, kajian sebegini
membincangkan masalah utama sosiolinguistik. Sosiolinguistik juga tertumpu
kepada kajian terhadap perubahan bahasa. Perubahan bahasa berlaku akibat
perkembangan masa dan ruang dan perubahan yang dimaksudkan berlaku
kepada semua unsur bahasa seperti fonem, morfem, ayat, makna, kosa kata dan
seterusnya (Madeliene, 1972).
Ferguson (1966) mengatakan kajian profil sosiolinguistik memberikan
pengagihan fungsi bahasa dan kelainan bahasa yang wujud dalam sesebuah
komuniti bahasa. Bahasa-bahasa misalnya diperuntukkan fungsi sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan dan sebagainya yang
telah melalui dasar bahasa sesebuah negara. Pendek kata, profil sosiolinguistik
bertujuan memaparkan perkaitan antara indeks bahasa dengan indeks sosial
masyarakat (Nik Safiah Karim, 1981).
The difficulty with sociolinguistics, then, is that it is a term which means
many different things to many different people. This multiplicity of
interpretations is probably due to the fact that, while everybody would agree
that sociolinguistics has something to do with language and society, it is
clearly also not concerned with everything that could be considered language
and society.
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


58
Dengan kata lain juga, bidang sosiolinguistik ialah bidang yang menumpukan
perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Bahasa adalah
kepunyaan manusia. Melaluinya manusia berhubung, menyampaikan buah
fikiran dan perasaan dengan bahasa mereka mengeratkan hubungan antara satu
sama lain sebagai anggota satu masyarakat (Nik Safiah Karim, 1988).
Kesimpulannya, bidang sosiolinguistik itu merupakan satu bidang yang
membabitkan kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ahli-
ahli sosiolinguistik banyak memperkatakan tentang cakupan bidang
sosiolinguistik ini. Disiplin ini banyak menawarkan pelbagai isu menarik yang
berhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Kebanyakan ahli sosiolinguistik
mengaitkan takrifan mereka dengan subbidang sosiolinguistik yang mereka kaji
dengan fokus sama ada kepada aspek bahasa atau aspek masyarakat bahasa
berkenaan. Walau bagaimanapun, hubung jalin antara aspek bahasa dengan
masyarakat itu masih dapat dilihat dengan jelas, terutamanya apabila kajian
membabitkan latar belakang masyarakat dan kaitannya dengan pelbagai pola
penggunaan bahasa (Nik Safiah Karim, 1981). Sosiolinguistik mempelajari dan
membahaskan aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan (variasi)
yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan fakta kemasyarakatan.
Selain itu, banyak fungsi yang dimainkan oleh bahasa. Ia berfungsi sebagai alat
perhubungan. Tetapi ada juga aspek lain yang disumbangkan oleh bahasa di
mana peranan yang dimainkan selari dengan fungsi utamanya. Aspek ini
menjadi antara bidang yang dicakupi oleh sosiolinguistik.

BIDANG KAJIAN SOSIOLINGUISTIK
Jika kita meneliti pelbagai definisi yang telah dikemukakan oleh para sarjana
sosiolinguistik terhadap bidang sosiolinguistik, kita juga dapat mengesan
persamaan pendapat antara mereka. Namun begitu, pandangan tokoh-tokoh
tersebut dapat disebut sebagai indikator sosiolinguistik, dan secara umumnya
inilah yang diselidiki oleh sarjana sosiolinguistik. Ini dapat disimpulkan dalam
lima perkara berikut:
(a) Ada beberapa jenis kebiasaan atau konvensyen yang digunakan bagi
menguruskan ujaran kita yang diorientasikan kepada tujuan-tujuan sosial.
Terdapat struktur-struktur pembicaraan dan interaksi misalnya dalam
pembicaraan melalui telefon, bergurau, berbual kosong dan sebagainya.
Mereka yang meminati bidang ini disebut ethnomethodologis, iaitu mereka
yang mempelajari metod-metod dan alat-alat yang digunakan oleh
kelompok-kelompok sosial untuk mencapai tujuannya. Mereka percaya
bahawa kenyataan sosial tidak boleh diselesaikan melalui jadual statistik,
tetapi dibangunkan dalam proses interaksi. Penyelidikan lain dalam bidang
ini yang lebih berorientasi pada bidang linguistik disebut sebagai analisis
3.2
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


59
wacana. Kelompok lain yang menggunakan analisis yang hampir sama
adalah ahli antropologi yang menganalisis pola penyusunan pengajaran
lisan atau oral message yang terkandung dalam cerita dongeng, cerita
rakyat, teka-teki dan upacara keagamaan dengan acuan pada masyarakat
tempat semua itu berada.
(b) Terdapat kajian bagaimana norma dan nilai sosial mempengaruhi perilaku
linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan oleh Bernstein tentang
perbezaan gaya ujaran kelas pertengahan dan kelas atasan masyarakat
Inggeris. Penyelidikan tentang alasan masyarakat yang mewujudkan
perilaku bahasa begitu tidak terbatas pada perbezaan stail antara kelompok
dalam suatu masyarakat, tetapi juga berkaitan dengan variasi komunikasi
antara kelompok masyarakat bahasa dan kelompok etnik yang berbeza.
Dalam hal ini, Hymes mengutarakan konsep yang termaktub dalam istilah
sosiolinguistik, iaitu kecekapan berkomunikasi (communicative
competence).
(c) Variasi dan neka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para
penuturnya. Ini merupakan gagasan inti bidang sosiolinguistik yang
kelihatan seperti sama dengan perkara (b) di atas. Perbezaannya adalah
tujuannya yang lebih sosiologikal. Banyak indikator linguistik yang
memberikan maklumat sosial, bermula daripada aksen (pelat) dan
membawa kepada pemilihan kosa kata dan sistem gramatikal. Dalam
masyarakat multilingual, apa yang diucapkan mungkin menyajikan
indikator status sosial si pembicara. Keanekaan linguistik ini merupakan
satu topik penting dalam kajian sosiolinguistik. Perkara ini yang dikaji oleh
Trudgil (1974) bagi menunjukkan perbezaan sosial orang Inggeris yang
berasal dari Norway.
(d) Pemanfaatan unsur bahasa dalam politik juga menjadi sasaran kajian
sosiolinguistik. Lembaga seperti Academie Francaise, berupaya
menentukan apa yang boleh diterima atau tidak dalam bahasa Perancis
secara rasmi. Begitu juga pemurnian bahasa Jerman sewaktu pemerintahan
Nazi pernah dilakukan sebagai eksploitasi bahasa demi kepentingan
politik. Malah, pemilihan bahasa sebagai bahasa nasional adalah persoalan
yang bersangkut-paut dengan politik seperti menentukan bahasa asing
untuk diajarkan di satu-satu negara. Sebagai contoh, keputusan mengajar
bahasa Maori kepada warga berkulit putih di New Zealand, pengajaran
bahasa Rusia di negara-negara blok Timur dan usaha memasukkan bahasa-
bahasa peribumi ke dalam kurikulum sekolah di negara-negara Afrika, dan
lain-lain lagi. Contoh lain yang lebih rapat dengan kita adalah keputusan
memilih bahasa Melayu menjadi bahasa nasional Indonesia sebagai yang
dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini bertentangan dengan
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


60
hakikat bahawa bahasa Jawa atau Sunda mempunyai bilangan penutur
yang jauh lebih ramai di Indonesia. Contoh di atas ada kaitannya terutama
dengan kebijaksanaan dalam pendidikan; dan dalam sosiolinguistik ini
semua lazim disebut sebagai perancangan taraf bahasa. Menurut Fishman
yang mengkaji masyarakat multilingual, hal ini sering dihubungkan
dengan tokoh atau pelopor sesebuah masyarakat multilingual.
(e) Aspek-aspek sosial dalam bilingualisme dan multilingualisme juga penting
dalam kajian sosiolinguistik. Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada
kelompok-kelompok minoriti di pelbagai negara, biasanya melibatkan
nada politik yang berkaitan dengan pengakuan atau penerimaan bahasa
oleh kelompok tersebut. Penyelidikan lainnya adalah mengkaji cara
penutur bukan asli berganti-ganti menggunakan bahasa tertentu untuk
satu kegiatan dan bahasa yang satu lagi untuk kegiatan lain. Fenomena ini
disebut sebagai code switching. Kajian lain juga melihat motivasi sosial
dalam amalan meminjam perkataan asing. Ada pula yang menyelidiki
sejauh mana seseorang bilingual atau multilingual taat kepada bahasa yang
dikuasainya, ditinjau dari segi sosiologi mahupun psikologi.
Dalam kelima-lima perkara di atas, ahli sosiolinguistik sudah tentu mempunyai
pendekatan dan teori yang berbeza antara satu dengan yang lain. Mungkin ada
yang memberi penekanan kajiannya kepada linguistiknya, sosiologinya atau
psikologinya. Akan tetapi semuanya relatif, bermula daripada andaian yang
sama bahawa sosiolinguistik mengkaji cara-cara atau bagaimana bahasa
berinteraksi dengan masyarakat. Ia adalah kajian tentang bagaimana struktur
bahasa berubah sebagai respons terhadap fungsi-fungsi sosial yang beraneka
ragam, dan batasan yang lahir daripada fungsi-fungsi ini. Perlu juga dicatat
bahawa konferens pertama dalam sosiolinguistik berlangsung di University of
California di Los Angeles pada tahun 1964.
Salah satu hasil daripada konferens itu dirumuskan oleh Dittmar dalam tujuh
dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik, iaitu seperti berikut:
(a) Identiti sosial penutur;
(b) Identiti sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi;
(c) Lingkungan sosial tempat peristiwa ujaran terjadi;
(d) Analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek-dialek sosial;
(e) Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur akan bentuk-bentuk perilaku
ujaran;
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


61
(f) Tingkatan neka atau ragam linguistik; dan
(g) Penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik.
Menurut Hymes (1962), sosiolinguistik merupakan bidang yang mengkaji bahasa
dari segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu
interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang
terlibat dalam pertuturan sesama sendiri. Bidang ini juga boleh dikenali sebagai
linguistik antropologi atau linguistik sosial, iaitu bidang yang mengkaji
hubungan antara bahasa dan masyarakat. Lazimnya, bidang ini menumpukan
kajian bahasa itu dan topik atau konteks pengujarannya, seperti bahasa rasmi,
bahasa kebangsaan, laras bahasa, Pidgin, Kreol, bilinguisme, multilinguisme,
dialek, ideolik, ragam bahasa, sikap terhadap bahasa dan kesetiaan terhadap
bahasa juga perancangan bahasa. Antara bidang yang dikaji dalam bidang
sosiolinguistik ialah bahasa rasmi. Bahasa rasmi digunakan untuk pentadbiran
dan urusan-urusan rasmi dalam sesebuah negara. Contohnya untuk kegunaan
dalam sebaran am (media massa), surat rasmi seperti borang permohonan,
dokumen peribadi seperti surat beranak, kad pengenalan, minit mesyuarat,
urusan pos dan lain-lain. Bahasa rasmi boleh dipilih lebih daripada satu. Di
Brunei, ada dua bahasa rasmi iaitu Inggeris dan Melayu. Di Singapura, ada
empat bahasa rasmi iaitu Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil.
Selain itu, bidang linguistik mengkaji bahasa kebangsaan bagi sesebuah negara.
Bahasa kebangsaan merupakan bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar utama
dalam sesebuah negara. Ia digunakan di media massa, pusat pengajian tinggi,
pemerintahan, parlimen, majlis konvokesyen, upacara rasmi kerajaan dan lain-
lain. Bahasa kebangsaan menjadi kemegahan dan kebanggaan bagi sesebuah
negara.
Seterusnya, laras bahasa juga merupakan bidang kajian dalam sosiolinguistik.
Laras bahasa secara kasarnya dapat dikaitkan dengan penggunaan bahasa
penyampaian yang bersesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks
pengucapan. Laras bahasa juga boleh diertikan sebagai ciri-ciri khusus
penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu ujaran atau wacana digunakan;
contohnya laras bahasa doa, khutbah, upacara, sukan dan sebagainya. Laras
dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Selain itu, laras juga
dipengaruhi oleh tatabahasa, contohnya penggunaan ayat aktif dan pasif, dan
panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza, di samping
penggunaan kata-kata tertentu seperti kata-kata pinjaman dari bahasa Arab dan
bahasa Inggeris. Beberapa ahli bahasa membahagikan laras itu kepada beberapa
bahagian. Halliday, dalam hal ini, membahagikan laras kepada tiga bahagian,
iaitu tajuk wacana, cara penyampaian dan gaya penyampaian.
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


62
Bidang sosiolinguistik juga menumpukan kajian terhadap bahasa pijin. Dalam
linguistik, dikenal satu ragam bahasa yang disebut bahasa pijin dan ragam ini
sudah sekian lama ada dalam sejarah pertumbuhan bahasa manusia. Dalam
konteks masyarakat di Malaysia, masyarakat Cina Baba, misalnya, menuturkan
satu ragam bahasa Melayu yang memperlihatkan percampuran unsur bahasa
Melayu dengan bahasa Cina. Walau bagaimanapun, ragam bahasa masyarakat
Baba ini masih dapat dianggap sebagai variasi bahasa Melayu. Dalam bidang
sosiolinguistik terdapat istilah peralihan kod (code switiching), iaitu penggunaan
unsur bahasa asing pada tempat-tempat tertentu, sama ada dalam bentuk kata,
frasa dan bahkan ayat dalam suatu wacana yang diujarkan oleh seseorang. Di
dalam bahasa Melayu, peralihan kod memang kerap berlaku, bukan sahaja
dalam perbualan, bahkan dalam mesyuarat, kuliah, ucapan dan beberapa
wacana rasmi yang lain. Unsur bahasa asing yang lazimnya
dicampuradukkandengan bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris. Ahli bahasa
melihat bahasa yang bercampur-baur ini sebagai salah satu ragam bahasa
basahan, iaitu bahasa yang digunakan untuk urusan yang tidak rasmi, seperti
dalam perbualan, gurau senda dan sebagainya. Selain daripada bahasa pijin,
bahasa kreol juga dikaji dalam bidang sosiolinguistik. Biasanya, bahasa kreol
adalah percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi.
Contohnya, Kreol Portugis dan Kreol Baba di Melaka.
Dialek juga merupakan salah satu aspek penting yang dikaji dalam bidang
sosiolinguistik. Ia merupakan satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi
bentuk-bentuk sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa baku.
Dialek boleh dibahagi kepada tiga pecahan seperti berikut:
(a) Dialek sosial;
(b) Dialek daerah; dan
(c) Dialek seketika.
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


63
Penerangan tentang dialek boleh dilihat dalam Rajah 1.1. di bawah:
Rajah 1.1: Jenis-jenis Dialek
No Jenis Dialek Keterangan
1 Dialek sosial Dialek sosial juga dikenali sebagai sosiolek. Ia digunakan oleh
kumpulan penutur mengikut kelas sosial.
2 Dialek daerah Manakala dialek daerah pula ialah dialek yang dituturkan
dalam satu-satu kawasan geografi. Misalnya, dialek Kelantan
dan dialek Perak.
3 Dialek seketika Dialek seketika pula dilihat dari sudut zaman. Penggunaan
dialek mengikut perkembangan zaman adalah bahasa Melayu
Kuno, bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu zaman Melaka,
bahasa Melayu zaman Johor Lama, bahasa Melayu zaman
pramoden dan bahasa Melayu zaman moden.
Selain daripada itu, cabang yang menjadi kajian dalam bidang linguistik
termasuk tentang bilingualisme dan multilingualisme. Kontak bahasa mudah
terjadi dalam masyarakat terbuka. Kontak ini akan mewujudkan bilingualisme
dan multilingualisme dengan pelbagai ragam khususnya seperti interferensi,
integrasi, alih kod dan campur kod. Dalam konteks Malaysia, selain bahasa
Melayu, terdapat pelbagai bahasa daerah yang digunakan untuk maksud
tertentu. Orang yang menguasai satu bahasa dinamakan monolingual, unilingual
atau monoglot. Bagi yang menguasai dua bahasa dinamakan bilingual, dan yang
menguasai lebih daripada dua bahasa dinamakan multilingual, plurilingual atau
poliglot.

Bidang kajian sosiolinguistik juga mengkaji aspek yang berkaitan dengan ragam
bahasa. Secara umumnya, ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan
bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal
dan bahasa tidak formal yang akan diterangkan seterusnya.
Bilingual bermaksud penguasaan dua bahasa yang sama baik, penggunaan
dua bahasa secara bergantian dan kemampuan seseorang menghasilkan
pertuturan yang lengkap dan bermakna dalam bahasa yang bukan bahasa
ibundanya.
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


64
(a) Bahasa Formal
Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, seperti
urusan surat-menyurat, semasa mengajar atau bertutur dengan orang yang
kita tidak kenal mesra atau lebih tinggi status dan pangkatnya. Bahasa
formal mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu,
penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya. Ia
digunakan dengan betul dan teratur. Bahasa formal merujuk kepada
penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala
strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat
dalam konteks formal. Bahasa formal tidak sama dengan bahasa rasmi.
Bahasa rasmi menyatakan taraf sesuatu bahasa, manakala bahasa formal
merujuk kepada keadaan penggunaan sesuatu bahasa. Oleh itu, bahasa
formal lebih mementingkan penggunaan bahasa yang sesuai dengan
konteks penggunaan bahasa itu, ganti nama yang berpadanan dan kata-
kata aluan yang tersusun rapi. Bahasa formal biasanya memerlukan
penggunaan nahu yang lengkap dan tidak melanggar hukum tatabahasa
Melayu. Selain itu, bahasa formal juga memerlukan intonasi yang
sempurna, bersesuaian dengan konteks. Secara ringkasnya, bahasa formal
bersifat lebih rasmi dan teratur dengan hukum-hukum yang telah
ditetapkan.
(b) Bahasa Tidak Formal
Bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi
tidak rasmi seperti dalam perbualan sehari-hari, khususnya dengan orang
yang kita kenal mesra. Bahasa tidak formal ialah bahasa yang digunakan
dengan tidak mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu,
penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya. Bahasa
tidak formal dapat dilihat melalui cirinya yang ketara, iaitu percampuran
kod.
Kod dalam bahasa ialah unsur-unsur bahasa yang digunakan dalam
perhubungan, umumnya perkataan atau sebarang unsur bahasa lain.
Percampuran kod merupakan salah satu ciri yang paling menonjol dalam
bahasa Melayu tidak formal. Percampuran kod berbeza dengan pertukaran
kod. Pertukaran kod ialah penggunaan bahasa yang rapi dan terkawal.
Cuma satu bahasa atau kod lain digunakan untuk memberikan suatu kesan
tertentu.
Seterusnya, kajian terhadap sikap dan kesetiaan terhadap bahasa merupakan
sebahagian daripada bidang kajian sosiolinguistik. Sesetengah orang
berpandangan bahawa sikap merupakan persepsi mental yang terhasil sebagai
respons kepada sesuatu rangsangan.
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


65
Tiga komponen yang membina sikap ialah:
(a) Kognitif,
(b) Afektif; dan
(c) Perilaku.
Komponen kognitif berkait dengan pengetahuan tentang alam sekitar dan
gagasan yang biasanya melibatkan proses berfikir. Komponen afektif
menyangkut perasaan atau emosi yang mewarnai atau menjiwai pengetahuan
atau gagasan yang terdapat dalam komponen kognitif. Komponen perilaku pula
terbentuk melalui pengalaman dan merupakan jelmaan kepada komponen
kognitif dan efektif. Komponen afektif menyangkut nilai rasa baik atau tidak
baik, rasa gah atau tidak gah terhadap sesuatu. Jika seseorang mempunyai rasa
baik atau gah terhadap sesuatu, ini bermakna dia mempunyai sikap yang positif
terhadap perkara itu.
Dari segi bahasa, sikap terhadap bahasa, sama ada positif ataupun negatif
ditandai oleh tiga ciri utama, iaitu kesetiaan bahasa, kebanggaan atau gah bahasa
dan kesedaran akan adanya norma bahasa. Sekiranya ketiga-tiga ciri itu positif,
sikap seseorang terhadap sesuatu bahasa itu dikatakan positif. Sikap positif
terhadap sesuatu bahasa merupakan salah satu faktor penting dalam pelestarian
sesuatu bahasa.
Ada beberapa sebab yang mempengaruhi kelestarian bahasa, antaranya ialah:
(a) Migrasi,
(b) Industrialisasi dan perubahan ekonomi,
(c) Bahasa penghantar dalam sistem pendidikan,
(d) Urbanisasi,
(e) Kehilangan prestij; dan
(f) Sikap bahasa.
Kesemua hal ini ada kaitan dengan konteks bahasa. Sejarah konteks bahasa yang
agak lama boleh mencetuskan pelbagai keadaan kebahasaan dalam sesebuah
komuniti bahasa. Antaranya termasuklah bahasa, pertukaran kod,
kedwibahasaan, kewujudan bahasa pijin dan kreol, diglosia, anjakan bahasa dan
akhirnya kepupusan bahasa.
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


66
Setakat ini belum ada satu kajian yang komprehensif terhadap bahasa Melayu
dalam kalangan orang Melayu, apa lagi dalam kalangan bukan
Melayu. Sekarang, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang mengkaji tahap
penggunaan bahasa kebangsaan dalam pentadbiran kerajaan dan juga tempat
awam. Namun jika tahap penggunaan bahasa dapat dijadikan kayu ukur
terhadap kesetiaan, rasa gah dan cinta masyarakat Malaysia terhadap kesetiaan,
kajian ini nanti mungkin dapat menggambarkan sikap bahasa rakyat Malaysia
dan keseriusan gejala yang menimpa, dan seterusnya mengemukakan cadangan
atau strategi yang ampuh bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Salah satu bidang kajian sosiolinguistik yang paling penting adalah berkaitan
dengan perancangan bahasa. Perancangan bahasa adalah segala usaha dan
tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara untuk menentukan supaya
sistem komunikasi verbal, yakni yang menggunakan bahasa, berjalan dengan
lancar dalam segala bidang kehidupan seluruh negara terutama sekali dalam
bidang pendidikan, pentadbiran dan ekonomi, dan yang tidak kurang
pentingnya dalam bidang penyatuan negara. Dalam negara yang mempunyai
lebih dari satu bahasa, maka perancangan bahasa bermakna penentuan bahasa
yang hendak dijadikan bahasa nasionalnya atau bahasa rasminya, dan kemudian
diikuti oleh pembinaan bahasa itu.
Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa perancangan bahasa pada
keseluruhannya terdiri daripada dua tahap utama, iaitu penentuan dan
pembinaan. Bukan semua negara di dunia ini memerlukan kedua-dua tahap
tersebut, tetapi sebahagian besar memerlukan tahap pembinaan disebabkan
keadaan sosiolinguistiknya sendiri. Menurut Asmah Omar (1992), istilah
perancangan bahasa dikaitkan dengan konsep bimbingan, yakni dalam
melaksanakan perancangan bahasa aspek bimbingan merupakan aspek yang
pasti wujud. Sebagai alat komunikasi, alat berfikir dan alat perwujudan fikiran,
maka bahasa dan juga unsur-unsurnya dapat dinilai (dievaluasi), diubah,
diperbaiki, diganti dan disesuaikan dengan bahasa lain atau unsur-unsur lain.
Sungguhpun bahasa tidak dapat dicipta sesuka hati, tetapi unsur-unsurnya yang
dianggap tidak sesuai dapat dengan mudah diganti atau dicipta dari waktu ke
waktu menurut keperluan masyarakat.
Perancangan bahasa ini seolah-olah merupakan sesuatu yang baru. Sebenarnya,
usaha merancang bahasa itu sudah lama ada dan dijalankan di berbagai-bagai
negara. Usaha ini nyata sekali di kalangan negara-negara yang berusaha
membangun sesudah mencapai kemerdekaan dan kuasa-kuasa besar yang
menjajahnya. Salah satu tindakan utama yang diambil oleh negara-negara yang
baru merdeka itu adalah menentukan dan kemudiannya menegakkan bahasa
yang dinamakan bahasa kebangsaan. Pada mulanya, bagi negara-negara yang
seperti ini bahasa kebangsaan merupakan bahasa penyatuan, yakni bahasa yang
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


67
menyatukan rakyat, yang berdiri sebagai lambang penyatuan negara. Sesudah
itu, timbul pula usaha-usaha untuk menjadikan bahasa yang sama itu sebagai
bahasa rasmi dan kemudiannya bahasa akademik. Contoh yang baik untuk
negara-negara yang seperti itu adalah Indonesia dan Malaysia.
Dalam kalangan negara-negara yang maju, perancangan bahasa juga sudah lebih
lama dimulai, dibuktikan oleh wujudnya bahasa yang utama yang sudah
menjadi bahasa rasmi dan bahasa akademik. Seperti yang sudah disebutkan di
atas tadi, bagi negara-negara yang seperti ini, perancangan bahasa merupakan
pembinaan bahasa itu dari berbagai-bagai segi linguistik, misalnya dari segi
pengistilahan, ejaan, tulisan dan sebagainya. Hal inilah yang menjadi kajian
dalam bidang sosiolinguistik.
Sesungguhnya kita telah menyedari bahawa memang ada perhubungan-
perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. Dalam bidang
sosiolinguistik kita dapati terdapat banyak aspek yang dikaji berkaitan dengan
bahasa. Bidang sosiolinguistik ini dapat memberikan kita pengetahuan dari
pelbagai aspek seperti masalah asimilasi bahasa-bahasa minoriti, perkembangan
bilingualisme, perkembangan pembakuan bahasa dan perancangan bahasa
negara-negara membangun. Kajian-kajian dalam bidang sosiolinguistik ini telah
memperkembangkan lagi bahasa Melayu dan menjadikan bahasa ini sebagai
satu bahasa yang dinamik.

Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara.
Hal ini menyebabkan apa jua bahasa mampu menarik pelbagai golongan
pemikir dan pengkaji. Bahasa merupakan simbol dalam kehidupan sosial
manusia. Bahasa dikatakan sebagai simbol kerana bahasa menunjukkan identiti
kelompok masyarakat secara sosiokultural.
1. Berdasarkan contoh, jelaskan secara terperinci konsep
sosiolinguistik.
2. Berdasarkan contoh, senaraikan bidang-bidang kajian
sosiolinguistik.
AKTIVITI 3.1
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


68

Bahasa mempunyai peringkat-peringkat perbezaan disebabkan oleh dialek dan
subdialek. Bahasa yang terdapat di pesisir Sumatera Utara (dahulu dikenali
sebagai Sumatera Timur) berbeza dengan bahasa yang terdapat di daerah
Melayu Riau. Walaupun banyak persamaan dari segi sejarah, namun perbezaan
tempat, pengaruh lingkungan masing-masing atau faktor-faktor lain
menyebabkan bahasa Melayu Riau dan bahasa Melayu Sumatera Timur
mempunyai pebezaan. Dalam satu komuniti bahasa juga terdapat perbezaan-
perbezaan kecil dalam cara menggunakan bahasa. Setiap individu mempunyai
cara yang tertentu; jenis bahasa yang digunakan oleh seseorang dipanggil
idioleknya (parolenya). Walau bagaimanapun, setiap penutur tidak lari daripada
garis-garis kasar sifat bahasanya dan masih mengekalkan keseluruhan sifat
bahasa tersebut.
Oleh itu, kajian sosiolinguistik merangkumi pelbagai masalah seperti bahasa
dalam konteks sosial dan kebudayaan, hubungan faktor-faktor bahasa dengan
situasi dan faktor sosial budaya serta fungsi-fungsi penggunaan bahasa dalam
masyarakat. Apabila kajian ini diperluaskan, sosiolinguistik akan merangkumi
juga ragam, gaya dan variasi bahasa.
Sosiolinguistik memberi tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa. Bagi
sosiolinguistik, kegunaan bahasa yang utama adalah sebagai alat komunikasi.
Dalam kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, pada masa yang sama
kita sebenarnya juga menggunakannya untuk mewujud dan mengekalkan
hubungan sosial dengan pihak yang diajak bercakap. Contohnya, sebahagian
besar percakapan di antara dua orang rakan karib bertujuan untuk menyatakan
perasaan kesetiakawanan di samping memupuk dan mempertingkatkan
persahabatan antara mereka.
Tugas utama sosiolinguistik adalah memperlihatkan dengan jelas fenomena
kelainan bahasa yang wujud dalam masyarakat yang mempunyai hubungan
rapat dengan beberapa keadaan sosial. Penonjolan ini tentang hubung kait
penggunaan bahasa dengan struktur sosial dalam masyarakat yang dihuni oleh
seseorang itu, bukan sahaja mampu menjelaskan perubahan bahasa yang sifat
diakronik, iaitu yang berlaku antara dua tempoh masa. Sesungguhnya,
penggunaan bahasa dalam apa jua bentuk berlaku dalam konteks sosial tertentu.
Justeru, pengajian dan pengkajian bahasa yang tidak memberi tumpuan
Bahasa ialah cara yang digunakan oleh manusia untuk menyampaikan buah
fikiran, perasaan dan hasrat melalui lambang-lambang yang dihasilkan secara
sukarela.
Nik Safiah Karim (1992)
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


69
langsung kepada konteks sosial yang dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk
dianggap kurang lengkap.
Mari kita lihat perkara-perkara berikut untuk lebih memahami sosiolinguistik:
(a) Pandangan Ahli Sosiolinguistik terhadap Bahasa
Menurut pandangan ahli sosiolinguistik, bentuk-bentuk bahasa yang
dihasilkan oleh para pengguna bahasa ditentukan oleh kehendak anggota-
anggota masyarakat yang bertindak sebagai penerima, yakni mereka yang
menjadi sasaran para pembicara. Mengikut mereka lagi, penggunaan
bahasa bukan hanya dikawal dan ditentukan oleh atur rumus formal atau
tatabahasa tetapi termasuk juga peraturan-peraturan bukan tatabahasa
yang telah dipersetujui oleh masyarakat pengguna bahasa tersebut.
Dalam masyarakat atau budaya Melayu, misalnya terdapat fenomena
bahasa budaya yang diungkapkan dalam bentuk kata-kata budi bahasa.
Manakala orang yang dikatakan tidak tahu bahasa bererti orang itu tidak
pandai berbudi bahasa. Menurut konteks sosial, mereka ini tidak
mengetahui adat berbahasa. Seorang pengguna bahasa dianggap berjaya
apabila mereka dapat menggunakan atau menguasai dan mematuhi
peraturan-peraturan tatabahasa dan bukan tatabahasa. Terdapat dua jenis
peraturan yang mengawal aspek-aspek penggunaan bahasa yang sering
dilabel oleh ahli sosiolinguistik sebagai kekangan tatabahasa dan kekangan
sosial.
(b) Bahasa Daerah
Dalam bahasa Melayu Riau, terdapat bahasa daerah yang digunakan.
Bahasa daerah ini dikatakan berasal dari daerah eksistensi atau dikenal,
hidup, dipergunakan dan dimiliki sebelumnya. Bahasa-bahasa daerah ini
mencerminkan beberapa ciri tertentu yang khusus dari daerah-daerah yang
terlibat dalam masyarakat tersebut. Di samping digunakan sebagai alat
komunikasi, bahasa daerah ini juga berfungsi sebagai alat yang berkaitan
dengan kepentingan masyarakat.
Selain itu, bahasa daerah Riau ini digunakan dalam pelbagai bentuk
upacara adat yang bertujuan untuk memperoleh keselamatan,
kemakmuran dan kesejahteraan. Bahasa daerah ini juga melahirkan pola-
pola yang merupakan kosa kata pola-pola dan nilai-nilai tradisional.
Bahasa daerah merupakan milik masyarakat daerah yang mengungkapkan
tata kehidupan masyarakat daerah tertentu. Misalnya, terdapat juga bahasa
daerah ini dalam masyarakat Melayu. Namun begitu, bahasa daerah ini
berubah mengikut peredaran masa menyebabkan alam pemikiran dan
pandangan hidup manusia mengalami perkembangan secara perlahan-
lahan dalam masyarakat tersebut.
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


70
(c) Bahasa dan Kebudayaan
Dalam kajian sosiolinguistik, kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat
juga berkait rapat dengan bahasa yang digunakan oleh penutur. Ada
pendapat yang menyatakan bahawa di dalam masyarakat, bahasa
mempunyai organisasi fenomena perilaku, kebendaan, kepercayaan dan
pengetahuan, serta sikap dan norma masyarakat. Pendapat ini sangat
sesuai dengan kenyataan yang menyatakan bahawa bahasa merupakan
satu communion, perhubungan di antara peribadi dan sosiobudaya. Sudah
semestinya, setiap masyarakat atau kelompok di dunia mempunyai
kebudayaan, adat resam dan cara hidup yang tersendiri serta berbeza di
antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Kebudayaan dan
cara hidup sesuatu masyarakat tersebut diamalkan dan diwarisi dari satu
generasi ke generasi yang seterusnya. Kita dapat lihat cara atau norma
hidup masyarakat melalui kata ataupun bahasa setiap kelompok
masyarakat tersebut.
Melalui bahasa juga, kita dapat digambarkan dengan sikap dalam sesuatu
masyarakat tersebut. Sebagai contohnya, masyarakat penutur bahasa
Inggeris memulai pidato dengan ladies and gentlemen manakala
masyarakat Indonesia pula memulainya dengan kata-kata bapak-bapak
atau ibu-ibu. Dalam bahasa Indonesia, susunan kata-kata tidak mengikut
aturan atau kebijaksanaan yang sama, misalnya hak dan kewajipan dalam
negara. Susunan kata-kata bapak-bapak atau ibu-ibu mempunyai
susunan terbalik, seperti dalam kata ibu bapa. Namun begitu dalam kata
suami isteri adalah betul dan bukan menjadi isteri suami. Inilah yang
dikatakan mempunyai susunan yang tidak teratur dan kurang bijaksana.
Perkataan-perkataan atau konsep yang didukung oleh kata tidak akan
selamanya kekal dan abadi. Sesuatu perkataan akan hilang atau lenyap
daripada perbendaharaan kata apabila kebudayaan dalam sesuatu
masyarakat itu berubah dan berkembang mengikut peredaran zaman
sehingga kata tersebut tidak dapat berfungsi lagi dalam kehidupan
masyarakat itu. Misalnya dalam masyarakat Melayu, terdapat perkataan-
perkataan lama yang telah mengalami perubahan konsep sesuai dengan
perkembangan kebudayaan masyarakat Melayu pada masa kini.
Oleh itu, bahasa juga akan mengalami proses evolusi selaras dengan
perkembangan dan kemajuan teknologi pada masa kini sebagai ukuran
kemajuan sesuatu bahasa tersebut. Bangsa yang maju dapat dilihat melalui
pada bahasanya yang maju. Namun begitu, bangsa yang tidak menerima
akan evolusi memperlihatkan gejala bahasa yang tidak maju.
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


71
(d) Bahasa dan Variasi
Setiap masyarakat dalam sesuatu kelompok mempunyai bahasa mereka
yang tertentu. Oleh itu, terdapat ribuan bahasa yang dijumpai di dunia.
Namun begitu, dalam setiap bahasa terdapat pelbagai variasi. Lazimnya,
pelbagai variasi bahasa dapat dikesan dalam konteks sosial dan budaya.
Hudson (1980), mengatakan variasi ini biasanya disebut bahasa, dialek dan
laras.
Dialek ialah variasi bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur dalam masyarakat atau komuniti bahasa tersebut. Dialek bagi
sesuatu bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu dialek daerah dan
dialek sosial. Dialek daerah atau kawasan merupakan variasi sesuatu
bahasa yang wujud akibat daripada perbezaan pengucapan dan
penggunaan oleh sekumpulan penutur yang tertentu dan dipengaruhi oleh
keadaan persekitaran (faktor geografi dan politik). Manakala dialek sosial
pula disebut sebagai laras bahasa. Seperti yang dinyatakan di atas variasi-
variasi ini ditentukan oleh kedudukan geografi, susunan dalam masyarakat
atau ditentukan oleh kelompok-kelompok penutur itu sendiri (Parera,
1991).
Linguistik ialah bahasa manusia iaitu sistem bunyi bermakna untuk digunakan
sebagai alat komunikasi oleh kelompok manusia. Bahasa yang biasa digunakan
dalam kehidupan seharian seperti bahasa bunga, bahasa warna dan sebagainya
tidak dipelajari oleh linguistik. Bahasa mempunyai variasi-variasi yang tertentu.
Variasi-variasi bahasa ini ditentukan oleh faktor-faktor berikut:
(a) Waktu,
(b) Tempat,
(c) Sosiobudaya,
(d) Situasi; dan
(e) Medium pengungkapan.
Perbezaan bahasa yang berlaku dari semasa ke semasa adalah disebabkan oleh
faktor masa yang semakin berubah. Misalnya bahasa Melayu Srivijaya tidak
sama dengan bahasa Melayu Abdullah Munsyi, bahasa Melayu Riau dan bahasa
Indonesia, walaupun keseluruhan variasi itu satu bahasa (Kridalaksana, 1982).
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


72
Variasi regional atau dialek geografi akan membezakan bahasa yang dipakai di
satu tempat dengan satu tempat yang lain, walaupun variasi-variasi tersebut
adalah bahasa yang sama. Misalnya, bahasa Melayu dialek Jakarta dan bahasa
Melayu dialek Menado memperlihatkan ciri-ciri bahasa yang tersendiri,
walaupun kedua-dua bahasa tersebut dianggap sebagai bahasa Melayu.
Manakala, variasi sosial-budaya pula membezakan bahasa yang dipakai dalam
sesebuah kelompok sosial dengan kelompok sosial yang lain ataupun disebut
sebagai dialek sosial. Ciri-ciri yang dipakai oleh sarjana, para pemuda, para
petani dan lain-lain merupakan suatu dialek sosial.
Variasi situasi pula wujud apabila seseorang yang menuturkannya memilih ciri-
ciri bahasa yang tertentu dalam situasi tertentu. Seterusnya, yang terakhir adalah
faktor medium pengungkapan telah membezakan bahasa lisan dan bahasa
tulisan. Dapat dikatakan bahawa tidak ada satu bahasa pun yang mempunyai
variasi-variasi batas yang tegas. Variasi-variasi bahasa ini saling bergantung
antara satu dengan yang lain.

KAJIAN STRUKTUR SOSIOLINGUISTIK
Menurut Wolfram dan Fasold ( 1974), jenis kajian yang termasuk dalam kajian
sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik
tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama iaitu interaksi
faktor-faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan
sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosialnya dan penerapan pengetahuan
linguistik kepada masalah sosial. Eastman (1975) pula menyatakan bahawa
sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara bahasa dengan latar
belakang penggunaan bahasa. Menurut beliau menerusi kajian sebegini,
sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi
masyarakat. Contohnya, hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna,
kajian terhadap repertoir individu yang dikaitkan dengan konteks sosial, kajian
kepelbagaian bahasa dan kedwibahasaan komuniti bahasa dan kajian yang
sekategori.
Selain itu, menurut Nik Safiah Karim (1988), kajian sosiolinguistik meliputi
semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Tercakup dalam
hubungan yang dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa, dialek dan idiolek,
kedwibahasaan, profil sosiolinguistik, etnografi bahasa, sikap terhadap bahasa
dan perancangan bahasa. Nababan (1993) pula menyatakan bahawa
sosiolinguistik mempelajari dan membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa,
khususnya perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan
dengan faktor-faktor kemasyarakatan.
3.3
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


73
Downes (1998) pula melihatkan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang
memerlukan rujukan kepada faktor sosial termasuk faktor konteks sewaktu
mengkaji ciri-ciri bahasa. Menurut beliau lagi, kajian yang dilakukan
mempunyai dua jenis iaitu yang pertama kajian yang dianggap sebagai
sosiolinguistik bebas yang bermaksud kajian yang melibatkan huraian terhadap
corak sosial variasi dan perubahan dalam skala yang besar. Penelitian
melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa dengan kategori sosial seperti
kelas, jantina, geografi dan sebagainya dalam konteks sejarah. Kajian yang kedua
pula ialah huraian sosial bahasa boleh yang dilakukan menerusi situasi
pertuturan berskala kecil. Huraian sosial sebegini juga disebut pragmatik,
analisis perbualan, etnografi komunikasi, analisis wacana, semiotik sosial atau
linguistik kritis.
Pandangan yang pelbagai yang diberikan oleh pengkaji sosiolinguistik
memperlihatkan dengan jelas bahawa sosiolinguistik ditakrifkan secara bebas,
asalkan sahaja kajian tersebut membabitkan hubungan bahasa dengan
masyarakat. Terdapat juga pengkaji yang menganggap bahawa bidang cakupan
sosiolinguistik tidak seharusnya bertumpu kepada sosiolinguistik bebas sahaja
tetapi mestilah bersifat gabungan. Kajian bukan sahaja dilakukan menerusi
disiplin sosiolinguistik atau sosiologi sahaja, tetapi juga boleh menggunakan
pendekatan gabungan sosiolinguistik dengan disiplin ilmu yang lain. Oleh itu,
pertimbangan sosiolinguistik dengan sendirinya merujuk kepada pertimbangan
penggunaan bahasa dalam masyarakat. Ini secara tidak langsung menunjukkan
bahawa adanya perbezaan dalam penggunaan bahasa oleh ahli-ahli masyarakat
berdasarkan faktor-faktor tertentu. Berpegang kepada prinsip-prinsip
sosiolinguistik, kita mesti mendedahkan pelajar kepada pelbagai variasi
sosiolinguistik yang ada dalam masyarakat bahasa tertentu itu.
Bidang sosiolinguistik telah mencapai taraf kematangan yang agak tinggi kerana
ia meliputi taraf penyelidikan dan pengolahan yang semakin halus dengan
penerapan kajian sains sosial. Metodologi kajian ini lebih sistematik dan
kuantitatif serta lebih bergantung kepada aneka bidang ilmiah yang meliputi
disiplin-disiplin yang berkaitan seperti sosiologi, pendidikan dan psikologi.
Penyelidikan pertama yang bersifat empiris dijalankan oleh Labov pada tahun
1961-1962. Kajian ini bertujuan melihat korelasi pola-pola sosial dengan
penyebaran pola angkubah linguistik bagi masyarakat yang dikaji. Hasil
kajiannya menunjukkan wujudnya perbezaan-perbezaan yang sistematik di
antara pengguna dan penggunaan bahasa linguistik tersebut.
Seterusnya, pada tahun 1966, Labov telah menjalankan kajian yang agak
terperinci tentang pertuturan dan sikap terhadap pertuturan di bahagian timur
bandar New York. Kajian ini telah memberikan beberapa sumbangan yang besar
kepada latihan dan teori linguistik. Labov menerapkan metodologi kuantitatif
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


74
dalam kajiannya untuk melihat kaitan di antara penggunaan angkubah linguistik
dengan angkubah sosial seperti kelas sosial dan gaya pertuturan. Pada tahun
1974 pula, Trudgill melakukan penyelidikan terhadap bentuk-bentuk pertuturan
bahasa Inggeris di bandar Norwich, England dengan menggunakan teknik
sosiolinguistik yang bersifat kuantitatif. Kajiannya juga menunjukkan bahawa
wanita lebih cenderung menggunakan bahasa standard kerana mereka lebih
menitikberatkan soal status sosial dalam sesuatu masyarakat. Kajian Trudgill
menunjukkan bahawa pengaruh gaya pertuturan berbeza menurut angkubah
linguistik yang diselidiki dan taraf sosioekonomi seseorang penutur serta
perbezaan gaya yang tertentu.
Crane pula melakukan kajian sosiolinguistik pada tahun 1971 hingga 1972 untuk
melihat perhubungan di antara penyebutan /ai/ dengan kelas sosial dan umur
di kalangan penutur kulit putih. Kajiannya menunjukkan bahawa penyebutan
/ai/ tertentu mempunyai pertalian dengan kelas sosial yang tertentu dan juga
dengan kumpulan umur. Tetapi munculnya sesuatu penyebutan tertentu secara
persendirian dalam pertuturan seseorang individu tidak memadai untuk
menentukan kelas sosial seseorang.
Setiap bidang ilmu mempunyai faedah atau kegunaan kepada kehidupan
manusia. Begitu juga dengan sosiolinguistik. Kegunaan sosiolinguistik bagi
kehidupan praktis sangat banyak disebabkan bahasa sebagai alat komunikasi
verbal manusia. Sosiolinguistik menjelaskan bagaimana menggunakan bahasa
itu dalam aspek atau segi sosial tertentu seperti yang dirumuskan oleh Fishman
(1967) bahawa yang dipersoalkan dalam sosiolinguistik adalah, who speak,
what language, to whom, when and to what end. Merujuk pada rumusan
Fishman itu, dapat kita manfaatkan atau gunakan sosiolinguistik bagi kehidupan
yang lebih praktikal.
Seterusnya, sosiolinguistik boleh dijadikan panduan dalam berkomunikasi dan
berinteraksi. Sosiolinguistik akan memberikan pedoman kepada kita dalam
berkomunikasi dengan menunjukkan bahasa, ragam bahasa atau gaya bahasa
apa yang harus kita gunakan semasa berbicara dengan orang tertentu.
Contohnya, jika kita adalah anak dalam suatu keluarga, kita harus menggunakan
ragam bahasa yang berbeza jika bercakap dengan ayah, ibu, kakak atau adik.
Sosiolinguistik juga akan menunjukkan bagaimana kita harus berbicara bila kita
berada dalam masjid, ruang perpustakaan atau di pasar.
Dengan memberikan tumpuan kepada penggunaan bahasa, khususnya dari segi
kelainan bahasa iaitu penggunaan pelbagai bentuk bahasa bagi menyatakan atau
mengungkapkan perkara yang sama oleh ahli-ahli sesuatu masyarakat itu,
sasaran utama sosiolinguistik adalah menganjurkan suatu teori bahasa yang
dapat menjelaskan cara bahasa digunakan dalam sesebuah masyarakat itu serta
pemilihan bentuk-bentuk bahasa tertentu oleh ahli-ahlinya semasa mereka
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


75
menggunakan bahasa berkenaan. Dengan perkataan lain, tugas utama
sosiolinguistik adalah untuk meneliti cara berbeza-beza yang digunakan oleh
ahli-ahli sesebuah masyarakat itu untuk menyatakan perkara yang sama.
Dalam meneliti kelainan bahasa ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada
dua perkara iaitu:
(a) Gaya bahasa atau linguistik tentang cara bentuk-bentuk bahasa yang
berbeza-beza yang boleh terdiri daripada bunyi, struktur perkataan, kosa
kata dan ayat yang digunakan;
(b) Konteks sosial iaitu faktor dan dimensi sosial yang mempengaruhi
pemilihan atau penggunaan bentuk-bentuk bahasa tertentu.
Seterusnya, sebagai objek dalam sosiolinguistik, bahasa tidak dilihat atau
didekati sebagai bahasa sebagaimana yang dilakukan oleh linguistik umum,
melainkan dilihat sebagai interaksi atau komunikasi di dalam masyarakat
manusia. Setiap kegiatan kemasyarakatan manusia, mulai daripada upacara
pemberian nama pada bayi yang baru lahir sehinggalah kepada upacara
pengebumian jenazah, tentu tidak akan terlepas dari penggunaan bahasa. Oleh
sebab itu, walau apa pun rumusan yang diberikan tentang sosiolinguistik,
persoalan tentang hubungan bahasa dan aspek-aspek kemasyarakatan tidak
akan terlepas.
Ahli sosiolinguistik menganggap bentuk-bentuk bahasa yang dihasilkan oleh
para pengguna bahasa ditentukan juga oleh kehendak anggota masyarakat yang
bertindak sebagai penerima iaitu mereka yang menjadi sasaran para pembicara.
Dengan perkataan lain, penggunaan bahasa tidaklah hanya dikawal dan
ditentukan oleh atur rumus formal atau tatabahasa tetapi juga oleh peraturan
bukan tatabahasa yang telah dipersetujui bersama oleh masyarakat pengguna
tersebut. Apabila peraturan tatabahasa dan bukan tatabahasa dapat dikuasai dan
dipatuhi, barulah seseorang pengguna bahasa itu dapat dianggap sebagai
seorang pengguna yang berjaya.
Dua jenis peraturan yang mengawal aspek-aspek penggunaan bahasa ini sering
dilabel oleh ahli sosiolinguistik sebagai kekangan tatabahasa dan kekangan
sosial. Gumperz (1974) iaitu seorang ahli sosiolinguistik berpengaruh
mengatakan:

Akhirnya, individulah yang membuat keputusan, tetapi kebebasannya
untuk memilih akan sentiasa terikat kepada kekangan tatabahasa dan sosial.
Kekangan tatabahasa menentukan kejelasan ayat-ayat yang dihasilkan,
manakala kekangan sosial menentukan kebolehterimaan ayat-ayat tersebut.
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


76
Bagi ahli sosiolinguistik, aspek-aspek sosial dan penggunaan bahasa seperti
unsur-unsur budaya dan agama, larangan tertentu dalam penggunaan bahasa,
ukuran darjat pendengar-pendengar dan aspek-aspek sosial lain yang berkaitan
dengan penggunaan bahasa akan turut mengawal proses penggunaan bahasa.
Aspek-aspek sosial ini sama pentingnya dengan tatabahasa dalam mengawal
bentuk-bentuk bahasa yang dihasilkan. Gumperz dan Hymes (1972)
mengatakan:

Merujuk pada kenyataan yang telah dikemukakan ini, dapat disimpulkan
bahawa bagi ahli sosiologi bahasa atau sosiolinguistik, peraturan-peraturan dan
tatasusila berbahasa telah ditentukan oleh anggota sesuatu masyarakat harus
dipatuhi oleh para pengguna bahasa. Keingkaran terhadap ketetapan atau
kekangan ini akan menimbulkan reaksi penolakan dan cemuhan atau boleh
menimbulkan masalah. Dengan demikian, bagi ahli sosiolinguistik, untuk
berbahasa dengan baik penggunaan bahasa perlu memiliki pengetahuan tertentu
iaitu pengetahuan tentang kekangan bahasa dan juga tentang kekangan sosial.
Kesimpulannya, sosiolinguistik merupakan bidang yang mengkaji pelbagai
bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti
perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan,
masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan sebagainya. Sosiolinguistik
juga adalah bidang yang menganggap masyarakat kita terbina daripada
beberapa pola dan tingkah laku yang amat berkait antara satu dengan yang lain.
Sesetengah daripada pola dan tingkah laku ini bersifat kebahasaan. Ringkasnya,
sosiolinguistik ialah bidang yang cuba menyelesaikan masalah seperti hal-hal
yang melibatkan kedwibahasaan, perancangan bahasa dan fungsi bahasa dalam
masyarakat.
Ahli bahasa dan ahli sains sosial daripada pelbagai golongan telah lama
mengutarakan pandangan tentang kepentingan martabat, kesopanan, cara
penyampaian, nilai-nilai agama dan budaya dan aspek bahasa yang lain
serupa. Telah ditekankan bahawa fungsi-fungsi yang tak berujukan ini boleh
menjadi faktor penentu dalam tingkah laku berbahasa dan perubahan
bahasa.
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


77

PENGGUNAAN BAHASA MENGIKUT
KONTEKS SOSIAL DAN BUDAYA
Sejarah membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca (bahasa
perantaraan) bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang
yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang pendatang seperti
pedagang-pedagang dan pengembara-pengembara dari Eropah, Asia Tengah,
Cina dan India. Kira-kira tiga abad sebelum Masehi juga, orang-orang Yunani
sudah mula memperkenalkan bahasa. Perkara yang dibahaskan ialah tugas
bahasa, sifat bahasa dan corak sesuatu bahasa. Dalam pelajaran bahasa terdapat
banyak bahagian. Satu bahagian dinamakan logik, ada pula bahagian bahasa
yang disebut semantik, ada juga yang disebut linguistik (Rajantheran 1992).
Aristotle pernah mengatakan bahawa salah satu yang membezakan sifat
manusia dengan binatang ialah kecekapan berbahasa, dan kecekapan berbahasa
ini disebabkan oleh tubuh rohani manusia sendiri. Hal ini bermaksud,
kewujudan bahasa dalam kehidupan manusia sangat penting agar manusia
dapat berinteraksi sesama manusia dalam menjalani kehidupan seharian.
Sekiranya keperluan manusia ini disekat, ini akan mendatangkan kemudaratan
kepada jiwa dan rohani manusia. Sebagai contoh, seseorang yang diasingkan
daripada masyarakat dan tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang lain akan
memberikan tekanan yang besar kepadanya kerana tidak berkesempatan untuk
berbahasa ataupun berbicara dengan orang lain. Dengan adanya teman untuk
bercakap, rohani seseorang akan menjadi lebih sihat walaupun perkara yang
dibicarakan tidak penting.
Keupayaan berbahasa seseorang individu akan dapat menghubungkannya
dengan individu lain. Hal ini juga akan membolehkan seseorang bertukar-tukar
fikiran dan dapat meluahkan perkara yang dihajati kepada teman yang lain.
Kepentingan ini menjadikan manusia lebih proaktif kerana adanya idea-idea
yang tidak hanya datang daripada diri sendiri sebaliknya idea-idea yang datang
daripada individu lain yang lebih mempunyai kepakaran dalam sesuatu perkara.
Perkembangan bahasa yang berlaku juga membolehkan masyarakat dunia
berinteraksi dengan lingua franca yang difahami oleh seluruh masyarakat dunia.
Bahasa Inggeris menjadi bukti bahasa lingua franca yang dapat diterima pakai
oleh seluruh masyarakat dunia. Dengan itu, mari kita kaji tajuk-tajuk yang
seterusnya.
3.4
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


78
3.4.1 Pengaruh Bahasa dalam Pembinaan Tamadun
Pada amnya, proses evolusi bahasa Melayu berkembang dan maju selaras
dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat
bahasanya melalui peperangan, perkahwinan, perdagangan, pentadbiran,
persuratan, keilmuan dan kebudayaan. Sejarah juga menunjukkan bahawa
bahasa Melayu berkembang daripada status bahasa Melayu Purba menjadi
bahasa Melayu Kuno dan seterusnya ke bahasa Melayu Moden setelah melalui
beberapa penyerapan dan penyebatian daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab,
Cina, Belanda, Portugis dan Inggeris.
Sejarah perkembangan bahasa Melayu yang berlaku secara berperingkat-
peringkat ini menunjukkan bahawa pengguna bahasa itu sendiri menyedari
bahawa bahasa sesuatu bangsa itu tidak seharusnya berada pada takuk yang
lama selama-lamanya. Namun begitu, bahasa perlu direvolusikan agar bahasa
berkembang selaras dengan kemajuan semasa. Peningkatan martabat bahasa
juga menunjukkan ketinggian martabat bangsa yang menuturkan sesuatu
bahasa, sebagai contoh, bahasa Melayu sendiri mengalami perubahan daripada
segi ejaan. Hal ini dapat dilihat dengan perubahan ejaan rumi lama kepada ejaan
rumi baru.
Gambaran ringkas tentang kegiatan kesusasteraan awal di alam Melayu menjadi
latar belakang bagi memperlihatkan hubungan antara unsur mitos dengan
legenda Sejarah Melayu. Sebagai contoh, sejak awal kemunculan tamadun India,
perkataan Tamil mendapat tempat dalam perbendaharaan kata bahasa Yunani,
Latin, serta Inggeris. Perkara ini berlaku disebabkan hubungan perdagangan
yang berlaku. Contoh, oruza adalah perkataan Yunani yang bermaksud beras.
Perkataan ini diterbitkan daripada bahasa Tamil iaitu arici. Karpion pula bererti
kayu manis yang juga terbit daripada perkataan Tamil karuval. Perkataan Latin
zingeber ataupun zinggiberis bererti tali yang diterbitkan daripada perkataan
Tamil ijiver (Sejarah Melayu).
Penyerapan bahasa Tamil ke dalam bahasa Yunani, Latin dan Inggeris
menunjukkan bahasa bersifat fleksibel. Sesuatu urusan pertukaran barang
ataupun perdagangan yang rancak berlaku semasa pembinaan tamadun tidak
mungkin dapat dilakukan sekiranya bahasa yang digunakan tidak difahami.
Sifat penerimaan sesuatu bahasa ke dalam bahasa yang lain juga menjadikan
sesuatu bahasa menjadi lebih cepat berkembang. Sebagai contoh, bahasa Tamil
akan lebih cepat berkembang setelah penutur-penutur barunya terdiri daripada
bangsa Yunani, Latin dan Inggeris. Tidak cukup dengan itu, bahasa Tamil ini
juga telah menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu. Antara bahasa Tamil yang
menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu termasuk perkataan kedai daripada

TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


79
katai, kari daripada kari, manikam daripada mnikkam, mutiara daripada
muttram ataupun mutira, pekan daripada pkkam, talam daripada tmplam,
gedung daripada kitangu dan sebagainya.
Pengaruh bahasa yang dinyatakan mampu mempengaruhi kehidupan sosial
masyarakat serta kebudayaan penutur yang menuturkannya. Sebagai contoh,
sifat-sifat keindiaan nyata banyak mempengaruhi sekitar kehidupan dan budaya
alam Melayu yang disebarkan secara langsung ataupun tidak melalui aktiviti
perdagangan dan juga amalan imigran India itu sendiri. Kesan pertembungan
dua kebudayaan besar ini juga menyebabkan kebudayaan India telah diterima
dan dapat dilihat melalui karya-karya klasik sastera Melayu yang memberi
gambaran kultus devarja dipaparkan dalam sejarah Melayu berdasarkan
persamaan unsur mitos dan legenda.
3.4.2 Perkembangan Bahasa
Menurut hukum pemakaian bahasa, memiliki kesedaran dan mempunyai
pandangan sendiri tentang sesuatu hal adalah perkara utama untuk
menggambarkan apa yang kita maksudkan (Dewan Bahasa, 1981). Hal ini
bermaksud sesuatu bahasa itu tidak mungkin berkembang sekiranya masyarakat
tidak mempunyai keinginan untuk mendalami atau mempelajari bahasa. Untuk
menambahkan kosa kata dalam percakapan, individu itu sendiri perlu untuk
mengambil peranan masing-masing dalam perkembangan sesuatu bahasa. Hal
ini jelas menunjukkan ilmu pengetahuan dan kesedaran itu sangat penting
dalam mempengaruhi sesuatu perkembangan bahasa yang dipakai.
Selain itu, perkembangan bahasa juga adalah dipengaruhi oleh penutur yang
menuturkan sesuatu bahasa. Jika dilihat sejarah masyarakat Melayu sendiri,
terdapat beberapa bahasa yang tidak berkembang dalam penggunaannya malah
bahasa yang semakin jarang dituturkan akan lenyap begitu sahaja. Tetapi ada
juga beberapa bahasa yang mengalami perkembangan yang cepat. Bahasa yang
mengalami perkembangan yang cepat ini biasanya digunakan oleh golongan-
golongan yang berkuasa dan terhormat. Pengaruh kedudukan ini sangat penting
kerana bahasa yang dituturkan oleh golongan ini akan menjadi ikutan kerana
status bahasa yang digunakan akan dipersetujui oleh masyarakat dan budaya
sesuatu tempat.
Dalam konteks negara hari ini, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara
kita. Maka, golongan pemimpin dan golongan atasan adalah mereka yang perlu
memartabatkan bahasa dengan menuturkannya secara profesional. Profesional
di sini bermaksud penggunaan bahasa perlu mematuhi peraturan serta
tatabahasa yang betul. Penggunaan bahasa oleh golongan ini biasanya akan

X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


80
menjadi ikutan masyarakat yang berada di bawah pemerintahannya dan sedikit
sebanyak perkembangan bahasa Melayu akan berlaku. Walaubagaimanapun,
sekiranya pertuturan golongan ini tidak mementingkan bahasa Melayu yang
baku, hal ini juga akan mempengaruhi penggunaan bahasa masyarakat.
Kemunduran bahasa dan perkembangan bahasa akan terbantut sekiranya
golongan atasan sendiri tidak menuturkan bahasa Melayu dengan betul.
Kemajuan sesebuah masyarakat juga amat penting dalam usaha untuk
memperkembangkan bahasa yang dituturkan. Sebagai contoh, kehidupan
masyarakat Melayu hari ini adalah lebih maju jika hendak dibandingkan dengan
masyarakat pada zaman dahulu. Dunia hari ini boleh disifatkan sebagai dunia di
hujung jari. Segala maklumat dapat diakses dengan adanya jaringan internet dan
kemudahan telekomunikasi yang begitu canggih. Selaras dengan kemajuan ini,
perkataan-perkataan yang terdapat dalam kotak fikiran masyarakat Malaysia
juga semakin meningkat dari hari ke hari. Secara tidak langsung, perkembangan
bahasa akan berlaku. Walau bagaimanapun, hal ini masih dapat dibezakan
dengan status sosial sesuatu masyarakat. Bagi masyarakat bandar yang
sememangnya terdedah dengan arus kemodenan terkini, proses perkembangan
bahasa akan berlaku dengan cepat. Jika dibandingkan dengan masyarakat yang
berada di kawasan pedalaman pula, kemungkinan untuk proses perkembangan
bahasa-bahasa yang baru adalah lebih lambat.
Menurut S. Osman Kelantan (1992), hampir semua kegiatan orang Melayu
sebelum tahun 1941 adalah bersifat kedaerahan atau kenegerian. Hal ini sesuai
dengan keadaan Tanah Melayu pada ketika itu yang mempunyai pentadbiran
yang tidak disatukan dan juga dasar kerajaan Inggeris yang tidak menggalakkan
kemunculan persatuan-persatuan yang bersifat kebangsaan.
Beberapa persatuan yang ditubuhkan bermula sekitar tahun 1930-an wujud
berteraskan bahasa. Persatuan ini adalah seperti PASPAM, PBMPBDJ, ATAS,
ASMUPATI dan sebagainya. Salah satu tujuan persatuan-persatuan ini adalah
untuk memperkembangkan bahasa Melayu agar tidak luput ditelan zaman.
Mereka banyak menyumbang tenaga dalam usaha untuk mendaulatkan bahasa
Melayu. Sehingga kini, banyak usaha yang dijalankan bertujuan untuk
memperkembangkan bahasa seperti syarikat Karangkraf yang menggalakkan
masyarakat menyalurkan hasil karya untuk diketengahkan menjadi tatapan
umum. Usaha ini jelas dapat memupuk sifat kreatif dalam kalangan masyarakat.
Sisipan akhbar Berita Harian juga banyak memberi peluang yang sama untuk
memupuk kesedaran berbahasa dalam kalangan masyarakat.
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


81
3.4.3 Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT)
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diasaskan oleh perkembangan dan
kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan
pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi,
telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Selain itu, kemunculan Internet juga
meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga
membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks,
bunyi, grafik dan video. Fenomena ini secara langsung mempengaruhi dan
mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini.
Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna
penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan
oleh masyarakat dunia. Era ICT menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi
kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti
dengan pengeluaran perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell
dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa
Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada bahasa
Melayu mampu digunakan dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif
untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya atau sejauh mana penggiat-
penggiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan,
perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu.
Umumnya, masyarakat Melayu perlu memperlihatkan sikap terbuka dan
kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT
dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Tidak dapat
dinafikan bahasa Melayu masih lagi muda dari sudut peristilahan sains dan
teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu
diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya
mempelajari pengalaman dan kejayaan yang dicapai oleh bahasa Inggeris.
Perkembangan globalisasi dan liberalisasi perlu dilihat sebagai satu peluang
masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal
disanjung oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan
memanipulasikan ICT sepenuhnya.
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


82
Kesimpulannya, masyarakat Melayu tidak boleh mempertahankan bahasa
Melayu hanya dengan menguasai bahasa itu. Di samping strategi yang teratur,
masyarakat Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara
menyebarkan maklumat dalam era ICT. Setiap sudut dan ruang yang sempit
perlu dilebarkan agar bahasa Melayu mempunyai nilai yang simbolik dan tidak
luput dek hujan, tidak lekang dek panas. Masyarakat berbahasa Melayu perlu
mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di pasaran dunia. Hal ini
merupakan tugas berat bagi penggiat bahasa dan masyarakat Melayu khususnya
untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis meningkatkan nilai
bahasa Melayu di persada dunia.
Justeru, untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu harus
berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru dengan menterjemah istilah-
istilah baru yang asing. Sebagai contoh, istilah-istilah baru seperti tetikus,
perisian, perkakasan, siber, laman, jaringan dan Internet telah berjaya diterbitkan
dan diguna pakai. Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa Melayu
seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya dengan ketat agar tiada
penyelewengan dalam memelayukan istilah-istilah asing.


x Pengkajian bidang ilmu linguistik tidak lengkap jika bidang sosiolinguistik
tidak diberi penekanan sewajar oleh pengkaji bahasa.
x Sosiolinguistik merupakan kajian yang berkaitan bidang bahasa dan
kaitannya dari sudut kegunaannya dalam masyarakat.
x Dengan pemahaman sosiolinguistik, pengguna bahasa dapat menggunakan
bahasa dengan tepat mengikut keperluan masyarakat yang diwakili oleh
mereka.
Sosiolinguistik boleh dijadikan panduan dalam berkomunikasi dan
berinteraksi. Setujukah anda bahawa bidang kajian sosiolinguistik
berperanan dalam komunikasi dan interaksi? Pandangan yang anda
kemukakan, boleh disertakan dengan contoh-contoh yang sesuai bagi
membuktikan hujah-hujah anda.
SEMAK KENDIRI 3.2
TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK W


83
x Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik.
x Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio; singkatan
daripada sosiologi disiplin yang meneliti masyarakat; dan linguistik
disiplin yang meneliti bahasa.
x Antara aspek kajian sosiolinguistik ialah kedwibahasaan, kepelbagaian
bahasa, bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa dan perancangan
bahasa.
x Sosiolinguistik juga didefinisikan sebagai ilmu yang mempelajari ciri dan
pelbagai variasi bahasa serta hubungan antara bahasawan dengan ciri fungsi
variasi bahasa itu dalam suatu masyarakat bahasa.
x Sosiolinguistik adalah cabang ilmu linguistik bersifat interdisipliner dengan
ilmu sosiologi dengan objek penelitian hubungan antara bahasa dengan
faktor-faktor sosial dalam suatu masyarakat tutur.
x Sosiolinguistik merupakan bidang yang mengkaji bahasa daripada segi
hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi,
bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang
terlibat dalam pertuturan sesama sendiri.
x Dalam bidang sosiolinguistik terdapat istilah peralihan kod (code
switiching), iaitu penggunaan unsur bahasa asing pada tempat-tempat
tertentu, sama ada dalam bentuk kata, frasa dan bahkan ayat dalam suatu
wacana yang diujarkan oleh seseorang.
x Dialek boleh dibahagi kepada tiga pecahan iaitu dialek sosial (social dialect),
dialek daerah (regional dialect) dan dialek seketika (temporal dialect).
x Perancangan bahasa ialah segala usaha dan tindakan yang dilakukan oleh
sesebuah negara untuk menentukan supaya sistem komunikasi verbalnya,
berjalan dengan lancar dalam segala bidang kehidupan seluruh negara
terutama dalam pendidikan, pentadbiran dan ekonomi, dan penyatuan
negara.
x Sosiolinguistik merupakan bidang yang mengkaji pelbagai bahan
sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti
perhubungan sosial harian yang berkaitan dengan kebudayaan, masyarakat,
kumpulan sosial, bahasa dan dialek.
X TOPIK 3 PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK


84

Aksen
Antropologi
Bahasa kreol
Bahasa pijin
Code Switching
Deskripsi
Diglosia
Ethnomethodologis
Etnografi Pertuturan
Falsafah
Indikator Linguistik
Kegramatisan
Korelasi
Standardisasi

Abdul Chaer, & Leonie Agustina. (1995). Sosiolinguistik suatu pengantar.
Jakarta: Rineka Cipta.
Asmah Haji Omar. (1992). Kajian dan perkembangan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fishman, J. A. (1991). Sosiologi bahasa: Satu pendekatan sains kemasyarakatan
antara disiplin terhadap bahasa dalam masyarakat. Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Teori bahasa: Implikasi terhadap
pengajaran tatabahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Noriah Mohamad. (2003). Beberapa topik asas sosiolinguistik. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Wong Khek Seng. (1987). Persilihan bahasa di Kampung Kerinchi. Bangi:
Universiti Kebangsaan.
Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa: Konsep, fungsi dan penguasaannya oleh
penutur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj Sabran. (1989). Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia,
untuk pelatih Maktab Perguruan. Selangor: Fajar Bakti.
Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications.