Anda di halaman 1dari 35

1

SEMESTER 2 SESI 2012/2013


BML3083 : SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
TUGASAN A
KUMPULAN
UPSI 08 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
REZA BINTI MD. YUSOF D20112052632 012-7955418
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MOHD RASHID BIN MD IDRIS
TARIKH SERAH: 1 MEI 2013.
PEMARKAHAN
1. TUGASAN A
2. TUGASAN B
JUMLAH
Bagi menggambarkan pemahaman anda dengan mengambil beberapa pandangan tokoh dan
contoh-contoh yang sesuai bincangkan jenis-jenis makna di bawah.
1. Makna Leksikal
2. Makna Gramatikal
3. Makna Kontekstual
4. Makna Referensial
5. Makna Asosiatif
2
ISI KANDUNGAN :
BIL TAJUK HALAMAN
1
2
3
4
5
6
7
Pengenalan
Makna Leksikal
Makna Gramatikal
Makna Kontekstual
Makna Referensial
Makna Asosiatif
Rumusan
3
3 -13
13
13
14-15
15-17
17
8 Lampiran -
9 Rujukan 18
3
1.0 Pengenalan
Semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji
tentang makna sesuatu perkataan ,frasa, ayat dan ujaran.Unsur makna amat
penting kerana tidak dianggap sempurna sesuatu bahasa itu jika tidak ada
unsur makna di dalamnya.Dalam bidang semantik, terdapat beberapa makna
yang pengguna bahasa perlu tahu.Terdapat jenis-jenis makna tertentu yang
mendokong makna tertentu,terdapat juga makna yang dikongsi oleh beberapa
makna yang lain, terdapat juga makna yang merupakan makna teras dan juga
makna sampingan.Setelah mempelajari dan memahami jenis makna, pengguna
bahasa diharapkan dapat menggunakan jenis makna ini bersesuaian dengan
konteks penggunannya.
2.0 Makna Leksikal
Merujuk kepada beberapa definisi konsep asas berkaitan bidang pengkamusan
biasanya melibatkan leksikal.leksikografi,leksikologi dan leksikon.
Leksikal di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 912) didefinisikan
sebagai bukan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna
sesuatu perkataan itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam ayat.
Leksikografi di dalam Kamus Bahasa Melayu Edisi Pelajar (1985 : 316) di
definisikan sebagai penyusunan kamus serta hal-hal yang berkaitan dengan
kamus dan dalam Kamus Linguistik ( 1997 : 188) pula mendefinisikan
lewksikografi sebagai cabang leksikologi terapan yang berhubung dengan
prinsip amalan kamus ,yang termasuk penyusunan ,perbandingan, penakrifan
dan penggolongan butir-butir leksikal untuk dibukukan.
Perkataan leksikologi pula merujuk kepada kajian tentang makna dan
penggunaan kata. J ohn T.J ensen (1990 :16) telah memberikan definisi yang
berbeza beliau menganggap leksikon hanya sebagai suatu senarai tentang apa
4
yang tidak dapat diramalkan tentang morfem dalam sesuatu bahasa ,dalam
organisasi dalaman terutamamya berdasarkan anggapan Bloomfield (1993 :
274) bahawa leksikon sebenarnya adalah hamparan tatabahasa ,iaitu suatu
senarai tentangketaklanaran yang asas.
Akhir sekali, leksikal didefinisikan sebagai kamus, perbendaharaan kata
sesuatu bahasa atau sesuatu bidang.
Menurut (J .W.M.Verhaar ,1996 : 13), istilah leksikon dalam ilmu lingustik
bererti perbendaharaan kata-kata yang sering disebut leksem.Leksikal pula
cabang linguistik yang berurusan dengan leksikon dan istilah ini merupakan
urusan utama para ahli leksikologi iaitu penyusunan kamus atau
leksikografi.Bagi Maslov (1987 : 90), beliau berpendapat bahawa makna
leksikal ialah rujukan terhadap satu kandungan tertentu yang spesifik bagi satu
perkataan hanya sebagai perbedaan dengan semua perkataan lain.
Maslov juga membezakan makna leksikal dengan memberikan tiga komponen
iaitu hubungan dengan denotasi, hubungan dengan kategori logik dan
hubungan dengan makna konseptual dan konotatif (dalam Fauziah ,2003)
Menurut Zainuddin(1992) dan Fatimah Djajasudarma(1993 : 14) makna
leksikal adalah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang benda, peristiwa
dan lain-lain.Maka leksikal ini dimiliki unsur-unsur bahasa secara tersendiri.
Semua makna (baik bentuk dasar atau imbuhan) yang ada di dalam kamus
disebut makna leksikal.Kata-kata tersebut memiliki makna dan dapat dibaca di
dalam kamus.Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa makna
leksikal adalah makna kata-kata yang dapat berdiri sendiri ,baik dalam bentuk
berimbuhan atau dalam bentuk dasar.
Menurut Abdul Chaer (1995)leksikal adalah bentuk adjektif yang diturunkan
dari bentuk nomina leksikon (vocabular, kosa kata, perbendaharaan
kata).Satuan dari leksikon adalah leksem iaitu perbendaharaan kata, maka
leksem dapat kita persamakan dengan kata. Rumusannya makna leksikal
dapat diertikan sebagai makna yang bersifat leksikon, bersifat kata dan bersifat
5
leksem.Dengan kata lain makna leksikal adalah makna yang sesuai dengan
referen,makna yang sesuai dengan hasil penyelidikan alat indera atau makna
yang sungguh-sungguh nyata dalam kehidupan.
Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari
dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam
kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+(... +kan), +an, pe+, (pe+...)
+an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.
Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan
dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor
lembu bermakna ada lima ekor lembu.
Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki
makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya
kereta api, kapal api, bunga api dan lain-lain.
Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna
tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan
yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera,
maharaja, bumiputera dan sebagainya.
2.1 Semantik Leksikal
Dalam semantik leksikal ,kita boleh memberikan makna bagi perkataan
dengan meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk
struktur makna bagi sesuatu perkataan.Struktur makna perkataan dikenali
dengan istilah sinonim, antonim, homonim, homofon, homograf,
hiponim ,hipernim, polisem, pertindihan dan ketaksaan.
6
2.1. l Sinonim
Menurut (OGrady,2000:118)sinonim bermaksud perkataan yang
berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama
atau hampir sama. Contoh perkataan ibu dan emak
bapa dan ayah
Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim ,iaitu sinonim
pinjaman,konteks ,laras sosial, dan kolokasi.
J enis Sinonim Contoh
Sinonim Pinjaman belalangbermakna pepatung dalam
kebanyakan dialek Melayu. Namun dalam
dialek Perak ,belalang bermakna cakcibau.
Sinonim Konteks Perkataan jemput dan undang banyak
digunakan dalam konteks protokol.
Sebenarnya ,jemput digunakan dalam konteks
lisan, manakala undang dalam konteks tulisan.
(Nota: konteks mewujudkan perkataan yang
sama makna)
Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan yang digunakan
berdasarkan status penyanyi ialah orang yang
menyanyi manakala biduan bermaksud status
yang tinggi dalam profesionalisme seni.
7
Sinonim Kolokasi Sinonim kolokasi wujud dalam konteks
penggunaan yang tersendiri. Contohnya
perkataan banyak dan ramai mempunyai
makna yang sama.
2.1.2 Antonim
Menurut (Kuiper & Allan ,2004: 57),antonim ialah perkataan belainan bentuk
ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan. Terdapat tiga
jenis antonim iaitu antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan
Kata antonim selalunya difahamkan sebagai merujuk kepada
perkataan-perkataan yang
mempunyai makna yang berlawanan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 69)
memberi maksud antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata
lain, misalnya tinggi lawan rendah. Perkataan antonim berasal daripada
perkataan Yunani kuno, iaitu anoma yang bererti nama dan anti yang
bererti melawan (Nik Safiah Karim & Norliza J amaluddin, 2004 dlm.
BML3083). Oleh itu, antonim bermaksud perkataan yang maknanya dianggap
berlawanan atau kebalikan daripada perkataan lain. Huraian tersebut dilihat
menyokong pendapat terdahulu yang dikemukakan oleh Abdulllah Hasan
(1992: 164, dlm. Darwis Harahap, 1994: 33) menyatakan, yang dimaksudkan
dengan antonim ialah dua perkataan atau lebih yang maknanya seolah-olah
berlawanan. Dikatakan seolah-olah berlawanan kerana makna kedua-dua
perkataan tersebut merupakan kebalikan daripada makna perkataan yang satu
lagi. Maksud lawan atau kebalikan di sini dilihat dari sudut pemahaman,
bukan dari sudut gerak.
8
Terdapat banyak lagi takrif yang diberi oleh ramai ahli bahasa bagi
menjelaskan definisi kata antonim. Pertentangan makna dipanggil antonim
(Kamarudin dan Siti Hajar, 1997). Siti Hajar (2009) menjelaskan antonim
ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna
yang tidak sama. Kemudiannya Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994, dlm.
BML3083) memberikan definisi, antonim merupakan kata yang berlawanan
maknanya dengan kata lain seperti besar lawannya kecil. Manakala menurut
Abdullah (2005, dlm. BML3083) pula, antonim dipanggil sebagai perkataan
berlawanan. Sebagai contoh, perkataan baru berlawanan makna dengan
perkataan buruk dan perkataan. Secara umumnya, antonim disebut dan
diterima sebagai perkataan berlawan seperti pandai lawannya bodoh, putih
lawannya hitam, kaya lawannya miskin, tolak lawannya terima, masuk
lawannyakeluar, dan lain-lain.
J enis-J enis Antonim
Terdapat beberapa jenis antonim berdasarkan penelitian dan
pendapat ahli bahasa. Dalam hal ini, penerangan dibuat dengan berdasarkan
hasil pembacaan dari beberapa sumber. Rujukan pertama yang akan diberi
disini adalah melalui modul BML3083. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd
Yatim, dan Mohd Rain Shaari (2009, dlm. BML3083), antonim dapat
dibahagikan kapada tiga bahagian yang utama iaitu antonim berpasangan,
antonim berperingkat, dan antonim berhubungan.
i. Antonim Berpasangan
Menurut Abdullah Hassan (2005), antonim berpasangan merujuk kepada kata
nama yang sering dianggap mempunyai makna berlawanan. Antonim jenis ini
dipanggil sebagai antonim penggenap oleh ahli bahasa. Antonim berpasangan
ini juga disebut sebagai komplimentarian. Hal ini membawa maksud bahawa
item-item leksikal ini saling melengkapi antara satu sama lain. Namun begitu,
apabila ia dilihat secara teliti, ia lebih dianggap sebagai pasangan. Menurut
9
beliau lagi, item-item yang sering kita dengar dan lihat sebagai pasangan
seperti lelaki lawannya perempuan, hidup lawannya mati, siang lawannya
malam dan banyak lagi item-item yang boleh kita senaraikan sebagai antonim
berpasangan. Bagi Parera J .D (2004), beliau menyifatkan antonim
berpasangan dikenali sebagai pertentangan berbalasan di Indonesia.
Pertentangan jenis ini juga dikenali sebagai komplementer. Menurut beliau
lagi, pertentangan berbalasan ini menuntut balasan atau timbal balik sesuatu
kata sebagai pelengkap makna dan ia perlu bersesuaian dengan sesuatu
konteks. Lihat contoh seperti di bawah:
tanya lawannya jawab
positif lawannya negatif
lebih lawannya kurang
membeli lawannya menjual
tambah lawannya kurang
menyerang lawannya menahan
ii Antonim Berperingkat
Antonim jenis ini juga dipanggil sebagai antonim tafsiran (Redible Antonimy).
Antonim berperingkat sering dikaitkan dengan kata adjektif. Antara kata
adjektif yang sering dikaitakan dengan antonim jenis ini ialah putih lawannya
hitam, tua lawannya putih, kecil lawannya besar dan banyak lagi kata adjektif
yang dikaitkan dengan antonim jenis ini. Namun begitu, menurut Abdullah
Hassan perlawanan makna bagi kata adjektif mempunyai perbezaan.
Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan kepada konteks sesuatu ayat itu sendiri.
Rujuk contoh di bawah:
# sekeping papan yang lebar adalah lebih kecil daripada sebuah sungai
Yang lebar
# seluar panjang jauh lebih pendek jika dibandingkan dengan galah yang
pendek.
10
iii. Antonim Berhubungan
Antonim berhubungan menurut Abdullah Hassan ialah sesuatu perkataan yang
mempunyai berlawanan makna. Ada juga ahli bahasa memanggil antonim
jenis ini sebagai antonim sebalikkan. Namun begitu, makna bagi perkataan
tersebut salingberhubungan. Kata antonim ini dikenali sebagai konvensi yang
membawa maksud hubungan antara dua maujud daripada satu sudut
pandangan yang berbeza. Contoh antonim berhubungan dalam bahasa Melayu:
i. jatuh lawan bangun
ii. pensyarah lawan pelajar
iii. beli lawan jual
Bukan dalam bahasa Melayu sahaja yang mempunyai perkataan-perkataan
yang berhubungan tetapi, terdapat juga dalam bahasa Melayu. Lihat contoh
yang diberikan seperti di bawah:
i. husband / wife
ii. buy / sell
iii. give / receive
Bagi Parera J .D pula, antonim berhubungan disebut sebagai pertentangan
kenasabahan. J ika kita lihat makna kenasabahan yang merujuk dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat, kenasabahan membawa maksud perbandingan,
pertalian dan perhubungan. Merujuk kepada antonim ia membawa maksud
pertentangan antara sesuatu perkataan dengan perkataan yang lain. Menurut
J .D Parera, antonim jenis ini adalah pertentangan yang menunjukkan
hubungan dalam kekeluargaan, tugas atau sesuatu organisasi. Contoh yang
diberikan oleh beliau ialah:
i. pria lawan wanita
ii. komandan lawan prajuit
iii. pemimpin lawan pengikut
iv. kakak lawan adik
Melalui sumber rujukan kedua, menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1997),
11
antonim dapat dibahagikan kepada:
i. Pertentangan makna kata kerja.
Contoh: pukul bertentangan/berlawanan dengan belai.
ii. Pertentangan makna kata nama.
Contoh: malam bertentangan/berlawanan dengan siang.
iii. Pertentangan makna kata sifat.
Contoh: putih bertentangan/berlawanan dengan hitam.
Sementara menurut Adenan Ayob dan S. Nathesan (2010), jenis-jenis antonim
ialah antonim berpasangan, beperingkat dan berhubungan seperti yang
dijelaskan dalam jadual di bawah:
J enis Antonim Contoh
Antonim Berpasangan Misalnya perkataan siang lawannya
malam. Perkataan-perkataan tersebut
menunjukkan makna yang berlawanan
tentang alam semula jadi
Antonim Berperingkat Antonim ini dinamakan antonim
berperingkat kerana terdapatnya
peringkat, sama ada usia, ukuran,
bentuk dan sebagainya. Peringkat ini
berasaskan kata sifat atau kata yang
menunjukkan keadaan dalam kategori
yang sama sahaja. Contohnya ialah
muda lawannya tua dan tinggi
lawannya rendah.
Antonim Berhubungan (Kata
Bertentangan yang Berhubungan)
Maksud antonim ini ialah perkataan
yang berlawanan makna tetapi
mempunyai hubungan. Misalnya
pensyarah lawannya pelajar.
J elasnya, jika ada pensyarah, pelajar
12
pun wujud.
Rajah 2: J enis Sinonim
Manakala Siti Hajar (2009) membuat beberapa huraian bagi menerangkan
jenis-jenis antonim. Menurut beliau, misalnya perkataan tidur - jaga, hidup -
mati, duduk - bangun, tajam - tumpul, kembang - kuncup, sihat - sakit,
gembira - sedih, dan sebagainya dinamakan pasangan komplemen, iaitu
pasangan perkataan berlawan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Termasuk dalam jenis ini ialah kata-kata seperti tidak hidup - mati dan tidak
mati - hidup, tidak tidur - jaga dan tidak jaga - tidur, dan sebagainya.
Dalam ulasan seterusnya, jenis antonim kedua menurut Siti Hajar ialah
pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti
perkataan besar - kecil, tebal - nipis, panjang - pendek, kuris - gemuk dan
sebagainya. Beliau menambah, makna kata adjektif yang menunjukkan
pasangan darjah ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang
dimaksudkan.
J enis antonim ketiga pula dinamakan hubungan bertentangan. Dalam hal ini
kedua-kedua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang
setara, misalnya beri - terima, jual - beli, murid - guru, majikan - pekerja, dan
sebagainya. Siti Hajar menambah, dalam bahasa Inggeris terdapat beberapa
pasangan perkataan yang menunjukkan pertentangan seperti ini, misalnya
trainer - trainee, mentor - mentee, employer - employee, interviewer -
interviewee, dan sebagainya.
Kesimpulannya, antonim boleh didefinisikan sebagai perkataan yang berlainan
bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan. Dalam hal
antonim, agak sukar mencari pertentangan makna secara satu lawan satu.
Untuk memahami pertentangan makna perkataan antonim, kita perlu
mempunyai pengetahuan tentang sesuatu perkataan tersebut.
13
2.1.3 Homonim
Menurut (Finegfan ,2004: 195-196), homonim merujuk kepada homofon dan
homograf.
Homofon bererti sebutan adalah sama tetapi ejaan berlainan(OGrady,2000:
120-121).Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan
(finegan ,2004: 195)
Homofon Penggunaan dua bahasa ,antara perkataan nun yang
menunjukkan jauh di sana dengan noon(tengah hari)
dalam bahasa Inggeris
Homograf Penggunaan perkataan rendang merujuk kepada
lauk(makanan) dan rendang merujuk kepada keadaan
pokok yang tidak berapa tinggi dan sesuai untuk berteduh.
3.0 Makna Gramatikal
Makna gramatikal adalah makna yang berubah-ubah sesuai dengan konteks
pemakainya.Kata ini sudah mengalami proses gramatikalisasi, baik
pengimbuhan,pengulangan, ataupun pemajmukan.yang akan melahirkan
makna-makna yang gramatis.Menurut Ahmad Khair Mohd Nor(2007: 10)
proses pengimbuhan merupakan salah satu cara mengembangkan kata dasar.
Beliau menambah bahawa dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis imbuhan
iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Misalnya kata dasar lari,kita boleh memberikan pelbagai imbuhan pada kata
dasar tersebut seperti pelari, pelarian, berlari, berlarian,selari, melarikan dan
larian.Kesemua perkataan yang telah melalui proses pengimbuhan ini
mempunyai makna yang tersendiri.
14
4.0 Makna Kontekstual
Berdasarkan Kamus Dewan (2007) makna kontekstual ialah berkaitan dengan
atau menurut konteks.Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd
Rain Shaari ,(2009) pula mengatakan makna kontekstual sebagai makna
sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks.Makna konteks
juga boleh berkenaan dengan situasi iaitu tempat, waktu, dan lingkungan
penggunaan bahasa itu.Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh
diketahui dengan melihat konteks penggunannya.
Dengan kata lain makna kontekstual ialah makna sebuah kata yang berada di
dalam suatu konteks.
Contoh
a. Kaki adik terluka kerana terpijakpecahan kaca.
b. Nenek mencari kayu api di kaki gunung.
c. Pensel aku terjatuhdi kaki meja.
d. Luka di kakinya bernanah kerana dijangkiti kuman.
Penggunaan kata kaki dalam ayat di atas, pada konteks ayatnya memiliki
makna yang berbeza. Berdasarkan ayat (a), kata kaki bermaksud bahagian
bawah anggota badan pada tubuh makhluk hidup. Sedangkan ayat (b), kata
kaki bermaksudbahagian bawah dari sebuah tempat. Untuk ayat (c), kata
kaki merupakan bahagian bawah dari sebuah benda. Berbeza dengan ayat (d),
kata kaki bermakna bahagian dari anggotabahagian bawah makhluk hidup.
Kata kaki pada hakikatnya,bermaksud bahagian terbawah dari sebuah objek.
Tetapi, dalam penggunaa kata tersebut juga harus disesuaikan dengan konteks,
sehingga tidak terjadi kekeliruan dalam pengertian kata kaki.
15
5.0 Makna Referensial
Menurut Nik Safiah Karim, apabila sesuatu perkataan mempunyai referen
maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial.Terdapat juga istilah
nonreferensial.Perbezaan antara makna referensial dengan makna
nonreferensial adalah berdasarkan ada tidak adanya referen dari kata-kata itu.
Apabila kata-kata itu mempunyai referen, iaitu sesuatu di luar bahasa yang
diacu oleh kata itu, maka kata tersebut disebut kata bermakna referensial.
Contoh perkataan yang mempunyai referensial ialah meja kerana mempunyai
referen iaitu sejenis perabot rumah tangga yang disebut meja.Contoh lain
seperti, kereta, haiwan, kuih dan banyak lagi. Perkataan yang tidak
mempunyai referen pula ialah seperti kerana, tetapi, walaupun, namun dan
sambil.
6.0 Makna Asosiatif
Pada pandangan Abdullah Yusof(2009: 6), makna asosiatif adalah merujuk
kepada makna yang dimiliki sebuah lesem atau kata berkenaan dengan adanya
hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar biasa.Selain itu, beliau
juga berpendapat bahawa makna asosiatif ini sebenarnya sama dengan
lambang atau perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat
pengguna bahasa untuk menyatakan konsep lain, yang mempunyai kemiripan
dengan sifat, keadaan atau ciri yang ada konsep asal kata tersebut.
Satu lagi pendapat iaitu menurut Leech(1976), dalam makna asosiatif
terangkum beberapa makna seperti makna konotatif, makna stilistik, makna
afektif, dan makna kolokatif. Makna stilistik merujuk kepada situasi sosial di
mana sesuatu ujaran itu berlaku.Ujaran penutur dan pendengar dapat
menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan. Daripada makna stilistik ini, kita
dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur, hubungan
sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka atau pun kita
dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat, dialek atau
16
bahasa baku (RobertSibarani et.al., 2003).
Pertama, fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang
dituturkan oleh individu itu, dialek yang digunakan, dan tempoh masa ia
dituturkan.Kedua, wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, media
(samada yangdituturkan, ditulis dan sebagainya), dan penglibatan (dialog atau
monolog). Ketiga, fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada, laras
(bahasa undang-undang, sains, perubatan), status ( bahasa diraja, slanga,
jargona), dan modalitas (bahasa syarahan, berjenakan, ceramah dan
sebagainya).
Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan antara penutur dengan
pendengar. Dialek, slanga, jargona, atau status seseorang dapat menentukan
siapa orang itu, atau orang ini. Contohnya ayat ini:
Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sunggung aku melihat
muka kau!-
Dalam konteks ini, kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap penutur
bahawa penutur itu seorang yang pemarah, tidak penyabar, perungus, atau
mungkin kita boleh memastikan status seseorang itu. Namun penilaian kita
berbeza apabila terhadap ujaran yang positif. Contoh :
Rasalah masakan yang dimasak oleh ibu saya
Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap penutur, bahawa
penutur seorang yang baik hati dan pemurah. J adi penggunaan bahasa ketika
kita berkomunikasi dapat menentukan siapa penuturnya, status, dan latar
belakang penutur, loghat, aksen (tekanan suara pada kata atau suku kata),
dialek, pangkat dan sebagainya yang mampu mencerminkan kedudukannya
dalam masyarakat, keluarga yang baik-baik, berstatus tinggi dan berpelajaran
17
tinggi.
Menurut Kushartanti pula makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul
dalam benak seseorang jika mendengar kata tertentu. Menurutnya lagi,
asosiasi dipengaruhi oleh unsur-unsur psikis, pengetahuan, dan pengalaman
seseorang.Selain itru, beliau menambah bahawa makna asosiatif juga memiliki
peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat
menjadi pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu
wacana.
Contohnya kata merah yang berasosiasi dengan sifat atau mempunyai
semangat keberanian bertepatan dengan warnanya yang terang. Manakala
warna kuning melambangkan kerabat diraja, ini berpadanan dengan warna
diraja iaitu warna kuning. Putih pula tidak boleh dilarikan dari maksudnya
iaitu melambangkan kesucian. Perpaduan pula sinonim dengan warna biru.
Keempat-empat warna ini terdapat dalam bendera Negara kita iaitu J alur
Gemilang.
Begitu juga dengan kata harimau memberi makna konseptualnya sejenis
binatang yang garang yang digunakan kepada sikap orang yang cepat marah.
Kata gajah pula memberi makna konseptualnya sejenis haiwan yang besar
yang digunakan untuk melambangkan tubuh yang besar.
Kesimpulannya, makna asosiatif atau asosiasi ialah perkaitan perlambangan
dan perkaitan yang digunakan oleh masyarakat yang mempunyai persamaan
konsep asal perkataan tersebut.
7.0 Rumusan
Kajian hubungan perkataan dengan maknanmemperkayakan perbendaharaan
kata bahasa Melayu. Penggunaan kata yang pelbagai makna dapat
mengindahkan bahasa di samping menyatukan kepelnagaian kaum di negara
ini. Menurut Abdullah Hassan(1981) kata-kata mengandungi makna dan
18
bagaimana kata-kata itu behubungan sebenarnya bergantung pada bagaimana
pengguna sesuatu bahasa tersebut menyusun segala pengalamannya dalam
ungkapan yang berbentuk kata-kata. Dengan mengetahuii makna perkataan,
komunikasi yang terjalin akan dapat membantu menambah keberkesanan
bahasa dan kegramatisan kata atau ayat yang digunakan.
19
RUJUKAN
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amat J uhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman WanChik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia J ilid 2: Latihan Guru Dan Bahan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur.
Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam
Peristilahan Undang Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
PEMARKAHAN
1. TUGASAN A
2. TUGASAN B
20
BML 3083: SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
TUGASAN B
T
KUMPULAN
UPSI 08 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
REZA BINTI MD. YUSOF D20112052632 012-7955418
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MOHD RASHID BIN MD IDRIS
TARIKH SERAH: 1 MEI 2013.
J UMLAH
Dengan mengemukakan 5 contoh perkataan dalam bahasa Melayu, bincangkan
tentang contoh perkataan tersebut dengan menggunakan teori Analisis
Komponen Makna yang diasaskan oleh Karz dan Fodor.Ulasan perbincangan
berkaitan dengan teori yang mesti disandarkan kepada beberapa pandangan
tokoh dan mengemukakan rajah yang sesuai bagi memperlihatkan wujudnya
komponen makna bagi setiap perkataan tersebut.
21
Bil Isi Kandungan Mukasurat
1.0 Pengenalan 1
1.1 Teori Analisis Komponen Makna 1 - 4
2.0 Perkataan `Hulu 4
2.1 Analisis kata `hulu menggunakan rajah analisis komponen makna 5
2.2 Analisis kata `hulubenda parang menggunakan simbol +dan - 6
2.3 Analisis kata `hulutempat sungai menggunakan simbol +dan - 6
2.4 Analisis kata `hulu tempat kampung menggunakan simbol+dan- 6
2.5 Analisis kata `huluorang dengan menggunakan simbol +dan - 6
3.0 Perkataan `Daki 6
3.1 Analisis kata`daki`menggunakan rajah analisis komponen makna 7
3.2 Analisis kata `dakiperbuatan menggunakan simbol +dan - 7
3.3 Analsis kata`dakikekotoran menggunakan simbol +dan - 7
4.0 Perkataan `Haus 8
4.1 Analisis kata `haus menggunakan rajah analisis komponen makna 8
4.2 Analisis kata `hausrasa menggunakan simbol +dan - 8
4.3 Analisis kata `hausterhakis menggunakan simbol +dan - 9
5.0 Perkataan `Bunga 9
5.1 Analisis kata `bungamenggunakan rajah analisis komponen
makna
9
5.2 Analisis kata ` bungamanusia menggunakan simbol +dan - 10
5.3 Analisis kata `bunga tumbuhan menggunakan simbol +dan - 10
6.0 Perkataan `Mangga 10
6.1 Analisis kata `manggamenggunakan rajah analisis komponen
makna
10
6.2 Analisis kata`manggabuah menggunakan simbol +dan - 11
6.3 Analisis kata `manggaibu kunci menggunakan simbol +dan - 11
7.0 Kesimpulan 11
8.0 Rujukan 12
22
1. Pengenalan
Teori adalah pandangan atau pendapat yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana
ilmuan untuk menerangkan sesuatu perkara.Sarjana-sarjana ilmuan semantik
mengemukakan banyak teori yang telah diperkembangkan oleh mereka
berkenaan dengan konsep makna dan ilmu semantik.Teori lingustik merupakan
prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa.Teori
semantik pula adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan
dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.Bagaimanapun, bagi
memenuhi tuntutan, satu-satu teori semantik itu perlulah memenuhi
sekurang-kurangnya tiga syarat iaitu:-
i. Mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan
dan makna ayat, serta dapat menjelaskan hubungan antara unsur
tersebut.
ii. Mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk
unsur bahasa, sama ada perkataan atau ayat.
iii. Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara
perkataan dan antara ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut
mestilah memberi huraian yang agak jelas hubungan sinonim,
perangkuman logik, pertentangan dan sebagainya.
1.1 Teori Analisis Komponen Makna
Teori Analisis Komponen Makna diasaskan oleh Karz dan Fodor. Analisis
makna melalui komponen makna sesuatu kata memperlihatkan suatu
perkembangan baru hasil daripada nahu generatif tranfomasi. Bagi Palmer
(1992: 119), analisis menurut komponen-seluruh makna sepatah perkataan
boleh dilihat dalam satu jumlah unsur yang berbeza atau komponen-komponen
23
makna. Pengertian komponen tidaklah memperkenalkan suatu perhubungan
yang lebih maju, tetapi ia memberi satu rangkai kerja teoretis untuk
memperlakukan semula hubungan yang telah dibincangkan.
Teori Analisis Komponen Makna ini adalah berdasarkan kepada kaedah yang
digunakan oleh ahli antropologi dalam menentukan atau menerangkan
hubungan kekeluargaan. Pendapat ini disokong oleh Palmer apabila beliau
menyatakan bahawa semantik boleh dikendalikan dalam pengertian komponen
dengan menyelidik istilah kekeluargaan. Teori ini diaplikasikan dalam
linguistik untuk menjelaskan makna perkataan. Menurut teori ini, makna
perkataan dianalisis bukan secara satu unit, tetapi dalam hubungan komponen
yang kompleks. Komponen yang dimaksudkan ini dinamakan sebagai
komponen semantik yang terdiri daripada perbendaharaan kata sesuatu
bahasa.Teori yang dikemukakan oleh Katz dan Fodor juga cuba menghuraikan
makna sesuatu perkataan secara terperinci dengan memasukkan unsur
pertentangan.
Teori analisis komponen ini sebenarnya berperanan untuk mengkaji kata-kata
yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain atau disebut
sebagai struktur leksikal. J ika dikaji, teori ini diaplikasikan untuk melihat
hubungan makna bagi sepatah perkataan dengan sejumlah unsur atau
komponen makna.
Tujuan analisis komponen adalah untuk menganalisis makna sesuatu perkataan
secara terperinci iaitu sehingga ke peringkat konstrastif yang paling rendah atau
dengan kata yang lebih mudah komponen yang terkecil sekali. Terdapat tiga
perkara utama yang ingin diperlihatkan di dalam teori ini iaitu :-
i. Melihat sejumlah ciri rujukan bagi sesuatu perkataan.
ii. Melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu
kata dengan kata yang lain.
24
iii. Melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan
rujukan, iaitu yang membezakan komponen semantik kata itu
dengan kata yang lain.
Namun, dalam mengaplikasi atau menggunakannya didapati bahawa teori ini
mempunyai beberapa kekangan iaitu :-
a. Makna yang tepat sukar diperolehi kerana terikat dengan ciri
hiponim
b. Huraian makna dalam teori ini tertumpu pada perkataan dan tidak
kepada ayat
c. Komponen semantik untuk sesauatu perkataan mempunyai makna
tersendiri dan masih perlu dihuraikan.
Melihat kepada kekangan yang dihadapi, teori ini kemudiannya telah
diperbaharui oleh Katz dan Fodor pada tahun 1963. Teori ini kemudiannya
dianalisis menggunakan kata-kata kekerabatan. Analisis menurut komponen ini
ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara satu
perkataan dengan perkataan yang lain. Makna-makna yang terkandung dalam
setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna
perkataan itu. Dengan kata lain, makna bagi sesuatu perkataan bukan
dianalisis secara unitary atau sebagai satu unit tetapi sebagai
komponen-komponen yang kompleks. Misalnya makna nenek, emak, dan anak
dapat dijelaskan dengan menganalisis komponen-komponen yang berikut.
Contohnya
i. `nenek adalah perempuan, emak kepada ....... dan juga anak
kepada....
ii. `emak adalah perempuan ,anak kepada ....... dan ibu
kepada........
iii. `anak adalah lelaki / perempuan, bayi/ kanak-kanak/ dewasa,
anak kepada ......
25
Melalui teknik ini juga, setiap konsep dipecahkan ke dalam fitur atau komponen
yang terkecil dipanggil fiturdistingtif yang diperkenalkan oleh J acobson pada
tahun 1938. Dengan kaedah ini, satu kata dalam sesuatu medan semantik yang sama
dapat dibezakan daripada kata yang lain dalam medan yang sama. Teknik ini digunakan
untuk melihat kehadiran atau ketidakhadiran elemen semantik bagi satu set kata.
Teori ini menggunakan fitur yang ditandai dengan (+) dan (-) untuk menandakan ada
atau tiada fitur pada perkataan itu.Tanda-tanda tersebut digunakan bagi membawa
pengertian khusus dalam memberi makna. Tanda(+) membawa maksud fitur tersebut
wujud pada perkataan yang hendak analisis manakala tanda(-) pula membawa maksud
bahawa perkataan tersebut tidak mempunyai fitur tersebut.
Contoh yang jelas haiwan memberikan fitur(+) bernyawa kerana ianya hidup
manakala bangunan kita berikan fitur(-) bernyawa kerana ianya tidak hidup.
Analisis komponen lazimnya adalah berdasarkan satu sistem binari, di mana sesuatu
komponen makna atau fitur itu ada (+) atau tiada (-) bagi mendefinisikan kata
tersebut. Bagi menyatakan makna, fitur-fitur (sifat-sifat) tersebut akan diberikan tanda
+atau tanda -. Tanda +membawa makna fitur tersebut wujud pada perkataan yang
dianalisis maknanya.Tanda pula bermakssud fitur tidak wujud bagi perkataan
tersebut. Sebagai contoh:
Haiwan +bernyawa
Rumah - bernyawa
26
Bachelor
(Noun)
(Human) ( Animal)
(male)
( male) [who has the first or lowest]
(young)
[who has never maried) [young knight serving under
The standard of another knight]
[ Fur seal when without mate during the breeding]
Rajah : Katz dan Fodor bagi menganalisis komponen kata `bachelor
1.2 Penerangan Rajah Katz dan Fodor bagi menganalisis komponen kata
bachelor
Berdasarkan rajah di atas, kata `bachelor tergolong dalam golongan kata nama
(noun) yang dikelompokkan kepada dua fitur atau sifat utama fitur iaitu
manusia(+human) dan fitur haiwan (+ animal).Kata `bacheolar yang
dikelompokkan dalam fitur manusia(+human) mempunyai tiga kemungkinan fitur
atau sifat makna iaitu :
(a) Lelaki(+male) pahlawan muda
(b) Lelaki(+male)lelaki yang belum berkahwin
(c) Lelaki(+male)pemegang ijazah pertama
27
Sekiranya `bachelor yang dipilih fitur lelaki (+male)pahlawan muda , maka
komponen makna yang perludimasukkan ialah :
(i) `bachelor : [+noun, +human, +male, -male, -married, -animal, +young
knight, -who has the lowest academis degree]
Bagi `bachelor yang dipilih adalah lelaki yangb belum berkahwin, maka
komponen makna yang perlu dimasukan ialah :
(ii) `bachelor:[+noun, +human, +male, -male, -married, -animal,-young
knight, -who has the lowest academis degree]
Seterusnya `bachelor yang merujuk kepada pemegang ijazah pertama yang
mempunyai komponen makna seperti berikut :
(iii) `bachelor:[=noun ,+human, +/-married, -animal, -young knight, +who has
the lowestbacademis degree]
Akhirnya `bachelor yang merujuk haiwan(+animal), komponen makna yang
dimasukkkan ialah :
(iv) `bachelor:[+noun, -human, +male, -married, -young knight,-who has the
lowest academic degree, +young fur seal without mate during breeding]
1.0 Perkataan Hulu
Perkataan hulu boleh merujuk kepada :-
1. Hulu benda parang
2. Hulu tempat sungai
3. Hulu tempat kampung
4. Hulu merujuk kepada orang
28
2.1 Analisis kata hulu menggunakan rajah analisis komponen makna
Hulu
( Kata Nama)
hulu parang hulu sungai hulu kampung hulu(orang)
+keras +deras +terpencil +kasar
+kayu +hakis +jauh +gelap
+tahan karat +bersih - kemudahan asas +tolol
+tahan lama +nyaman +desa -adat
+budaya +jauh +dusun -sopan
+tumpul -kota -kota +tolol
+keras
+senjata
Penerangan Ringkas :
Kata hulu dalam golongan kata nama yang dikelompok kepada empat fitur atau sifat
iaitu fitur (+hulu parang), fitur (+hulu sungai), fitur (hulu kampung),dan fitur
(+orang hulu).
2.2Analisis kata `hulu benda parang dengan menggunakan simbol + dan
`Hulu parang: [+kata nama, + dibuat daripada kayu, - karat, + tahan lama,
+melambangkan kebudayaan dan cara kehidupan suku kaum, -tajam ,+keras , -lembut
, +senjata]
29
2.3 Analisis kata `hulu tempat sungai dengan menggunakan simbol + dan -
`Hulu sungai: [+kata nama, +nyaman, +deras, +hakis, +bersih, - penduduk, +
terpencil,+cetek, +tempat]
2.4 Analisis kata `hulu tempat kampung dengan menggunakan simbol + dan
`Hulu kampung: [+kata nama, +terpencil, +pedalaman, +penduduk,
-kemudahan asas, +tempat, -kota]
2.5 Analisis kata `huluorang dengan menggunakan simbol + dan
`Orang hulu: [+kata nama, +pedalaman, - adat, - bersopan, +tolol, +rendah
martabat, -tempat, -benda]
2.0 Perkataan daki
Perkataan daki merujuk kepada :-
(1) Perbuatan (mendaki)
(2) Kotoran
30
3.1 Analisis kata`turunmenggunakan rajah analisis komponen makna
turun
(Kata Nama)
Perbuatan Kata kerja
+gunung +hilang warna
+bukit +pangkat
+tangga +melorot
+ke bawah +susut
+melungsur +reda
+keluar kereta +berkurang
+jurang -terbit
.
Penerangan Ringkas :
Berdasarkan rajah di atas, kata `turun tergolong dalam kata kerja yang
dikelompokkan kepada dua fitur atau sifat utama, iaitu fitur(+perbuatan) dan fitur
(+keadaan)
3.2 Analisis kata `daki perbuatan dengan menggunakan simbol + dan -
`turun(perbuatan):[+kata nama, +gunung, +bukit, +tangga, +ke bawah,
+melungsur, +keluar kereta, +curam,+jurang]
3.3 Analisis kata turun(keadaan) dengan menggunakan simbol + dan -
`daki(kotoran)`: [+kata terbitan, +susut, +hilang warna, +berkurang, - terbit,
+reda, +pangkat ]
31
3.0 Perkataan Haus
Perkataan haus merujuk kepada :-
(1) Rasa
(2) Terhakis
4.1 Analisis kata haus menggunakan rajah analisis komponen makna
Haus
Kata Adjektif
Rasa Terhakis
+dahaga +tapak kasut
+minum +tapak selipar
+air +tayar kenderaan
+cuaca +geseran
-cuaca sejuk -sungai
Penerangan Ringkas :
Kata haus tergolong dalam golongan kata adjektif yang dikelompokkan kepada
dua fitur atau sifat utamaiaitu fitir (+rasa) dan fitur (+terhakis)
4.2 Analisis Analisis kata haus (rasa)dengan menggunakan simbol + dan -
`haus(rasa): [ +kata adektif, +air, +minum, +dahaga, +cuaca panas, - cuaca sejuk]
32
4.3 Analisis kata haus (terhakis)dengan menggunakan simbol + dan -
haus (terhakis): [ +kata adjektif, +tapak kasut, +tapak selipar, +tayar
kenderaan, +nipis, +geseran, - sungai.
5.0 Perkataan Bunga
Kata bunga merujuk kepada :-
(1) Manusia
(2) Tumbuhan
5.1 Analisis kata bunga menggunakan rajah analisis komponen makna
Bunga
(Kata Nama)
Manusia Tumbuhan
+dara +kembang
+cantik +lembut
+belum berkahwin +berkelopak
+perempuan +berbau harum
- lelaki +cantik
+ muda +berwarna
-keras
Penerangan Ringkas :
Kata bunga tergolong dalam golongan kata nama yang dikelompokkan kepada dua
fitur atau sifat utama iaitu fitur(+manusia) dan fitur(+tumbuhan).
5.2 Analisis kata bunga manusia dengan menggunakan simbol + dan
bunga (manusia):[+kata nama, +dara, +belum berkahwin, +perempuan, -lelaki,
+muda]
33
5.3 Analisis kata bunga tumbuhan dengan menggunakan simbol + dan
bunga (tumbuhan):[+kata nama, +cantik, +berkelopak, +berbau harum,
+kembang,+berwarna terang, -keras]
6.0 Perkataan Mangga
Perkataan Mangga merujukkepada : -
(1) Buah
(2) Ibu kunci
6.1 Analisis katamangga menggunakan rajah analisis komponen makna
Mangga
(Kata Nama)
Buah Ibu Kunci
+mempelam +keras
+mempunyairasa -manis
+pokoknya ditanam +jaga keselamatan
+berbau harum -berbau
+dimakan -dimakan
Penerangan Ringkas
Katamangga tergolong dalam golongan kata nama yang dikelompokkan kepada
2 fitur atau sifat utama iaitu fitur(+buah) dan fitur (+ibu kunci)
6.2 Analisis kata mangga buah dengan menggunakan simbol + dan
mangga(buah):[+kata nama, +mempelam, +manis, +ditanam,
+berbau,+dimakan]
34
6.3 Analisis kata mangga ibu kunci dengan menggunakan simbol + dan
mangga (ibu kunci):[+keras, -manis, +jaga keselamatan, -berbau,
-dimakan]
7.0 Kesimpulan
Sesuatu kata atau perkataan itu tidak mewakili satu simbol sahaja tetapi terdiri
daripada pelbagai komponen yang tersendiri. Walaupun begitu, dalam
menggambarkan hubungan antara kata dalam suatu bidang tertentu, kita dapat
menerangkannya atau mengungkapkannya melalui komponen makna yang
terangkum dalam kata-kata dalam bidang tertentu. Berdasarkan komponen
makna, kita dapati ia menunjukkan bahawa setiap kata mempunyai maknanya
yang terbentuk daripada beberapa unsur atau komponen. Bukan sahaja untuk
menunjukkan hubungan makna antara kata, komponen makna juga amat berguna
bagi perumusan makna dalam kamus dan untuk menentukan kalimat yang
digunakan sama ada boleh diterima atau tidak secara semantik.
35
8.0 Rujukan
Abdullah Yusuf & Dr. Norul Haida Reduzan, (2012) BML 3083 Semantik dan
Pragmatik Bahasa Melayu, Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI).
Abdullah Yusof, Alias Mohd. Yatim dan Mohd.Rain Shaari(2009). Semantik dan
Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Pustaka Salam Sdn.Bhd.
Dr. Adenan Ayob & Dr.Nathesan Sellapan, (2009) HBML3303 Psikolinguistik.
dan Semantik, Selangor Darul Ehsan: Open University Malayasia(OUM).
Kamus Dewan Edisi Keempat(2007). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz(2009). Bahasa Melayu II, Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hulu+orang
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?