Anda di halaman 1dari 5

kenalpasti konflik yang pernah di alami oleh etnik pilihan anda.

Adat istiadat suku kaum kadazan tatana daerah Kuala Penyu


Adat adalah satu adat turun temurun tidak boleh direka-reka oleh masyarakat adat
mestilah berterusab tidak putus-putus dari satu keturunan hingga kepada keturunan
yang lain adat dihormati dan diamalkan oleh suku kaum empunya adat. Ketua adat
mempunyai kuasa mengenakan hukuman keatas sesiapa yang melanggar adat.
Disini dipaparkan sebahagian daripada adat istiadat suku kaum Tatana Daerah
Kuala Penyu yang amna dipetik dari Titian Adat Istiadat Suku Kaum Kadazan
Tatana Kuala Penyu.
Adat istiadat perkahwinan
Adat perkahwinan adalah mengikut tradisi dengan syarat-syarat seperti berikut:
Apabila seorang teruna ingin berkahwin maka dari pilihan itu adalah juga perlu
dipersetujui oleh kedua-kedua ibubapa lelaki sebab merekalah yang akan mengatur
segala persediaan perkahwinan anak mereka.
Pertunangan
Didalam pertunangan biasanya seorang tua digunakan sebagai orang tengah
dinamakan "SUSURUAN" bagi pihak lelaki datang kerumah perempuan biasanya
dalam hari yang baik pada hari Selasa, Khamis atau Sabtu. Pihak perempuan diberi
masa untuk berunding dan masa bila "SUSURUAN" kembali ditentukan samaada
penangan pihak lelaki diterima atau tidak. Jika penangan diterima maka
"SUSURUAN" dijemput minum dan makan oleh keluarga pihak perempuan. Jika
pinangan ditolak maka makan dan minum tidak dilayankan.
Tarikh pertunangan
Tarikh pertunangan ditetapkan mengikut persetujuan kedua-dua pihak. mereka
memilih hari yang baik untuk bertunang, seperti hari-hari yang bukan bikangan ganjil
dan juga dalam bulan yang baik.
Perbelanjaan bertunang adalah memandangkan kedudukan keturunan siperempuan
jika dia anak perempuan tua (sulung) dari orang yang berkemampuan maka
pertunangan dilangsungkan dengan upacara penuh isitiadat.
Jika keturunan ibu perempuan ada permintaan kerbau waktu bertunang maka
anaknya mesti menuntut sama.
Permintaan pertunangan adalah seperti:
1. Seekor kerbau atau babi
2. Kain sepasang
3. Sebentuk cincin emas
4. Gelang emas
5. Wang belanja dapur (kadar mengikut berapa yang patut)
6. Wang talak sebanyak RM500.00 (lima ratus ringgit) dibayar
Perbelanjaan pertunangan ditanggung oleh lelaki, setelah pasangan bertunang
mereka tidak boleh membuat hubungan sebelum berkahwin. Siperempuan tidak
boleh sesuka hati pergi kemana-mana kecuali diizinkan oleh tunangnya sekiranya
perempuan ingkar dari pertunangan mereka, maka dia didenda mengembalikan
semua perbelanjaan waktu bertunang, jika lelaki ingkar maka belanja pertunangan
dikira hangus.
Kotoliban/Sepangadak
Sekiranya satu keluarga mempunyai ramai anak perempuan dan yang muda
berkahwin dahulu dari kakaknya maka kakak itu diberi "KOTOLIBAN" seperti berikut:
1. Dundung/sigar
2. Sira/baju
3. Gonob/sarung
4. Cincin emas sebentuk
Perbelanjaan Kahwin
Perbelanjaan perkahwinan diputuskan dalam perundingan permintaan waktu
bertunang segala perbelanjaan mengikut persetujuan samaada perkahwinan
dilangsung secara penuh istiadat ataupun secara sederhana, jika pihak perempuan
dari golongan orang berkemampuan maka keluarganya memotong seekor kerbau
sebagai menambah kerbau pemberian, keluarganya memotong seekor kerbau
sebagai menambah kerbau pemberian ini dipanggil "BALUN" perbelanjaan
perkahwinan tersebut ialah:
1. Seekor kerbau besar "RINAMPUNG"
2. Satu pikul babi
3. Gelang emas atau rantai emas
4. Inapung RM500.00 (lima ratus ringgit)
5. Wang Belanja dapur wang hangus mengikut keadaan upacara perkahwinan
Perkahwinan
Perkahwinan dengan penuh istiadat bagi orang Kadazan Tatana yang beragama
Katholic dan pagan adalah berbeza daripada adat "MOGINUM KAHWIN".
"MOGINUM KAHWIN" dinamakan "BEMASAK" mereka menyediakan
KOLUPIS" dan berbagai macam jenis makanan termasuk memotong kerbau
"RINAMPUNG" serta memasak sebagaian dari daging kerbau untuk dihidang pada
malam moginum.
Surat Kahwin
Oleh kerana berbagai kemanuan yang ada sekarang maka dalam hal surat kahwin
adalah dibuat dihadapan pendaftaran perkahwinan. Selain dari itu surat kahwin
boleh diatur dan dibuat dalam perkahwinan dikampong, asalkan ketua kampong dan
pihak berkenaan ada hadir menyaksikan upacara perkahwinan itu. Mereka boleh
menjadi saksi apabila mendaftar perkahwinan tersebut di pendaftar perkahwinan.
Suami Meninggal
Sekiranya suami meninggal dunia dan berian habis dijelaskan, pihak waris
perempuan tidak boleh menuntut balik apapun waris kerana belum ada pencarian
mereka berdua.
Jika berian belum habis dijelaskan maka bakinya tidak boleh dituntut oleh pihak
waris perempuan.
Isteri Meninggal
Sekiranya isteri meninggal swebarang berian tidak boleh dituntut balik oleh pihak
lelaki walaupun belum mempunyai anak.
Kalau mereka mempunyai anak, maka pencarian mereka berdua adalah hak dan
dituntut oleh anak mereka. jika anak mereka masih kecil maka si isteri yang
menuntut bagi pihak anak mereka.
Kahwin Nialap
"NIALAP" adalah bererti seorang lelaki dan perempuan, atas suka sama suka
berikutan pulang untuk tujuan berkumpul sebagai suami isteri tanpa bertunang.
Mereka dikahwinkan dengan cepat dan ringkas. perbelanjaan seperti berikut:
1. Seekor kerbau
2. Seekor babi
3. Perbelanjaan untuk dapur yang sederhana.
4. Kahwin Inuli
Kahwin "INULI" adalah silelaki pulang ke rumah siperempuan samada dia diterima
atau tidak terpulang kepada siperempuan untuk mengambil keputusan.
Adat Basal
Adat "BASAL" adalah satu adat yang mempunyai tujuan untuk kebaikan dan
kebersihan daerah/negeri. Perkara ini dilangsungkan secara besar-besaran. Ini
memakan masa seminggu dan menggunakan sangat besar belanja. Apabila ada
perkara ganjil berlaku di daerah/negeri, hujan pun tidak tentu serta buah-buahan dan
tanaman tidak sempurna maka daerah/negeri itu perlu dibersihkan, supaya hidup
manusia bersih dan sekeliling alam pun bersih. Keadaan kampung dalam
negeri/daerah itupun aman dan damai. Tujuan adat basal adalah untuk memulihkan
rezeki rakyat, kedamaian/keamanan seluruh masyarakat.
Bagunan tempat basal diadakan adalah tujuh bersambung dengan bendera
didirikan. Ketuanya adalah ketua kampung dibantu oleh bomoh-bomoh dan orang
ramai, seterusnya untuk membuat begitu banyak tugas untuk persediaan. Ketua
kampung berhubung serta mengutip derma dari satu-satu kampung dan dibantu oleh
Mahkamah Anak Negeri.
Perbelanjaan untuk pesta tujuh hari itu:
1. Beras untuk tapai dan nasi pulut - 10 karung
2. Kerbau tujuh ekor
3. Kambing seekor warna hitam
4. Ayam hitam sunsang buluh seekor
5. Kunyit untuk mewarnakan beras kuning
6. Kain putih tujuh ela untuk dibuat bendera
7. Kayu cempadak
8. Sebatang pokok pinang
9. Kelapa tua untuk membuat nasi puluh dan santan daging kerbau.
Pasangan gongs untuk digunakan ialah:
1. 1 pasang sipir (taas)
2. 1 gendang

Anda mungkin juga menyukai