Anda di halaman 1dari 2

PENTING : RATIONAL PERLAKSANAAN KURSUS ATAS TALIAN EPiC

Monday, January 06, 2014


Posted By : NUR ANIZA BINTI ZAINAL
Attachment :

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia ( atau
Kementerian Pelajaran Malaysia, ketika itu) telah menyediakan satu Standard Program
Pensiswazahan Guru semasa program ini dimulakan dalam tahun 2011.

Termaktub dalam Standard ini adalah reka bentuk kurikulum yang WAJIB dipatuhi oleh
semua pembekal latihan termasuk OUM. Reka bentuk kurikulum MESTI merangkumi
kursus-kursus seperti:

kursus wajib merangkumi elemen Dasar Negara, Hubungan Etnik, LINUS,
MBMMMI, TITAS,PENDIDIKAN INKLUSIF;
Kursus Pengajian Profesional/Ilmu Pendidikan seperti Falsafah
Pendidikan dan Perkembangan Pendidikan, Psikologi Pendidikan, Sosiologi
Pendidikan, Pedagogi Pendidikan,PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
GURU BERTERUSAN (BINA INSAN GURU);
Kursus major
Kursus minor atau elektif mata pelajaran sekolah
AMALAN PROFESIONAL
Sukan dan KOKURIKULUM sekolah

OUM telahpun merangka kursus tambahan berasaskan experiental learning dan
atas talian melalui portal EpiC untuk memenuhi syarat Standard iaitu:

1. HBEF2703 Kokurikulum
2. HBEF3503 Pendidikan Inklusif
3. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan ( Bina Insan Guru)
4. HBEF3603 Amalan Profesional (Praktikum)

BPG juga telah menyediakan Standard Bina Insan Guru (HBEF 2803)
yang mewajibkan semua guru menjalanitiga siri aktiviti yang berlainan seperti
perkhemahan, ceramah, seminar, bengkel, lawatan, tugasan, kolokium, kerja lapangan,
khidmat masyarakat dan lain-lain. OUM telah menyediakan tugasan dan seminar untuk
para pelajar.

BPG juga telah menyediakan Standard Amalan Profesional dimana setiap pelajar
PPG WAJIB menjalani praktikum (HBEF 3603) mengikut syarat-syarat dalam
Standard. Mengambilkira pengalaman guru, maka OUM telah merangka kursus
Amalan Profesional yang digabungkan dengan kursus HBEF 2503 dan HBEF 4303.

Harap semua pelajar PPG mengambil maklum tentang kursus-kursus mengikut
kehendak Standard Program Pensiswazahan Guru.