Anda di halaman 1dari 26

GAYA DAN NILAI KEPIMPINAN

UNGGUL DALAM MENANGANI


MASALAH EKONOMI : SATU ANALISA
DARIPADA KISAH NABI YUSUF

Lutfan bin Jaes
lutfan@uthm.edu.my


Mohd Hisyam bin Abdul Rahim
mdhisyam@uthm.edu.my
Fakulti Sains, Sastera dan Warisan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor

Penghayatan
Konsep Tauhid
sebenar
kegiatan ekonomi
adalah alat untuk
mencapai keredhaan
Allah
bermatlamatkan kehidupan
akhirat yang kekal abadi

Tidaklah kepada ukuran kebendaan yang bersifat
material semata-mata.
Matlamat Kesejahteraan Kehidupan Ekonomi Manusia dan
Masalahnya .......
Contoh:
Politik
Sosial
Ekonomi
Satu cara hidup
(ad-deen)
Merangkumi
kehidupan
dunia dan
akhirat
Agama yang
lengkap
Islam
secara umumnya ukuran kepada matlamat kesejahteraan ekonomi
sesebuah komuniti atau negara itu dikaitkan dengan pencapaian
kecekapan yang maksimum di dalam proses membuat keputusan dan
tindakan bagi penggunaan sumber-sumber ekonomi yang sedia ada dan
terhad dan menjamin keadilan dalam pengagihan.

Zakaria Man. (2002)
Masalah Fundamental
Ekonomi
Sumber Alam Yang
Terhad
Kehendak Manusia
Yang Tidak Terbatas
Kertas kerja ini cuba menganalisa
gaya kepimpinan dan nilai-
nilai yang dipegang dan
diaplikasikan oleh Nabi
Yusuf a.s



memberi idea dan
membuka ruang khususnya
dalam mencipta formula
yang mampu membangun
dan mengurus ekonomi
negara khususnya
Malaysia menurut
perspektif Islam dengan
berjaya pada masa
hadapan
Peringatan : Menjadi satu kesalahan sekiranya perbandingan gaya kepimpinan dilakukan secara
lateral dengan membandingkan jenis-jenis gaya kepimpinan masa kini yang dipelopori oleh ahli
falsafah barat. Ini kerana kayu ukur nilaian yang digunakan oleh ahli falsafah Barat tidak
menekankan unsur kerohanian dan menekankan konsep pemisahan antara prinsip dunia dan
akhirat. Dalam falsafah barat, rasional akal waras diletakkan di tempat tertinggi tanpa mengambil
kira unsur spiritual dan perintah tuhan seperti halnya menjadi salah satu syarat wajib dalam
konteks agama dan beragama khususnya dalam membicarakan aqidah dan ketaqwaan. Oleh yang
demikian penulisan ini cuba melihat gaya kepimpinan Nabi Yusof di dalam kaca mata penulis dan
ahli falsafah Islam dan di aplikasikan dengan realiti nyata moden masa kini.
Signifikan Kisah Nabi Yusof a.s Sebagai Model
Dalam Menangani Masalah Ekonomi Negara

Diceritakan di dalam Al-Quran menerusi surah
Yusuf dari ayat 43 hingga ayat 49.

Bermula daripada mimpi Raja hinggalah dilantik
sebagai Wazir Mesir khususnya dibahagian
perbendahaaraan negara.

Baginda menjadi pengurus dan pentadbir ekonomi
negara dalam menghadapi cabaran kegawatan
ekonomi akibat kemarau.



Nilai-Nilai Unggul Dalam Amalan Pengurusan Ekonomi (Pemimpin)
Yang DiPraktikkan Sewaktu Mengatasi Kegawatan Ekonomi???!!
(i)Ketaqwaan, (ii)Kewibawaan, (iii)Kejujuran Serta
(iv)Akhlak Terpuji.
(Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)
al-Quran menerangkan bahawa kegawatan ekonomi harus
ditangani oleh mereka yang cukup berwibawa dalam erti memiliki
keutuhan moral, kompetensi dan pengetahuan yang meyakinkan.
Cth : Krisis Ekonomi 1997-1999

Peranan moral dalam krisis ekonomi tidak harus diremehkan,
kerana ia sekaligus adalah juga krisis kepercayaan. Tidak akan
berlaku pemulihan ekonomi tanpa pemulihan kepercayaan dengan
menampilkan orang-orang yang bersih dari sebarang kecacatan
moral dan rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya.
Cth : Pilihanraya Presiden Indonesia

Oleh kerana itulah hikmah Allah menampilkan Nabi Yusuf a.s. yang
bukan daripada seorang raja mahupun seorang pembesar bagi
mengatasi bencana yang melanda.
Kaedah Penyimpanan Yang Baik
(Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)
Ekonomi sesebuah negara tidak dapat bertahan dan berkembang malah ia akan lumpuh
apabila kebuluran yang berlaku dikalangan rakyatnya tidak dapat dibendung. Justeru,
satu mekanisme penyimpanan stok bahan-bahan makanan yang baik amat penting dan
ia semestinya memerlukan ilmu pengetahuan, kaedah dan teknologi bagi
menjayakannya.
Cth : Stok Beras Negara? Satu Perbincangan........Dasar Pertanian Negara
Inflasi = Budaya Berbelanja Mewah = Budaya Berbelanja Hutang
Penyimpanan = Rizab = Dana Simpanan Negara
Mekanisme/Kaedah Penyimpanan = Rizab Tunai @ Rizab
Matawang Asing @
Belanjawan Defisit?
Tingkatkan Eksport @ Kempen
Belilah Barangan Buatan Malaysia



Berapa lamakah ekonomi negara boleh bertahan (membayar gaji
kakitangan awam dan membuat perbelanjaan wajib seperti yang telah
dirancang) sekiranya ekonomi rantau Asia tiba-tiba mengalami
kegawatan sekali lagi?

Rizab Antarabangsa Bank Negara Turun Kepada RM321.7 Bilion
KUALA LUMPUR, 22 Julai 2009 (Bernama) -- Rezab antarabangsa Bank Negara Malaysia (bnm) turun kepada RM321.7 bilion
(bersamaan kepada AS$91.2 bilion) sehingga 15 Julai, daripada RM322.9 bilion (AS$91.5 bilion) pada 30 Jun.

Kedudukan rezab itu mencukupi untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 3.8 kali hutang luar jangka pendek, kata
BNM di dalam satu kenyataan hari ini.

Rezab kasar antarabangsa terdiri daripada rezab mata wang asing (AS$84.3 bilion), kedudukan rezab Tabung Kewangan
Antarabangsa (AS$400 juta), Hak Pengeluaran Khas (AS$200 juta), emas (AS$400 juta), dan rezab lain (AS$5.9 bilion).


Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Disember 2010
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM328.6 bilion (bersamaan dengan USD106.5 bilion) pada
31 Disember 2010. Paras rizab pada 31 Disember 2010 telah mengambil kira peningkatan nilai rizab disebabkan
oleh pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan kebanyakan mata wang
utama berbanding ringgit pada suku keempat. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.5 bulan import
tertangguh dan adalah 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek. (Sumber Bank Negara)


Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Mac 2011

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM344.5 bilion (bersamaan dengan USD113.8 bilion) pada
31 Mac 2011. Paras rizab pada 31 Mac 2011 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan penilaian semula
pertukaran asing. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan ialah 4.3 kali hutang
luar negeri jangka pendek. (Sumber Bank Negara)
Pembinaan Bidang-Bidang Utama Ekonomi
(Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan

Bagi menjana kemakmuran dan keselesaan hidup, pemerintah perlulah
membangunkan bidang-bidang utama yang d apat merancakkan
pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang baik, adil dan seimbang
adalah antara faktor penyumbang kepada kesejahteraan hidup.
Cth : 1950 Fokus Pertanian Sara Diri
1960 Fokus Bidang Pertanian Komersil dan Eksport
1970 dan 80 an - Fokus Bidang Elektrik & Elektronik/ Industri
Berat
1990- Keutamaan Bidang ICT


Adakah pembinaan bidang ekonomi utama Malaysia
sejak Merdeka hingga kini tepat?


Maka menghimpunkan Yusuf akan ahli Mesir yang jauhnya, yang dekatnya dan
menyuruh mereka itu bahawa bertanam dan jangan meninggalkan sedikit
daripada bumi yang tanam. Maka menyediakan bagi menghidupkan bumi dan
membanyakkan dia.

Perancangan Yang Tepat & Berkesan
(Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)
Perancangan yang tepat dan kehadapan
(futuristic) menyelamatkan ekonomi rakyat dan
negara dengan mengimbangi kadar penghasilan,
penabungan, perbelanjaan serta reformasi sistem
perekonomian.

Cth : Keputusan kerajaan untuk melakukan
tukaran asing berpilih-pilih bagi mengatasi
masalah kegawatan ekonomi 1997-1999 iaitu:
Pasaran ringgit luar persisir dihapuskan!
Penetapan kadar tukaran bagi ringgit iaitu RM3.80 bagi
setiap dolar Amerika!
Satu peraturan 12 bulan bagi menyekat pengaliran
keluar dana portfolio bagi tempoh setahun!
Pengurusan Cekap & Berwibawa
(Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)


Pemimpin @ Pengurus yang bijak, cekap
dan berwibawa amat diperlukan sewaktu
menangani situasi yang getir.
Contoh : Malaysia = Tun Daim Zainuddin?
Singapura = Lee Kuan Yew?
Indonesia = Susilo Bambang
Yudiono (SBY)?

Mekanisme Pengawalan Pengurusan Agar Mencapai Objektif.



Islam menggariskan agar penggunaan pengeluaran dikawal selia
daripada disalahgunakan. Ia merupakan tindakan penting untuk
menjaga kebajikan semua selain daripada menitikberatkan kualiti
dan kuantiti pengeluaran.

Justeru perkara tersebut dapat menghindarkan daripada kegiatan
monopoli oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Peranan Nabi Yusuf mengumpul dan mengawal simpanan makanan
pada ketika itu akhirnya mencapai objektif yang diharapkan iaitu
menghindari kebuluran sewaktu kemarau.

Teks di bawah menjelaskan tindakan baginda: Maka dihimpunkan
kepadanya dan dibelanjakan tiap-tiap satu rumah dengan kadar
orangnya dan nafkahnya atas kira-kiranya.

Mekanisme Pengawalan Pengurusan Agar Mencapai Objektif.
(Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)

Cth : Akta Kawalan Bekalan 1961 Barang-barang yang
diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan sepanjang
masa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan barang-
barang yang dikawal bekalannya.
1. Gula.
2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau
susu kering dan susu cair.
3. Garam.
4. Simen dan klinker.
5. Tepung gandum.
6. Minyak masak.
7. Baja.
8. Ubat serangga.
9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan
untuk membekukan getah.
10. Bar bulat keluli lembut.
11. Minyak tanah.
12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas
kedap udara.
13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja).
14. Padi (Sabah sahaja).
15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari
semua gred.
16. Bahanapi diesel.
17. Gas petroleum cecair (LPG)
18. Semua jenis roti.
19. Minyak bahanapi
20. Ayam





"Kita selama ini ingat pasaran Malaysia besar
sedangkan pasaran domestik sebenarnya agak
kecil. Adalah mudah bagi sebilangan peniaga
dan pengeluar untuk mengawal pasaran.




"Kita fikir dengan kawalan pasaran ini, kita
akan mendapat harga berpatutan, tetapi
mungkin jika kita membuka pasaran maka
bekalan dan harga akan lebih baik.




"Kita tidak seharusnya sekadar memberi
amaran, tetapi melakukannya saja. Lagipun
kita akan ada Kawasan Perdagangan Bebas
Asean (Afta)," katanya pada sidang media
selepas majlis penyerahan tugas di
kementeriannya di sini, semalam.














Pengagihan dan pengurusan sumber secara tepat
dan berkesan.



Islam mendukung prinsip keadilan dalam ajarannya. Keadilan
dapat menghindarkan daripada berlakunya penyelewengan
dan memadamkan perasaan tidak puas hati. Nabi Yusuf telah
melakukan cara terbaik dalam aspek pengagihan makanan
sewaktu zaman kemarau. Oleh itu, penduduk Mesir
terselamat daripada kebinasaan yang diakibatkan oleh
kemarau selama tujuh tahun.

Teks yang sama juga telah menjelaskan tindakan tepat
baginda pada waktu itu:
Maka dihimpunkan kepadanya dan dibelanjakan
tiap-tiap satu rumah dengan kadar orangnya
dan nafkahnya atas kira-kiranya.
Masa : 1971-1990.
Punca : Peristiwa 13 Mei 1969.
Matlamat:
1. Pembasmian kemiskinan
2. Penyusunan semula masyarakat
Pengagihan dan pengurusan sumber secara tepat dan
berkesan.
(Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)
Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Skim penyimpanan buat masa hadapan
(tabungan).


Islam melarang umatnya daripada melakukan pembaziran daripada segenap
aspek. Lebihan pendapatan ataupun harta selain dikeluarkan zakat[1]
perlulah disimpan buat masa akan datang bagi persediaan perkara-perkara
kecemasan, kesempitan hidup dan sebagainya. Nabi Yusuf a.s. telah
mempraktikkan usaha tersebut. Hasil simpanan makanan yang telah
dikumpulkan dapat mengelakkan mereka daripada mati kebuluran. Hal
tersebut dapat difahami daripada teks berikut:


Maka menyuruh Yusuf membuat akan gedung beberapa khazain barang
yang tiada dapat mengirakan dan tiada dapat membilangkan dia dan tiada
dapat diperikan panjangnya dan lebarnya atas kadar lulus barang yang
dapatnya daripada tanaman tahun itu. [2]









.
Skim penyimpanan buat masa hadapan (tabungan).
(Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)
192.168.1
Perbelanjaan mengikut keutamaan, berjimat cermat dan bersederhana.



Pengurusan sumber negara hendaklah teratur dan tersusun
mengikut prioriti keperluan ekonomi negara semasa. Selain
itu, perbelanjaan mestilah dilakukan dengan berhemat dan
bersederhana. Tindakan tersebut perlu bagi memanfaatkan
secara optimum sumber-sumber terhad sewaktu saat-saat
genting. Ia juga dapat mengelakkan kebocoran sumber
kepada perkara yang sia-sia. Teks yang serupa juga dapat
kita fahami akan perkara ini:

Maka dihimpunkan kepadanya dan dibelanjakan tiap-tiap
satu rumah dengan kadar orangnya dan nafkahnya atas
kira-kiranya.



Perbelanjaan mengikut keutamaan, berjimat cermat dan
bersederhana.
(Konteks Malaysia/Dunia Satu Perbincangan)


Allah berfirman yang bermaksud: Dan juga mereka (yang diredai
Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah
melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya)
perbelanjaan mereka adalah betul sederhana antara kedua-dua cara
(boros dan bakhil) itu. (Surah al-Furqan, ayat 67)
"Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport minyak harus bersedia menghadapi
tahun 2014 di mana negara dijangka perlu mengimport bagi menampung keperluan
dan pada tahun 2020-an, kita dijangka menjadi pengimport sepenuhnya keperluan
petroleum," jelasnya lagi.
Menurut beliau, secara puratanya pengguna di Malaysia membelanjakan kira-kira
40 peratus pendapatan mereka untuk perbelanjaan makanan.
Setiausaha Agong Gabungan Persatuan-Persatuan
Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah
Pengurusan risiko bagi melindungi harta dan sistem ekonomi.





Pengurusan risiko dapat ditakrifkan sebagai suatu proses yang
sistematik untuk mengenalpasti dan menilai risiko yang mungkin
dihadapi. Kemudian memilih dan melaksanakan teknik-teknik
pengendalian risiko yang paling sesuai untuk mengawasi risiko yang
telah dikenalpasti selaras dengan matlamat individu atau organisasi
tersebut.[1] Kisah Nabi Yusuf menerangkan bahawa risiko yang
bakal dihadapi oleh sekelian penduduk Mesir adalah kemarau yang
berpanjangan dan langkah-langkah perlu untuk mereka, bagi
mendepani perkara tersebut. Kecerdikan Nabi Yusuf dalam
menangani risiko telah menyelamatkan mereka daripada kebinasaan.
Tindakan tersebut dapat difahami daripada petikan berikut:

Maka menyeru Yusuf a.s. akan segala manusia jangan kamu tanam
sesuatu hingga lalu masa tujuh tahun ini. Maka bahawasanya
binasa benih kamu dan tiada tumbuh bagi kamu sesuatu. [2]





Pengurusan risiko bagi melindungi harta dan sistem ekonomi.
(Konteks Malaysia/Dunia Satu Perbincangan)
Risiko bermakna suatu kemungkinan atau
kebarangkalian tidak mencapai hasil yang
diharapkan, atau suatu tahap dimana
berlaku hasilnya tidak serupa seperti hasil
yang dimahukan (diinginkan).
Greave, M.J, Understanding and Managing Risk
in Real Estate Investments, Surveyor and Valuer
(SISV) Vol. 1 No. 2/83, m.s. 21

Risiko juga merupakan kemungkinan kerugian:
suatu situasi dalam mana hasilnya tak dapat
ditentukan tetapi nilai dan kemungkinan dan
kebarangkalian terjadi adalah dapat diketahui.
Robinson N.M & Lavers A.P, 1988, Construction Law
in Singapore and Malaysia, London: Butterworth & Co., di m.s.
67.
Risk Control
Risk Tranfer
Risk Retention
Penghindaran
Risiko
Teknik Mengurus
Risiko
Prinsip dan Nilai Kepimpinan Unggul daripada Nilai-nilai dalam
Amalan Pengurusan Ekonomi Nabi Yusuf a.s.




Asas kepada seseorang pengurus terutamanya
dalam bidang ekonomi dan pengurusannya.

Membawa seseorang itu ke arah kesucian hati
dan kebersihan luaran.

Kesucian hati akan mencernakan akhlak yang
murni seperti amanah, keikhlasan, kejujuran
dan sebagainya.

Kebersihan luaran pula meliputi pembudayaan
sikap positif seperti berdisiplin, bersih, kemas
dan keperibadian yang tinggi.

Prinsip taqwa melibatkan elemen kepercayaan.

Oleh kerana itulah hikmah Allah menampilkan
Nabi Yusuf a.s. yang mempunyai akhlak dan
ketaqwaan yang tinggi serta kebijaksanaan bagi
mengatasi bencana yang melanda.

Ketaqwaan
(At-Taqwa)
Tidak akan berlaku
pemulihan ekonomi tanpa
pemulihan kepercayaan
dengan menampilkan
orang-orang yang bersih
dari sebarang kecacatan
moral, rasuah dan
sebagainya.


Prinsip dan Nilai Kepimpinan Unggul daripada Nilai-nilai dalam
Amalan Pengurusan Ekonomi Nabi Yusuf a.s..
Menganjurkan bahawa sistem
ekonomi dan pengurusannya
mestilah berusaha ke arah
pencapaian keadilan ekonomi
dan ekonomi kerjasama.

Penghayatan semangat keadilan
dalam penyelenggaraan setiap
aktiviti ekonomi merupakan
kemuncak keutuhan sistem
ekonomi bernegara manakala
ekonomi kerjasama akan
mewujudkan kestabilan dan
kemampanan perjalanan ekonomi

Konsep at-taawun dapat
diterapkan dan persaingan tidak
sihat dapat dihindarkan.

Keadilan & Ihsan
(al-Adl wal Ihsan

Natijahnya, satu
masyarakat yang adil
dengan segala
kemaslahatannya diambil
kira, suasana aman, sifat
kerjasama dan
persaudaraan menjadi
subur serta kehidupan
bertambah makmur
dikecapi.




Prinsip dan Nilai Kepimpinan Unggul daripada Nilai-nilai dalam
Amalan Pengurusan Ekonomi Nabi Yusuf a.s.



Prinsip ini ditekankan kepada pemerintah
ataupun pengurus ke atas segala tindakan
dan strategi yang diambil untuk
memakmurkan ekonomi.


Justeru, penekanan ke atasnya akan
menjauhkan segala bentuk pembaziran
sumber dan sikap rakus dan haloba
terhadap alam sekitar.


Tugas pembangunan yang dihayati adalah
untuk membawa kesejahteraan manusia
secara holistik, memberi manfaat kepada
umum, dijalankan secara berhemat dan
berpaksikan sifat kesederhanaan dan
menyedari bahawa ianya adalah taklif
bukannya tashrif

Kebertanggungjawaban
(Masuliyyah)
Prinsip dan Nilai Kepimpinan Unggul daripada Nilai-nilai dalam
Amalan Pengurusan Ekonomi Nabi Yusuf a.s.
Kecekapan pengurusan dan perancangan
akan membawa ke arah kejayaan
sesebuah pengurusan ekonomi.

Pengurus yang cekap melambangkan
kebijaksanaan dan kewibawaannya
serta ia amat diperlukan sewaktu
menangani situasi yang getir.

Oleh yang demikian maka tepatlah
apabila Nabi Yusuf a.s. mengambil
posisi yang amat penting dan strategik
bagi memastikan segala perancangan
yang dibuat membuahkan hasil yang
diharapkan.

Selain itu, perancangan yang tepat dan
kehadapan (futuristic) menyelamatkan
ekonomi rakyat dan negara dengan
mengimbangi kadar penghasilan,
penabungan, perbelanjaan serta
reformasi sistem perekonomian.

Kecekapan
(Kifaaah)