Anda di halaman 1dari 2

Teknik Penulisan Pendahuluan Karangan Jenis Fakta

Kebanyakan pelajar alpa bahawa pendahuluan dalam karangan merupakan titik awal dalam proses
pemarkahan. Pendahuluan yang bebas daripada kesalahan, mempunyai kesinambungan yang erat
antara fakta dengan huaraian berserta intipan isi yang samar-samar akan menyebabkan pemeriksa
terpikat untuk meneruskan pembacaan, yakni penyemakan sekali gus memberikan markah yang baik
untuk anda dalam peperiksaan. Kali ini, saya akan menggunakan formula "Bidang (B), Tajuk (T),
Soalan (S)" untuk menghasilkan pendahuluan yang baik. Pembinan karangan ini sesuai untuk tahap
PMR dan SPM, sama ada karangan bergambar mahupun karangan panjang. ihat contoh soalan dan
kerangka karangan untuk bahagian pendahuluan yang akan kita bincangkan di bawah ini!
Soalan:
Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah seolah-olah gagal
membanteras gejala ini daripada terus menular. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini
semakin membimbangkan.
Kerangka pendahuluan
B - Masalah sosial
-" semakin membimbangkan
-" mencatatkan peningkatan yang mendadak.
T - ejala gengsteris!e
-" melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah
-" bermaharajalela di sekolah
S -" #an$ak %aktor
#aripada kerang di atas, dapatlah kita membina $ ayat dengan mudah. ihat contoh pendahuluan di
bawah!
Pendahuluan Kualiti PM&
Pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana
sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes gengsterisme yang
dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang menjadi #uah !ulut
masyarakat ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru
melibatkan pelajar sekolah rendah. Golongan gengster ini semakin bermaharajalela di al!a !ater'
ebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.
Pendahuluan Kualiti SPM
!alam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang bergerak pantas
pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana
sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana pihak polis mendapati kes
gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak sejak akhir-akhir ini. "ntara
masalah sosial yang terus menjadi #uah !ulut yang hangat ialah gejala gengsterisme yang bukan
sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. #eadaan
menjadi semakin kronik kerana golongan gengster ini semakin bermaharajalela di sekolah mahupun di
luar sekolah. ebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.

Anda mungkin juga menyukai