Anda di halaman 1dari 39

KREATIVITI

Otak manusia
adalah suatu objek yang begitu menakjubkan. Ia
merupakan anugerah Maha Pencipta kepada manusia
yang berfungsi sebagai bahan pemangkin untuk
manusia berfikir. Kanak-kanak seawal usia 0 3 tahun
ibarat span yang menyerap air! Telah terbukti bahawa
usia pra sekolah, sejak lahir hingga 6 tahun adalah masa
yang paling penting untuk memastikan kejayaan anak-
anak di sekolah Falsafah pendidikan Amerika Syarikat.
Apa itu sebenarnya kreativiti ? Biasanya kegiatan-
kegiatan kreatif untuk kanak-kanak dihadkan dan disalah
tafsir sebagai hanya kerja tangan, melukis, hasil
imiganisi terhadap fantasi mereka. Lukisan dijadikan
suatu asas untuk menilai kekreatifan seseorang kanak-
kanak.
Jika kreativiti hanya ditumpukan kepada bidan seni
terutamanya lukisan dan mewarna maka konsep
kreativiti seperti yang dinyatakan di atas bukanlah
konsep kreativiti yang sebenarnya. Sebenarnya anak-
anak kita telah dibekalkan dengan kemampuan untuk
menjadi kreatif dalam pelbagai bidang; kreatif dalam
pertuturan; kreatif dalam seni gerak-geri dan sukan;
kreatif dalam mengesan reka bentuk baru; kreatif dalam
menyesuaikan emosinya mengikut keadaan; kreatif
dalam menggunakan bahan-bahan bauan(cita rasa).
Apa yang mendorong kesemua inspirasi kreatif kanak-
kanak yang dinyatakan di aatas adalah apa yang
disediakan di persekitarannya.
Kreativiti tidak boleh dihadkan hanya kepada satu aspek
kemampuan manusia. Ia merangkumi kesemua
kemampuan manusia menerusi derianya termasuk
mendengar, melihat, merasa, menyentuh, bergerak,
bertutur, menulis, menyanyi dan apa yang paling penting
adalah apa yang difikirkan. Fikiran merupakan suatu
aspek dalam diri kanak-kanak yang membentuk
imiganisi, kawalan emosi, fantasi yang menggerakkan
kreativiti. Justeru kreativiti perlu dilihat secara meluas
dalam pelbagai dimensi bagi mengenalpasti bentuk
aktiviti yang sesuai menurut keistimewaan individu
kanak-kanak.
OTAK MANUSIA
OTAK KIRI
Bahasa
Logik
Sains
Matematik
Lisan
Analitik
Berurutan
Satu maklumat pada satu
masa
linear
OTAK KANAN
Perhubungan ruang
Pemikiran kreatif
Fantasi
Apresiasi
Global
Keseluruhan/holistik
Analogi
Tanpa rasional
Intuitif

Kreativiti
adalah satu potensi dan potensi ini wujud dalam diri
setiap individu. Mereka yang kreatif adalah mereka
yang menggunakan potensi yang ada dalam diri masing-
masing. Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996)
telah mendapat respons tentang maksud kreativiti.
Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah
sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa
sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang
kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan
kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam
cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam
membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan
ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.
Yong dan Biriamah (1996)
berpendapat bahawa walaupun tiada suatu definisi
mutlak atau menyeluruh pada masa kini, secara
umumnya kreativiti dianggap sebagai suatu fenomena
yang merangkumi pelbagai aspek di mana empat aspek
utamanya ialah proses kreatif yang merangkumi
keseluruhan sesuatu kerja dijalankan dari peringkat awal
mendapatkan idea sehingga ke peringkat penghasilan,
hasil kreatif pula merupakan aspek penilaian kreatif yang
merujuk kepada hasil sahaja tanpa menghurai proses
perlaksanaan, insan yang kreatif memberi gambaran
pelaku yang mempunyai pemikiran yang baik dengan
ciri-ciri keupayaan berfikir yang menjangkau kebiasaan
dan situasi yang kreatif merupakan ruang yang wujud di
antara insan dengan proses untuk menghasilkan suatu
hasil yang kreatif.
Abdullah dan Ainon (1996)
menjelaskan, pemikiran kreatif ditandai oleh
keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai
sudut, dimensi. Seseorang melakukan suatu
bentuk pemikiran divergen yang menuntutnya
untuk berfikir dari pelbagai aspek, dan ada
kalanya tidak masuk akal. Apabila berfikir
menggunakan daya kreatif, matlamat berfikir
adalah untuk menghasilkan pelbagai persepsi,
konsep, idea, cara penyelesaian masalah, cara
meleraikan konflik, reka cipta, strategi dan taktik,
prosedur kerja, teori, hipotesis, peraturan, hasil
perbincangan merupakan antara bentuk
pemikiran yang menjurus kepada kreatif.
Bob Proctor (1994)
menyatakan kreativiti sebagai kreativiti
secara relatifnya sangat mudah. Ia
merupakan gabungan beberapa siri idea,
penyusunan semula idea-idea tersebut,
penggabungan, adaptasi, penggantian
dan idea-idea yang mengagumkan
Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982)
menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu
garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti
oleh seseorang iaitu, menghasilkan atau
memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan
hasil yang unik, melalui proses pemikiran
bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa
mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka,
hasil yang tidak diduga, galakan
memperkembangkan dan meningkatkan idea
sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian,
berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan
proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan
dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri,
mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek
dimanipulasikan serta dikaji .
teliti.menggunakan langkah-langkah
perkembangan kreatif : sumbang saran,
penggunaan baru, adaptasi, modifikasi,
magnifikasi, penyusunan semula,
pengunduran, membuat penyenaraian dan
dimensi lain (analogi). Prinsip-prinsip ini
boleh membantu seseorang untuk
melahirkan pemikiran kreatif, kreatif bukan
sekadar perkara atau objek yang
dihasilkan, kreatif boleh dihasilkan.

Viktor Lowenfeld (1987) menggariskan tret
individu yang kreatif kepada 8 ciri yang
dapat dipupuk pada diri seseorang iaitu
kelenturan, pemikiran bercapah,
mempunyai keaslian dalam hasil karya,
kelancaran dalam berfikir, sedia
menghadapi risiko, kerumitan, perasaan
ingin tahu, dan mempunyai daya imaginasi
yang tinggi.
Torrance (1970)
Menjelaskan 4 ciri individu kreatif
Keaslian keupayaan untuk menghasilkan
sesuatu yang lain, unik
Kelancaran- keupayaan untuk menghasilkan
pelbagai idea, membuat andaian, untuk
menyelesaikan sesuatu masalah/situasi/tugasan
Fleksibel- mengadaptasi perubahan, pelbagai
pendekatan
Penjelasan(elaboration) keupayaan untuk
membentuk idea yang disertai oleh keterangan
Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi
kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum
pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai
nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah
mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya
mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.
Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah
keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah
dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam
mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba
sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan
pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan
ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan
pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.

Robert Schirrmacher (1997)
menyatakan kreativiti boleh didefinisikan kepada enam
aspek yang merangkumi :
kreativiti sebagai sikap: kreatif adalah suatu cara yang
unik untuk melihat persekitaran tanpa jawapan betul
atau salah, yang ada hanya kemungkinan-kemungkinan
terhadap sesuatu situasi. Kanak-kanak menunjukkan
sikap kreatif apabila mereka mencuba sesuatu yang
baru dan cara lain melakukan sesuatu. Menolak
sempadan dan meneroka kemungkinan, memanipulasi
idea dan bahan mengikut kehendak mereka,
Memisahkan dan mencantumkan idea menerusi cara
yang berbeza. Terlibat secara fizikal, menyelesaikan
masalah mereka dan bertanya soalan atau melakukan
sesuatu yang menuntut cabaran
kreativiti sebagai proses melakukan
sesuatu
Pendekatan proses diperlukan untuk
melibatkan proses kreatif walaupun
akhirnya tidak akan mendapatkan hasil
yang dikehendaki. Proses kreatif
melibatkan pemikiran, percakapan,
bermain, mencatat, mengkaji objek,
memanipulasi idea sebagai asas proses.
kreativiti sebagai suatu produk
Setiap produk mempunyai nilai kreatif.
kreativiti sebagai hasil
Hasil sama ada dalam bentuk pemikiran
mahupun hasil maujud merupakan suatu
bentuk kreatif yang telah melalui proses
pemikiran, penjanaan dan penghasilan.
Edison sebagai contoh berjaya menghasilkan
mentol lampu hasil pemikiran kreatifnya.
Kanak-kanak terlalu sedikit yang mempunyai
orientasi hasil kerana mereka cepat bosan,
namun jika digalakkan dan dimotivasikan,
akan menjadi hasil yang mereka banggai.
Kreativiti sebagai kemahiran
mereka yang mempunyai kreativiti
kemahiran biasanya mempunyai potensi
bakat. Namun jika kemahiran ini tidak
diasuh dan digunakan ianya kan pudar.
Kreativiti sebagai tret personaliti
Ia sebagai bentuk personaliti seseorang
yang terdapat di dalam dirinya.
Wallas (1926) dalam kajian kreativiti yang
dilaksanakan 77 tahun yang lalu menjelaskan
empat fasa utama dalam proses berkreatif iaitu
Fasa 1 ialah maklumat (information) yang
membawa seseorang secara berfikir ke arah
perkara yang dinyatakan, Fasa 2 inkubasi iaitu
proses melihat perkara tersebut dari pelbagai
arah dan aspek secara bercapah. Fasa 3 ialah
iluminasi iaitu mengenal pasti dan Fasa 4
verifikasi iaitu memikirkan kejeleketan dan efek
tindakan sebelum membuat keputusan.
Kategori Pemikiran Kreatif
Imaginatif
Imaginasi yang mencapah
berdasarkan pengalaman
Kemahiran sintesis cantuman
idea-idea sedia ada
Keberanian
Sanggup menerima risiko
dan kritikan
Bertanggungjawab atas
keputusan
PEMIKIRAN KREATIF
Perkembangan idea
Perluasan idea sedia ada
Proses sintesis idea yang
ada
Reka cipta
Penghasilan idea baru
Reka cipta berdasarkan
alternatif
Kreativiti dan kanak-kanak
Abdul Shukor Hashim (1985) menyatakan sifat
kreatif telah wujud dalam jiwa kanak-kanak
sejak mereka dilahirkan. Perbezaannya sekadar
lebih atau kurangnya sifat tersebut dari satu
individu dengan individu yang lain. Proses-
proses kreatif ini perlu dijalankan secara
sistematik menerusi aspek-aspek psikomotor,
kognitif dan afektif digabungjalinkan di dalam
proses pembelajaran. Hasil pemikiran kreatif
selalunya dapat dilihat semasa kanak-kanak
menjalankan aktiviti melukis.
PERBEZAAN KREATIF ORANG
DEWASA DAN KANAK-KANAK
KANAK-KANAK ORANG DEWASA
J. Presbury dan A. J Benson
dalam Children and Creativity (2004) menjelaskan tanpa
kreativiti kita tidak dapat mengadaptasi situasi baru atau
menukar cara kita melihat dunia. Apabila seseorang
dikatakan kreatif, kreatif itu boleh dilihat pada tahap
mana, adakah kreatif itu mengakibatkan keaslian,
kelainan, mempengaruhi keputusan atau hasil kerja?
Tiada siapa yang dapat meletakkan tahap kreativiti
seseorang. Orang dewasa sering menganggap kanak-
kanak seumur dengan mereka sehingga kanak-kanak
merasa tertekan dan hilang nilai kreativiti yang sedia ada
dalam diri mereka. Imaginasi adalah the heart of
thinking bagi kanak-kanak untuk berusaha
berimaginasi, berfantasi, membina impian adalah suatu
kebenaran yang harus dibantu oleh orang dewasa.
Kerangka pemikiran mereka masih terbuka luas untuk
peluang-peluang kreatif berbanding orang dewasa yang
dikekang oleh norma-norma dan peraturan.
Seterusnya J. Presbury dan A. J Benson (2004)
menambah tret personaliti kanak-kanak
mempunyai perbezaan dengan orang dewasa
dan kanak-kanak yang kreatif menunjukkan tret
berikut:
berfikir bebas bermain dengan idea yang hadir
tidak secara tersusun dan sering berakhir tanpa
penyelesaian
gullility- kanak-kanak biasanya mempunyai
idea half baked dan sukar untuk menyatakan
idea mereka secara tersusun
kelakar kanak-kanak kreatif menjumpai idea secara
lucu. Keupayaan untuk bertanya dan melihat sesuatu
dari perspektif yang berbeza dilihat sebagai peniruan
angan-angan- kanak-kanak kreatif belajar menerusi
imaginasi dan menyelesaikan masalah mereka menerusi
aktiviti praktikal
keseorangan- kanak-kanak kreatif suka bersendiri,
kerana pemikiran mereka terangsang pada ketika begini
aktiviti- idea kanak-kanak datang secara aktif
semasa menjalankan aktiviti. Apabila mereka
mempunyai idea,aktiviti akan menjadi menyeronokkan,
namun sedikit masalah boleh membawa putus asa.

Florence Beetlestone (1988)
menjelaskan kreativiti sebagai suatu bentuk
pembelajaran kerana ianya sebahagian daripada fungsi
kognitif. Kreativiti dapat membantu kanak-kanak
menjelaskan dan menerangkan konsep-konsep abstrak
yang tersembunyi yang melibatkan kemahiran dan
keupayaan seperti ingin tahu, kebolehan menghasilkan
dan mereka cipta, meneroka, mempunyai sifat telus,
suka mencuba yang mana kesemua kualiti ini terdapat di
dalam diri kanak-kanak dan tidak mendapat perhatian
oleh individu di sekeliling mereka. Aspek-aspek ini
dapat disemai ke dalam diri kanak-kanak dalam usaha
golongan dewasa memberi peluang yang lebih luas
kepada mereka untuk melihat sesuatu dan secara tidak
langsung kreativiti dapat dibentuk dalam keseluruhan
pembelajaran.
Piaget (1973)
menyatakan pemikiran kanak-kanak secara kualitatifnya
begitu berbeza daripada orang dewasa. Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan
intelektualnya: pengalaman, kematangan, transisi sosial
dan paling asas iaitu keseimbangan equilibrium (iaitu
menyeimbangkan perkara yang telah difahami dengan
menerima fahaman baru). Kesemua faktor ini menjana
kepada proses perkembangan artistik, imaginatif dan
estetika. Florence Beetlestone (1998) menjelaskan
kreativiti berkait rapat dengan aktiviti seni, kerja-kerja
lukisan merupakan representasi kepada kualiti kreativiti
kanak-kanak.
Robert Schirmacher 1998
Menerusi kajian telah menghasilkan satu model
perkembangan kreatif yang menjelaskan model
holistik perkembangan kanak-kanak yang boleh
dibahagi kepada 4 aspek perkembangan yang
boleh dirujuk kepada rajah menyatakan kanak-
kanak pada peringkat awal perlu
Rajah IV
dikembangkan 4 komponen utama berdasarkan
Rajah
Kognitif

pemikiran
penyelesaian masalah
penerokaan
bahasa
ingin tahu
keinginan dan kesungguhan belajar
Sosial/emosional

kefahaman kendiri dan penerimaan kendiri
hubungan dengan orang lain
konsep kendiri
ekspresi kendiri
personaliti
kawalan emosi
kawalan diri
Fizikal

pembentukan motor kasar
pembentukan motor halus
motor perseptual/ koodinasi mata-tangan
sensori
kesihatan
penjagaan diri
Kreatif

keaslian pemikiran
imaginasi
ekspresi verbal dan non verbal
HALANGAN-HALANGAN KEPADA
KREATIVITI
Kanak-kanak yang kreatif berasa
terperangkap dalam persekitaran yang
mempunyai struktur sosial, norma, nilai,
kepercayaan dan budaya yang telah
ditetapkan (Habibah & Noran 2002).
Kanak-kanak kreatif berani menyatakan
pendapat yang berbeza dari biasa bukan
sahaja tidak diberi ganjaran sebaliknya
ditertawakan dan dilabel sebagai
pengacau atau banyak mulut.
Mereka juga biasanya akan ditegur dan
penggunaan perkataan jangan membantutkan
keupayaan kreatif kanak-kanak. Menurut Yong
(1983) pada usia 4 hingga 5 kanak-kanak
berada pada tahap kreatif yang paling
berbanding apabila usia mereka semakin
meningkat, ini adalah disebabkan faktor-faktor
persekitaran yang menghadkan kreativiti.
Faktor-faktor ini termasuklah peraturan,
desakan, arahan dan larangan tanpa
penjelasan. Sebaliknya mereka yang memberi
jawapan yang selamat tetapi tidak kreatif diberi
penghargaan kerana mampu memberi apa yang
dikehendaki oleh guru.


Mengikut Torrance (1965) matlamat kebanyakan
usaha terapi adalah untuk membantu individu
menjadi lebih kreatif supaya mereka boleh
menghadapi tekanan hidup dengan lebih wajar.
Khayalan dan bayangan juga sangat penting
dalam proses kreatif. Torrance dan Myres
(1970) menyatakan bahawa ramai kanak-kanak
disekat pemikiran mereka kerana ibu bapa dan
guru memberi amaran supaya mereka
menghentikan khayalan. Sebenarnya khayalan
patut dihidupkan sehingga perkembangan
mental kanak-kanak sudah sampai ke tahap
yang membenarkan pemikiran kreatif yang lebih
realistik.
Alamshah (1972)
menyatakan bahawa halangan kepada kreativiti
ada banyak. Antaranya boleh dikenal pasti
adalah sosio ekonomi, psikologikal dan
characterological. Halangan-halangan
sosioekonomi terdiri daripada tanggapan-
tanggapan yang salah, pengambilan risiko dan
kecerdasan manusia. Halangan psikologikal
pula merangkumi kurangnya desakan dalaman,
perasaan rendah diri dan tanggapan yang salah
tentang bakat berhubung dengan kreativiti.
Halangan-halangan characterological
berfokus kepada kurangnya disiplin kendiri,
pertautan, ketiadaan dan komitmen.