Anda di halaman 1dari 18

Pengenalan

Agak sukar untuk mendefinisikan erti Pengurusan Pengetahuan atau Knowledge


Management yang rata-rata telah menjadi bualan atau isu dalam perbincangan pengurusan,
mesyuarat, seminar atau bengkel di dalam sesebuah organisasi. Pengurusan pengetahuan
sudah tentunya bukan satu produk yang boleh digunakan semata-mata untuk memperbaiki
sesebuah organisasi. Sebenarnya pengurusan pengetahuan telah diberikan perhatian sejak
sekian lama dalam sejarah pengurusan manusia. Ilmuan Islam Abdel Rahman Ibn-Khaldun
(1332-1406) merupakan salah seorang pemikir Islam yang diiktiraf oleh ahli-ahli sosiologi
dalam perkembangan, pembangunan serta pemindahan pengetahuan seperti yang dihuraikan
oleh Ritzer (1996). Ilmu bukan sahaja diperlukan untuk menguasai teknologi, bahkan untuk
dijadikan benteng pertahanan diri dalam mengharungi pelbagai cabaran. Tanpa menguasai
ilmu, individu itu pastinya terus ketinggalan sedangkan dunia yang semakin maju
menyediakan banyak peluang untuk dikejar oleh mereka yang benar-benar inginkan
kecemerlangan.

Pengetahuan, Maklumat dan Data
Sebelum seseorang boleh mula bercakap tentang pengurusan pengetahuan (KM), salah satu
mesti bermula dengan jelas menentukan maksud perkataan "pengetahuan". Ia adalah penting
untuk memahami apa yang merupakan pengetahuan dan apa yang jatuh di bawah kategori
maklumat atau data. Malangnya, ini adalah satu tugas yang lebih sukar daripada yang
mungkin tidak jelas pada mulanya. Dalam bahasa sehari-hari, dalam bidang tertentu, dan juga
dalam bidang yang sama, perkataan "pengetahuan" sering membawa kepada pelbagai
maksud.
Dalam bahasa sehari-hari kita menggunakan pengetahuan sepanjang masa. Kadang-kadang
kita bermakna pengetahuan, manakala masa yang lain kita bercakap mengenai kebijaksanaan.
Dalam banyak keadaan kita juga menggunakannya untuk merujuk kepada maklumat.
Sebahagian daripada kesukaran menentukan pengetahuan timbul daripada hubungan kepada
dua konsep yang lain, iaitu data dan maklumat. Kedua-dua istilah itu sering dianggap sebagai
mazhab yang lebih rendah pengetahuan, tetapi hubungan sebenar amat berbeza dari satu
contoh yang lain.
.
Pandangan simplistik mengenai pengetahuan amat meluas dalam tahun 90-an apabila
teknologi maklumat menjadi semakin biasa. Walau bagaimanapun sehingga ke hari ini,
sesetengah sistem pengurusan pengetahauan adalah lebih sedikit daripada sistem pengurusan
maklumat menggunakan pengetahuan sebagai sinonim untuk mendapatkan maklumat.
Sebagai contoh, Theirauf (1999) mentakrifkan tiga komponen seperti berikut: data adalah
titik yang paling rendah, koleksi berstruktur fakta dan angka; maklumat adalah tahap yang
seterusnya, dan ia dianggap sebagai data berstruktur; akhirnya pengetahuan ditakrifkan
sebagai "maklumat mengenai maklumat ".
Walau bagaimanapun, seseorang itu melihat definisi pengetahuan sebagai satu konsep yang
lebih kompleks dan peribadi yang menggabungkan lebih daripada sekadar maklumat. Di
dalam Kamus The Longman mempunyai satu definisi yang menerangkan pengetahuan
biasanya berkaitrapat dengan pengurusan pengetahuan. Ia menyatakan "maklumat, kemahiran
dan pemahaman bahawa anda telah diperolehi melalui pembelajaran atau pengalaman."






Rajah 1 : Data, Maklumat dan Pengetahuan
Data: Fakta dan angka yang menyampaikan sesuatu yang tertentu, tetapi tidak dianjurkan
dalam apa jua cara dan tidak memberikan maklumat lanjut mengenai corak, konteks, dan
lain-lain. Menurut Thierauf (1999), "fakta-fakta dan angka-angka yang tidak berstruktur yang
mempunyai kesan-kurangnya pada pengurus biasa. "


pengetahuan
maklumat
data
Maklumat: Untuk data menjadi maklumat, ia mesti dikategorikan, dikira dan dikontekskan
(Davenport & Prusak 2000). Maklumat itu adalah data yang mempunyai perkaitan dan tujuan
(Bali et al 2009). Pada asasnya maklumat ditemui "sebagai jawapan kepada soalan-soalan
yang bermula dengan kata-kata seperti siapa, apa, di mana, bila, dan berapa banyak" (Ackoff
1999).
Ilmu: Pengetahuan adalah berkait rapat dengan melakukan dan menunjukkan pengetahuan
dan kefahaman. Pengetahuan yang dimiliki oleh setiap individu adalah hasil daripada
pengalaman beliau, dan merangkumi norma-norma di mana dia menilai input baru dari
persekitarannya (Davenport & Prusak 2000). Menurut definisi yang dikemukakan oleh
Gamble dan Blackwell (2001), "Pengetahuan adalah campuran cecair pengalaman dirangka,
nilai, maklumat kontekstual, pandangan pakar, dan gerak hati berasaskan persekitaran dan
rangka kerja untuk menilai dan menggabungkan pengalaman baru dan maklumat. Ia berasal
dan digunakan dalam fikiran yang lebih mengetahui. Dalam organisasi, ia bukan sahaja
dalam dokumen atau simpanan, tetapi juga dalam rutin organisasi, amalan dan norma. "
Dalam usaha untuk pengurusan pengetahuan berjaya, seseorang itu perlu pemahaman yang
mendalam tentang apa yang dianggap sebagai pengetahuan. Sekarang kita telah menetapkan
sempadan yang jelas di antara pengetahuan, maklumat dan data, ia mungkin adalah untuk
pergi satu langkah ke hadapan dan melihat bentuk pengetahuan wujud dan cara-cara yang
berbeza yang boleh diakses, dikongsi dan digabungkan.

Konsep Pengurusan Pengetahuan
Pengurusan pengetahuan ialah segala kegiatan yang berstruktur untuk penambahbaikan
sesebuah organisasi melalui perkongsian maklumat serta penggunaan maklumat yang betul.
Penentu kejayaan organisasi dalam menguruskan maklumat mesti berasaskan kepada modal
intelek yang merangkumi persaingan modal insan, modal berstruktur dan modal
perhubungan.(McShane and Glinow, 2006).
Pengurusan pengetahuan adalah untuk memastikan maklumat yang betul boleh didapati
melalui format yang ringkas oleh pekerja untuk mencapai objektif yang diperlukan oleh
organisasi, maka ia dapat membentuk satu pengalaman dan boleh digunakan untuk membuat
keputusan yang lebih berkesan.
Ini menunjukkan kejayaan dan peningkatan bagi sesuatu pengurusan fasiliti bergantung
kepada keupayaan atau kualiti sesuatu ilmu pengetahuan yang diaplikasikan atau digunapakai
di dalam aktiviti pengurusan yang utama oleh sesuatu organisasi.
Menurut Gartner Group (Eyler,2001), pengurusan pengetahuan adalah salah satu kaedah
untuk membentuk, mendapatkan, mengorganisasi, merekodkan dan dapat diguna semula bagi
maklumat aset. Aset ini merangkumi struktur database, maklumat seperti polisi dan dokumen
prosedur serta yang paling penting adalah tacit knowledge dan kepakaran yang dimiliki oleh
seseorang pekerja atau individu. Pengurusan pengetahuan secara ringkasnya dapat difahami
sebagai satu sistem yang lebih fleksibel mengikut keadaan dan persekitaran.
Pengetahuan terbahagi kepada pengetahuan tasit dan pengetahuan eksplisit (Polanyi 1967;
Nonaka 1994). Pengetahuan eksplisit merujuk pengetahuan yang boleh didokumenkan dan
disentuh, tetapi pengetahuan tasit tidak dapat dilihat atau disentuh serta sukar untuk
dijelaskan (Aman dan Nicholson 2009; Nonaka 1994). Penjelasan mengenai pengurusan
pengetahuan dapat difahami apabila membincangkan secara mendalam mengenai
pengetahuan tasit dan pengetahuan eksplisit. Kedua-dua bentuk pengetahuan ini adalah
pengetahuan asas dalam diri manusia yang amat berguna apabila maklumat-maklumat dapat
dikongsi bersama untuk bekerja dalam pasukan (Nonaka, 1991)
Dalam pembentukan satu sistem pengurusan pengetahuan terdapat beberapa sistem sokongan
yang perlu diambilkira iaitu seperti sistem pengumpulan maklumat, sistem penyimpanan
maklumat, sistem pencarian maklumat dan lain-lain lagi. Ilmu pengetahuan boleh
didefinisikan sebagai maklumat yang berguna untuk meningkatkan sesuatu nilai yang
berpotensi untuk sesuatu organisasi. Pengurusan pengetahuan dilihat sebagai salah satu
strategi sesebuah organisasi kerana ia dapat membantu memanfaatkan sumber pengetahuan
dan kebolehan dalam organisasi (Amalia dan Nugrohu 2011; Beckman 1999; Hansen et al.
1999; Zack 1999).
Menurut laporan Kotzer (2001), ilmu pengetahuan adalah melalui dua telinga dan hanya
melalui dua telinga sahaja. Ia sebenarnya berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh pekerja
dengan ilmu pengetahuan yang mereka ada. Apabila pekerja berhenti dari sesuatu syarikat,
ilmu pengetahuan tersebut akan dibawa keluar bersama, tak kira berapa banyak pun yang
dikongsikan. Daripada laporan ini dapat diketahui betapa pentingnya idea dan ilmu yang
dimiliki oleh seseorang pekerja.
Pengurusan pengetahuan berfungsi sebagai membentuk dan menyebar sesuatu maklumat,
membangunkan dan berkongsi kefahaman berkaitan dengan maklumat yang diperolehi,
menggunakan kefahaman yang telah dikongsikan kedalam nilai yang berpotensi dan
menyimpan nilai ilmu pengetahuan dengan kemudahan teknologi yang digunakan dalam
organisasi pengurusan fasiliti tersebut.

Perkembangan Konsep Pengurusan
Menurut Barclay (1997) perkembangan Pengurusan Pengetahuan giat dibincangkan oleh para
akademia di Harvard Business School, Amerika Syarikat. Pada era 1970-an terdapat ramai
penyelidik yang menumpukan perhatian di dalam perkembangan pemindahan dan innovasi
teknologi maklumat yang mencetuskan penyelidikan terperinci mengenai kefahaman
pengetahuan (knowledge).
Perkembangan ini berlarutan sehingga pertengahan 1980-an di mana ahli-ahli pengurusan
mengiktiraf kepentingan pengetahuan, penggunaannya serta persaingan yang wujud di
kalangan profesional mengenai kaitan pengetahuan dengan pembangunan sesebuah
organisasi. Malahan segala bentuk pembangunan individu atau organisasi adalah berasaskan
kepada pengetahuan yang dibangunkan dalam sesuatu hasil pembangunan dan penyelidikan.
Seterusnya era 1980an telah mewujudkan konsep baru seperti Perolehan Maklumat
(Knowledge Acquisition), Pengetahuan Kejuruteraan (Knowledge Engineering) serta
pengetahuan yang berasaskan system (Knowledge Base Systems).
Istilah Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management) seterusnya digunapakai di dalam
Jurnal terbitan Harvard Business School pada tahun 1989 yang berjudul Sloan Management
Review of Organizational Science. Manakala sebuah buku pertama mengenai Pengurusan
Pengetahuan berjudul The Knowledge Value Revolution oleh Peter Senge dan Saikaya,
telah diterbitkan juga oleh Harvard Business School Press, 1989.
Pada era 1990-an terdapat beberapa firma perundingan pengurusan terutama dari Amerika
Syarikat, Eropah dan Jepun, tumbuh seperti cendawan dan menganjurkan seminar
Pengurusan Pengetahuan kepada beberapa organisasi perniagaan. Pada tahun 1991, satu
artikel Pengurusan Pengetahuan yang bertajuk Brainpower telah diterbitkan oleh Tom
Stewart dalam majalah popular Fortune.
Selepas terbitnya artikel itu, beberapa hasil penyelidikan dan penulisan terus membincangkan
mengenai isu pengurusan pengetahuan dalam perkembangan individu, organisasi, masyarakat
setempat dan masyarakat dunia. Artikel yang paling terkenal dan menjadi rujukan adalah
hasil penyelidikan Ikujiro Nonaka dan Hirotaka Takeuci yang berjudul The Knowledge
Creating Company: How Japanese Companies Create the Dynamics of Innovation (1991).
Paling ketara sekali ialah penyelidikan Ikujiro Nonaka yang cuba merungkaikan semula
pengertian pengurusan sebenarnya. Menurut Dr. Murray E. Jennex, Ketua Pengarang
International Journal of Knowledge Management, dalam prakatanya (2005) beliau telah
menunjukkan sebuah jadual mengenai senarai bahan rujukan untuk pengertian Pengurusan
Pengetahuan dan mendapati hasil kerja dari Ikujiro Nonaka telah disenarai sebagai bahan
rujukan yang paling banyak iaitu 41 kali rujukan dalam 101 kertas kerja dalam masa 7 tahun.

Proses Pengurusan Pengetahuan
Pengurusan pengetahuan merupakan kitar yang berulang, khususnya apabila pengetahuan
baharu, sama ada tasit mahupun eksplisit dicipta (Nicholson dan Aman 2009; Alavi dan
Leidner 2001). Aman dan Nicholson (2009) menggunakan kitar sosialisasi, penzahiran,
penjiwaan dan penggabungan untuk memahami pemindahan pengetahuan di antara pekerja.
Alavi dan Leidner (2001) pula menggunakan kitar pengurusan pengetahuan yang melibatkan
proses penciptaan pengetahuan, penyimpanan pengetahuan, pemindahan pengetahuan dan
juga aplikasi pengetahuan. Alavi dan Leidner (2001) menyatakan bahawa pengurusan
pengetahuan merujuk kepada proses tertentu yang sistematik dan terurus untuk mendapatkan,
mengendalikan dan menyampaikan kedua-dua pengetahuan tasit dan eksplisit yang diperoleh
daripada seseorang pekerja agar pekerja lain turut dapat menggunakannya bagi meningkatkan
tahap kecekapan dan produktiviti tugasan mereka (Alavi dan Leidner 1999; 2001). Tidak
dinafikan bahawa terdapat banyak cabaran dalam pengurusan pengetahuan, seperti perbezaan
bahasa dan budaya (Aman dan Nicholson 2009), limitasi ruang (Wong dan Aspinwall 2006)
serta pekerja yang kurang bermotivasi (Nicholson dan Sahay 2004).


Alavi dan Leidner (2001) mencadangkan bahawa pengurusan pengetahuan melibatkan empat
proses utama, iaitu penciptaan, penyimpanan, pemindahan dan aplikasi pengetahuan. Mereka
turut menjelaskan bahawa pengurusan pengetahuan yang baik yang diperoleh daripada
seorang pekerja akan turut memberi manfaat kepada pekerja lain, yang seterusnya akan
meningkatkan tahap kecekapan dan nilai tambah sesebuah organisasi.


Penciptaan pengetahuan: Alavi dan Leidner (2001) menyatakan bahawa pengetahuan akan
tercipta apabila dua orang yang berbeza berkongsi pengetahuan tasit dan eksplisit dengan satu
sama lain. Ini selari dengan pendapat Nonaka (1994) yang menyatakan bahawa pengetahuan
dicipta, dikongsi, dibesarkan dan diadili dalam pentadbiran syarikat. Beliau turut menyatakan
bahawa penciptaan pengetahuan boleh dikenal pasti melalui kaedah sosialisasi, penzahiran,
penjiwaan dan penggabungan (Nonaka 1994).
Cabaran utama yang kerap dihadapi dalam penciptaan pengetahuan oleh pekerja di syarikat
kecil ialah perbezaan bahasa dan budaya (Aman dan Nicholson 2009; Oshri et al. 2008).
Sebagai salah sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi di luar pesisir, syarikat pasti
mempunyai pekerja daripada kalangan rakyat tempatan yang menghadapi kesukaran
berkomunikasi dengan pelanggan antarabangsa disebabkan perbezaan bahasa (Nicholson dan
Aman 2008). Oleh itu, syarikat perlu melatih pekerja untuk berkomunikasi dengan baik
dalam bahasa yang mudah difahami atau menyediakan kamus bahasa bagi memudahkan
penciptaan pengetahuan (Aman dan Nicholson 2008; Oshri et al. 2008).
Rajah 2 : Proses Pengurusan Pengetahuan (Alavi dan Leidner 2001)
Penyimpanan pengetahuan: Dalam bahagian ini, pengetahuan yang diterima akan diproses
dan disimpan. Menurut beberapa kajian lepas, seseorang itu akan mencipta pengetahuan dan
akan melupakannya (Argote et al. 1990; Darr et al. 1995; Alavi dan Leidner 2001). Oleh itu,
adalah amat penting untuk memastikan sesuatu pengetahuan itu disimpan dalam pelbagai
bentuk, termasuk dokumen bertulis, penyimpanan maklumat berstruktur dalam pangkalan
data elektronik, mengekod pengetahuan manusia dalam sistem pintar, prosedur dan proses
dokumentasi syarikat, dan juga pengetahuan tasit yang diperoleh daripada seseorang dan
rangkaian individu lain (Tan et al.1998). Ini bermakna pembekal akan menyimpan maklumat
yang diingini setelah memperolehnya sebelum ia digunakan semula.
Cabaran utama berhubung penciptaan pengetahuan yang kerap dihadapi pekerja dalam
syarikat kecil ialah kekurangan ruang simpanan (Wong & Aspinwall 2006). Kaedah yang
boleh digunakan dalam menangani cabaran ini ialah menggunakan aplikasi perisian mudah
yang terdapat dalam komputer pekerja (Alavi dan Leidner 2001; Aman dan Nicholson 2009;
Nonaka dan Konno 1998)
Pemindahan pengetahuan: Setelah pengetahuan diperoleh dan disimpan bagi membolehkan
ia digunakan, ia harus disebarkan atau dipindahkan kepada pihak yang memerlukannya untuk
digunakan (Alavi dan Leidner 2001). Cabaran utama yang dihadapi ialah masalah perbezaan
latar belakang pekerja seperti pendidikan dan pengalaman kerja (Aman dan Nicholson 2008).
Aman dan Nicholson (2009) mencadangkan tempoh berkenalan sesama pekerja
diperuntukkan sebelum mereka mula berbincang tentang urusan pekerjaan. Ini untuk
memastikan setiap pekerja memahami latar belakang pekerja lain yang seterusnya akan
memudahkan mereka memindahkan atau mengajar sesuatu pengetahuan. Aplikasi
pengetahuan menjadi penentu sama ada sesebuah organisasi itu boleh mengaplikasikan
pengetahuan yang ada pada mereka untuk menjadi lebih berdaya saing (Alavi dan Leidner
2001; Grant 1996). Dengan perkataan lain, ia merupakan tahap pengetahuan yang diterima
dalam bentuk tasit dan eksplisit yang akan digunakan dalam situasi yang sama oleh individu
lain.
Cabaran utama yang dihadapi ialah kurangnya motivasi untuk mengaplikasikan pengetahuan
baharu (Nicholson dan Sahay 2004). Ouchi(1979) mencadangkan motivasi boleh diberi
dalam bentuk kewangan seperti bonus atau dalam bentuk bukan kewangan seperti laluan
kerjaya yang menarik.

Peranan Modal Insan dalam Pengurusan Pengetahuan
Pengurusan Pengetahuan diangggap sebagai satu konsep dan instrumen untuk merealisasikan
objektif sesebuah organisasi. Di dalam mengejar pencapaian tersebut, penjanaan ilmu
pengetahuan merupakan proses berterusan yang signifikan bagi menentukan kejayaan
pengurusan dalam organisasi (Mandle dan Winkler, 2007).
Hasrat inilah yang mendorong kerajaan Malaysia untuk melaksanakan pelbagai usaha dalam
meningkatkan tahap kecekapan, ketelusan dan keberkesanan system penyampaian
perkhidmatan kerajaan (service delivery system). Menurut MAMPU (2006), usaha-usaha
untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang merentasi Agensi Kerajaan
adalah untuk mengurangkan kerenah Birokrasi, Penurunan dan perwakilan kuasa,
Perkhidmatan kaunter, Pejabat Perkhidmatan Pelanggan, Pelaksanaan Standard MS ISO
9000, Pengukuran Prestasi dan Memanfaatkan Penggunaan ICT.
Jika dilihat secara menyeluruh, usaha-usaha itu memerlukan penggembelingan sumber tenaga
manusia (modal insan) secara efektif dan melalui proses perancangan yang diatur dengan
rapi. Lebih penting lagi, peranan pengurus, eksekutif dan kakitangan sokongan memainkan
peranan penting dalam mempastikan keberkesanan perkhidmatan kerajaan. Komitmen
kerajaan Malaysia dibuktikan dengan usaha melahirkan modal insan ulul albab berilmu,
kompeten, kreatif, inovatif, mempunyai jati diri, berdisiplin dan mampu bersaing di pasaran
kerja antarabangsa seiring dengan pelan induk Rancangan Malaysia Ke 9 (Mohamad Sofee
Razak, 2007).
Dalam konteks ini, pengurusan tidak boleh dipisahkan dari aspek kemanusiaan samada ilmu
pengetahuan dan juga kemahiran. Oleh sebab itu kerajaan Malaysia telah menyediakan
peruntukan sebanyak RM 4.1b kepada pembangunan modal insan dalam mengembangkan
pembangunan pendidikan. Pembangunan modal insan menjadi dasar dalam memastikan
program pendidikan diberikan kepada rakyat bermula dari peringkat pra sekolah hinggalah ke
peringkat pengajian tinggi.
Pengurusan Pengetahuan adalah merupakan pendekatan kepada modal insan (Human Capital)
kerana ia berperanan besar dalam menentukan prestasi sesebuah organisasi. Dalam konteks
lebih luas lagi, modal insan mencorak hala tuju Negara ke arah wawasan yang disasarkan.
Tanpa sumber manusia berkualiti sesebuah Negara akan lemah kerana ketiadaan faktor
manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam kegiatan sosioekonominya. Bagi
menghasilkan sumber insan dinamik, ia memerlukan proses pengisian minda dengan ilmu
pengetahuan. Sumber manusia yang berilmu pastinya menjadi rebutan organisasi dan juga
syarikat kerana menganggap mereka (kakitangan berilmu) adalah aset berharga.

Model Pengurusan Pengetahuan
Jika kita melihat dari perspektif yang lebih praktikal, pengurusan pengetahuan memerlukan
tertentu menganjurkan prinsip - satu rangka kerja umum - yang akan membantu kita untuk
mengklasifikasikan aktiviti yang berbeza jenis dan fungsi, yang diperlukan untuk
pengetahuan membayangkan kerja, kedua-dua di dalam dan di di luar organisasi. Ini rangka
kerja umum yang boleh didapati dalam bentuk teori dan model untuk pengurusan
pengetahuan. Kita boleh mencari dalam sastera khusus model banyak mengenai pengurusan
pengetahuan. Daripada semua model, kami telah mengenal pasti model tertentu yang boleh
digunakan dalam hampir mana-mana jenis organisasi.
Nonaka - Takeuchi model
Model ini telah diperolehi selepas kajian mengenai kejayaan beberapa syarikat-syarikat
Jepun, tentang mendapatkan kreativiti dan inovasi. Mereka mendapati bahawa kejayaan ini
tidak datang dari pemprosesan mekanikal pengetahuan objektif, tetapi dari unsur-unsur
sangat subjektif (metafora dan simbol). Kedua-dua penyelidik menyatakan bahawa faktor
utama syarikat-syarikat Jepun datang daripada pendekatan berorientasikan pengetahuan
tersirat. Budaya Barat mempertimbangkan unsur yang dikenali sebagai entiti berasingan.
Sebaliknya, budaya timur percaya dalam perpaduan: manusia dan alam semula jadi, badan
dan minda, orang sendiri dan lain-lain. Dalam persekitaran sedemikian, ilmu terutamanya
yang terdapat bukan pada individu tetapi dalam kumpulan, dan ia adalah mudah untuk
menukar, berkongsi dan dipindahkan.
Nonaka dan Takeuchi menekankan keperluan untuk mengintegrasikan kedua-dua jenis
budaya, untuk mendapatkan instrumen yang lebih baik. Penciptaan pengetahuan sentiasa
bermula di peringkat individu. Bermula dari pengetahuan peribadi ini, kebanyakannya
tersirat, kita akan mendapatkan pengetahuan organisasi.
Kewujudan di peringkat setiap syarikat mewakili intipati model Nonaka. Pengetahuan
berlaku sebagai kesinambungan dalam semua petak organisasi. Menurut Nonaka dan
Takeuchi model, terdapat empat kaedah untuk menukar pengetahuan, yang mewakili "Enjin"
daripada keseluruhan proses untuk mewujudkanpengetahuan. Pembentukan organisasi
pengetahuan mewakili amplifikasi pengetahuan individu dan transformasi ke umum
digunakan pengetahuan.

Rajah 3 : Penukaran pengetahuan dalam model Nonaka-Takeuchi
Socializations bermaksud berkongsi pengetahuan dengan interaksi sosial secara langsung.
Selain itu, ia menunjukkan untuk mendapatkan pemahaman bersama. Ia adalah salah satu
bentuk yang paling mudah pertukaran pengetahuan, kerana ia adalah satu negeri naluri.
Kelebihan terbesar sosialisasi ia juga kelemahan yang terbesar, kerana ilmu masih tersirat, ia
akan sangat jarang ditulis atau disimpan. Davenport dan Prusak menekankan bahawa:
"Kompleks, pengetahuan tersirat, maju dan dihayati oleh orang yang memiliki ia lebih
tempoh masa yang panjang ia adalah hampir mustahil untuk menjadi semula dalam dokumen
atau dalam pangkalan data ". Apa saja jenis pengetahuan menggabungkan banyak butir-butir
yang kaedah-kaedah yang menentukan ia adalah mustahil untuk dipisahkan. Ini membawa
kepada idea bahawa proses mendapatkan pengetahuan tersirat baru ia tidak tegas terikat
kepada bahasa tetapi untuk pengalaman dan keupayaan untuk menghantarnya.
Proses externalization menawarkan satu bentuk ketara pengetahuan tersirat dengan menukar
kepada pengetahuan yang jelas. Pekerja-pekerja yang mampu untuk menentukan struktur
pengetahuan dan menggunakan kaedah tertentu untuk memohon dalam keadaan tertentu.
Apabila dizahirkan, pengetahuan adalah ketara dan kekal. Ia mudah dikongsi dan merebak di
organisasi. Kami boleh pada masa ini untuk mula menggunakan Sistem Pengurusan
Kandungan, yang digunakan untuk mencipta, mengurus, mengemas kini, mencari dan
menyiarkan teks elektronik atau mana-mana format media digital. Untuk pengenalan lagi ia
adalah penting untuk tidak kehilangan maklumat mengenai pencipta pengetahuan semasa
penukaran daripada tersirat kepada tersurat.
Fasa seterusnya penukaran pengetahuan ia diwakili oleh combination (eksplisit kepada
ekspilisit). Proses ini menggabungkan beberapa pengetahuan untuk mendapatkan bentuk
pengetahuan baru. Tidak ada pengetahuan yang ia diwujudkan dengan sendiri - ia merupakan
gabungan baru atau perwakilan yang sedia ada pengetahuan. Oleh itu, gabungan berlaku
apabila konsep disusun dan sistematik dalam sistem pengetahuan.
Internalization mewakili peringkat akhir penukaran pengetahuan (yang jelas untuk tersirat).
Ini direalisasikan melalui penyebaran dan penglibatan tingkah laku yang baru difahami. Kita
boleh mengaitkan internalisasi dengan proses pembelajaran dengan amalan. Ini bermakna
menukar atau mengintegrasikan pengetahuan / pengalaman dalam model mental yang akan
melanjutkan, akhirnya merumuskan dalam konteks pengetahuan yang berbeza. Pengetahuan,
pengalaman, amalan terbaik, pengajaran adalah melalui proses penukaran, tetapi ia adalah
mustahil berhenti di fasa perantara. Hanya apabila pengetahuan dihayati dalam asas
pengetahuan menurut beberapa model mental yang boleh dikongsi, ia akan menjadi berguna
kepada syarikat.






Model Choo
Model ini adalah model yang sangat baik untuk menguruskan pengetahuan berdasarkan unsur-
unsur yang digunakan untuk mencipta deria baru untuk keputusan kesimpulan optimum. Model
Choo berfokus kepada bagaimana unsur-unsur maklumat dipilih dan diperkenalkan pada tindakan
syarikat. Hasil tindakan dan penyerapan maklumat yang datang daripada persekitaran luaran
dalam setiap kitaran, digambarkan dalam Rajah 4 di bawah :








Rajah 4 : Model Pengurusan Pengetahuan Choo
Semasa fasa pengenalan kita akan menentukan keutamaan yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat penapisan. Di peringkat individu, tafsiran yang sama akan dibina dari pertukaran
beberapa maklumat, digabungkan dengan pengalaman sebelumnya. Weick mencadangkan satu
teori yang mana beliau cuba untuk menggambarkan bagaimana huru-hara boleh diubah dalam
proses yang jelas dengan berkongsi individu tafsiran. Kami telah mengenal pasti empat proses
digambarkan oleh model Choo:
1. Perubahan persekitaran - ia adalah luar untuk organisasi, yang mempunyai kemungkinan
untuk mengganggu aliran maklumat antara peserta
2. Penyesuaian
3. Pemilihan dan menyimpan - apabila orang cuba untuk mentafsirkan apa yang telah
diperhatikan. Ini adalah proses yang merujuk pembentukan memori organisasi yang akan
mengandungi orang-orang berpengalaman yang akan berkahir dengan kejayaan. Memori
ini boleh digunakan semula pada masa hadapan untuk tafsiran baru dalam menyatukan
mereka ke arah wawasan organisasi yang jelas.
Penciptaan pengetahuan boleh dianggap sebagai satu transformasi pengalaman peribadi ke
pengetahuan melalui dialog dan perkongsian. Unsur-unsur model ini boleh didapati dalam teori-
teori penting seperti: teori permainan, tingkah laku ekonomi dan teori huru-hara. Keupayaan
minda manusia untuk merumuskan dan menyelesaikan masalah yang kompleks ia adalah agak
kecil berbanding dengan masalah dimensi, di mana penyelesaian adalah perlu bagi tingkah laku
yang rasional. Sebagai akibatnya, orang-orang yang berhadapan dengan tujuan yang samar-samar
cuba untuk memenuhi tujuan yang mengambil jumlah yang sederhana masa dengan
menggunakan sumber-sumber yang berada di bawah kawalan mereka. Biasanya, apabila minda
kita berhadapan dengan kerumitan dunia yang besar, ia akan membina model mental mudah dan
akan bertindak mengikut kepadanya. Kami mendapati elemen yang kuat model Choo dalam
pendekatan holistik proses utama mengenai pengetahuan pengurusan, dengan sambungan ke
kawasan-kawasan keputusan, yang sering terlepas dalam pengurusan pengetahuan model.

Model Von Krogh and Roos
Model ini membawa perbezaan yang jelas antara pengetahuan individu dan pengetahuan sosial,
berikutan titik pandangan epistemologi mengenai pengurusan pengetahuan. Menurut model ini,
aspek-aspek berikut perlu dianalisis iaitu:
1. Mengapa dan bagaimana ilmu itu sampai ke pekerja-pekerja syarikat
2. Mengapa dan bagaimana ilmu mencapai organisasi
3. Apakah maknanya pengetahuan kepada pekerja / organisasi
4. Apakah halangan-halangan untuk pengurusan pengetahuan organisasi
Perspektif kognitif menyatakan bahawa sistem kognitif, tidak kira jika ia adalah manusia atau
tiruan, mewujudkan perwakilan (model) realiti, dan proses pembelajaran muncul apabila
perwakilan ini yang tidak tahu bagaimana dimanipulasi (digunakan dalam kesimpulan yang
berbeza).
Epistemologi kognitif melihat pengetahuan organisasi sebagai satu sistem dengan diri-organisasi
ciri-ciri, di mana orang yang telus kepada maklumat yang datang dari luar (kami mendapatkan
maklumat melalui deria dan kita menggunakan ia untuk mewujudkan model mental) .Dalam
perspektif ini, otak boleh dianggap sebagai mesin berdasarkan logik dan pengesanan, yang tidak
membenarkan deklarasi yang bertentangan. Jadi, organisasi mengumpul maklumat daripada yang
alam sekitar, ia memproses logik. Dengan carian dan kecekapan kognitif yang berbeza, cara yang
mungkin tindakan akan dijana - segala-galanya adalah berdasarkan pergerakan individu sumber
kognitif. Ia dikenali bahawa otak tidak memproses simbol berurutan, tetapi ia merasakan yang
perspektif, hartanah global, model dan sinergi. Kaedah-kaedah pembelajaran adalah mereka yang
boleh mengawal bagaimana komponen ini saling berkaitan. Maklumat ini ia bukan sahaja diambil
dari persekitaran luar, ia boleh dihasilkan juga dalaman. Kebiasaan dan amalan adalah yang
membawa kepada pembelajaran. Pekerja-pekerja yang membentuk nod sistem organisasi, dengan
saudara yang lemah - pengetahuan merupakan satu fenomena yang timbul yang berasal dari
interaksi sosial.
Von Krogh dan Roos mengikuti prinsip-prinsip pendekatan conexionist dalam model mereka.
Dalam model organisasi, pengetahuan itu akan mendapati kedua-dua di dalam fikiran orang ramai
dan dalam hubungan di antara mereka. Berbeza dengan pendekatan kognitif, yang melihat
pengetahuan sebagai satu entiti abstrak, idea-idea conexionist menyatakan bahawa ia adalah
mustahil untuk mempunyai pengetahuan tanpa yang paling mengetahui. Ini adalah sangat sesuai
terhadap konsep pengetahuan tersirat, yang amat sukar untuk abstrak.
Krogh dan Roos menyenaraikan sifat pengurusan pengetahuan dari perspektif: pekerja,
komunikasi, struktur organisasi, hubungan antara ahli-ahli dan pengurusan manusia resources.
Lima faktor penjagaan ini menjana masalah yang boleh menghalang strategi pengurusan
pengetahuan. Contohnya, jika pekerja tidak memahami pengetahuan sebagai satu bahagian
penting dalam syarikat, kesan-kesan akan dilihat dalam kualiti kerja mereka. Juga, jika tidak ada
yang sama bahasa untuk menyatakan pengetahuan baru, mengekalkan pengetahuan baru ini akan
menjadi sangat sukar. Dalam kes di mana ahli-ahli organisasi tidak bersedia untuk berkongsi
pengalaman mereka, ia akan menjadi amat sukar untuk menjana pengetahuan kolektif sosial.
Syarikat-syarikat hendaklah menggunakan unsur-unsur yang mengaktifkan pengetahuan dengan
rangsangan pekerja.
Pendekatan ini telah terus dihalusi untuk mengenal pasti model untuk "pengaktifan pengetahuan",
sebelum memulakan program pengurusan pengetahuan. Pengaktifan merujuk kepada set umum
aktiviti-aktiviti organisasi yang positif memberi kesan kepada penciptaan pengetahuan. Aktiviti-
aktiviti ini boleh sangat meningkatkan hubungan manusia, perbualan dan berkongsi pengetahuan
tempatan. Kita boleh mengatakan bahawa pendekatan conexionist seolah-olah menjadi tempat
yang baik untuk pengurusan pengetahuan teori model, terutamanya kerana hakikat bahawa
hubungan antara ilmu dan orang-orang yang memiliki ia, seolah-olah menjadi kekal.


Pelaksanaan Pengurusan Pengetahuan oleh Nonaka dan Takeuchi di Sekolah
Model Pengurusan Pengetahuan oleh Nonaka dan Takeuchi seperti yang dinyatakan terdapat
empat kaedah untuk menukar pengetahuan, yang mewakili "Enjin" daripada keseluruhan
proses untuk mewujudkan pengetahuan. Socializations ( tacit kepada tacit ) adalah proses
pemindahan maklumat diantara orang-orang dengan cara percakapan/perbincangan.
Perlaksanaannya di sekolah dapat dilihat menerusi perbincangan yang sering diadakan oleh
guru-guru secara tidak langsung mengenai kaedah pengajaran. Perbincangan dan perbualan
yang dijalankan akan menghasilkan pemindahan pengetahuan yang akhirrnya akan
membantu guru tersebut didalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Proses externalization (Tacit kepada Explicit ) pula merupakan proses pemindahan
maklumat dan pengetahuan dengan lebih tersusun. Maklumat yang di sampaikan dan diterima
oleh individu bukan sahaja didengar malahan ianya akan dicatatkan sebagai simpanan. Antara
cara kaedah pemindahan maklumat proses externalization ini adalah seperti penulisan buku,
jurnal, majalah dan lain-lain. Di sekolah, dapat dilihat perlaksanaannya melalui penyediaan
kajian tindakan oleh guru-guru bagi tujuan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Kajian tindakan ini bukan sahaja penting pada masa tersebut, ianya juga berguna
untuk digunakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang mengalami situasi yang hampir
sama di masa hadapan. Kajian tindakan yang telah dihasilkan boleh dibukukan bagi
memudahkan guru-guru lain merujuk apa yang berguna bagi mereka.
Fasa seterusnya penukaran pengetahuan ia diwakili oleh combination (eksplisit kepada
ekspilisit). Proses ini menggabungkan beberapa pengetahuan untuk mendapatkan bentuk
pengetahuan baru. Tidak ada pengetahuan yang ia diwujudkan dengan sendiri kerana ia
merupakan gabungan baru atau perwakilan yang sedia ada pengetahuan misalnya,
merangkum buku, bahan dari internet, dan sebagainya. Gabungan berlaku apabila konsep
disusun dan sistematik dalam sistem pengetahuan. Perlaksanaan di sekolah sememangnya
jelas kerana guru-guru akan mendapatkan banyak bahan rujukan menggunakan buku, audio
dan video serta bahan dari internet sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Antara bahan
media yang boleh digunakan termasuklah dari EDUWEB TV yang dikendalikan oleh
Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia yang sangat membantu kepada guru-guru untuk
mendapatkan bahan rujukan.

Internalization mewakili peringkat akhir penukaran pengetahuan (tasit kepada eksplisit).
Model ini merupakan model mental yang dikongsi atau pengetahuan teknikal seperti
dokumen-dokumen yang membantu individu mendalami apa yang mereka alami. Misalnya,
guru menggunakan bahan ICT untuk mengajar di dalam kelas. Pemindahan maklumat dari
media ke pada murid semasa proses pengajran dan pembelajaran adalah sangat membantu
bagi memudahkan penerimaan murid terhadap topik yang dibincangkan.

Masalah dalam Pengurusan Pengetahuan
Permasalahan utama dalam Pengurusan Pengetahuan adalah berkaitan perkongsian maklumat
dan pengetahuan. Namun begitu, masalah akan wujud sekiranya maklumat yang ada tidak
mahu dikongsi dan diagihkan. Penyebaran maklumat dan pengetahuan akan menjadi terencat
dan menjejaskan insitusi secara keseluruhannya.
Pengetahuan akan hilang setelah individu berpindah ke tempat atau organisasi yang lain.
Perkara ini juga menjadi permasalahan dalam Pengurusan Pengetahuan. Perpindahan tenaga
pakar dan senior sedikit sebanyak mengganggu proses Pengurusan Pengetahuan dapat
dijalankan secara menyeluruh di semua peringkat di sekolah. Pelan awal perlu disediakan
bagi memastikan tenaga pakar dan senior ini dapat menyampaikan ilmu dan pengetahuan
sebelum proses mereka berpindah ke tempat lain.
Selain itu, kekurangan komitmen individu didalam organisasi menjadi permasalahan dalam
pengurusan pengetahuan. Kurangnya komitmen samada bagi penyampai maklumat, dan
penerima maklumat perlu dipandang serius kerana tanpa komitmen dan kerjasama kumpulan,
segala proses ke arah penambahbaikan dalam sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Ini kerana sumber utama dalam pemindahan maklumat adalah bergantung kepada
individu didalam organisasi sebagai pelaksana.
Apabila sesuatu perbincangan sedang dilaksanakan, perlu wujudnya komunikasi yang aktif
dari dua hala antara individu. Perkongsian maklumat dan perbincangan secara professional
akan menambahkan lagi segala maklumat yang diperlukan bagi menjawab segala
permasalahan. Perbincangan sehala akan mengurangkan integrasi maklumat antara individu
di dalam organisasi.

Alavi, M. & Leidner, D.E. 2001. Review: Knowledge Management and Knowledge
Management Systems: Conceptual Foundations and Research Issues. MIS Quarterly 25(1):
107-136.
Nonaka, I. & Konno, N. 1998. The concept of Ba: Building a Foundation for Knowledge
Creation. California Management Review 3(40): 40-54.
Nonaka, I. 1994. A Dynamic Theory of Organizational Knowledge Creation. Organization
Science 5 (1): 14-37.
Nonaka, I, Takeuchi, H. 1995: The knowledge creating company: how Japanese companies
create the dynamics of innovation, Oxford University Press,
Sven, J, Henrik L. 2003: Intelligent management in the knowledge economy, Edward Elgar
Publishing,
Von Krogh, Nonaka I. 2000: Enabling knowledge creation: how to unlock the mystery of
tacit knowledge and release the power of innovation, Oxford University Press,
Von Krogh, Roos, J.1995: Organizational epistemology, St Martin Press, New York.
Von Krogh, Roos, J. 1998: Knowing in firms :understanding, managing and measuring
knowledge, Sage Publications, London.

Anda mungkin juga menyukai