Anda di halaman 1dari 8

1 Bagaimana Nak Dapat A Dalam Semua Subjek dan Skor 4.

0
Assalamualaikum wbt
dan hai geng, nama saya Munib Ahmad, terima kasih kerana sudi download laporan ringkas
yang bertajuk
Bagaimana Nak Dapat A Dalam Semua Subjek dan Skor 4.0 tanpa Bodek
Lecturer atau Study Kaw Kaw
He maaflah tajuknya agak panjang sikit
Terlebih dahulu saya kenalkan diri dulu, saya Munib Ahmad, bekas pelajar UM grad tahun 2008
(dah tua dan berkarat.), sekarang kerja kat KL.
Sedikit gambar saya..
Ni pi makan dengan kawan

2 Bagaimana Nak Dapat A Dalam Semua Subjek dan Skor 4.0
Ni masa dalam perkhidmatan POLIS dulu (Sukarelawan Polis)

Dont play2 ha, saya bekas polis
Ok tamat dah, bukan nak cerita pasal saya, itu semua tak penting..sekadara nak kenalkan diri je.
Saya cuma nak kongsi 7 RAHSIA yang akan membantu geng belajar dengan lebih relaks, tak
perlu stress, tapi bila sampai exam boleh jawab dengan mudah dan bila kuar result, anda
cemerlang insyaAllah
Benda ni saya tahu masa saya dah nak abis belajar, agak lambat sikit..so tak betul betul sempat
nak merasa kesan kaedah ni, tapi jika geng masih student tak kira la sekolah menengah ke,
matrik, atau dah start degree..maka boleh amalkan, ianya praktikal

...



Skrol ke bawah..
3 Bagaimana Nak Dapat A Dalam Semua Subjek dan Skor 4.0
Saya nak kongsikan pada geng 7 teknik sulit yang boleh diamalkan untuk jadi pelajar yang
berjaya dan cemerlang, bila dikatakan berjaya dan cemerlang tu, ia bukan setakat dapat semua
A atau 4 flat setiap semester, tapi lebih dari tu, ia juga merangkumi sahsiah dan peribadi yang
mulia selaras dengan tuntutan agama Islam.
Ok tanpa nak goreng banyak banyak, ni 7 TEKNIK SULIT tu
Saya yakin jika 7 teknik ni geng amalkan, ia boleh membantu untuk menajam dan
mengoptimumkan fungi minda insyaAllah, dan hasil akhirnya adalah

A Dalam Semua Subjek dan Skor 4.0!















Baca selanjutnya di bawah
4 Bagaimana Nak Dapat A Dalam Semua Subjek dan Skor 4.0
Teknik Rahsia #1

Setiap hari semasa mandi, tahankan air dengan mengepitkannya pada kedua-dua belah paha.
Kemudian ambil air tersebut ke dalam bekas. Sapukan air tersebut ke seluruh muka. Mulakan
dari bahagian dahi sambil selawat dengan niat supaya diberi hati yang terang dan ingatan yang
kuat. Lakukan sebanyak 3 kali.

Teknik Rahsia #2
Ambil halia yang sudah tua untuk dijadikan halua. Halia itu dibersihkan, dipotong dan dimasak
dengan mencampurkan gula. Makanlah pada setiap pagi dan malam secara konsisten. Lebih
baik membaca selawat sebelum memakannya.

Teknik Rahsia #3
Kemenyan putih atau kemenyan serani ditumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan
sedikit gula pasir. Dimakan satu sudu pada setiap pagi untuk mendapatkan minda yang pintar
dan memudahkan hafalan. Kemenyan ini boleh dibeli di kedai-kedai runcit.

Teknik Rahsia #4
Telur separuh masak yang dicampurkan dengan madu dan 5 hingga 7 biji badam di makan pada
setiap malam. Ia adalah resepi istimewa untuk masalah-masalah yang berhubung dengan
minda. Berkesan untuk mengatasi kelemahan daya ingatan, ketumpulan akal fikiran, penat
selepas memerah fikiran, kerap menguap, lemah daya penumpuan, selalu berkhayal, tidak
berminat dengan kerja seharian dan emosi mudah terganggu.

Teknik Rahsia #5
Bukan menjadi rahsia lagi di mana ramai ahli perniagaan, ahli politik, akademik, penulis dan
individu yang berjaya mengamalkan membawa pen dan buku catatan walau ke mana sahaja
mereka pergi. Seorang cerdik pandai pernah berkata, "Sesiapa yang tidak membawa buku
catatan di tangannya, maka hikmah (kebijaksanaan) tidak akan melekat di hatinya." Rasulullah
s.a.w. juga pernah berpesan kepada sahabatnya, "Wahai Hilal bin Yasar, hendaklah kamu
sentiasa membawa pen kerana kebaikan itu ada pada pen dan orang yang membawanya
sehingga ke hari Qiamat."

Pen dan buku catatan amat berguna untuk merancang program harian, merangka gagasan
mengenai kerjaya dan kehidupan, menulis ilmu dan idea-idea yang tercetus secara mendadak di
benak fikiran. Idea merupakan proses kreatif yang aneh. Ia muncul dengan tiba-tiba dan terus
mengalir mencurah-curah jika anda sentiasa memikirkannya. Idea yang sangat berharga yang
mungkin boleh menukarkan kehidupan anda akan terlepas begitu sahaja sekiranya anda tidak
bersedia dengan pen dan buku catatan.

Menulis akan memaksa supaya minda kita berfikir. Ia mempunyai kuasa yang begitu besar
untuk memaksa kita menumpukan fikiran dan berfikir secara tepat, jitu dan bermakna terhadap
sesuatu perkara. Amalan memaksa diri menulis menyebabkan daya konsentrasi meningkat
manakala minda menjadi lebih aktif, cergas, dan berkembang. Ia juga meransang minda,
5 Bagaimana Nak Dapat A Dalam Semua Subjek dan Skor 4.0
pemikiran dan meninggikan hikmah. Orang yang rajin mencatat ilmu dan idea sama ada yang
dilihat, didengar dan dibaca atau yang muncul dari fikiran sendiri akan cepat menguasai ilmu
dan hikmah.

Teknik Rahsia #6
Kekuatan konsentrasi ialah kemampuan menumpu, memusat dan memfokuskan fikiran kepada
satu perkara sahaja, tidak kepada perkara-perkara lain. Kekuatan konsentrasi ini berhubung
erat dengan kekuatan mengingat dan berfikir. Salah satu faktor terbesar sindrom 'lupa' ialah
kerana lemahnya daya penumpuan atau konsentrasi. Kelemahan daya penumpuan
menyebabkan fikiran mudah beralih, menerawang dan diganggu oleh persoalan-persoalan lain.

Apabila ianya berlaku, maklumat-maklumat yang diperolehi melalui pembacaan, penglihatan
dan pendengaran tidak dapat diingati dengan baik kerana ia tidak dapat didaftarkan ke dalam
sistem ingatan seseorang. Semasa konsentrasi terhadap sesuatu aktiviti, misalnya membaca,
fikiran seseorang akan mengamati, memahami, menilai dan mengingati bahan bacaan tersebut
dengan sangat baik. Individu yang memiliki daya konsentrasi yang tinggi mempunyai beberapa
kelebihan.


Kekuatan konsentrasi boleh dilatih dan dikembangkan melalui pelbagai jenis latihan:

1. Letak segelas air di hadapan anda. Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam
fikiran anda kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang
boleh. Jika konsentrasi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan teruskan
kembali konsentrasi. Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan benda-benda lain
yang terdapat di hadapan anda seperti TV, pasu bunga, jam dan sebagainya.

2. Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk pada jarak
satu meter dari lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit
tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi dari
30 minit. Pada peringkat permulaan, mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu
adalah fenomena biasa.

3. Letak jam di hadapan anda. Pusatkan tumpuan terhadap putaran jarum saatnya selama
dua minit atau lebih. Apabila fikiran anda menerawang, berhenti sebentar dan mulakan
kembali.

4. Solat dengan penuh konsentrasi dan khusyuk. Hayati setiap makna surah di dalam solat.
Lebih baik dilakukan ketika solat sunat pada sebelah malam kerana fikiran kita pada
ketika itu mudah khusyuk dan segala ibadah yang dilakukan adalah lebih berkesan.

5. Membaca al-Quran dengan melihat pada terjemahannya serta menghayati sedalam-
dalam maknanya.
6 Bagaimana Nak Dapat A Dalam Semua Subjek dan Skor 4.0
6. Cuba untuk tidak menggunakan kalkulator untuk membuat congakan mudah. Selain itu
berlatihlah mencongak sifir matematik yang mudah di dalam fikiran seperti mencampur,
menolak, membahagi dan mendarab nombor-nombor selama 20 minit pada setiap hari.
Buku latihan matematik sekolah rendah boleh digunakan untuk tujuan ini. Alex Osborn
telah berjaya membuktikan individu yang melakukan amalan ini selama 20 hari
berturut-turut mampu meningkatkan daya tumpuan dan daya konsentrasinya.

Teknik Rahsia #7
Membaca al-Quran merupakan method yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan
dan memudahkan hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata hikamah Arab
menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada
membaca al-Quran dengan melihat (mashaf al-uran)." Seorang cendekiawan Islam berujar,
"Orang yang mengamalkan membaca al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia
berumur 200 tahun." "Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca al-Quran pada
setiap hari, berpenyakit nyanyuk apabila telah tua, malah mereka tidak perlu memakai cermin
mata."

Kesan membaca al-Quran dari segi kesihatan sungguh besar. Dengan membaca al-Quran secara
automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran. Profesor Arnold
Ehret, pengasas kepada Sistem Perubatan "Ehretisme" dan "Mucusless Diet Healing"
melaporkan bahawa menurut pendapat dan pengalaman peribadinya bahawa sebaik-baik
latihan jasmani untuk kesihatan dan penyembuhan ialah menyanyi. al-Quran pun merupakan
sejenis 'nyanyian' kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau
dengan kata lain ialah dengan menyanyi.

Prof. Arnold mengakui bahawa apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan fikiran
khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat
sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang terbagus
kepada organ-organ dan membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh.

Apabila membaca al-Quran, otot-otot di muka dan leher akan bergerak-gerak dan terurut.
Pergrakan otot-otot di seluruh muka dan leher akan menyegarkan wajah dan menghindarkan
penyakit-penyakit yang menyerang muka seperti 'Bell's Palsy' iaitu sejenis penyakit lumpuh
pada bahagian muka. Membaca al-Quran juga akan menegangkan kulit dan sekaligus sebagai
awet muda. Yang penting sekali, ia melatih minda kita kepada konsentrasi fikiran
concentration of the mind) di mana kekuatan konsentrasi ini amat diperlukan untuk belajar dan
mengingat.

7 Bagaimana Nak Dapat A Dalam Semua Subjek dan Skor 4.0
Bagiamana, saya harap geng boleh praktikkan 7 teknik rahsia ni secepat mungkin, tak perlu
bertangguh dalam nak buat amal.

Ada teknik yang lebih power ke?

Ya ada, saya telah mengumpulkan hasil penyelidikan seorang penulis berkaitan rahsia minda,
untuk menjadikan minda kita lebih genius.

Geng telah mengetahui 7 teknik sulit untuk mengoptimasikan minda, bagaimana kalau geng
tahu lagi baki 27 teknik sulit lagi, teknik yang lagi gempak!


Sila KLIK DI SINI untuk membaca kesemua teknik2 tu

Jika geng mendapatkannya dalam tempoh 48 jam (2 hari) selepas mendownload laporan ini,
saya akan hadiahkan 1 lagi ebook yang bertajuk..

Bagaimana Memperolehi Ekstra 2 Jam Setiap hari


8 Bagaimana Nak Dapat A Dalam Semua Subjek dan Skor 4.0
Ebook setebal 28 muka surat ini telah saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk
memudahkan pembacaan geng semua.

Jika geng melakukan tempahan dalam tempoh 48 jam selepas mendownload laporan percuma
ini, geng akan mendapat ebook 34 Teknik Sulit Minda Genius & Ebook Bagaimana
Memperolehi Ekstra 2 Jam Setiap hari

Jika tempah selepas 48 jam, hanya ebook 34 Teknik Sulit Minda Genius sahaja akan diperolehi


(Saya telah meletakkan software tracking di web untuk mengetahui bilakah geng
mendownload laporan yang saya sediakan)

Jika berminat sila dapatkannya segera DI SINI

Anda mungkin juga menyukai