Anda di halaman 1dari 2

Rumusan kurikulum baharu KSSR meningkatkan kualiti pendidikan

KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) bertujuan untuk


melahirkan modal insan yang kreatif, kritif, inovatif dan memiliki kemahiran
berfikir aras tinggi. KSSR melibatkan perubahan pendekatan pengajaran,
organisasi, peruntukan masa, mata pelajaran, kaedah pentaksiran, bahan
pembelajaran dan pengurusan kurikulum di sekolah. Beberapa mata
pelajaran baru diperkenalkan seperti Reka bentuk dan Teknologi (RBT),
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah supaya dapat
menanam dan meningkatkan semangat kenegaraan, patriotisme dan
memupuk nilai keperibadian mulia dalam kalangan murid. Pendekatan baru
dalam pelaksanaan KSSR adalah berasaskan standard kandungan yang
bermaksud pernyataan spesifik dalam sukatan pelajaran iaitu perkara yang
perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid dan standard pembelajaran
yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator terhadap kualiti
pembelajaran, pencapaian dan penguasaan murid dalam pembelajaran akan
menilai dan diukur. Guru bukan hanya mengajar tetapi perlu ada kaedah
pengajaran yang standard dan sentiasa menilai pencapaian serta kefahaman
setiap murid selepas suatu unit pembelajaran itu dilaksanakan dalam bilik
darjah. KSSR menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
bersifat interaktif atau pendekatan dua hala antara guru dan murid. Murid
digalakkan bersoal jawab, memberi pendapat, melakonkan sesuatu,
membincangkan idea baru, menjawab kuiz dan berbagai aktiviti pembelajaran
yang boleh merangsang pemikiran serta mengembangkan bakat mereka.
Malah melalui pendekatan interatif, guru akan berupaya menerapkan
kemahiran berfikir atas tinggi di kalangan muridnya. Dari segi pentaksiran,
KSSR Tahap I menggunakan Dokumen Standard Kurikulum (DSK). Manakala
KSSR Tahap II menggunakan Dokumen Stndard Kurikulum dan Pentaksiran
(KDSP) yang mana kurikulum dan pentaksiran dilaksanakan seiring bagi
setiap unit pembelajaran supaya murid berupaya mengusai ilmu dan
kemahiran yang telah ditetapkan sebelum mereka melangkah ke tahun
persekolahan seterusnya. KSSR Tahap II ini akan dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat bermula dengan murid tahun 4 pada tahun 2014. Pada
dasarnya KDSP mengandungi standard pembelajaran dan standard
kandungan. Pada masa yang sama standard prestasi juga digunakan
sebagai satu set kriteria umum yang mengambarkan penguasaan murid
terhadap sesuatu tajuk, konsep dan istiah yang telah dipelajari. Untuk
memastikan keberkesanan KSSR, guru akan terus diupayakan melalui kursus
dan latihan. Tumpuan akan diberikan bagi subjek kritikal seperti BM, BI, MAT,
Sains dan Sejarah.