Anda di halaman 1dari 6

Pernyataan Profesional Praktikum

Fasa 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM
Pada semester ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 6 ambilan Januari 2011
akan menghadiri praktikum fasa 2 yang akan berlangsung selama 8 minggu
persekolahan. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Kampus Batu
Lintang Kuching Sarawak, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum
selama 2 bulan yang bermula pada 15 Julai 2013 hingga 20 September 2013.
Praktikum ini adalah untuk subjek major iaitu Bahasa Malaysia dan subjek major ialah
Pendidikan Jasmani. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang
telah ditetapkan oleh institute Pendidikan Guru.
Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah
sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 9 Julai
2013 di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan
oleh Puan Mastura. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan
prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran
praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telahh saya lakukan sebelum
menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi
mental dan fizikal. Sepanjang tempoh praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk
menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh Unit Praktikum. Oleh itu, saya
perlu membuat beberapa persediaan sebelum menjalani praktikum tersebut.
Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah
mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai
semak yang telah disediakan oleh unit praktikum. Disamping itu, saya juga perlu
menyediakan portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat yang diperole
serta hasil penulisan yang telah dibuat kedalam portfolio sebagai bukti serta rujukan
dimasa akan datang
Pernyataan Profesional Praktikum
Fasa 2

Sebagai seorang guru pelati, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang berpengalaman
amat penting dalam melatih guru pelatih menjadi guru yang Berjaya. Sehubungan
dengan itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta tunjuk ajar dari guru
pembimbing saya dari sekolah tersebut. Nasihat serta bimbingan yang padu amat
penting kepada saya sebagai seorang guru praktikal yang baharu di sekolah tersebut.
Sebelum menjalani praktikum, saya mendapatkan pelbagai tips tentang kaedah
bagaimana mengawal bilik darjah dengan bijak melalui buku serta laman sesawang.
Malah saya juga telah membuat perancangan awal berkenaan peraturan-peraturan
yang perlu mereka patuhi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya
jalankan. Selain itu, sasaya turut merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menarik minat murid dalam pembelajaran mereka di dalam bilik
darjah.
Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 15 Julai hingga 20
September 2013 berjalan dengan baik sepertimana yang telah saya rancangkan.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam
menghadapi segala cabaran yang datang kerana sesungguhnya seseorang yang terlalu
memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, adalah sukar baginya untuk
Berjaya. Saya pasti bahawa banyak pengalaman baharu yang akan saya alami kelak.
Insya-Allah.

Pernyataan Profesional Praktikum
Fasa 2

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM
Saya Suhaila Sahaji telah menjalai latihan praktikum pada semester enam iaitu
praktikum Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Rampangi Kuching Sarawak. Praktikum ini
mengambil masa selama dua bulan (15 Julai 20 Ogos 2013) dan saya mesti
mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut.
Antara tujuan sampngan program Praktikum ini adalah untuk membolehkan pelajar
membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan awal
pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu memgajar subjek major saya iaitu
Bahasa Melayu selama 8 masa dan juga 2 masa bagi subjek minor saya iaitu
Pendidikan Jasmani. Setelah saya meneliti kandungan tugasan, saya mendapati
kurikulum dan sukatan pelajaran juga menjadi salah satu item penting dalam senarai
semak tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru
saya tentang pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat memahami
pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran.
Antara lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran
berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti ini
adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selain daripada
mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada masa akan
datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid-
murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalaui pemerhatian, interaksi dan refleksi.
Setelah tujuh minggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara yang
perlu saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian.
Berbekalkan panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan,
saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-
sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Tempoh praktikum yang berbaki 5 minggu
sahaja lagi terasa semakin dekat namun masih banyak lagi tugasan-tugasan yang
belum saya laksanakan. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi
ilmu yang baru dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan
Pernyataan Profesional Praktikum
Fasa 2

saya dengan masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan
murid-murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan
semua tugasan dengan konsisten.
Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik
yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri murid-
murid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid di sekolah
tersebut agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan perancangan pengajaran
dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih mereka
menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik.
Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai
perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya hanya
sekadar melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid saya pulang dengan otak
kosong bagi subjek saya. Saya juga sedar, kebanyak murid kurang ingin belajar dan
merasakan bosan untuk belajar.Prinsip yang cuba saya tanamkan bagi anak-anak didik
saya, saya akan pastikan mereka pada suatu hari nanti keinginan untuk belajar dengan
tekun ada pada diri mereka dan mengurangkan bermain semasa berada di sekolah.
Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu membuat
persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan
pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang
konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak sikap
suka membuat kerja last minute dapat dikikis. Tambahan lagi, mengajar murid-murid
berkeperluan khas dapat melatih saya agar cuba berfikiran secara kreatif dan berfikir di
luar kotak. Walaupun saya sedar, saya agak sukar serta tidak mampu untuk melahirkan
idea yang sebegitu namun saya akan cuba sedaya upaya saya.
Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka dengan
dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk mencari
Pernyataan Profesional Praktikum
Fasa 2

strategi yang menarik agar mereka bersemangat ketika belajar, saya acap kali mencari
bahan bantu mengajar yang kelakar serta logik dan berkaitan dengan isi pelajaran.
PERNYATAAN SELEPAS PRAKTIKUM
Seminggu sebelum berakhir praktikum Fasa kedua ini, saya berasa amat bersyukur
kerana hampir keseluruhan tugas ang diamanahkan oleh pihak institute telah saya
laksanakan dengan baik bersama-sama rakan praktikum saya yang lain. Tugasan pihak
institute yang telah di amanahkan ialah dengan menjalankan pengajaran 2 hari penuh
setiap minggu mengikut keperluan yang telah ditetapkan. Tugasan yang telah diberikan
pihak sekolah untuk praktikum fasa ke 2 ini ada persamaan dan kelainnya.
Sepanjang berada di SK Rampangi terdapat beberapa aktiviti dan projek telah
saya lakukan bersama rakan yang lain. ktiviti yang dilakukan adalah menyambut
sambutan hai kemerdekaan, Minggu Bahasa Melayu serta banyak lagi aktiviti yang
diadakan. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya
supaa tidak mudah berputus asa apabola menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan
daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan
dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali
disertai dengan halangan bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah
berputus asa. Sikap tersebut serta berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk
memenuhi keperluan merupakan elemen penting dalam usaha menjayakan praktikum
tersebut dengan jayanya. Justeru ini menyedarkan saya supaya sentiasa
menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampun dijadikan asas dan
panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan dengan sebaran
masalah.
Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai
guru pelatih. Jujur saya katakana bahawa, hari demi hari, perasaan saying saya
terhadap pelajar SK Rampangi semakin mendalam walaupun mereka nakal dan
mereka sangat mengambil berat tenatng guru pelatih semasa keberadaan di sekolah
tersebut. Saya berharap untuk praktikum fasa terakhir kelak, saya dapat memberi
sumbangan yang lebih kepada murid-murid yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan
Pernyataan Profesional Praktikum
Fasa 2

menambaik lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari
dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada semua murid. Sebagai kesimpulannya
pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat menjayakan praktikum
fasa 2 ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak
berbelah bahagi kepada semua pihak. Nescaya setiap pengalan dan ilmu pengetahuan
baharu yang diambil akan digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang
sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap
seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengalaman yang baik.




DISEDIAKAN OLEH,
________________
(SUHAILA SAHAJI)