Anda di halaman 1dari 3

Sajak Perpisahan/ persaraan guru

Duhai guru
Pembina Negara Bangsa
Yang mengisi dada anak bangsa
Dengan ilmu dan perasaan kasih

Kini sudah dipenghujung kerjayamu duhai guru
Namun tak bererti sebuah pengakhiran
Ilmu yang disampai kan terus jadi amalan
Moga anak didik yang cikgu sayangi
Menjadi insan

Duhai guru
Sudah bermusim kita bersama di sini
Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangis perpisahan ini
Kerana kami di sini tak pernah melupai

Ketahuilah duhai guru
Perpisahan ini amat memeritkan
Kau kan dirindui
Selagi nafas masih ada


Pada tanggal 3 Mei 1957, di Kampung Sanggang, Seberang Temerloh, maka
lahirlah seorang puteri comel yang ditinta nama sebagai Siti Salmina bt Abdul
Ghani. Cahaya mata bongsu yang dikurniakan kepada pasangan Abd Ghani b Sida
dan Aminah bt Salleh ini disambut penuh makna.Anak ini dibesarkan dalam
keluarga yang serba kemiskinan .Walaupun penghidupan penuh cabaran tetapi
keluarga ini penuh bahagia dan kental cita citanya. Penghidupan ayanhnda tercinta
sebagai penoreh getah amat rmemeritkan ketika negara di pasca merdeka.Kisah
deritanya cukup perit untuk dikenang...penuh tragis dan dibaluiti hiba yang
meruntun jiwa.Kisah zaman kecilnya diselubungi kesusahan ibarat kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang.
Pendidikan awalnya dirintis di SK Sanggang, Seberang Temerloh, Pahang
dari tahun 1964 hingga 1969. Setelah menamatkan alam persekolahan rendah,
beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Berhala
Gantang, Temerloh pada tahun 1970 hingga 1972.Di sini..beliau telah mengabdikan
cita dan menggengam harapan untuk menjadi insan berguna kepada keluarganya.
Kisah kehidupan 2 tahun disini penuh warna warni, kemiskinan mengajarnya untuk
membulatkan tekad dan mencipta jaya.Penghidupan persekoloah menengah penuh
derita....beliau terpaksa berdikari mengurus kehidupan di sini dikala alam
keremajaan mengetuk perjalan kehiduapannya...tidak seperti pelajar sekolah lain
yang menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran, beliau terpaksa menjalani
kehidupan seharian seperti memasak sendiri bagi menyara kehidupan seharian di
pondok kecil tempat berteduh.Walaupun susah..walaupun sengsara..demi megejar
cita-cita...beliau pasrah atas nama...ingin mengubah dan melakar kejayaan buat
keluarga tercinta.
Bintang kegemilangan menntut beliau bertukar ke Sekolah Menengah Agama
Al-Khairiah, Temerloh dari tahun 1973 hingga 1975. Dengan hanya berbekalkanRM
18.00 sebulan sebagai yuran, beliau menjadi asrama sekolah ini. Di sini...Beliau
menduduki SRP dan SPM dengan jayanya .
Beliau teru s gagah membina kejayaan ...Pada tahun 1976 beliau mendapat
berita gembira dan disyukuri nikmat...beliau menerus kan pelajaran di Kuliah
Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang pada 1976 hingga 1977. Pada masa itu, itulah
satu-satunya sekolah Tinggi Agama yang terdapat di Pahang ini. Disinilah beliau
menduduki STPM. Pada tahun 1978, beliau mendapat tawaran sebagai guru agama
sandaran dan akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak yang sangat memerlukan
guru agama pada masa itu. Maka, beliau dengan hati yang penuh harapan beliau
memohon jawatan tersebut dan akhirnya tidak sampai sebulan, beliau diterima
untuk menjadi guru agama. Walaupun mendapat cemuhan dari orang kampung dan
rakan sekelas, beliau tekadkan semangat didalam hati untuk meneruskan usaha
beliau untuk menjadi seorang guru agama yang komited akan tugasnya.
Pada ketika itu lebih 170 pelajar dari Kuliah yang memohon jawatan
tersebut dan sanggup menerima jawatan itu untuk ditempatkan di Sarawak sebagai
guru GSTT. Dan gaji pertama yang diterima hanyalah sebanyak RM230.00. Itu sudah
cukup untuk beliau berasa sangat bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh
Allah S.W.T
Di bumi kenyalang..terlalu asing buatnya..namun beliau beremangat waja
membukti pilahnnya untuk menjadi pendidik bangsa adalah keputusan yang
termetri kukuh dalam simpulan sebuah percaturan perjalanan kehidan.Saban kali
cuti sekolah menjelang, beliau terpaksa menghadiri kursus dalam cuti (KDC) di
Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching Sarawak. Adakala ketika takbir raya
mendayu memanggil sang perantau kembali ke kampung halaman tercinta, beliau
terpaksa akur dengan keadaan dan kekangannya pulang ke semenanjung dan
hanya beraya bersama rakan-rakan di Sarawak demi sebauh cita-cita untuk
menjadi pendidik buat anak nusa tercinta. Walaupun hiba beraya keluarga yang
jauh di mata, namun demi kerjaya....demi masa depan dan haraopan beliau tetap
tabah mengharunginyada walaupun kekadang gugur juga air mata ..mengenang
betapa rindu kepada keluarga dan sanak sau dara di desa meraikan hari lebaran
penuh makna
Setelah tamat kursus di Sarawak, barulah beliau dibenarkan untuk mengisi
borang untuk pertukaran ke semenanjung. Akhirnya beliau bertukar ke SK Taman
Keramat, KL pada tahun 1983. Hanya setahun di SK Taman Keramat, beliau
bertukar pula ke SK Jengka 11 pada tahun 1984 hingga 1989. Di sinilah cintanya
berputik, bertemu dengan jejaka pilihan dan mendirikan mahligai bahagia bersama
Cikgu Mohd Noor bin Abu Bakar pada tahun 1984. Mereka dikurniakan 6 cahaya
mata, iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan.
Selang beberapa tahun tahun, beliau bertukar lagi, iaitu ke SK Jengka 16
pada tahun 1990 hingga 2001. Setelah lebih kurang 10 tahun di situ beliau bertukar
pula ke SK Tanjung Batu pada 2002 hingga 2003. Di sinilah kecemerlangan beliau
dihidu oleh pihak pentadbiran. Di atas jasa & sumbangan beliau sepanjang berkhidmat
sebagai seorang pendidik, beliau telah menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
pada tahun 2003.
Pada 2004 hingga 2005 beliau sekali lagi bertukar ke SK Seri Songsang. Terlalu
banyak pengalaman yang telah ditimba dari banyak sekolah yang beliau pergi. Pada
tahun yang sama iaitu pada tahun 2005 beliau ditawarkan sebagai GPK HEM dan
ditukarkan ke SK Seri Iskandar Bera. Beliau mengajar selama 4 tahun disana
sehingga 2008. Akhirnya beliau bertukar sekolah ke SK Bukit Bota pada Mei 2008
sebagai GPK 1 sehingga 2012 dan pertukaran terakhir beliau ke SK Kg Awah sebagai
GPK HEM, dan disinilah tamatnya perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam.

Begitulah liku-liku hidup, pahit dan manis sepanjang kehidupan beliau sejak
dari kecil hingga bersara. Segala apa yang dilalui itu menjadi kenangan dalam
hidup beliau dan menjadi motivasi kepada sesiapa yang mendengar cerita beliau
ini.
Begitulah susah senang yang dihadapi untuk mendapatkan sedikit kejayaan
dan kebahagiaan dalam hidup seperti hari ini.

Anda mungkin juga menyukai