Anda di halaman 1dari 4

BULAN PANITIA SAINS SKBTHO(2) 2014

AKIVITI TAHUN 5: SOLAR OVEN




Bahan/ Alat:

1. Kotak pizza
2. Pita selofan (selotape)
3. Sugar paper (hitam)
4. Gam
5. Pembalut plastic
6. Kerajang aluminium (Aluminum foil)
7. Straw
8. Pisau pemotong
9. Pembaris panjang
10. Pensel

Cara Kerja:

-LANGKAH 1-
1. Lukiskan garis sempadan pada jarak 3cm dari tepi
penutup kotak, pada keempat-empat sisi.



2. Potong disepanjang tiga sisi penutup kotak.


3. Bentukkan bukaan dengan melipatkan bahagian penutup
kotap pada garisan yang tidak dipotong.




-LANGKAH 2-
4. Potong sekeping kerajang aluminium bagi memenuhi
keseluruhan ruang dalam bukaan.



5. Licinkan permukaan kerajang aluminium dan lekatkannya
pada permukaan bukaan supaya ia tidak bergerak.



6 Ukur sekeping plastik supaya memenuhi bahagian bawah
bukaan penutup kotak.



7 Plastik tesebut hendaklah dipotong lebh besar daripada
bahagian bukaan penutup kotak.



8 Pastikan plastik dijadikan seperti tetingkap yang
dilekatkan kemas pada bahagian bawah bukaan penutup
kotak. Ini akan dapat menghalang haba terkeluar
daripada solar oven.



-LANGKAH 3-
9 Potong sekeping lagi kerajang aluminium untuk dijadikan
pelapik di dalam kotak.



10 Dengan menggunakan gam, lekatkan kerajang aluminium
secara cermat.



11 Tutup kerajang aluminium dengan menggunakan sekeping
sugar paper hitam dan lekatkannya dengan
menggunakan pita selofan.




-LANGKAH 4-
12 Tutup penutup kotak.


13 Biarkan bahagian bukaan pada penutup kotak terbuka
dengan bantuan sebatang straw.



14 Pastikan bahagian kerajang aluminium mengahadap arah
matahari.




-LANGKAH 5-
15 Kamu boleh uji suhu oven dengan menggunakan
thermometer.



16 Kamu juga boleh cuba untuk memanaskan sosej di dalam
solar oven kamu.