Anda di halaman 1dari 3

Dakwah Dan Tarbiyyah |

Masa berlalu. Pantas. Tanpa ku sadari, genap 20 tahun umurku. Pejam celik pejam celik. Sekejap sahaja.
Orang putih kata time flies like an arrow. Mungkin betul.

Usia bertambah. Meningkat dewasa. Brain development dah hundred percent. Sepatutnya di usia inilah
seseorang itu mula matang dan mula berjinak-jinak untuk memikirkan whats ahead.

Kita undur semula masa sewaktu zaman keropok Bika dan Teletubbies dahulu. Riang gembira. Makan
nasi mak suap. Nak main game ayah belikan play station ataupun game yang pakai tape tu. Hampir
semua kartun dilayan sehingga menjadi makanan ruji. Jajan pulak, sebut je ape, semua telan. Haha.

Gelak sendiri.

Masuk zaman persekolahan. Pergi sekolah Isnin sampai Jumaat. Yang belah-belah utara pulak Ahad
sampai Khamis. Bawak beg berat-berat yang berisikan buku teks SPBT. Heh. Bangun bagi salam kat cikgu
kuat-kuat time cikgu masuk. Makan mewah kat kantin. Minum air susu rancangan makanan yang
masam. Subjek kegemaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Naik sekolah menengah. Bergaya habis-
habisan. Padahal nak pergi sekolah je. Study bagai nak rak.Fly asrama ana tak pernah rasa pulak. Usik-
usik cikgu. Rasa SPM lah segala-galanya.

Nostalgia.

Takdir Allah. Masuk kolej. Buat persediaan. Rasa seronok dapat tajaan. Rasa bangga untuk mak ayah
dapat peluang nak fly. Ke luar negara. Mungkin UK. Ireland. India. Tanpa berfikir panjang ana teruskan.
Dengan niat dapat bahagiakan mak ayah. Dapat kerja yang baik. Duit yang cukup pada masa hadapan.
Hidup senang. Titik. Tak lebih.

Namun

Dakwah dan Tarbiyyah menyapa.

Ana ingat lagi. Tatkala kali pertama bertemu murabbi yang dicintai. Saat perkenalan yang ana anggap tak
signifikan pun pada masa itu. Hanya perkenalan senior junior. Dia mula membawa ana ke majlis-majlis
halaqah. Ana ikut sahaja. Belanja makan. Sering bertanya khabar. Bagai abang yang penyayang.

Tak lama ana tersedar ana sudah terperangkap. Tapi pelik. Ana rasa tenang. Seronok. Terperangkap
dalam erti hidup yang sebenar. Mungkin lebih tepat lagi bebas dari belenggu dunia yang hanya tipu
belaka. Bebas dari jahiliyah yang dicanang-canangkan.

Menangis.

Syahadatul Haq tamparan hebat. An eye opener. Jujur. Selama ini ana tertanya-tanya. Kenapa
mengucap dua kalimah syahadah itu rukun Islam yang pertama. Senangnya jadi Islam. Tapi yang
sebenarnya Dragon Ball ada tujuh bijik semuanya. Eh.
Rasulullah SAW ada menyebut,

Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda : Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke
Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan.

Were not asked to say the syahadatain. But do the syahadatain ! Inilah tanggungjawab kita
sebagaimuslim. Tanggungjawab yang automatically tergalas di bahu kita once kita mengucap
syahadatain. Tanggungjawab yang ana sendiri tak pernah terfikir pun.
Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan demi bulan. Liqa demi liqa. Daurah demi daurah. Sebagai
seorang mutarabbi. Dalam fasa untuk menjadi murabbi. Selama setahun.

Kini, tiba masanya. Gerak kerja harus dimulakan. Langkah pertama diambil. Nak tak nak harus bergerak
juga. Pada masa ini juga ramai ikhwah lain yang tertapis. Pelbagai masalah ukhuwah melanda.
Diapproach Abang Futur berkali-kali bak salesman. Cabaran dan dugaan yang Allah beri. Semua untuk
mematangkan ana dan ikhwah lain.

Kalau nak difikirkan. Kita takkan pernah lari dari tanggungjawab. Yang pastinya banyak. Sebagai seorang
muslim. Hamba Allah. Daie. Anak. Adik. Abang. Bapa saudara. Student. Sahabat. Murabbi. Mutarabbi.
Tak perlu nak tunggu berjawatan tinggi baru rasa nak bertanggungjawab. Tanggungjawabibadah dan
khalifah pun dah cukup berat bilamana ditawarkan kepada makhkuk-makhluk lain, mereka tidak
sanggup.

Semakin meningkat usia, semakin bertambah tanggungjawab. Kalau kita renung semula semua
tanggungjawab kita. Penat. Lelah. Stres. Rasa macam nak futur terus. Rasa macam nak carik-carik bulu
ayam. Tapi, renungkanlah ganjaran yang Allah akan berikan. Dunia dan seisinya. Haibat !

Inilah amanah yang Allah berikan kepada kita. Seorang muslim. Seorang daie. Tak perlu tunggu
dinobatkan sebagai Daie Pilihan. Allah dah pilih kita. Kita semua. Umat manusia. Munafiklah kita jika
kita mengkhianati amanah ini.
Persoalannya, mampukah kita ? Apakah bekalan yang kita perlu ada untuk memenuhi semua
tanggungjawab ini ?
Ana pun sedang mencari dan terus berusaha mencari.

Dakwah dan Tarbiyah bukan untuk orang manja. Bukan juga untuk orang yang sering mengeluh. Bukan
juga untuk orang yang tak tahan banting. Kerana hakikatnya, ianya menguatkan kita

Allah sebut dalam surah Muhammad ayat 7,

Jika kamu menolong Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Anda mungkin juga menyukai