Anda di halaman 1dari 2

Soalan Latihan Ulangkaji

1. Soalan contoh STPM (Sukatan)


a) Nyatakan empat perbezaan antara perakaunan kewangan dengan perakaunan pengurusan.
[4 markah]

b) Syarikat Cumiodi Berhad telah memberikan data kos dan hasil untuk tahun semasa
seperti berikut :
Akaun RM
Belian bahan mentah 57 600
Susutnilai kilang 26 880
Insurans kilang 3 200
Buruh langsung 38 400
Inventori awal bahan mentah 7 200
Inventori akhir bahan mentah 10 880
Utiliti kilang (75% berubah) 17 280
Penyenggaraan kilang 19 200
Belanja pentadbiran pejabat (60% berubah) 44 800
Bekalan kilang (40% berubah) 640
Belanja jualan (50% berubah) 51 200
Gaji pentadbiran kilang 27 040
Buruh tak langsung 14 560
Inventori awal barang siap 6 400
Inventori akhir barang siap 24 000

Dikehendaki :
i. Hitungkan kos prima dan kos barang dijual untuk Syarikat Cumiodi Berhad.
[4 markah]
ii. Hitungkan kos produk berubah seunit jika syarikat mengeluarkan 8 000 unit
produk dalam tahun semasa.
[2 markah]

2. STPM 2001
a) Pelbagai kos yang terlibat dalam syarikat perkhidmatan, pembarangan dan perkilangan
disenaraikan seperti berikut :
i. Kos untuk mengimpal besi bagi membuat satu komponen kereta di kilang kereta.
ii. Belanja faedah liabiliti jangka panjang sebuah pasaraya
iii. Komisen jurujual yang dibayar oleh sebuah syarikat kosmetik
iv. Insurans untuk bangunan kilang
v. Kos untuk menghantar barang siap dari kilang kepada pelanggan
vi. Susutnilai rak-rak buku di kedai
vii. Kos filem sinar X di makmal radiologi sebuah pusat perubatan
viii. Kos untuk menyewa telefon bagi sebuah syarikat perabot
ix. Gaji pengurus kewangan sebuah kilang
x. Kos keju yang digunakan di sebuah kedai piza.

Dikehendaki :
Kelaskan setiap kos di atas kepada :
i. Kos berubah atau kos tetap
ii. Kos keluaran atau kos tempoh [10
markah]