Anda di halaman 1dari 33

0

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN


FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPF4013)

TAJUK : AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERATURAN PENDIDIKAN
DISEDIAKAN OLEH :
BIL NAMA NOMBOR MATRIK
1 Suriati Binti Mohd Yusof L20112007154
2 Khow Pei Ling L20112007188
3 Yap Li Ying L20112007148
4 Yeoh Hwee Mei L20112007164

KUMPULAN KULIAH : A

DISEDIAKAN UNTUK :
DR NORILA BINTI MD SALLEH
JABATAN PENGAJIAN PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM, PERAK
TAHUN 2012

1

KANDUNGAN


Bil

Perkara

Muka surat

1

Pengenalan


2

2

Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan Pendidikan


3

3

Surat Pekeliling Ikhtisas


10

4

Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia


17

5

Perintah-Perintah Am


23


6

Disiplin dan Lembaga Tatatertib


26









2

PENGENALAN

Pendidikan merupakan tulang belakang kemajuan sesebuah negara di mana pelajar
merupakan aset penting dalam pembangunan negara. Pembangunan negara akan terbantut jika
aspek pendidikan tidak dititikberatkan oleh sesebuah negara tersebut.
Pendidikan memainkan peranan penting bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan dan berupaya memberi sumbangan kepada negara, sejajar dengan
Wawasan 2020, iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju yang bukan terhad
kepada bidang eknomi sahaja malah meliputi aspek sosial, politik, kerohanian, kebudayaan
dan berhasrat menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia.
Akta Pendidikan 1996 menyatakan kepentingan dan hala tuju Dasar Pendidikan
Kebangsaan di Malaysia. Akta Pendidikan 1996 merupakan rasional kandungan pendidikan
kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah landasan bagi Dasar pendidikan
Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara:
Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui satu system pendidikan yang
memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, kurikulum kebangsaan dan
peperiksaan yang sama, pelbagai pendidikan dan komprehensif skopnya yang memupuk
perpaduan negara.


3

Akta Pendidikan 1996
Akta Pendidikan 1996 atau dikenali juga sebagai Akta 550 merupakan pembaharuan
dan lanjutan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ialah ke arah
memantapkan sistem pendidikan kebangsaan untuk generasi akan datang yang sejajar dengan
hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang
bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan
yang baru, tetapi masih merupakan kesinambungan kepada dasar pendidikan yang sedia ada.
Akta ini masih berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi
asas Dasar Pendidikan Kebangsaan selama ini. Justeru itu, Akta baru ini telah mengekalkan
banyak peruntukan daripada Akta Pelajaran 1961 yang didapati masih relevan. Sebaliknya,
beberapa peruntukan yang didapati tidak relevan telah digugurkan. Tujuan menggubalkan
Akta Pendidikan 1996 adalah untuk memperkemaskinikan perundangan pendidikan yang
sedia ada serta memperluaskan skop. Akta ini mengambil kira kehendak, aspirasi dan
kepentingan semua kaum masyarakat majmuk di Malaysia. Akta Pendidikan 1996
memperkenalkan banyak peruntukan perundangan (Legislative provision) baru untuk
menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat
Wawasan 2020.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dijadikan landasan dalam pembentukan Akta
Pendidikan 1996 setelah mengambil kira pandangan semua pihak. Konsep sistem pendidikan
kebangsaan telah dimantapkan melalui akta ini iaitu meliputi semua peringkat persekolahan
dan semua kategori sekolah di Malaysia. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 mengandungi
156 seksyen yang dibahagikan kepada 16 Bahagian seperti berikut:
Bahagian I: Permulaan (Seksyen 1 2)
Bahagian II: Pentadbiran (Seksyen 3 9)
Bahagian III: Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (Seksyen 10 -14)
Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan (Seksyen 15 66)
Bahagian V: Penilaian dan Peperiksaan (Seksyen 67 69)
Bahagian VI: Pendidikan Tinggi (Seksyen 70 72)
Bahagian VII: Institusi Pendidikan Swasta (Seksyen 73 78)
Bahagian VIII: Pendaftaran Institusi Pendidikan (Seksyen 79 102)
4

Bahagian IX: Pendaftaran Guru (Seksyen 103 116)
Bahagian X: Jemaah Nazir Sekolah (Seksyen 117 122)
Bahagian XI: Kewangan (Seksyen 123 -125)
Bahagian XII: Rayuan (Seksyen 126 129)
Bahagian XIII: Peraturan-peraturan (Seksyen 130 131)
Bahagian XIV: Kesalahan dan Penalti (Seksyen 132 139)
Bahagian XV: Pelbagai (Seksyen 140 145)
Bahagian XVI: Peralihan dan Pemansuhan (Seksyen 146 156)

Bahagian I: Permulaan (Seksyen 1 2)
Seksyen 2 - Tafsiran
Mengikut Seksyen 2 yang menerangkan tentang tafsiran, Bahasa Melayu ialah Bahasa
Kebangsaan sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Institusi Pengajian Tinggi merupakan institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan
tinggi yang membawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya.
Pendidikan Menengah pula adalah pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah
rendah dan menengah atas. Manakala, kelas peralihan merupakan kelas di sekolah menengah
yang menyediakan ajaran selama satu tahun untuk murid daripada sekolah rendah yang
menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar sebelum
bermulanya pendidikan menengah rendah.

Bahagian II: Pentadbiran (Seksyen 3 9)
Seksyen 3 - Perlantikan dan kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan
Berdasarkan Seksyen 3 yang menerangkan tentang perlantikan dan kewajipan Ketua
Pengarah Pendidikan, seorang Ketua Pengarah Pendidikan hendaklah dilantik oleh Yang di-
Pertuan Agong daripada kalangan pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan. Ketua Pengarah
hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta
ini, dan hendaklah menasihati Menteri tentang hal yang berkaitan dengan pendidikan.

Bahagian III: Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (Seksyen 10 -14)
Seksyen 12 - Hak Kehadiran
5

Merujuk Seksyen 12 yang menerangkan tentang hak kehadiran, Menteri boleh
menghadiri, dan boleh menamakan wakil-wakil untuk menghadiri, mana-mana mesyuarat
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan (Seksyen 15 66)
Seksyen 15 - Sistem Pendidikan Kebangsaan
Mengikut seksyen 15 yang menerangkan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan,
Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan
rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi tetapi tidak
termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.

Bahagian V: Penilaian dan Peperiksaan (Seksyen 67 69)
Seksyen 67 - Penilaian Murid
Berdasarkan Seksyen 67 yang menerangkan tentang penilaian murid, Menteri boleh
menetapkan cara murid di sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah dinilai dan taraf
yang perlu dicapai oleh murid itu. Penilaian yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) adalah
tambahan kepada mana-mana peperiksaan yang ditetapkan.

Bahagian VI: Pendidikan Tinggi (Seksyen 70 72)
Seksyen 72 - Penalti
Merujuk Seksyen 72 yang menerangkan tentang penalti, seseorang yang melanggar
seksyen 71 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun
atau kedua-duanya.

Bahagian VII: Institusi Pendidikan Swasta (Seksyen 73 78)
Seksyen 74 - Institusi Pendidikan Swasta hendaklah mematuhi kehendak
Kurikulum Kebangsaan dan menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan
Mengikut Seksyen 74 yang menerangkan tentang institusi pendidikan swasta
hendaklah mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan dan menyediakan murid bagi
6

peperiksaan yang ditetapkan, institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan
rendah atau menengah atau kedua-duanya hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum
Kebangsaan dan hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.

Bahagian VIII: Pendaftaran Institusi Pendidikan (Seksyen 79 102)
Seksyen 79 Semua institusi pendidikan hendaklah didaftarkan
Berdasarkan Seksyen 79 yang menerangkan tentang semua institusi pendidikan
hendaklah didaftarkan, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini.
Permohonan untuk didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar
mengikut cara yang ditetapkan. Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat
yang difikirkannya patut apabila mendaftarkan sesuatu institusi pendidikan di bawah
subseksyen (1).

Bahagian IX: Pendaftaran Guru (Seksyen 103 116)
Seksyen 105 Permohonan untuk didaftarkan sebagai guru
Merujuk Seksyen 105 yang menerangkan tentang permohonan untuk didaftarkan
sebagai guru, permohonan untuk didaftarkan sebagai guru hendaklah dibuat kepada Ketua
Pendaftar dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan.

Bahagian X: Jemaah Nazir Sekolah (Seksyen 117 122)
Seksyen 118 Kuasa Nazir Sekolah untuk memberikan nasihat
Mengikut Seksyen 118 yang menerangkan tentang kuasa Nazir Sekolah untuk
memberikan nasihat, Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada
pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu
institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan
pengajaran dan kaedah pengajaran.

Bahagian XI: Kewangan (Seksyen 123 -125)
Seksyen 123 Kecualian berhubungan dengan Menteri
Berdasarkan Seksyen 123 yang menerangkan tentang kecualian berhubungan dengan
Menteri, kecuali setakat yang wang diluluskan atau diperuntukkan bagi maksud itu oleh
7

Parlimen atau selainnya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai
mengenakan apa-apa kewajipan kepada Menteri untuk menubuhkan dan menyenggarakan
suatu institusi pendidikan di bawah Akta ini atau untuk menyenggarakan keseluruhan atau
sebahagian daripada suatu institusi pendidikan.

Bahagian XII: Rayuan (Seksyen 126 129)
Seksyen 128 Peguambela dan peguamcara tidak boleh hadir di hadapan
Jawatankuasa Siasatan
Mengikut Seksyen 128 yang menerangkan tentang peguambela dan peguamcara tidak
boleh hadir di hadapan Jawatankuasa Siasatan, tiada peguambela atau peguamcara boleh
dibenarkan hadir dalam mana-mana prosiding di hadapan Jawatankuasa Siasatan walau apa
pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis.

Bahagian XIII: Peraturan-peraturan (Seksyen 130 131)
Seksyen 131 Peraturan boleh menetapkan penalti kerana perlanggarannya
Merujuk Seksyen 131 yang menerangkan tentang peraturan boleh menetapkan penalti
kerana perlanggarannya, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh
memperuntukkan bahawa perlanggaran mana-mana peruntukan dalam peraturan-peraturan itu
adalah suatu kesalahan dan bahawa kesalahan sedemikian boleh dihukum, apabila disabitkan,
dengan hukuman denda atau pemenjaraan atau kedua-duanya tetapi tidak boleh membuat
peruntukan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan itu
melebihi enam bulan.

Bahagian XIV: Kesalahan dan Penalti (Seksyen 132 139)
Seksyen 135 Penalti Am
Berdasarkan Seksyen 135 yang menerangkan tentang penalti am, seseorang yang
melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan
nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Seseorang yang melakukan
suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila
disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang melebihi lima ratus ringgit sebagai
8

tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini
berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus berlaku.

Bahagian XV:Pelbagai (Seksyen 140 145)
Seksyen 142 Pendaftaran murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan
Mengikut Seksyen 142 yang menerangkan tentang pendaftaran murid di institusi
pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan, seseorang murid yang berdaftar sebagai murid di
suatu institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan tidak boleh, semasa masih berdaftar
sedemikian, mendaftar di mana-mana institusi pendidikan sedemikian yang lain kecuali
dengan kebenaran Pendaftar.

Bahagian XVI: Peralihan dan Pemansuhan (Seksyen 146 156)
Seksyen 146 Pertukaran nama institusi pendidikan tertentu
Berdasarkan Seksyen 146 yang menerangkan tentang pertukaran nama institusi
pendidikan tertentu, sekolah rendah kebangsaan hendaklah dikenali sebagai sekolah
kebangsaan manakala sekolah rendah jenis kebangsaan hendaklah dikenali sebagai sekolah
jenis kebangsaan pada tarikh yang ditetapkan semua nama institusi pendidikan yang sebaik
sahaja sebelum tarikh itu.

Hubungan Akta Pendidikan 1996 Dengan Perkembangan Sejarah Negara
Akta Pendidikan 1996 adalah satu kesinambungan dengan Akta Pendidikan 1961 dan
juga merupakan sebuah Akta untuk melihatkan negara yang mempunyai masyarakat majmuk
hidup bersatu padu di bawah satu bumbung demokrasi melalui perlembagaan yang telah
dibuat sebegitu rupa.
Perkembangan pendidikan hendaklah sejajar dengan perkembangan negara. Lantaran
itu masyarakat kian maju sesuai dengan penggunaan sains dan teknologi. Malaysia sebagai
sebuah negara baru tidak kecuali untuk merebut peluang dan berjalan seiring dengan negara-
negara lain. Maka satu pendekatan dalam pendidikan harus diambil, dikaji dan dibina semula.
Oleh itu, pelajaran dan kurikulum pendidikan haruslah berkembang selari untuk memenuhi
guna tenaga dan melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.
9

Kini negara telah mula melangkah ke tahap yang ketiga, dari dunia pertanian, dunia
teknologi, kini zaman dunia teknologi maklumat (zaman global) yang memerlu kepakaran dan
kecanggihan yang tersendiri. Oleh itu, amat sesuailah dengan adanya peruntukan-peruntukan
tertentu yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang berbentuk teknik dan vokasional,
kedudukan maktab perguruan, universiti dan sebagainya. Kesemuanya diberikan peranan dan
kuasa-kuasa tertentu untuk meningkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan hasrat dan
falsafah pendidikan negara kita.
Kini, melalui Akta Pendidikan 1996, bukan sahaja mahu melihat dalam aspek
perpaduan semata-mata tetapi perlu menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat
penyayang dan berakhlak mulia. Lantaran itu wujudnya sekolah-sekolah khas seperti yang
telah dinyatakan dalam Akta tersebut. Dengan memberi peruntukan-peruntukan tertentu
terhadap institusi pendidikan kita, maka akan lahirlah masyarakat yang serba boleh dan serba
maju .
Komen Terhadap Akta Pendidikan 1996
Akta Pendidikan 1996 tidak seperti Akta Pelajaran 1961 yang hanya untuk
menyatupadukan kaum di Malaysia tetapi telah menampakkan secara jelas hala tuju dan
wawasan pendidikan kita. Hal ini penting pada waktu itu sebagai sebuah negara yang baru
merdeka dan tugas utama untuk menjaga perpaduan kaum. Akta Pelajaran 1961 adalah sesuai
pada waktu itu dan ia perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi pendidikan masa
kini. Lantaran itu lahirnya Akta Pendidikan 1996 yang lebih canggih dan dapat mencapai cita-
cita negara sekarang yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan negara
yang dilihat bukan sahaja pembangunan dari segi material tetapi juga emosi dan jasmani serta
intelektualisme individu.
Dengan adanya Akta baru ini, maka hasrat dan cita-cita negara untuk menjadi sebuah
negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Selain itu, juga
dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif yang
turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana yang
termaktub dalam Wawasan 2020.
10

SURAT PEKELILING IKHTISAS 2010
Di bawah adalah 5 contoh surat pekeliling ikhtisas yang dipilih dalam surat pekeliling
ikhtisas tahun 2010.
SURAT PEKELILING IKHTISAS: BIL: 1/2010
PELAKSANAAN DASAR MENGHADKAN JUMLAH MAKSIMUM SEPULUH (10)
MATA PELAJARAN DAN PENAMBAHAN DUA (2) MATA PELAJARAN TAMBAHAN
DALAM PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 23 Disember 2009 telah bersetuju bahawa dasar
mengehadkan sepuluh (10) mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
adalah kekal, walau bagaimanapun kelonggaran diberi kepada calon untuk mengambil tidak
lebih daripada dua mata pelajaran tambahan mulai Tahun 2010.
Dua mata pelajaran tambahan tersebut mestilah dipilih daripada mana-mana mata
pelajaran yang telah disenaraikan dalam peperiksaan SPM kecuali mata pelajaran teras.
Jumlah keseluruhan mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon adalah dua belas
(12).
Kelonggaran ini boleh diguna pakai untuk semua murid di semua aliran sekolah.
Syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM ,termasuk syarat mata
pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada kekal. Pencapaian calon dalam
peperiksaan SPM bagi semua mata pelajaran yang diduduki termasuk dua pelajaran
tambahan itu akan dicatatkan dalam sijil SPM yang sama.
Keputusan kerajaan membenarkan dua mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan
SPM ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan di
bawahnya.
Semua Pengarah Pelajaran Negeri perlu memaklumkan kandungan surat pekeliling
kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah dan semua Pengetua di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan.

11

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.2/2010:
PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sai ns dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di
sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan
pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar
masing-masing.
Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan
secara berperingkatperingkat mulai tahun 2010 pada 5 Ogos 2009. Sekolah boleh
menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid
menyesuaikan diri dengan perubahan dasar tersebut. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik bagi Tingkatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi
diteruskan dalam Bahasa Inggeris.
Penyediaan soalan-soalan peperiksaan awam bagi kelompok mata pelajaran Sains dan
Matematik semasa peralihan dasar adalah seperti yang berikut:
Jenis Peperiksaan Penggunaan Bahasa Pengantar
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Dwibahasa sehingga 2015
Penilaian Menengah Rendah (PMR) Dwibahasa sehingga 2013
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dwibahasa sehingga 2015

12

Semua Pengarah Pelajaran Negeri perlu memaklumkan kandungan surat pekeliling
kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah dan semua Pengetua di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 8 TAHUN 2010
GARIS PANDUAN MENCEGAH DAN MENANGANI PERBUATAN BULI DALAM
KALANGAN MURID DI SEKOLAH
Perbuatan buli dalam kalangan murid di sekolah merupakan perbuatan yang perlu
ditangani secara serius oleh pihak pengurusan sekolah. Buli bererti orang yang menggunakan
kekuatan atau kekuasaannya untuk menakutkan atau menyakitkan orang yang lebih lemah.
Perbuatan membuli boleh berlaku sama ada secara fizikal atau pun menggunakan bahasa yang
boleh memberi kesan menakutkan atau menyakitkan orang yang lebih lemah. Seseorang
murid yang kena buli akan mengalami kesan emosi yang mendalam seperti menjadi murung,
sentiasa dalam keadaan ketakutan, hilang keyakinan diri serta boleh mengakibatkan
kecederaan fizikal yang teruk malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah serta semua Pengetua
dan Guru Besar diingatkan untuk mengambil tindakan yang tegas serta tidak berkompromi
terhadap perbuatan buli dalam kalangan murid di sekolah. Larangan terhadap perbuatan buli
di sekolah hendaklah dikuatkuasakan sepenuhnya kerana perbuatan tersebut boleh
memberikan impak yang negatif terhadap pengurusan sesebuah sekolah sekiranya tidak
ditangani secara berkesan.
Semua pengurusan sekolah perlu mengambil langkah-langkah yang proaktif serta
berkesan sebagai langkah pencegahan terhadap perbuatan buli. Peti aduan murid atau saluran-
saluran aduan murid secara berkesan di sekolah dan asrama diadakan sekiranya sekolah
tersebut ada asrama. Pelajar dimaklumkan serta diberi penjelasan tentang fungsi dan peranan
saluran aduan tersebut.
Jawatankuasa disiplin sekolah dan asrama perlu diaktifkan sepenuhnya agar dapat
menyiasat , meneliti serta mengambil tindakan SEGERA terhadap aduan yang dibuat oleh
13

murid atau pihak berkepentingan lain. Fungsi jawatankuasa disiplin sekolah akan kelihatan
visible dan dapat dirasakan kewujudannya oleh seluruh warga sekolah.
Pihak Berkuasa Disiplin di sekolah termasuk guru-guru disiplin, guru bimbingan dan
kaunseling, guru warden di asrama serta guru-guru lain perlu mencari satu kaedah yang
berkesan bagi mengesan kewujudan gejala buli atau salah laku yang lain dan tindakan awal
perlu diambil sebelum gejala tersebut berlaku. Sekiranya sekolah atau asrama ada
melaksanakan aktiviti orientasi atau suaikenal terhadap murid baru, maka aktiviti tersebut
hendaklah berada di bawah kawalan guru sepenuhnya. Apa-apa bentuk perlakuan yang
bersifat membuli atau seumpamanya yang boleh mendatangkan kecederaan, penderitaan
mental dan emosi kepada murid adalah dilarang sama sekali.
Bagi sekolah-sekolah berasrama, kewujudan guru warden hendaklah dapat dirasai
oleh penghuninya sepanjang masa. Peraturan asrama serta aktiviti hariannya perlu jelas
kepada semua penghuninya. Pemeriksaan ke bilik-bilik pengenapan murid serta bilik-bilik
lain perlu dilakukan secara kerap dan berjadual. Pemeriksaa n mengejut hendaklah dilakukan
sekiranya dirasakan ada keperluan oleh pihak sekolah atau asrama.
Kempen dan penjelasan terhadap kesan perbuatan ala samseng, buli dan jenayah lain
perlu dibuat secara berterusan dan boleh melibatkan pihak luar seperti PDRM, PIBG atau
pihak-pihak lain yang difikirkan berkaitan. Semua guru, kakitangan sekolah serta murid perlu
dimaklumkan tentang penegasan penguatkuasaan larangan ini di peringkat sekolah masing-
masing. Pihak pengurusan sekolah juga hendaklah memaklumkan dan memberi kefahaman
kepada ibu bapa perkara berkaitan ketegasan larangan ini menerusi mesyuarat PIBG dan
mesyuarat permuafakatan peringkat sekolah.
Semua pengetua dan guru besar boleh mengambil tindakan ke atas murid yang
melakukan perbuatan buli di sekolah, dan atau di asrama dengan mengenakan mana-mana
satu hukuman seperti berikut:
- Diberi Amaran Keras (murid dan ibu bapa perlu menandatangani Surat Aku Janji
tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut

atau
14


- Dilarang menggunakan kemudahan di sekolah atau asrama atau mengambil
bahagian dalam program atau aktiviti yang boleh dilarang sebagai hukuman
termasuklah mana-mana salah satu yang berikut;
i. tidak dibenar menggunakan kemudahan di perpustakaan, di pusat sumber atau apa
apa kemudahan lain untuk suatu tempoh tertentu;
ii. tidak dibenar keluar daripada asrama pada mana-mana satu cuti hujung minggu
atau cuti am;
iii. tidak dibenar mengikuti program sekolah seperti perkhemahan dan lawatan untuk
suatu tempoh tertentu; dan
iv. tidak dibenar menggunakan kemudahan sukan atau mengambil bahagian dalam
aktiviti kokurikulum atau pertandingan sukan untuk suatu tempoh tertentu;

atau
Dikenakan hukuman rotan tidak melebihi 3 kali.
atau
Gantung persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari)
atau
Dikenakan hukuman buang sekolah (bagi kes-kes serius yang melibatkan kecederaan
atau kehilangan nyawa).
Semua Pengarah Pelajaran Negeri perlu memaklumkan kandungan surat pekeliling
kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah dan semua Pengetua di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6/2010:
PELAKSAAN PROGRAM PELALIAN HUMAN PAPI LLOMA VI RUS (HPV)
KEBANGSAAN UNTUK MURID PEREMPUAN TINGKATAN 1 DI SEKOLAH
KERAJAAN, BANTUAN KERAJAAN, SEKOLAH SWASTA DAN SEKOLAH
ANTARABANGSA SELURUH NEGARA
15

Kementerian Pelajaran Malaysia menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia
dalam melaksanakan pencegahan dan kawalan kanser pangkal rahim. Memandangkan kanser
ini adalah kanser yang kedua tertinggi dalam kalangan wanita. Jemaah menteri pada 19 0gos
2009 telah meluluskan pelaksanaan Program Pelalian HPV Kebangsaan.
Kerajaan Malaysia melalui kementerian kesihatan Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan program suntikan pelalian secara
percuma kepada murid-murid perempuan Tingkatan 1di semua sekolah kerajaan , bantuan
kerajaan, sekolah swasta dan antarabangsa mulai bulan April /Mei 2010 sebagai langkah awal
melindungi murid-murid dari jangkitan virus tersebut, Pelalian HPV akan ditawarkan
kepada semua murid perempuan Tingkatan 1 di seluruh negara hanya dengan
kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga murid berkenaan.
Pelalian HPV diberi dalam 3 dos di mana jadual pelalian adalah seperti berikut:
DOS JADUAL PELALIAN
Dos Pertama 0 bulan
Dos Kedua 1 bulan selepas dos pertama
Dos Ketiga 6 bulan selepas dos pertama

Pasukan pelalian HPV akan datang ke sekolah sebanyak 3 kali dan memberi 3 dos
pelalian kepada murid-murid mengikut jadual yang dipersetujui oleh pihak sekolah ; dan
Kerjasama pihak sekolah adalah dipohon untuk menyediakan bilik yang bersesuaian
bagi menjalankan perkhidmatan ini dan menggalakkan semua murid hadir ke sekolah semasa
hari pelalian.
Semua Pengarah Pelajaran Negeri perlu memaklumkan kandungan surat pekeliling
kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah dan semua Pengetua di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan.


16

SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 16 TAHUN 2010
PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)
Mesyuarat jawatankuasa pembangunan sukan sekolah yang dipengerusikan oleh YAB
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 telah
memutuskan bahawa Dasar 1M1S dilaksanakan mulai 2011 di semua sekolah KPM.
Bagi menentukan pelaksanaan Dasar 1M1S dapat mencapai matlamat yang
ditentukan , pihak pentadbir sekolah adalah diminta memastikan bahawa perkara-perkara
berikut dipatuhi:
- Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah
kesihatan hendaklah wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan daripada pelbagai jenis sukan yang
ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan
persetujuan pihak sekolah.;
- Pihak sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan di
sekolah secara sistematik supaya dapat meningkatkan penyertaan dan membantu
dalam perkembangan potensi setiap murid dalam sukan;
- Pihak sekolah hendaklah mengoptimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan
kepakaran yang sedia ada di sekolah atau kawasan persekitaran dengan
mengutamakan keselamatan murid;
- Pihak sekolah digalakkan untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi
atau pihak luar bagi program pembangunan sukan di sekolah;
- Pihak sekolah hendaklah memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun
seperti yang disarankan dalam surat siaran.
Semua Pengarah Pelajaran Negeri perlu memaklumkan kandungan surat pekeliling
kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah dan semua Pengetua di bawah pentadbiran Y. Bhg.
Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan.

17

Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Surat Pekeliling KPM dibahagi kepada tujuh kategori iaitu:
A) Pekeliling Perkhidmatan
B) Pekeliling Perolehan
C) Pekeliling Biasiswa
D) Pekeliling Kewangan
E) Pekeliling ICT
F) Pekeliling Jabatan
G) Pekeliling Ikhtisas
(A) Surat Pekeliling Perkhidmatan
1) Bilangan 1 Tahun 2011
Bayaran Insentif Tawaran Baru di Bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Pendidikan di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menggariskan pelaksanaan
pemberian Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) kepada Pengetua, Guru Besar dan guru-
guru di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selaras dengan pelaksanaan NKRA Pendidikan iaitu Meluaskan Akses Kepada
Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan, terdapat empat sub-NKRA Pendidikan dan salah
satu sub-NKRA Pendidikan tersebut adalah untuk mengadakan Tawaran Baru (New Deals)
kepada Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Penilaian Berasaskan Pencapaian yang dibuat
melalui Baiah atau Kontrak Perjanjian.

2) Bilangan 2 Tahun 2011
Bayaran Insentif Sekolah Berprestasi Tinggi di Bawah Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) Pendidikan di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menggariskan pelaksanaan
pemberian Bayaran Insentif Sekolah Berprestasi Tinggi (BISBT) kepada Guru dan Bukan
Guru yang berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kementerian Pelajaran Malaysia.
Salah satu sub-NKRA Pendidikan tersebut adalah untuk membangunkan SBT. Ini
adalah pengiktirafan atas sumbangan mereka dalam mempertingkatkan prestasi dan
memartabatkan sekolah berkenaan.
18

3) Bilangan 3 Tahun 2011
Pemanjangan Bayaran Insentif Tawaran Baru di Bawah Bidang keberhasilan Utama
Negara (NKRA) Pendidikan di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
kepada Pegawai Perkhidmatan Awan Persekutuan dalam Kumpulan Sokongan Bukan
Guru

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menggariskan pelaksanaan
pemberian Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) kepada Pegawai Perkhidmatan Awan
Persekutuan dalam Kumpulan Sokongan Bukan Guru di sekolah-sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Sebagai penghargaan dan keprihatinan terhadap sumbangan Pegawai Kumpulan
Sokongan Bukan Guru, Kerajaan telah bersetuju supaya BITB turut dibayar kepada Pegawai
Kumpulan Sokongan Bukan Guru yang berkhidmat di sekolah yang melayakkan Pengetua
atau Guru Besar meneriam BITB.

4) Bilangan 4 Tahun 2011
Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi
Surat Pekeliling ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Program Bersepadu Potensi
dan Kompetensi (PROSPEK) selaras dengan keputusan Kerajaan memperkenalkan Saraan
Baru Perkhidmatan Awan (SBPA).
Kerajaan telah bersetuju supaya system pengurusan kompetensi berteruskan
diwujudkan sebagai mekanisme pembangunan kompetensi dan potensi yang menyeluruh dan
dilaksanakan sepanjang kerjaya pegawai. Ini bertujuan melahirkan pegawai berprestasi tinggi
kearah peningkatan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.

5) Bilangan 9 Tahun 2010
Permohonan Mengambil Bahagian dalam Aktiviti Politik Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48 yang Bertugas di Institusi
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
19

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi penjelasan panduan mengenai
permohonan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik iaitu bertanding atau
memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa
jawatan dalam suatu parti politik oleh Pegawai di Institusi Pendidikan (sekolah, Institusi
Aminuddin Baki, Institusi Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi) di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia.

6) Bilangan 1 Tahun 2009
Penurunan Kuasa Urusan Pengendalian dan Pengemaskinian Buku Rekod
Perkhidmatan
Surat Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan keputusan muktamad
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menurunkan juasa urusan pengendalian dan
pengemaskinian Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) dari Jabatan Pelajaran Negeri ke Pejabat
Pelajaran Daerah dan Sekolah-Sekolah Menengah dan menjelaskan tindakan-tindakan susulan
yang perlu diambilkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan
keputusan tersebut.

7) Bilangan 2 Tahun 2009
Urusan Pertukaran dan Pengurusan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota
Kumpulan Sokongan Pendidikan dalam Jawatan Kumpulan Kementerian Pelajaran
Malaysia
Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk mengemaskini syarat-syarat
dan tatacara pertukaran serta pengurusan pegwai dalam jawatan kumpulan Kementerian
Pelajaran Malaysia.

8) Bilangan 3 Tahun 2009
Bayaran Insentif Pembantu Pengurusan Murid yang Terlibat dalam Program
Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia
Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan kerajaan
mengenai pemberian Bayaran Insentif Pembantu Pengurusan Murid (BIPPM) kepada
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang berkhidmat di Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas
20

dan yang terlibat dalam Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah-Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia.

9) Bilangan 4 Tahun 2009
Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal bagi
Pegawai Perkhidmatan Bidang Kejuruteraan dan Ketukangan di Kementerian
Pelajaran Malaysia
Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai kaedah
pelaksanaan pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bidang kejuruteraan dan ketukangaan di Kementerian
Pelajaran Malaysia.

(B) Surat Pekelililng Perolehan
1) Bilangan 1 Tahun 2011
Pengesahan Pelaksanaan Kerja Kontrak Perkhidmatan kebersihan Bangunan dan
Kaasan serta perkhidmatan kawalan Keselamatan di Institusi-Institusi Pendidikan/
Sekolah di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
Surat Pekeliling Perolehan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Institusi
Institusi Pendidikan/Sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai pengesahan
pelaksanaan kerja kontrak Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) serta
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) yang berkaitan di InstitusiInstitusi
Pendidikan/Sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

(C) Surat Pekeliling Biasiswa
1) Bilangan 1 Tahun 2007
Penjelasan Mengenai Bantuan Sara Hidup Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun
2005 Dan Bilangan 6 Tahun 2007 Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
Diluluskan Cuti Belajar Bergaji dan Cuti Belajar Separuh Gaji
Pekeliling ini bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung pembayaran Bantuan
Sara Hidup (COLA) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2005 kepada
21

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)
dan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG).
2) Bilangan 2 Tahun 2007
Prosedur Pembayaran Gaji dan Elaun Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Yang
Diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji / Cuti Belajar Tanpa Gaji
Pekeliling ini bertujuan untuk menyeragamkan prosedur pembayaran gaji dan elaun
bagi mengatasai masalah lebihan bayaran gaji di kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Lepasan Diploma (PPPLD) yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG)/Cuti Beljar
Tanpa Gaji (CBTG) dan mengisi Jawatan Latihan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

3) Bilangan 1 Tahun 2006
Pemberian Bantuan Murid/Pelajar Di Bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM)
Pekeliling ini bertujuan menggariskan peraturan dan tatcara pemberian bantuan di
bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
(D) Surat Pekeliling Kewangan
Bilangan 1 Tahun 2012
Pengurusan Elaun Murid Berkeprluan Khas bagi Murid dalam Kategori Orang Kurang
Upaya (OKU)
Surat Pekeliling Kewangan ini bertujuan untuk mengemaskini peraturan dan tatacara
pengurusan kewangan dan perakaunan bagi pemberian bantuan Elaun Murid Berkeperluan
Khas (EMK). Kerajaan telah meluluskan pemberian bantuan EMK bagi meringankan beban
kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeprluan khas yang
tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

2) Bilangan 1 Tahun 2011
Garis Panduan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Peruntukan Khas Sekolah
Berprestasi Tinggi Kemeterian Pelajaran Malaysia
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk mengemaskini dan menambahbaik garis panduan
sedia ada mengenai peraturan dan tatacar pengurusan kewangan dan perakaunan Peruntukan
22

Khas yang diluluskan kepada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kementerian Pelajaran
Malaysia.

3)Bilangan 3 Tahun 2011
Peraturan Mengenai Perbelanjaan untuk Meraikan Pegawai Perkhidmatan Awam
yang Bersara

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan untuk memaklumkan
peraturan untuk meraikan Pegwai Perkhidmatan Awam yang bersara. Peraturan mengenai
perkara ini telah ditetapkan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2001.
Selaras dengan keadaan semasa, Perbendaharaan bersetuju supaya peraturan tersebut disemak
semula.

(E) Surat Pekeliling ICT
1) Bilangan 1 Tahun 2011
Dasar Keselamatan ICT (DKICT)
Surat Pekeliling ICT ini adalah bertujuan untuk melaksana Dasar Keselamatan ICT
(DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia di semua agensi di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia. DKICT merupakan langkah bagi menjamin keselamatan ICT KPM secara
menyeluruh daripada ancaman-ancaman pencerobohan dan melindungi asset ICT KPM.

(F) Surat Pekeliling Jabatan
1) Bilangan 19 Tahun 2008
Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP)

Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan pemberian opsyen semula kepada
anggota tetap sektor awam yang memlih Skim KWSP berkuatkuasa mulai 1 Februari 2009
sebagaimana yang ditetapkan dan dijelaskan dalm Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 tahun
2008.

23

PERINTAH-PERINTAH AM

Pada dasarnya, Perintah-Perintah Am adalah rangkuman syarat, garis panduan, kod
etika, disiplin dan undang-undang kecil berkaitan apa yang boleh dilakukan selain prosedur
bagi melakukannya dan larangan terhadap penjawat awam. Perintah Am juga menggariskan
tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan bagi melantik, mengesahkan, memberi taraf
berpencen, menaikkan pangkat, menukar, kawalan tatatertib dan tugas-tugas lain. Ia juga
menetapkan kuasa melantik bagi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan,
penggredan mengikut kelayakkan akademik penjawat awam serta status pegawai sama ada
tetap, sementara, kontrak, sambilan atau berasingan. Lazimnya, setiap profesyen dalam sektor
awam perlu ada Perintah Am yang khusus mengenainya dan diperincikan menerusi pekeliling
yang dikeluarkan mengikut keperluan semasa oleh ketua jabatan berkenaan, tertakluk kepada
bidang kuasa yang diberi. Perintah Am merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan,
Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan, Perkhidmatan Badan Berkanun Negeri dan
Perkhidmatan Badan Berkanun Tempatan. Ia meliputi perihal pelantikan, elaun, cuti,
tatatertib, rumah kerajaan, perubatan dan waktu bekerja selain skimpencen perkhidmatan
awam, skim pencen badan berkanun dan kuasa tempatan, acara kewangan serta perlarasan
pencen.
Merujuk kepada International Law Book Services yang telah disusun oleh Lembaga
Penyelidikan Undang-Undang, Perintah Perintah Am mengandungi tujuh bab yang dimulai
dengan Bab A hingga Bab G telah dikeluarkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong
menurut Fasal 1(2) Perkara 132 Perlembagaan Malaysia. Maka, semua pegawai-pegawai
kerajaan perlu mematuhi semua peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Perintah
Perintah Am. Bab A mengandungi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam yang berkaitan hal-
hal pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan. Kandungan Bab B
menerangkan hal elaun-elaun dalam perkhidmatan 1974 manakala kandungan Bab C
menyatakan peraturan-peraturan cuti kepada semua penjawat awam. Bab D menyatakan
peraturan-peraturan berkenaan kelakuan dan tatatertib penjawat awam yang berkaitan dengan
Lembaga Disiplin dan tatatertib. Seterusnya, kandungan Bab E menyatakan peraturan-
peraturan berkaitan rumah dan bangunan pejabat kerajaan. Kandungan Bab F menyatakan
peraturan-peraturan 1974 berkenaaan rawatan perubatan, bayaran dan peraturan wad dan
24

pelbagai hal mengenai perubatan untuk pegawai-pegawai awam. Akhir sekali, kandungan Bab
G mennyatakan peraturan-peraturan yang berkenaan waktu kerja dan lebih masa 1974.
Kandungan Bab A mengandungi dua belas bahagian yang merangkumi Pelantikan,
Pengambilan, Tarikh Pelantikan, Gaji Permulaan dan Pergerakan Gaji Tahunan, Tempoh
Percubaan, Pengesahan dan Perlanjutan Tempoh Percubaan, Kekananan, kenaikan pangkat,
pemangkuan dan penaggungan kerja, penamatan perkhidmatan dan perletakan jawatan,
pelantikan pegawai kontrak, umur dan akhir sekali bahagian pelbagai. Sebagai contoh,
peraturan 6 pelantikan seseorang pegawai dalam Bahagian II menyatakan calon bagi
pelantikan ke dalam perkhidmatan awam mestilah warganegara Malaysia. Bagi tatacara
pengambilan pegawai ke dalam perkhidmatan awam pula perlu mengikut Bahagian III
kandungan Bab A.
Kandungan Bab B pula mengandungi peraturan-peraturan elaun-elaun semasa
menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabat, berkursus, bertukar atau pindah rumah. Elaun-
elaun menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabat merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 3 Tahun 2003. Sebagai contoh, apabila seorang pegawai menjalankan tugas rasmi di luar
ibu pejabat bagi tempoh dua puluh empat jam atau lebih, layak mendapat elaun makan
sekiranya makanan tidak disediakan. Elaun-elaun semasa berkursus merujuk kepada
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005, pegawai-pegawai awam layak menuntuk elaun
makan, bayaran sewa hotel disokong dengan resit sekiranya tidak disediakan semasa program
kursus dijalankan.
Kandungan Bab C mengandungi peraturan-peraturan berkaitan cuti. Cuti bermaksud
sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan
tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Mengikut
peraturan 6 bahagian satu, seseorang pegawai awam diberi cuti-cuti yang berikut kerana
perkhidmatan yang melayakkan cuti rehat, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji. Namun yang
demikian, cuti separuh gaji atas sebab kesihatan sahaja. Bagi cuti sakit hanya boleh
ddiluluskan oleh Ketua Jabatan tidak lebih daripada 90 hari. Bagi cuti tanpa gaji, Ketua
Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji kepada pegawai-pegawainya atas sebab persendirian
yang mustahak tetapi tidak melebihi 360 hari.
Kandungan Bab D mengandungi lapan Bahagian yang menyatakan tentang peraturan-
peraturan pegawai awam merangkumi kelakuan dan tatatertib. Peraturan-peraturan yang
25

terkandung di dalam bab ini amat penting untuk memeastikan disiplin seseorang pegawai
awam kerana pelanggaran peraturan ini akan menyebabkan seseorang pegawai dikenakan
tindakan tatatertib oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib. Sebagai contoh, menurut peraturan 7
Bahagian II kandungan Bab ini menyatakan, jika seseorang Pegawai Perubatan memperakui
dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual bahawa seseorang pegawai menggunakan atau
mengambil dadah, selain bagi maksud perubatan, suatu dadah berbahaya atau
menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya, pegawai itu boleh dikenakan
tindakan tatatertibdengan tujuan buang kerja.
Kandungan Bab E mengandungi enam Bahagian peraturan-peraturan berkenaan rumah
dan bangunan pejabat kerajaan seseorang pegawai awam. Kerajaan tidak bertanggungjawab
untuk menyediakan rumah-rumah kediaman bagi pegawai-pegawainya melainkan sekadar
yang dinyatakan dalam Perintah Am 3. Sebagai contoh, peraturan 3(a) menyatakan Kerajaan
atas budi bicaranya sendiri dan dengan syarat ada rumah-rumah kediaman yang kosong, boleh
menguntukkan rumah-rumah kediaman bagi pegawai-pegawai seperti Pegawai-pegawai
Tingkatan Utama termasuk Ketua Setiausaha Negara. Namun yang demikian, pegawai-
pegawai yang bekerja dalam kawasan tersebut layak untuk memohon untuk mendiami rumah-
rumah kediaman yang kosong.
Kandungan Bab F mengandungi lima Bahagian peraturan-peraturan berkaitan
perubatan xseperti rawatan perubatan untuk pegawai-pegawai, tanggungjawab pegawai
perubatan, lembaga perubatan, lembaga perubatan, bayaran dan peraturan wad serta pelbagai.
Sebagai contoh, menurut peraturan satu Bahagian I, pegawai-pegawai dan keluarga mereka
yang jatuh sakit akan mendapat rawatan, ubat, dan rawatan perubatan atau pergigian yang
percuma yang ada pada Kerajaan termasuklah pembekalan alat-alat otopedik dan anggota-
anggota palsu tetapi tidak termasuk pembekalan gigi palsu. Rawatan-rawatan percuma ini
akan diberi di hospital-hospital dan klinik-klinik pesakit luar (International Law Book
Services, 2009)
Kesimpulannya, pihak kerajaan telah telah membuat garis panduan secara menyeluruh
untuk mengurus kepentingan, keperluan seseorang pegawai awam disamping tindakan
disiplin bagi mengekalkan tahap kecekapan dan profesionalisme seseorang pegawai awam
bagi meningkatkan prestasi dan pencapaian objektif sesebuah organisasi kerajaan.

26

Disiplin dan Lembaga Tatatertib

Kamus Dewan mentakrifkan tatatertib sebagai disiplin atau peraturan-peraturan yang
mesti dipatuhi. Dari segi istilah, tindakan tatatertib ialah tatacara mengawal disiplin iaitu
tindakan atau hukuman yang dikenakan terhadap seseorang yang melanggar peraturan sesuatu
organisasi. Menurut tafsiran Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, Pihak Berkuasa
Tatatertib ertinya Suruhanjaya yang berkenaan yang bidang kuasanya meliputi perkhidmatan
yang pegawai tersebut ialah seorang anggota mengikut peruntukan-peruntukan Bahagian X
Perlembagaan Persekutuan, dan termasuklah seorang pegawai atau sesuatu lembaga pegawai
dalam perkhidmatan awam yang boleh menjalankan fungsi Suruhanjaya berhubungan dengan
pengawalan tatatertib menurut Fasal (5A), (5B), (6) atau (6A) Perkara 144 Perlembagaan
Persekutuan (International Law Book Services, 2009).
Rasional pengurusan tindakan tatatertib merupakan satu tatacara pengendalian
anggota perkhidmatan awam yang akan melibatkan elemen-elemen pelanggaran peraturan
tersebut. Selaras dengan Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang telah
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menjadi satu asas pihak Berkuasa Tatatertib menjalankan
kawalan tatatertib ke atas anggota perkhidmatan awam berkuatkuasa pada 15 Disember 1993
(International Law Book Services, 2009).
Pembentukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
adalah bertujuan untuk meletakkan satu garis panduan kepada pegawai-pegawai awam
melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab bagi mencapai
keutuhan dan nama baik perkhidmatan awam, supaya pegawai awam meletakkan kepentingan
awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri, melahirkan kakitangan yang
berdisiplin tinggi bagi mencapai objektif organisasi dan membantu pentadbiran berjalan
dengan lancar.
Menurut tafsiran dalam peraturan-peraturan pegawai awam 1993 kandungan Bab D
perintah-perintah am boleh dibahagikan kepada lapan Bahagian. Permulaan Bahagian I
merangkumi Bahagian 1A yang menyatakan peraturan 3a dan peraturan 3b yang berkaitan
tentang kewajipan seseorang pegawai awam wajib mematuhi peraturan dan pelanggaran
mana-mana peruntukan ini boleh menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib manakala
27

Bahagian 1B, mengandungi peraturan-peraturan 3c dan peraturan 3d menyatakan tentang
tugas tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas kawalan dan pengawasan tatatertib
(International Law Book Services,2009). Sebagai contoh, seseorang pegawai yang gagal
memberi akujanji sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah am 23A, Perintah-
Perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, setelah dikehendaki berbuat
demikian oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan atau Ketua Jabatannya, melakukan
sesuatu perlanggaran tatatertib boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut peraturan 3b
berikutan kegagalan memberi dan mematuhi akujanji (International Law Book Services,
2009).
Bahagian II mengandungi peraturan-peraturan 4 hingga 22 yang berkaitan
tatakelakuan pegawai awam merangkumi membelakangkan tugas-tugas awamnya demi
kepentingan peribadinya, melakukan gangguan seksual, terlibat dalam pekerjaan luar, tidak
berpakaian mengikut etika semasa bertugas atau sesuatu upacara rasmi, penyalahgunaan
dadah, mempunyai keterhutangan kewangan yang serius, mengambil bahagian dalm politik
dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Sebagai contoh, peraturan 4
A
menggariskan
larangan-larangan iaitu seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap
orang lain sama ada membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual atau
melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam
keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang
waras akan berasa tersinggung, terhina atau terugut (International Law Book Services, 2009).
Bahagian III, mengandungi peraturan-peraturan 23 hingga 33 berkenaan
ketidakhadiran pegawai awam tanpa cuti. Menurut tafsiran peraturan 23 kandungan dalam
Bahagian ini, tidak hadir, berhubung dengan seseorang pegawai, termasuklah tidak hadir
bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi
pelaksanaan tugas-tugasnya. Maka, menurut peraturan 24 ketidakhadiran untuk seseorang
pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah boleh menyebabkan pegawai tersebut dikenakan tindakan tatatertib mengikut
prosedur tertentu. Namun yang demikian, sekiranya prosedur yang dijalankan kepada pegawai
berkenaan tidak dapat dikesan, berdasarkan peraturan7 Bahagian ini, pembuangan kerja
seseorang pegawai menurut kuasa subperaturan (6) hendaklah diberitahukan dalam warta.
Jika seseorang pegawai telah didapati bersalah kerana tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti
28

atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, tindakan
pelucuthakan emolumen secara bertulis boleh dikenakan mengikut Peraturan 27 Bahagian ini
(International Law Book Services, 2009).
Seterusnya, Bahagian IV berkenaan peraturan-peraturan 28 hingga 33 berkaitan
Prosedur yang dijalankan kepada seseorang pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah
dan sebagainya. Menurut peraturan 30 bahagian ini, tindakan tatatertib tidak boleh diambil
sehingga prosiding jenayah selesai terhadap pegawai itu berasaskan alasan yang sama dengan
pertuduhan jenayah dalam prosiding jenayah itu. Namun yang demikian, peraturan 28
menyatakan seseorang pegawai hendaklah dengan segera memaklumkan Ketua Jabatannya
jika apa-apa prosiding jenayah telah dimulakan terhadapnya dalam mana-mana mahkamah.
Suatu laporan yang mengandungi maklumat seperti pertuduhan, jika pegawai itu ditangkap,
tarikh dan waktu penangkapannya, sama ada atau tidak pegawai itu diikat jamin dan apa-apa
maklumat lain yang berkaitan. Jika prosiding jenayah terhadap seseorang pegawai itu
berkeputusan dengan pensabitannya, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang
mempunyai bidang kuasa untuk mengenalan hukuman buang kerja atau turun pangkat
hendaklah, sama ada atau tidak pegawai itu merayu terhadap sabitan itu, menggantungkan
pegawai itu daripada menjalankan tugasnya berkuat kuasa mula dari tarikh sabitannya
sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib di bawah peraturan 29
(International Law Book Services, 2009).
Bahagian V pula mengandungi peraturan-peraturan 34 hingga 37 berkenaan prosedur
tatatertib yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Keanggotaan Lembaga Tatatertib
yang ditetapkan di dalam Jadual, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan
Awam 1993, P.U.(A) 396/93 terdiri daripada dua orang anggota iaitu Pengerusi dan seorang
ahli. Sebagai contoh bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Profesional Gred
dua dan ke atas bagi tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat akan
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan dianggotai oleh Timbalan Ketua
Setiausaha atau Ketua Pengarah Bahagian masing-masing dan wakil peguam negara sebagai
Penasihat Undang-Undang Kementerian. Menurut Peraturan 37 dalam Bahagian ini, Prosedur
dalam kes tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat boleh menubuhkan suatu
Jawatankuasa Penyiasatan yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pegawai
bagi melakukan penyiasatan dan mengemukakan laporan kepada pihak tatatertib berkenaan.
29

Namun, jika setelah menimbangkan representasi pegawai dan laporan Jawatankuasa
Penyiasatan mendapati pegawai itu bersalah atas kesalahan tatatertib yang dikatakan telah
dilakukan olehnya, maka pegawai itu patut dibuang atau diturunkan pangkat( International
Law Book Services, 2009).
Dalam Bahagian VI, menyatakan peraturan-peraturan 38 hingga 48 berkaitan tentang
jenis hukaman tatatertib yang boleh dikenakan kepada pegawai awam. Contohnya, peraturan
38 menyatakan jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib,
mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung
kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegawai itu merangkumi amaran,
denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakkan gaji, turun gaji, turun pangkat dan buang
kerja. Namun yang demikian, seseorang pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib
boleh membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib (LRTT) dalam tempoh 14 hari
keputusan diterima oleh pegawai. Rayuan boleh dikemukakan melalui ketua jabatan kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Tiada rayuan
bagi kes yang diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan.
Dalam Bahagian VII berkenaan peraturan-peraturan 49 berkaitan penamatan
seseorang pegawai awam demi kepentingan awam menerangkan walau apa pun apa-apa
peruntukan, jika kerajaan mendapati atau jika representasi dibuat kepada Kerajaan bahawa
adalah wajar perkhidmatan seseorang ditamatkan demi kepentingan awam. Laporan
mengandungi butir-butir perhubungan dengan kerja dan kelakuan pegawai itu dan ulasan-
ulasan Ketua Jabatan akan diberikan kepada pihak kerajaan. Berdasarkan perenggan (5)
peraturan 49 Bahagian ini, menegaskan walau apa-apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini dan
mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, apabila menamatkan perkhidmatan mana-
mana pegawai demi kepentingan awam dibawah peraturan ini, pegawai itu tidak boleh
diberikan apa-apa peluang untuk didengar atau bagi maksud Perkara 135(2) Perlembagaan
Persekutuan dianggapkan telah dibuang kerja, tidak kira sama ada penamatan perkhidmatan
pegawai itu melibatkan suatu elemen hukuman atau yang berkaitan dengan kelakuan
berhubungan dengan jawatannya yang Kerajaan menganggap tak memuaskan atau patut
disalahkan.
30

Akhir sekali, Bahagian VIII kandungan Bab D berkenaan Peraturan-Peraturan 50
hingga 54 menerangkan hal-hal berkaitan pelbagai seperti pemakaian Peraturan-Peraturan
1983, butir-butir kesalahan dan hukuman hendaklah dicatatkan, surcaj, penyampaian notis dan
sebagainya. Sebagai contoh peraturan 50
A
menyatakan bahawa tiap-tiap tindakan tatatertib
yang diambil terhadap seorang pegawai yang berkeputusan dengan suatu hukuman dikenakan
ke atas pegawai itu di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah dicatakan dalam rekod
perkhidmatan pegawai itu dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang telah dilakukan dan
hukuman yang telah dikenakan (International Law Book Services, 2009).
Walaupun hal yang demikian, Tindakan tatatertib mesti mengikut prosedur kerana
melibatkan pelanggaran hak individu dalam Perkara 8 yang menyatakan hak layanan sama
rata dan berdasarkan Perkara 135(2) berkaitan hak untuk didengar. Pihak Berkuasa Lembaga
Tatatertib menjalankan tugas separa kehakiman yang mana keputusan Pihak Berkuasa
Tatatertib boleh disemak oleh mahkamah atas permohonan pegawai. Keputusan Pihak
Berkuasa Tatatertib boleh dirayu dengan Lembaga Rayuan Tatatertib akan melihat dari aspek
prosedur atau teknikal. Sekiranya ada ketidakpatuhan pada prosedur, tindakan tatatertib tidak
dapat dipertahankan.






31

BIBLIOGRAFI

32