Anda di halaman 1dari 9

Mohamad Izzudin bin Rahmat

Muhammad Afiq bin Jasman


Muhammad Anwar bin Noor Azmi
Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan
pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada
Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang
berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan
pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu
tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar
dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar
negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni
telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat
tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di
Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad
Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly
Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang
penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

Syed Ahmad Jamal
Lee Joo For
Cheong Laitong
Jolly Koh
Mereka telah membuka jalan untuk deria baru
mengenai kebebasan sikap pengajaran seni lukis di
sekolah, memberi kebebasan kepada daya ciptaan,
dan mengadakan keharusan untuk pemikiran.


Gaya catan pelukis-pelukis 1950-an hingga 1960-an
beranika; dari aliran realism kepada impresionisme,
ekspresionis ke abstrak ekspresionisme terpulang kepada
pengaruh dan pendedahan pelukis-pelukis. Pilihan subjek
catan juga berbagai-bagai

Seni lukis aliran utama 1960-an dengan nilai-nilai mistikal
dan semesta telah menarik perhatian audien untuk
menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Demikian juga
dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu
pengucapan gambaran yang tersendiri

Nilai-nilai gerak berus (brush stroke) dalam karya mereka
mempunayi peresamaan dengan seni tulils tradisional
warisan kebudayaan kaum Melayu dan China telah menjadi
satu bahasa visual yang difahami serta dihayati oleh
keseluruhan rakyat Malaysia.


Tahun 1960-an melahirkan pandangan yang kritikal terhadap
seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media
massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan,
laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis telah
menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis,
pencinta seni di samping ahli-ahli politik dan diplomat

Karya-karya yang lebih matang dan bermutu tinggi telah
muncul melalui usaha ini

Pameran seni sering dibuka dengna resmi oleh para menteri
atau orang kenamaan kerana telah dianggap antara akltiviti
kebudayaan yang penting. Liputan yang meluas media-massa
seperti surat khabar, radio dan televisyen.

Penghujung tahun 1960-an pelukis-pelukis Malaysia terlibat
dengan intisari mengunakan bahan-bahan tempatan dan suasana
alam sekitar sebagai ramuan gambaran tampak


Mereka telah memasuki era baru kesedaran,
menyiasat ke alam pemikiran; menghubungi
suasana sosial, dan warisan kebudayaan.
Banyak peluang pameran di peringkat
antarabangsa yang diadakan di seberang laut
yang telah disertai oleh pelukis-pelukis
Malaysia


Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan
hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili
pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama
dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni
lukis di Malaysia dan Luar negara.

Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada
tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi
institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang
lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus Ijazah
selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Ini
termasuk Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan
Kemanusiaan. USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan,
Fotografi, Teori-teori Seni, Seni Arca, Rekabentuk Grafik, Aspek-
aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden
dan latihan Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of Art
dalam Sejarah Senilukis.

Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti
awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di George
Town,Pulau Pinang. Terdapat tiga kampus lain iaitu satu
di Seberang Perai dan satu lagi di Kelantan . USM mempunyai
jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006. Ini menjadikannya
sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar.
Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada lima
universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di
Malaysia. Ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti
bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia
dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini
mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber
manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006,
USM mempunyai kira-kira 30,000 pelajar termasuk 7,000 orang
bertaraf pascasiswazah. Jumlah pensyarah seramai 1,600 orang.
Ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.

Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan
hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili
pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama
dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni
lukis di Malaysia dan Luar negara.

Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada
tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi
institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang
lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus Ijazah
selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Ini
termasuk Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan
Kemanusiaan. USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan,
Fotografi, Teori-teori Seni, Seni Arca, Rekabentuk Grafik, Aspek-
aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden
dan latihan Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of Art
dalam Sejarah Senilukis.