Anda di halaman 1dari 11

UW00202 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

ASAL USUL DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT BISAYA


















PENGENALAN
Suku Bisaya kebanyakannya menetap di daerah Beaufort
dan Kuala Penyu. Suku ini juga terdapat di daerah Sipitang,
yakni di Sindumin dan Mesapol serta di daerah-daerah lain
di Sabah seperti di Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan
Labuan, Tawau, Sandakan, Keningau, Kudat, Kota Belud,
Ranau, Tenom dan Papar.
Berdasarkan bahasa dan budaya suku ini, mereka boleh
dikelaskan dalam rumpun Dusun. Malah, berdasarkan
kajian terkini ahli linguistik dan sejarah yang mengkaji asal
usul bangsa Melayu mendapati tanah induk orang
Melayu-Proto ialah Borneo. Salah satu cabang bahasa
Melayu-Proto yang terdapat di Borneo ialah Dusun.
Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa suku Bisaya
merupakan penduduk asli Borneo.
ASAL USUL KAUM BISAYA
SEJARAH BANGSA BISAYA
nenek moyang Bisaya berasal dari satu
keluarga berhijrah dan menetap di utara
Pulau Borneo.
Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di
mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai
atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti
Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak,
Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar
atau Urak Betatar atau Lok Batata atau
Awang Alah Bertabar; dan seorang
perempuan (Siti Duyah atau Duri atau
Bunga Sunting).
Satu pertandingan lumba perahu diadakan
untuk menentukan siapakah yang layak
menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini
dimenangi oleh Alak Betatar yang paling
bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi
Raja Brunei yang pertama, dan
kemudiannya memeluk agama islam
dengan menggunakan nama Sultan
Mohammad Shah, Sultan Brunei yang
pertama.

CATATAN SEJARAH TEMPATAN
Peti Berambai iaitu yang sulung
menjadi Raja Pulau Jawa. Si
Garampa pula menetap di kawasan
Limbang dan menjadi nenek moyang
kepada masyarakat Bisaya.
Peti Geramba menetap di kawasan
Tutong (Brunei), Peti Runa pula di
kawasan Sungai Kinabatangan
(Sabah) dan Semaun di Sungai Birau (
Selatan Tutong).
Siti Duyah pula berkahwin dengan
seorang berketurunan cina yang
bernama Ong Sum Ping (Awang
Sunting) dan menetap di kawasan
Gunung Kinabalu, Sabah.

ASAL USUL KAUM BISAYA
ASAL USUL PERKATAAN BISAYA (4 FAKTA)
perkataan bisaya berasal daripada sebutan mabisa iya yang
bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah
serta cantik molek. Sebutan kemudian bertukar kepada bisaya
sehingga pada hari ini. Perkataan ini muncul dari kaum ini sendiri.
Sementara itu, Beyer H.O pada tahun 1926, Hester e.d pada tahun
1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan
bisaya kemungkinan berasal dari empayar Srivijaya (Sonza, 1972).
Pada tahun 1960, john carol menyatakan bahawa perkataan bisaya
berasal dari pahlawan bangsa yang bernama Sri Visaya. Saya tidak
pasti siapa pahlawan ini,kemungkinan juga beliau adalah pahlawan
Filipina dan dari namanya muncul suku kaum Visaya Filipina dan
fakta ini tertolak dari asal-usul Bisaya Borneo.
Derek Headly (1950) menyatakan lagenda Bisaya borneo apabila
sultan brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan
penduduk bisaya dan baginda memberitahu bisai-yah! Yang
bermaksud betapa cantiknya.
Semua kenyataan diatas adalah teori dan andaian dan mungkin kita
tidak pernah tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang
sebenarnya.

LATAR BELAKANG MASYARAKAT BISAYA SABAH
Suku kaum Bisaya merupakan salah satu kelompok
peribumi di Sabah. Suku Bisaya juga terdapat di Sarawak
dan Brunei Darussalam.
Di Sabah, suku Bisaya merupakan kelompok minoriti
dengan anggaran penduduk berjumlah lebih kurang 50
000 orang.
Sultan Brunei yang pertama, iaitu Awang Alak Betatar
atau Alak Batata yang kemudian bergelar Sultan
Muhammad Shah setelah memeluk agama Islam,
dikatakan berasal daripada suku Bisaya.
Di daerah Beaufort, suku ini dianggarkan sebanyak 30 000
orang daripada 62 000 orang jumlah keseluruhan
penduduk Beaufort pada tahun 2000.
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Pada masa kini, masyarakat Bisaya Sabah beragama Islam.
Sebelum kedatangan Islam, mereka mengamalkan
kepercayaan animisme yang merupakan amalan
penduduk peribumi lain di kepulauan Borneo.
Kemasukan ajaran Islam di Brunei dianggarkan berlaku
pada abad ke-13, apabila Sultan Muhammad Shah (Sultan
Brunei pertama yang memerintah dari tahun 1363 hingga
tahun 1402) memeluk agama Islam.
Pengetahuan terhadap ajaran Islam yang sebenar dalam
kalangan masyarakat Bisaya semakin bertambah setelah
berkembang sistem pendidikan moden dan dakwah Islam
secara terancang yang dilaksanakan oleh institusi agama
pada era 1960-an hingga kini atau selepas merdeka.
ADAT DAN KEBUDAYAAN KAUM BISAYA
ADAT KEBUDAYAAN UTAMA
Kelahiran
Perkahwinan
Kematian
ADAT KEBUDAYAAN YANG LAIN
Tarian Liliput Bisaya
Tarian Jipin (Zapin) Bisaya
Tarian Sayau bagarus (Tarian menggarus batang
rumbia)
Tarian Mengalawat (Tarian memijak hempas batang
rumbia)
Tarian Minsayau (untuk meraikan kejayaan
mengalahkan lanun)
Alat tradisional kulintangan Bisaya yang mempunyai 27
lagu dan 3 lagu berkaitan acara berasik
Pencak silat Bisaya dengan muzik bamboo
Tarik tali
Bermain gasing
Bermain layang-layang
Ugang Bamboo
Badaup terutama semasa menuai padi
Mibulang iaitu penggunaan binatang Kerbau
Tarian Bubu Mangalai dengan menggunakan jampi
serapah
Berambit/Bahambit
menimbang anak kecil yang lahir pada bulan Safar
Lastik/Melastik
Panah/Memanah
Andiban/Alat membujak binatang liar
Perubatan tradisional Bisaya
Pakaian Tradisional Bisaya
Kuih-muih tradisional Bisaya seperti kalopis, kuih cincin,
kuih tapai, kuih sapit, dll.

KEMAHIRAN KRAFTANGAN
Seperti juga dengan kaum-kaum lain
di sabah, kaum bisaya mempunyai
kraftangan mereka sendiri. Kraftangan
mereka adalah berkaitan dengan
kegunaan harian seperti menanam
padi, mengangkat bahan-bahan harian,
membuat sagu dan menangkap ikan.
Antara yang terdapat di sini ialah
kalambigas, lasok dan salihid.

ADAT DAN KEBUDAYAAN KAUM BISAYA
(KELAHIRAN)
larangan kepada wanita memakai kain yang coraknya terbalik .
membuka pintu dan jendela sebaik-baik sahaja bangun pagi bagi.
Wanita ini juga dilarang tidur pada waktu tengah hari.
Dia dan suaminya tidak boleh memotong sesuatu barang sehingga
tembus.
Ketika usia kandungan mencapai tujuh bulan, wanita hamil berkenaan
dikehendaki memakai Piruai atau selusuh.


SEMASA MENGANDUNG
SEMASA KELAHIRAN
Bayi yang baharu dilahirkan disambut dengan laungan azan sekiranya bayi
tersebut lelaki dan bacaan iqamat untuk bayi perempuan.
Bayi diberi nama selepas berusia tujuh hari.
Pemberian nama kepada bayi pula dirujuk kepada orang yang lebih tua dan
berilmu.
nama yang diberikan kepada bayi yang baharu dilahirkan tidak boleh lebih
panjang daripada nama ibu bapanya.
Seseorang anak yang sering sakit juga dianggap tidak serasi dengan ibu
bapanya atau ibu bapanya tidak Gawan memelihara anak.

ADAT DAN KEBUDAYAAN KAUM BISAYA (PERKAHWINAN)
Dua kaedah dalam mencari pasangan yang sesuai untuk anak-anak mereka, iaitu melalui kaedah
Miulung dan Mangkaunan.
Langkah pertama merisik, langkah kedua Mongoi Tuju akan dilaksanakan, langkah ketiga
dilakukan, iaitu menghantar rombongan untuk membawa barang hantaran kepada pihak
perempuan atau disebut sebagai Mongoi Atud.
Sekiranya perkahwinan itu melibatkan anggota keluarga yang terdekat seperti sepupu, pihak
lelaki harus membayar Pitas.
Sekiranya "melangkah bendul" pula, pihak lelaki perlu membayar denda Kataliban.
Tarikh perkahwinan pula dipilih apabila selesai musim menuai padi.
pihak lelaki menyediakan hantaran berupa haiwan ternakan seperti seekor kerbau yang disebut
sebagai Rinampung dan disembelih untuk sajian pada hari perkahwinan.
Apabila pihak perempuan menyebut istilah "tumpang tidur", pihak lelaki perlu menyediakan
semua peralatan tersebut dan ini menjadi hak milik lelaki. Sekiranya pasangan ini bercerai, isteri
tidak berhak terhadap semua peralatan tersebut dan suami boleh mengambilnya semula.
Semasa rombongan perkahwinan, pengantin lelaki dilarang memijak tanah, beliau diangkat oleh
dua orang ahli keluarga lelaki sampai di pintu rumah pengantin perempuan.
Rombongan ini perlu sampai di rumah pengantin perempuan sebelum waktu maghrib.
Pengantin lelaki akan tidur di rumah pengantin perempuan dan adat ini dikenali sebagai Kahwin
Modop.
Menjelang waktu subuh, ibu bapa dan keluarga kedua-dua pengantin akan duduk menghadap
sambil bertukar Languai dan Dulung.
Languai ialah sejenis tembaga yang berbentuk segi enam atau seperti labu yang berasal dari
Brunei
Dulung pula ialah sejenis tombak yang dibawa bersama-sama dengan sebiji kelapa yang baharu
bertunas dan seekor ayam jantan

ADAT DAN KEBUDAYAAN KAUM BISAYA (KEMATIAN)
Persediaan Sebelum Berlakunya Kematian
Kaedah Memaklumkan Berlakunya Kematian
Tindakan Awal Setelah Berlakunya Kematian
Memandikan, Mengapankan dan
Menyembahyangkan Jenazah
Menghantar Jenazah ke Tanah Perkuburan
Pantang larang selepas perkuburan
Sekian dan terima kasih