Anda di halaman 1dari 13

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM

SHAFEZAN BIN RUSLI


G76427

BINCANGKAN KONSEP NEW PUBLIC MANAGEMENT. APAKAH ASPEK YANG


DITEKANKAN DALAM PENGURUSAN AWAM BARU INI?

New Public Management (NPM) adalah suatu bentuk pengurusan atau pentadbiran awam
baru yang digunakan oleh kerajaan sejak 1980-an untuk memodernisasi di sektor awam.
Pengurusan awam baru yang luas dan sangat kompleks istilahnya yang digunakan untuk
menggambarkan gelombang reformasi sektor awam di seluruh dunia sejak tahun 1980-
an. Hipotesis utama dalam gelombang reformasi NPM adalah bahawa lebih banyak orientasi
pasaran di sektor awam akan mengarah pada kecekapan kos yang lebih besar bagi kerajaan,
tanpa wujud kesan negatif pada objektifnya dan pertimbangan-pertimbangan lain. NPM lebih
berorientasikan terhadap keputusan dan kecekapan melalui pengurusan yang lebih baik untuk
kepentingan masyarakat awam. Hal ini dianggap boleh dicapai dengan melaksanakan persaingan,
seperti yang dikenali dalam sektor swasta, untuk agensi-agensi dalam sektor awam, yang
menekankan prinsip-prinsip ekonomi dan kepimpinan.

Pengurusan awam baru bolehlah dikiaskan kakitangan perkhidmatan awam seperti


pelanggan, dan sebaliknya warga negara sebagai pemegang saham. Model bagi NPM ini
merupakan gabungan antara teori-teori ekonomi dan teknik pengurusan sektor swasta yang
dimasukkan ke dalam sektor awam untuk tujuan penambah baikkan kelemahan. Konsep
pengurusan awam baru ini adalah sebuah perspektif baru yang berkembang secara produksif
pada awal 1990-an, yang berusaha untuk menggabungkan nilai-nilai utama pentadbiran
perniagaan dalam rangka pentadbiran awam. Istilah New Public Management "dipakai untuk
pertama kalinya oleh Christopher Hood pada tahun 1991 dalam penulisannya bertajuk 'A New
Public Management for All Seasons' yang diterbitkan dalam jurnal dan juga disebut 'Public
Administration beliau adalah seorang Professor di Universiti Oxford dan pengarah program
penyelidikan ESRC Perkhidmatan Awam : Kualiti, Prestasi Dan Penyampaian.

1
SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM
SHAFEZAN BIN RUSLI
G76427

Jika dilihat dari perspektif sejarahnya bagaimana pendekatan pengurusan baru bagi sektor
awam ini yang pada awalnya muncul di Eropah pada tahun 1980 dan 1990 sebagai reaksi dari
model pentadbiran awam tradisional. Pada awal perkembagannya, pendekatan pengurusan
moden tersebut memiliki banyak istilah seperti “managerialism”, “new public management”,
“market-based public administration”, “post-bureaucratic”, paradigm dan “entrepreneurial
government”. Istilah yang kemudian yang banyak dipakai untuk menyebut model pengurusan
awam moden tersebut adalah “New Public Management” dan “Managerialism” sering saling
disebut, namun istilah “New Public Mangement” yang kemudian yang banyak digunapakai.

Konsep NPM merupakan isu penting dalam reformasi sektor awam. Konsep NPM juga
memiliki kaitan dengan permasalahan pengurusan tenaga kerja sektor awam kerana pengukuran
tenaga kerja menjadi salah satu prinsip NPM yang utama. Gerakan NPM pada awalnya terjadi
di negara – negara maju seperti di Eropah akan tetapi pada perkembangan konsep NPM telah
menjadi satu gerakan global sehingga negara-negara membangun pun juga terpengaruh dengan
penyebaran global dari konsep ini. Negara-negara maju seperti Amarika, Kanada, dan New
Zealand telah mendahului dalam mereformasikan pengurusan awam di negara mereka dan
menganggap model bagi NPM ini merupakan gabungan antara teori-teori ekonomi dan teknik
pengurusan sektor swasta yang dimasukkan ke dalam sektor awam untuk tujuan penambah
baikkan kelemahan. Antara faktor utama kejayaan sistem ini ialah pengagihan kuasa yamg lebih
meluas kepada pengurusan sektor awam seperti memberi kuasa aotonomi mana-mana agensi
awam yang dikenalpasti dan mereka diberi kuasa umtuk mengawal bajet serta pengurusan
kewangan mereka, peningkatan penggunaan pasaran dan persaingan di dalam perkhidmatan
awam dengan dasar pensyarikatan dan penswastaan, menekankan peningkatan tahap kualiti kerja
serta daya pengeluaran dan mengutamakan perkhidmatan pelanggan

Konsep pengurusan awam baru ini adalah sebuah perspektif baru yang berkembang
secara produksif pada awal 1990-an yang berusaha untuk menggabungkan nilai-nilai utama
pentadbiran perniagaan dalam rangka pengurusan awam. Sarjana mereka mentakrifkan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM

2
SHAFEZAN BIN RUSLI
G76427

pengurusan awam baru ini juga dikenali sebagai 'Entrepreneurial Government' bertujuan pada
kecekapan, keberkesanan dan prestasi ekonomi di sektor awam dengan menggunakan konsep
penilaian moden seperti penilaian prestasi, pemotongan kos, autonomi fungsional, insentif
kewangan, pengeluaran, inovasi, dan sebagainya yang melibatkan kearah pembaharuan
pengurusan awam agar ianya lebih efektif mengikut keadaan semasa. Seperti yang dinyatakan
Perry dan KE JL Kraemer, NPM adalah penggabungan orientasi normatif pentadbiran awam
tradisional dan orientasi instrumental pengurusan umum. Ringkasnya, pengurusan awam
tujuannya berasal daripada pentadbiran awam dan ciri daripada pentadbiran perniagaan. Asas
dasar disebalik pengurusan awam baru ialah untuk mencipta konsep-konsep baru, teknik dan
prosedur untuk mencari hala tuju sektor awam sehingga boleh secara berkesan mencapai
matlamat dalam persekitaran perubahan globalisasi dunia. Untuk tujuan ini, kaedah-kaedah,
amalan dan prosedur daripada pentadbiran perniagaan secara tidak langsung membantu dalam
menambah baik pengurusan awam ini. Perkembangan peringkat pertama NPM banyak
berpandukan kepada-prinsip-prinsip pengurusan yang disarankan Taylor. Sementara itu, tokoh-
yokoh NPM yang lain ialah Sterart dan Walsh dan Kooiman. Koiiman ada menyatakan bahawa
pola hubungan masyarakat, pemerintah dan swasta merupakan hubungan yang kompleks,dinamis
dan beragam. Perkembangan seterusnya muncul pula sistem pengurusan yang lebih
mengutamakan pelanggan yang diperkenalkan.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan sebelum ini, pelbagai tafsiran dan
pemahaman untuk menyebut pendekatan pengurusan awam baru ini di sektor awam tersebut
yang pada dasarnya bermula pada pandangan umum yang sama. Pertama, perubahan model
pengurusan awam tersebut menunjukkan adanya perubahan besar dari model pengurusan awam
tradisional menuju sistem pengurusan awam moden yang memberikan perhatian yang lebih besar
terhadap pencapaian kerja dan akauntabiliti pengurus awam itu sendiri. Kedua, Perubahan itu
menunjukkan adannya keinginan untuk bergerak dan berubah meninggalkan model birokrasi
klasik menuju model organisasi moden yang lebih fleksible dan bersesuaian dengan keadaan
semasa supaya lebih efektif. Ketiga, perlunya dibuat tujuan organisasi yang jelas dan tujuan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM


SHAFEZAN BIN RUSLI
3
G76427

personal. Hal itu bergantung pada perlunya dilakukan pengukuran atas prestasi yang mereka
capai melalui indikator kerja dan wujudnya perubahan program secara sistamatik. Keempat,
kakitangan senior tampaknya secara politik lebih “commit” terhadap pemerintah saat itu
daripada bersikap “neutral” dan yang kelima, fungsi pemerintah tampaknya akan lebih banyak
berhadapan dengan pasaran, misalnya tender oleh Osborne dan Gaebler (1992) disebut
“catalytic government: steering rather than rowing”. Keterlibatan pemerintah tidak selalu
bererti pemfasilitisan pemerintah melalui saranan birokrasi dan yang terakhir terdapat
kecenderungan untuk mengurangi fungsi pemerintah melalui penswastaan dan bentuk lain dari
pengurusan sektor awam.

Bagi memenuhi ekspetasi pucuk pimpinan, kemahuan pelanggan dan menangani isu-isu
semasa, pengurusan awam dari segi perkhidmatan dan pentadbirannya perlu terus meningkatkan
usaha berasaskan ciri-ciri utama yang diperkenalkan melalui falsafah NPM seperti berikut :

 Pertama, menyediakan perkhidmatan yang berorientasi dan mesra kepada pelanggan.


Matlamatnya adalah dapat menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap
kepada masyarakat. Antara program yang dilakukan ialah dengan memperkukuhkan
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), menggalakkan inovasi, mempertingkatkan
pelaksanaan piagam pelanggan, memeperkemaskan Kumpulan Meningkatkan Mutu
Kerja (KMK) dan berbagai lagi.
 Kedua, dengan memperbaiki sistem dan prosedur kerja kerana ianya memberi kesan
terhadap prestasi organisasi. Output yang tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan
atau perkhidmatan yang kurang memuaskan hati boleh disebabkan oleh system prosedur
yang tidak cekap. Oleh itu, system output ini yang berkaitan prosedur perlulah bersifat
dinamik dan fleksibel supaya mudah dilaksanakan dan dapat dijuruskan kepada
pencapaian misi organisasi. Program-progaram untuk memperbaiki system dan prosedur
memberi tumpuan kepada mengemaskini sistem pengurusan dan rekod, penggunaan
borang yang bersesuaian dan ketelusan di dalam membuat keputusan, meningkatkan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM


SHAFEZAN BIN RUSLI
G76427
4
 automasi pejabat dan mewujudkan usaha-usaha ke arah pewujudan Paper Less Civil
Services.
 Ketiga, mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
kerana ianya dapat membantu sector awam dalam mencapai gerakan pembaharuan
pengurusannya agar lebih teratur dan tersusun. Kecekapan dalam aplikasi penggunann
teknologi maklumat merupakan medium penting dalam membantu pengurusan awam
dalam membuat perancangan, pengesanan, pengawalan, dan membuat keputusan dengan
lebih berkesan. Sebagai contoh di Malaysia, ICT terus dijadikan asas dalam usaha dalam
meningkatkan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan seperti
melalui pelaksanaan Kerajaan Elektronik (eServices), perolehan elektronik (Electronic
Procurement-ep), Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource
Manajement Information System-HRIMS) dan kebanyakkan sistem ict tersebut telah
dilaksanakan dan digunapakai di dalam perkhidmatan sektor awam.
 Keempat, mempertingkatkan Pelaksanaan Dasar Pensyarikatan dan Penswastaan
Malaysia. Dasar ini merupakan salah satu ciri NPM yang memberi penekanan kepada
kerjasama erat antara sektor awam dan swasta dalam menghadapi saingan global. Faedah
yang boleh dicapai daripada kerjasama pakatan kedua-dua sector ini ialah keuntungan
yang lebih tinggi bagi sektor swasta yang mana akan membawa kepada peningkatan
kepada pelaburan, perkembangan dan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi
yang pesat akan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan akan
menambah hasil kerajaan dan dapatlah ia membiayai program-program pembangunan
ekonomi dan perbelanjaan pengurusan kerajaan. Strategi persepakatan penting dalam
usaha kerajaan memulih, mengembang dan memantapkan ekonomi Negara dari masa ke
semasa. Dalam masa yang sama dasar penswastaan telah dapat mengurangkan kos
pengurusan awam yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan sekaligus meningkatkan
prestasi syarikat awam seperti Tenaga Nasional Berhad, Pos Malaysia Berhad, dan lain-
lain lagi khususnya dalam memberi perkhidamatan kepada pelanggan.

 Kelima, memperkukuhkan struktur organisasi dan pengurusan sumber manusia. Ia adalah


merupakan kompenan penting yang perlu diberi penekanan dalam menyediakan jentera
5
pentadbiran yang efisyen dan berkesan struktur yang sistematik membolehkan organisasi
mengendalikan pengurusan sector awam dengan lebih cekap dan efisyen. Bagi

mengukuhkan struktur organisasi sektor awam tumpuan telah diberikan kepada usaha
penyesuaian saiz dan penstrukturan semula organisasi dan meneruskan program
penswastaan. Dalam aspek pengurusan sumber manusia program latihan kepada pekerja
dan pentadbir dilaksanakan kepada semua peringkat dan memberi peluang juga untuk
mereka meningkatkan kerjaya prestasi.

 Keenam, meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan displin. Kecekapan dan prestasi


kualiti yang tinggi perlu disokong dengan sikap anggota dan pentadbirnya yang
mempunyai tahap displin yang tinggi. Anggota yang bertanggungjawab perlu
melaksanakan setiap tugasan dengan sempurna berteraskan kepada nilai-nilai budaya
yang baik dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan berkesan. Ia juga perlu
mengikut undang-undang dan peratauran yang telah ditetapkan. Mereka
bertanggungjawab member keterangan atau penjelasan ke atas tindakan dan prestasi
mereka kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan pemantauan secara berterusan
dilakukan.
 Ketujuh, kejayaan pelaksanaan segala usaha kea rah pembaharuan bergantung kepada
sejauh mana anggota-anggota perkhidmatan awam itu sendiri menghayati perubahan-
perubahan dan matlamat pelaksanaanya dilakukan. Perkara ini memerlukan proses
pembudayaan yang berterusan supaya nilai-nilai kecemerlangan ini terus dilaksanakan,
tumpuan telah diberi kepada beberpa langkah strategic bagi mengukuhkan usaha-usha
penerapan nilai etika di dalam pentadbiran. Antaranya adalah penerapan nilai-nilai murni,
memperluaskan system inspektorat dan meningkatkan mutu system pengiktirafan

Berdasarkan kepada ciri utama di atas, secara umumnya, pengurusan awam baru ini
merupakan satu usaha pembaharuan pengurusan dan pentadbiran awam untuk membawa
perubahan ke atas sesuatu sistem pentadbiran kerajaan supaya pentadbiran dan sitem
pengurusannya dapat dikemaskinikan dan dilaksanakan dengan lebih efisyen dan berkesan

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM


SHAFEZAN BIN RUSLI
G76427

6
kepada masyarakat awam khususnya dan amnya kepada pengurusan awam di dalam sesebuah
negara. Sepertimana yang kita sedia maklum pengurusan awam itu dapat dilihat sebagai
perantaraan di antara kerajaan dan rakyat bagi memenuhi citarasa, keperluan dan kehendak yang
berkaitan dengan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab kepada
rakyat secara keseluruhannya. Justeru, secara jelasnya disini reformasi yang dibuat dalam
pengurusan awam itu agar lebih baik menekankan tentang penyerapan pembaharuan pengurusan
di sektor awam yang bertujuan untuk meningkatkan daya produktiviti dan kualiti pengurusan dan
perkhidmatan awam di sesebuah negara. Pembaharuan yang dilakukan ini ialah usaha-usaha
program yang dibentuk dan dilaksanakan berpandukan kepada keperluan semasa dan selaras
dengan matlamat pembangunan sesebuah negara. Pembaharuan yang dilakukan meliputi
pembaharuan daripada segi struktur, sistem dan pendekatan yang hendak dilaksanakan oleh
organisasi. Program yang diwujudkan adalah bermotifkan untuk meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan para pegawai dan kakitangan dalam melaksanakan kerja dengan mencapai
piawaian yang memuaskan berdasrkan usaha yang dijalankan.

NPM merupakan teori pengurusan awam yang beranggapan bahawa praktik pengurusan
swasta adalah lebih baik dibandingkan dengan praktik pengurusan pada sektor awam. Oleh
kerana itu, untuk memperbaiki tenaga kerja sektor awam perlu digunakan beberapa praktik dan
teknik pengurusan yang diterapkan di sektor swasta ke dalam organisasi sektor awam seperti
aplikasi mekanisme pasaran, “Compulsory Competitive Tendering” CCT dan sebagainya.
Penerapan konsep NPM telah menyebabkan terjadi perubahan pengurusan sektor awam yang
drastik dari sistem pengurusan tradisional yang statik, biroktratis dan menjadi model pengurusan
awam yang fleksible dan lebih mengakomodasi pasaran. Penerapan kosep NPM dapat dipandang
sebagai suatu bentuk modenisasi atau reformasi pengurusan dan secara tidak langsung memberi
kesan positif kepada pentadbiran awam juga. Perubahan tersebut juga telah mengubah peranan
pemerintah terutama dalam hal hubungan antara pemerintah dengan masyarakat. Konsep “New
Public Management” pada dasarnya mengandungi tujuh komponen utama seperti yang
menyentuh berkenaan pengurusan profesional di sektor awam, wujudnya standard tenaga kerja
dan ukuran tenaga kerja didalam sektor awam, penekanan yang lebih besar terhadap

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM


SHAFEZAN BIN RUSLI
G76427

7
pengendalian “output” dan “outcome”, pembahagian unit-unit kerja di dalam sektor awam,
menciptakan persaingan di sektor awam, mengadaptasi gaya pengurusan di sektor perniagaan ke
dalam sektor awam dan penekanan pada disiplin dan penghematan yang lebih besar dalam
menggunakan sumber tenaga. Semuanya ini adalah untuk mengubah pengurusan awam yang
lebih biasa bersifat seperti perusahaan. Pengurusan awam sebagai penyedia jasa bagi semua dan
harus sedar akan tanggungjawabnya untuk menghasilkan layanan yang berkesan dan cekap
kepada masyarakat.

Persatuan Komanwel Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM), iaitu sebuah


pertubuhan untuk pengamal pentadbiran awam dan ahli akademik di 54 negara Komanwel
British menyatakan antara aspek yang ditekankan dalam reformasi ke arah pengurusan awam
baru ini adalah memberikan perkhidmatan berkualiti dan efektif kepada pelanggan iaitu
masyarakat atau rakyat di dalam sesebuah Negara. Selain itu ianya dapat mengukur dan menilai
peningkatan prestasi organisasi dan individu di dalam sektor awam itu sendiri. NPM juga dapat
memberi taraf autonomi dengan adil dan saksama sesama rakyat dan mengakui pentingnya
menyediakan sumber manusia dan teknologi untuk memenuhi sasaran prestasi mereka selain itu
pegawai awam perlu membuka minda untuk menerima pembaharuan di dalam system
pengurusan dan pentadbiran awam dalam meningkatkan kualiti agar lebih efisyen. Jika dilihat
dalam konteks Malaysia sendiri, bagi meningkatkan daya saing, perkhidmatan awam telah
berusaha untuk menyediakan persekitaran yang dapat merangsangkan pertumbuhan ekonomi
negara. Bagi menyempurnakan peranan ini perkhidmatan awam telah mengorak langkah dengan
mengadakan program pembaharuan menjurus kepada meningkatkan kualiti sektor sokongan
perkidmatan awam. Matlamat kepada usaha-usaha ini agar memastikan sektor awam mempunyai
kualiti perkhidmatan yang baik berasakan kepada nilai-niali teras iaitu kualiti, produktiviti,
inovasi, integrity, berdisplin dan profesional.

Orientasi pada pelanggan adalah perkara yang diambil perhatian seterusnya dan perkara
ini bolehlah disebut didalam konsep NPM berbunyi “ Segala sesuatu yang tidak bermanfaat
bagi pelanggan adalah pemborosan”. Ungkapan ini bermaksud bahawa pengurusan bukanlah
tujuan akhir dan ia hanya mempunyai satu tanggungjawab iaitu memberikan layanan kepada

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM


SHAFEZAN BIN RUSLI
G76427

8
rakyat yang memang berhak mendapatkannya. Di beberapa negara pernah dikembangkan
“citizen carta”(piagam pelanggan/warga) yang merangkumi hak-hak apa saja yang dimiliki
pelanggan sebagai pembayar cukai kepada negara. New Public Service diperkenalkan oleh David
Osborne dan Ted Gaebler dan dijelaskan di dalam buku mereka, Reinventing Government 1992
yang menjelaskan pengutamaan layanan kepada pelanggan berdasarkan perkhidmatan yang
berkualiti. Selain itu, pembaharuan pengurusan awam baru turut didorong oleh kombinasi
ekonomi, soial, politik dan faktor teknologi baik di negara maju dan yang sedang membangun.

Seterusnya, pengawalan yang bermaksud sebagai satu konsep gunasama


mengendalikan pengurusan di sektor awam secara cekap dan ekonomis dalam rangka mencapai
tujuan yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Pengawalan harus menyediakan informasi yang
ditubuhkan pada saat yang tepat. Informasi disesuaikan dengan tingkat yang dimiliki pengurusan
politik atau pemerintah sebagai pihak perancang dan pentadbiran sebagai pelaksana. Aspek yang
lain teknik informasi. Prinsip-prinsip pengurusan yang telah diuraikan di atas berserta bentuk
pengendalian suatu sistem informasi yang sempurna. Penggabungan informasi dan komunikasi
yang cepat, pemadatan data untuk pengendalian dan kemungkinan mengakses kumpulan data
guna memenuhi keinginan pelanggan. Semua itu membolehkan jaringan alat pengolahan data
sehingga pekerjaan biasa dilakukakan dengan cepat. Tanpa teknik informasi dan komunikasi
yang menggunakan jaringan struktur, unit yang bekerja secara tengah tidak boleh dikendalikan
dan tidak mungkin pula dapat buat pengolahan data pelanggan yang memuaskan.

Secara praktiknya, NPM juga telah diaplikasikan di negara-negara yang sedang


berkembang selain daripada negara-negara maju. Terdapat juga negara-negara yang sedang
membangun itu terus aktif melakukan perubahan dan transformasi berterusan dalam struktur
pengurusan awam di negaranya. Reformasi sektor awam banyak dipengaruhi peranan oleh
World Bank, United Nations Development Programme (UNDP) iaitu sebuah rangkaian
pembangunan global, sebuah pertubuhan penyokongan untuk perubahan dan menyambung
negara-negara untuk pengetahuan, pengalaman dan sumber daya untuk membantu masyarakat
membina kehidupan yang lebih baik, International Monetary Fund (IMF) dan Organisation for
Economic Co-Operation and Development (OECD). Reformasi sector awam ini di Negara-
negara yang sedang

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM


9
SHAFEZAN BIN RUSLI
G76427

membangun banyak mengarah pada penerapan NPM. Perubahan yang dilakukan oleh Negara-
negara berkembang tersebut dipengaruhi kepada pengurusan yang dilakukan oleh
Negara-negara maju terutama Eropah, Amarika Syarikat, Kanada dan New Zealand.

Beberapa pihak berpendapat bahawa New Public Management tidak sesuai diaplikasikan
untuk negara yang sedang berkembang membangun. Antara persoalan yang dikemukakan
adaptasi model NPM yang dilakukan negara-negara berkembang apakah memang benar-benar
menjadikan lebih baik atau hanya sekadar perubahan luarnya saja. Apakah pengurusan baru yang
dilakukan di negara-negara maju dapat diaplikasikan di negara berkembang. Hal tersebut
menjadi pertanyaan kerana pengurusan dan sistem yang ada di negara-negara barat mungkin
akan berbeza hasilnya jika dilaksanakan di tempat yang berbeza. Tingkat keberhasilan negara
berkembang dan membangun dalam mengadaptasi prinsip pengurusan model barat memang
bervariasi. Sebagai contoh, Malaysia menerapkan Total Quality Management (TQM) sebagai
bentuk dari modernisasi pengurusan sektor awam dan penerapannya dianggap berjaya, namun
Bangladesh dan beberapa negara Afrika banyak mengalami kegagalan. Implementasi NPM di
negara-negara berkembang tidak mudah dilakukan kerana kecenderungan birokrasi masih
ditahap tinggi. Pandangan bahawa NPM tidak tepat untuk negara-negara berkembang kerana
alasan korupsi dan rendahnya kualiti dalam pengurusan adalah tidak tepat. Penerapan NPM pada
negara-negara berkembang bergantung kepada faktor-faktor localised contingency dan bukan
kerana ciri-ciri nasional secara umum. Faktor-faktor seperti korupsi dan lemahnya kemampuan
pengurusan memang mempengaruhi sistem pentadbiran, akan tetapi localized contingencies
lebih besar pengaruhnya sebagai penentu keberhasilan atau kegagalan upaya reformasi.

Terdapat juga beberapa masalah dalam menerapkan konsep NPM di negara yang sedang
membangun. Antaranya, NPM berdasarkan pada penerapan prinsip atau mekanisme pasaran atas
kebijaksanaan awam dan pengurusan. Hal ini juga berkait dengan pengurangan peranan
pemerintah yang digantikan dengan pengembangan pasaran iaitu dari pendekatan pemerintah
negeri (state centered) menjadi pasaran tertumpu (market centered approach). Selain itu,

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM


SHAFEZAN BIN RUSLI

10
G76427

perubahan dari mekanisme birokrasi ke mekanisme pasaran apabila tidak dilakukan secara
berhati-hati. Hal ini juga berkait dengan permasalahan budaya korupsi yang kebanyakkan
dialami negara-negara membangun. Pergeseran dari budaya birokrasi yang bersifat patrionistik
menjadi budaya pasaran yang penuh dengan persaingan memerlukan tenaga yang kuat untuk
mengurangkan kuasa birokrasi. Terdapat juga masalah untuk berpindah pada model kontrak
dalam pemberian pelayanan awam jika aturan hukum dan ianya tidak kuat. Model kontrak akan
berjalan baik jika “outcome” mudah ditentukan. Jika tujuan organisasi tidak jelas maka
penggunaan model-model kontrak kurang berhasil. Terdapat permasalahan politik yang lebih
besar di negara-negara membangun dibandingkan dengan negara maju termasuk dalam hal-hal
politik penyediaan layanan awam, pemberian kontrak kepada kroni-kroninya. Kesulitan
penerapan NPM di negara membangun juga berkait dengan adanya permasalahan perlembagaan
permodalan dan kapitalis sumber tenaga manusia. Selain itu negara membangun terus
melakukan reformasi yang tidak berkait atau bahkan berlawanan dengan agenda NPM.

Kesimpulannya, NPM lebih berorientasikan terhadap keputusan dan kecekapan melalui


pengurusan yang lebih baik untuk kepentingan masyarakat awam merupakan gabungan antara
teori-teori ekonomi dan teknik pengurusan sektor swasta yang dimasukkan ke dalam sektor
awam untuk tujuan penambah baikkan kelemahan. Gerakan NPM pada awalnya terjadi di
negara – negara maju seperti di Eropah akan tetapi pada perkembangan konsep NPM telah
menjadi satu gerakan global sehingga negara-negara membangun pun juga terpengaruh dengan
penyebaran global dari konsep ini. Negara-negara maju seperti Amarika, Kanada, dan New
Zealand telah mendahului dalam mereformasikan pengurusan awam di negara mereka dan
menganggap model bagi NPM ini merupakan gabungan antara teori-teori ekonomi dan teknik
pengurusan sektor swasta yang dimasukkan ke dalam sektor awam untuk tujuan penambah
baikkan kelemahan. NPM merupakan satu usaha pembaharuan pengurusan dan pentadbiran
awam untuk membawa perubahan ke atas sesuatu sistem pentadbiran kerajaan supaya
pentadbiran dan sitem pengurusannya dapat dikemaskinikan dan dilaksanakan dengan lebih

SKSJ 1043 PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM


SHAFEZAN BIN RUSLI
G76427
11
efisyen. Konsep NPM dapat reformasi yang dibuat dalam pengurusan awam itu agar lebih baik
menekankan tentang penyerapan pembaharuan pengurusan di sektor awam yang bertujuan untuk
meningkatkan daya produktiviti dan kualiti pengurusan dan perkhidmatan awam di sesebuah
negara. Sektor awam telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan dalam pentadbiranyang
bertujuan untuk menyesuaikan peranannya dengan tuntutan perubahan persekitaran yang
dinamik. Reformasi peranan dan fungsi, stuktur dan proses, nilai dan corak minda merupakan
antara langkah permulaan untuk meletakkan petanda awal kea rah pengurusan awam yang
berkualiti, berdaya tahan dan kreatif. Secara umumnya pengenalan NPM telah member kesan
yang sangat besar terhadap system pengurusan awam di seluruh dunia termasuklah Malaysia
sendiri. sitem pengurusan awam yang lebih moden dan sesuai sekaligus dapat membantu
meningkat dan mengenbangkan seperti yang diharapkan. Kerjasama semua pihak terutama
daripada rakyat dan pelanggan yang berurusan dengan jabatan kerajaan juga dituntut bagi
meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam bertaraf dunia. Idea dan cadangan
penambahbaikkan mutu pengurusan di sector awam amat dialu-alukan dan bukan hanya member
ulasan negative kepada setiap pelaksanaan kerajaan

RUJUKAN

12
Ahmad Atory Hussain. 1986. Pengantar Pentadbiran Awam. Kuala Lumpur. Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd.

Perkhidmatan awam Malaysia. 2004. Memperkukuhkan Agenda Pembaharuan (Laporan


Pembaharuan dan kemajuan dalam perkidmatan awam tahun 2004

http://forum-politisi.org/downloads/New_Public_Management.pdf
http://journal.uii.ac.id/index.php/sinergi/article/view/919/849
http://setabasri01.blogpost.com/2009/05/new-public-management.html
http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/ASPA/UNPAN000563.pdf

13