Anda di halaman 1dari 1

Cetakan Jepun

Tema : The Great Wave of Kanagawa


Tahun : 1832
Pengkarya : Hokusai
Karya ini merupakan karya yang amat terkenal sama ada di Jepun atau di
seluruh Asia. Karya ini menunjukkan 2 buah perahu yang dinaiki oleh sejumlah orang yang
sedang mengharungi ombak yang besar. Manakala datar belakang karya ini terdapatnya
Gunung Fuji yang dapat melambangkan kejadiaan ini berlaku di Jepun.
Segi analisis pula, karya ini mempunyai komposisi yang cantik dan seimbang
keranapengkarya menggunakan sepenuhnya ruang yang ada. Garisan-garisan yang
berulang pada ombak yang besar ini dapat menimbulkan kesan ilusi dan sekali gus dapat
memberi kesan dramatik pada karya. Warna yang digunakan pada karya ini agar minimum
tetapi ia dapat menimbulkan kesan harmoni dan selesa dipandang.
Interperetasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan mesej bahawa dalam
kehidupan kita, terdapatnya pelbagai cabaran, kerjayaan dan kegagalan seseorang
itu amat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan seseorang itu dalam menempuhi
cabaran atau rintangan. Ombak besar ini seumpama satu cabaran,
sekira kita dapat menempuhi cabaran itu, maka kita dapat berjaya dalam kehidupannya.
Sudut pertimbangan pula, karya ini berjaya menyampaikan mesej, tetapi karya ini
kurang menampakkan sebagai karya cetakan blok kayu kerana karya ini kurang
menampakkan kesan urat-urat kayu pada karya.