Anda di halaman 1dari 3

UKIRAN KAYU

PENGENALAN
Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu
tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Ianya dapat dilihat dalam
kehidupan masyarakat melayu terutamanya pada ukiran-ukuran yang terdapat pada
rumah-rumah tradisional. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga
ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir
memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan
melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan
pisau wali.

SEJARAH PERKEMBANGAN
Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun
demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara
menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu.
Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk.
Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita
membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun
Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat
keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada
tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka
sebagai Istana Hawa Nafsu. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih
awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya.
Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam
hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera
Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa
pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780). Di negeri Kelantan,
Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari
turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan
motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah
pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan
rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak
menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari
selatan negeri Thailand iaitu Patani.
BENTUK-BENTUK UKIRAN
a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk
dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-
bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak
silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian
selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah
awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang
menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke
dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang
menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek.
Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.
b. Ukiran Bunga Timbul
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat.
Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu,
ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.
c. Ukiran Arca
Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur
kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul
tetapi lebih halus dan kecil.d. LarikMelarik merupakan satu cara orang-orang Melayu
mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan
genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot,
tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.d. Ukiran Kayu HanyutUkiran ini
di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan
Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir
pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan
sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

TOKOH-TOKOH UKIRAN
1.Encik Latiff bin Long

Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir
ukiran kayu yang mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga
yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang handal. Bapa Latiff juga
terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut
yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima pengajaran
ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi
pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau
memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam
Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long
adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh
Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.
2. Tuan Haji Wan Su bin Othman

Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut
Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup
mahir dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah dipilih oleh
Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini
adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak di
Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.

Anda mungkin juga menyukai