Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969
Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris Latar belakang pendidikan yang berbeza Pertelingkahan Parti Politik Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK 1. TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET Jean Piaget yang dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Switzerland, adalah ahli psikologi yang agung dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat latihan awal dalam bidang biologi dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang biologi pada umur 22 tahun. Tetapi beliau lebih menumpukan perhatiannya terhadap kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Sebelum meninggal dunia pada tahun 1980, beliau adalah Pengarah Pusat Antarabangsa Epistimologi Genetik di Geneva.
Telah diketahui umum bahawa perkembangan intelek murid bergantung kepada potensi semula jadi dan alam persekitaran yang meransangnya. Tugas guru ialah menyediakan alam persekitaran membina kepada murid supaya pemindahan pengetahuan dapat dilaksanakan dengan licin.
Jean Piaget telah banyak membuat kajian dan eksperimen dalam bidang psikologi pembelajaran kanak- kanak. Beliau berpendapat bahawa pemikiran kanak-kanak berbeza dari satu peringkat ke satu peringkat dan telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada empat peringkat.
1.1 Peringkat Deria Motor Peringkat ini bermula dari masa lahir hingga ke umur dua tahun. Kanak-kanak mengetahui alam sekitarnya melalui kesan deria dan gerak balasnya. Mereka mengetahui benda-benda wujud dalam alam persekitaran mereka secara fizikal dan bukan fizikal, tetapi tidak berfikir langsung kenapa benda itu wujud. Misalnya, kanak-kanak tahu ibu akan mendampinginya jika dia menangis. Dia juga mengetahui adanya perhubungan antara benda-benda. Misalnya, jika dia berasa lapar, dia menangis; jika hendak menaiki meja, dia akan menggunakan kerusi.
1.2 Peringkat Pra-Operasi Peringkat ini bermula dari umur dua tahun hingga keenam tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih sosial dan menggunakan bahasa serta tanda untuk menggambarkan sesuatu konsep. Mereka masih tidak dapat membuat perbandingan antara benda, tidak mengetahui padanan satu dengan satu antara objek dan hubungan antara objek; tidak dapat mengelaskan objek-objek mengikut saiz, warna dan sebagainya. Tambahan pula, pemikiran mereka dipengarui oleh apa yang diamatinya.
Dalam eksperimen yang dijalankan oleh Piaget, kanak-kanak berumur antara empat tahun dan lima tahun diberikan tujuh cawan berbaris dengan sekumpulan telur.
Rajah (a) Kanak-kanak disuruh menyusun telur sehingga sama panjang dengan cawan (Rajah (a)). Kemudian kanak-kanak diminta memasukkan telur ke dalam cawan untuk mengetahui bahawa bilangan telur lebih banyak daripada bilangan cawan. Telur yang berlebih disimpan balik dan kanak-kanak mengeluarkan telur dari cawan dan menyusunnya rapat-rapat sebagai satu garisan di depan cawan. Sekarang kanak- kanak itu menyatakan bilangan cawan lebih banyak daripada bilangan telur. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini tidak mampu mengerti padanan 1 dengan 1. Jawapan kanak- kanak semata-mata berdasarkan perbandingan diantara kedua-dua panjang yang ditunjukkan oleh cawan dan telur.
Eksperimen ini juga dijalankan juga untuk kanak-kanak berumur antara lima hingga enam tahun. Kanak-kanak dapat membina konsep padanan satu-satu dengan memasukkan sebiji telur ke dalam setiap sebiji cawan. Tetapi apabila telur dikeluarkan dan disebarkan sebaris secara longgar, kanak- kanak menyatakan bahawa bilangan telur lebih banyak daripada bilangan cawan. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat membentuk konsep paduan 1-1 antara kedua-dua set tetapi tidak dapat mengekalkannya sebaik sahaja bentuk atau rupa diubah, iaitu operasi songsang tidak diamati oleh kanak-kanak. Kanak-kanak hanya dapat mempelajari satu perkara pada satu masa sahaja dan pemikirannya dipengaruhi oleh satu aspek pada satu masa. Piaget telah menjalankan satu eksperimen apabila kuantiti air yang sama dituangkan ke dalam dua silinder yang berlainan diameter dan tinggi seperti dalam Rajah (b) dan Rajah (c).
Rajah (b)
Rajah (c) Kanak-kanak yang dipengaruhi oleh diameter menyatakan bahawa kuantii air pada Rajah (b) lebih banyak daripada kuantiti air pada Rajah (c), sedangkan kanak-kanak yang dipengaruhi oleh tinggi menyatakan kuantiti air pada Rajah (c) lebih banyak daripada kuantiti air pada Rajah (b).
Jelaslah bahawa, daripada eksperimen ini kanak-kanak belum dapat menguasai konsep keabadian kuantiti.
1.3 Peringkat Operasi Konkrit Peringkat ini bermula dari umur enam tahun hingga dua belas tahun. Kanak-kanak mula dapat mengekalkan konsep padanan 1 dengan 1 antara dua set; mereka dapat juga memahami konsep keterbalikan dan dapat membalikkan proses secara abstrak. Dalam eksperimen cawan dengan telur yang sama banyak, kanak-kanak berumur enam tahun menyatakan bahawa telur dan cawan adalah sama banyak, walaupun telur disebarkan jauh sebaris kerana semuanya dapat dimasukkan balik ke dalam setiap cawan.
Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mempelajari lebih daripada dua perkara pada satu masa dan dapat menguasai konsep keabadian. Dalam eksperimen menuangkan kuantiti air yang sama ke dalam dua silinder berukuran berbeza, kanak-kanak menyimpulkan bahawa kuantiti air tidak berubah walaupun bentuk berubah.
Selain itu, kanak-kanak mempunyai kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek. Mereka dapat juga memahami aritmetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan proses matematik. Tetapi pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
1.4 Peringkat Operasi Formal Peringkat ini bermula daripada umur dua belas tahun. Kanak-kanak memasuki peringkat pemikiran abstrak. Mereka mempunyai kebolehan berfikir tanpa pengalaman konkrit, membuat kesimpulan dengan menstrukturkan situasi secara mental, misalnya, membuktikan teori-teori matematik. Selain itu, ia dapat menggunakan simbol-simbol matematik dan mengulas idea abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain, memanipulasikan konsep secara mental dan menggunakan logik dalam menyelesaikan masalah.
2. JEROME BRUNER Jerome Bruner dilahirkan dalam tahun 1915. Beliau bertugas sebagai profesor psikologi di Universiti Harvard di Amerika Syarikat dan dilantik sebagi pengarah di Pusat Pengajaran Kognitif dari tahun 1961 sehingga 1972, dan memainkan peranan penting dalam struktur Projek Madison di Amerika Syarikat. Setelah itu, beliau menjadi seorang profesor Psikologi di Universiti Oxford di England.
Beliau berpendapat bahawa seseorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran didasarkan kepada perangsang murid terhadap konsep itu dengan pengetahuan sedia ada. Misalnya,kanak-kanak membentuk konsep segiempat dengan mengenal segiempat mempunyai 4 sisi dan memasukkan semua bentuk bersisi empat kedalam kategori segiempat,dan memasukkan bentuk-bentuk bersisi tiga kedalam kategori segitiga.
Berdasarkan pengetahuan sedia ada tentang konsep segiempat, murid-murid membina konsep segiempat sama dengan mengasingkan bentuk-bentuk, segiempat-segiempat yang bersisi sama dan membezakan rombus dengan segiempat sama mengikut ciri sudutnya.
Murid-murid mestilah bersedia menerima perkara yang akan disampaikan. Alampersekitaran dapat memberi perrtolongan dan pengetahuan yang sedia ada dapat membantunya. Selain itu,maka lebih berkesan bagi murid-murid memahami bahawa operasi bahagi tidak bersifat tatatertib dengan mengira hasil bahagi 8 2 dan 2 8 itu sendiri dan bukan semata-mata diberitahu oleh guru.
3. ROBERT GAGNE Robert Gagne seorang profesor di Florida State University adalah pakar dalam psikologi pembelajaran dan terkenal dengan penerbitan-penerbitannya dalam bidang ini.
Beliau menyatakan wujudnya berbagai-bagai proses dalam fikiran murid ketika pembelaran berlaku dan proses-proses ini dipengaruhi oleh faktor-faktor luar. Menurut beliau lagi, pengajaran ialah penyusunan faktor-faktor ini semula untuk menggalakkan dan menyokong proses-proses dalam fikiran supaya pembelajaran dilicinkan. Disamping itu, pembelajaran adalah berperingkat-peringkat kesukarannya, iaitu daripada yang mudah kepada yang susah dan pembelajaran bermula daripada apa yang diketahui oleh murid. Jadi, tugas guru adalah menentukan sejauh mana pengetahuan yang sedia ada pada murid supaya pengajaran dapat didasarkan kepadanya. Selepas itu, rancangan pengajaran guru disusun mengikut urutan pengajaran., iaitu peringkat mudah dan asas didahulukan sebelummenempuh pembelajaran seterusnya.
Robert Gagne membahagikan pembelajaran kepada lapan peringkat apabila kesukaran pembelajaran bertambah dari peringkat ke peringkat. Lapan peringkat pembelajaran adalah seperti yang berikut;
KESIMPULAN Selepas mengetahui teori-teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi dan ahli-ahli matematik yang terkenal, apakah implikasinya kepada kita sebagai guru matematik dalam pengajaran kita di sekolah?
Daripada teori-teori yang dibincangkan tadi, telah diterima umum bahawa adalah lebih berkesan lagi murid-murid mempelajari konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Tugas guru ialah menyediakan berbagai-bagai situasi dan aktiviti dengan menggunakan alat-alat bantu mengajar untuk membekalkan pelbagai pengalaman konkrit kepada murid. Pengajaran guru hendaklah berpusatkan murid dan murid menjalankan aktiviti untuk menemui rumus, kesimpulan atau konsep matematik yang hendak disampaikan.
Disamping itu, guru hendaklah menggunakan pengetahuan yang sedia ada pada murid sebagai asas untuk menyampaikan konsep matematik yang baru. Guru harus juga mengetahui penguasaan murid terhadap topik yang diajar dahulu sebelum memulakan topik yang baru. Contoh-contoh matematik yang ditunjukkan seharusnya berkait rapat dengan kehidupan seharian murid supaya mereka berasa pembelajaran itu bermakna.
Satu faktor penting dalam pengajaran matematik ialah struktur yang terdiri daripada konsep dan petua dan dikaitkan dengan bahagian-bahagian yang lain. Hal ini menunjukkan betapa perlunya perancangan pengajaran matematik yang berbentuk jangka masa panjang. Selain itu, konsep matematik bolehlah diserapkan kepada mata pelajaran yang lain supaya murid-murid dapat mempelajarinya secara tidak langsung.Guru harus juga memastikan bahawa istilah dan bahasa matematik jelas dan mudah difahami oleh murid-murid, kerana hal ini memudahkan pengajaran matematik.
Dalam pengajaran guru, ciri-ciri spesifik, ciri-ciri persamaan dan perbezaan pada sesuatu topik patut diberikan penekanan untuk mengelakkan kekeliruan dan mengekalkan ingatan. Isi pelajaran juga disusun secara logik agar pemindahan pengetahuan menjadi mudah.
Pemberian latihan hendaklah berperingkat-peringkat kesukarannya, iaitu daripada yang mudah kepada yang susah, agar pembelajaran berlaku secara licin dan lebih berkesan.
KONSEP PERLEMBAGAAN PERBANDINGAN PERLEMBAGAAN BERTULIS DAN TIDAK BERTULIS
PENGENALAN
Profesor Dicey berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mohamad Salleh Abas (dalam Salleh Abbas, 1986), takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang lebih luas. Beliau juga telah menjelaskan bahawa perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang sama ada yang sudah atau akan dibuat. Sejauh mana kebenaran pendapat yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut belum dapat dipastikan memandangkan saya sendiri tidak memiliki ilmu yang tinggi mengenai konsep yang dibincangkan itu. Jadi adalah diharapkan melalui kajian-kajian keperpustakaan atau pembacaan saya berkaitan tajuk yang dibincangkan, saya bukan sahaja dapat menjawab persoalan tersebut, malah dapat menjelaskan beberapa konsep lain yang juga sinonim dengan tajuk yang dibincangkan ini. Perlembagaan bermaksud undang-udang yang dipersetujui bersama melalui badan perundangan . Malaysia mempunyai dua jenis perlembagaan:
(a)Perlembagaan bertulis (b)Perlembagaan tidak bertulis
Kedua-dua perlembagaan tersebut memainkan peranan yang penting:
(a)Mengekalkan keharmonian masyarakat (b)Memastikan pemerintahan dan pentadbiran negara berjalan dengan lancar (c)Memberi jaminan perlindungan kepada rakyat .
KONSEP PERLEMBAGAAN Konsep Perlembagaan Hasil daripada rujukan dan pembacaan daripada beberapa sumber yang relevan, saya dapati agak banyak definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan bagi konsep perlembagaan itu, antaranya
1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learners Dictionary. Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip- prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah. 2. Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution. Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat. 3. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences. Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu. 4. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics. Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang- undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian. 5. C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution. Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah. 6. R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science. Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini. Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan- peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan adalah: Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang- undang dasar yang penting . Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan,bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat . Perlembagaan juga menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman .
KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak kepada semua undang. Semua undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan ,jika wujud percanggahan, undang-undang tersebut dianggap tidak sah . Badan eksekutif , kehakiman dan perundangan tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan . Yang Dipertuan Agong perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan .
PERLEMBAGAAN BERTULIS
Perlembagaan bertulis Malaysia merupakan sumber undang-undang yang utama di Malaysia . Merupakan undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan. Contoh-contoh perlembagaan bertulis :
(a)Perlembagaan Persekutuan (b)Perlembagaan Negeri (c)Akta (d)Enakmen (e)Ordinan (f)Perundangan subsidiari (g)Undang-undang Islam
PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS
Merujuk kepada undang-undang Malaysia yang tidak dikanunkan oleh badan perundangan dan tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri . Contoh-contoh perlembagaan tidak bertulis :
(a)Undang-undang lazim(common law) (b)keputusan-keputusan mahkamah (c)undang-undang Hindu (d)undang-undang adat : -Adat Perpatih -Adat Temenggung
(I)Adat Perpatih Adat Perpatih dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari Palembang , Sumatera pada abad ke-16 . Diwarisi secara lisan . Tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Hukuman yang dikenankan bersifat mencegah . Pembahagian harta lebih mengutamankan nasab keturunan sebelah ibu .
(II)Adat Temenggung Adat Temenggung dibawa masuk dari Palembang , Sumatera . Adat ini menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Islam . Hukuman di bawah Adat Temenggung jauh lebih berat daripada Adat Perpatih dan bersifat pembalasan. Pembahagian harta lebih mengutamakan nasab keturunan sebelah bapa .
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN SECARA UMUM Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara seperti yang diberikan dalam jadual berikut:
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN Secara umunnya perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 3 isi kandungan terbesar iaitu: (a)Kebebasan asasi (b)Kewarganegaraan (c)Sistem pemerintah
(a)Kebebasan Asasi Kebebasan asasi seseorang individu diperuntukkan dalam bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan . Kebebasan asasi individu boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu : - Kebebasan mutlak Bermaksud kebebasan asasi yang tidak boleh disekat - Kebebasan bersyarat Merujuk kepada kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang.
(b)Kewarganegaraan Dalam Bahagian 3,Perkara 14 hingga 22 Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan ,seseorang boleh memperoleh kewarganegaraan melalui 4 cara iaitu : (I)Secara kuatkuasa undang-undang (II)Secara pendaftaran (III)Secara naturalisasi/masukan (IV)Secara percantuman wilayah
(I)Kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang Dilahir sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan akan mendapat kewarganegaraan secara automatik. Seseorang yang lahir selepas Hari Malaysia dapat menjadi warganegara Persekutuan dengan syarat-syarat berikut: (a)Ibu atau bapa mrupakan warganegara. (b)Dilahirkan diluar Persekutuan dan bapanya merupakan warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atau negeri. (c)Dilahirkan di Singapura dan ibu atau bapanya merupakan warganegara. (d)Dilahirkan di persekutuan dan semasa kelahirannya tidak menjadi warganegara lain .
(II)Kewarganegaraan secara pendaftaran Seseorang boleh memohon warganegara melalui pendaftaran dengan memenuhi beberapa syarat berikut : (a)Berumur kurang daripada 21 tahun ,ibu atau bapanya merupakan warganegara (b)Berumur 18 tahun atau lebih dan menetap di Sabah atau Sarawak daripada 7 tahun hingga 10 tahun dan berkelakuan baik serta berpengetahuan tentang bahasa Melayu .
(III)Kewarganegaraan secara naturalisasi Seseorang yang berumur lebih daripada 21 tahun boleh memohon menjadi warganegara Malaysia jika: (a)Seseorang itu telah bermastautin 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan (b)Berniat menjadi warganegara Malaysia (c)Berkelakuan baik (d)Berpengetahuan dalam Bahasa Melayu
(IV)Kewarganegaraan secara percantuman wilayah Jika ada satu wilayah baru yang masuk ke dalam Malaysia selepas hari Malaysia,maka semua penduduknya akan menjadi warganegara Malaysia. Contohnya seperti : (a)Sabah (b)Sarawak (c)Sistem Pemerintahan Mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan .
Melalui sistem ini ,rakyat akan melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara . Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya . Sistem pemerintahan Malaysia dibahagi kepada 3 badan : (a)Badan Eksekutif (b)Badan Perundangan (c)Badan Kehakiman
(I)Badan Eksekutif(Pelaksana) -Badan Pelaksana dasar-dasar kerajaan ialah Jemaah Menteri atau Kabinet . Kabinet adalah pembuat dasar tertinggi negara . Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara . Perdana Menteri ialah Ketua Jemaah Menteri yang bertanggungjawab mengetuai bebrapa kementerian.
(II)Badan Perundangan - Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan . Parlimen ialah sebuah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang- undang . Parlimen terdiri daripada: (a)Yang di-Pertuan Agong (b)Dewan Negara (c)Dewan Rakyat
(III)Badan Kehakiman(Judisiari) -Badan Kehakiman merupakan suatu badan yang mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah . Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana . Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
KESIMPULAN Perlembagaan memainkan peranan yang penting . Perlembagaan berfungsi sebagai panduan pentadbir negara untuk mentadbir sesebuah negara. Tanpa perlembagaan, tidak akan wujud negara yang aman dan damai.
Kepentingan Bahan Bantuan Mengajar untuk matapelajaran Matematik Untuk mengelakkan berlakunya kesalahan konsep tentang kapasiti semasa mengajar isipadu cecair, guru harus memupuk sikap ingin cuba khususnya penggunaan kaedah serta bahan bantu mengajar (BBM) yang pelbagai.Penggunaan bahan bantu mengajar adalah amat penting untuk meningkatkan kefahaman konsep matematik.Selain itu,penggunaan BBM juga dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran matematik yang akan dilaksanakan.
Semasa melaksanakan pengajaran kapasiti dan isipadu cecair, guru boleh menjalankan aktiviti sukat- menyukat menggunakan bikar, cawan, baldi, botol yang berpelbagai saiz dan sebagainya. Pelajar sekolah dapat memahami konsep kapasiti dengan lebih mudah semasa melakukan aktiviti menyukat secara sendiri, tambahan pula ini dapat menjadikan pembelajaran mereka lebih seronok dan bermakna.
Di samping itu, guru juga boleh menggunakan rakaman video atau komputer dalam pembelajaran dan pengajaran matematik.Guru seharusnya berkemahiran untuk melayari internet untuk mendapatkan maklumat seperti video, you-tube yang berkenaan dengan pengajaran dan juga dapat melaksanakan pengajaran menggunakan persembahan slaid Ms Power point.Dengan teknologi yang canggih ini, pelajar sekolah tidak akan berasa bosan ketika belajar dan ini akan meningkatkan pencapaian pembelajaran ke tahap yang maksima.
Selain daripada itu, perasaan ingin tahu pelajar juga harus dipupuk.Aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan haruslah menglibatkan pelajar secara aktif dan berasaskan kaedah kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme.
Sehubungan dengan itu, pihak pentadbir sekolah haruslah memberikan sokongan sepenuhnya dalam perlaksanaan pelbagai kaedah yang memusatkan pelajar serta bantu mengatasi masalah pengurusan bilik darjah. Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan PdP yang berkesan
Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang menarik dan kondusif sangat digalakan semasa interaksi di dalam kelas kerana dengan suasana yang menarik, para guru dapat menarik perhatian murid- murid untuk lebih fokus ketika pembelajaran berlaku. Selain itu, untuk menghasilkan pembelajaran dan Pengajaran yang menarik, seseorang guru memerlukan bahan bantu mengajar atau dikenali sebagai resos sebagai alat untuk menjayakan proses PdP.
Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat belajar dan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-muridyang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik
Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang pelajar.
Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai- bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layer. Alat- alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama alat bantu mengajar.
Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.
Terdapat beberapa jenis resos yang guru boleh gunakan untuk sesi pembelajaran dan pembelajaran berjalan. Antara jenis resos yang boleh digunakan adalah Alat bantu mengajar (resos) mengajar bukan elektronik. Apa yang dikatakan dengan resos bukan elektronik adalah Papan hitam atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan buletin, fail tegak dan bahan bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta, grafik, papan pengajaran (yang mudah alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patong dan diorama (satu rekabentuk gabungan bahan-bahan nyata, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi).
Resos bukan elektronik ini sering digunakan kerana resos ini berbentuk maujud dan mudah dibuat dan murid akan lebih tertarik dengan resos yang berbentuk maujud kerana mereka boleh pegang sendiri dan merasa sendiri resos tersebut dengan tangan mereka sendiri. Selain itu, cara membuat resos ini juga perlu kreatif dan pemilihan warna sangat penting seperti kombinasi warna yang ceria tetapi tidak terlalu serabut.
Selain resos bukan elektronik, terdapat juga resos elektronik yang digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Seperti yang sedia maklum, dunia kini kian berpesat dengan teknologi yang serba canggih. Oleh itu pengetahuan guru tentang teknologi perlu seiiring dengan peredaran masa. Seseorang guru dikehendaki sekurang-kurangnya mengetahui aplikasi dan software asas komputer untuk membuat resos berasaskan teknologi. Sebagai contoh Overhead projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang atau filem jalur dan komputer. Software yang paling mudah dipelajari adalah software Microsoft. Guru perlu bijak menggunakn perisian tersebut.
Hal ini demikian kerana terdapat banyak aplikasi dalam perisian yang sangat bermanfaat yang boleh digunakan dalam Microsoft, Apabila menggunakan elektronik , guru boleh menyelitkan bunyi-bunyian yang menarik untuk mendapat perhatian murid atau video yang berkaitan dengan pembelajaran agar murid dapat merasakan sesuatu yang baru dalam pembelajaran seharian.
Bukan itu sahaja, penggunaan resos elektronik memudahkan guru kerana teknologi yang digunakan hanya dihujung jari sahaja, malah lebih jimat penggunaan kertas dan lebih cepat untuk dibuat. Selain itu, dengan penggunaan elektronik guru juga boleh menjadikan resos tersebut sebagai resos yang berinteraktif dimana terdapat interaksi dua hala iaitu murid-murid memberi maklum balas pada resos yang dicipta oleh guru. Oleh itu, kelas akan menjadi lebih kondusif dan lebih ceria dengan berlakunya interaksi dua hala di dalam kelas.
Selain daripada resos bukan elektronik dan resos elektronik, terdapat satu lagi jenis resos yang boleh digunakan oleh guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran agar berjalan lebih lancar dan memberi manfaat. Jenis resos tersebut resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Apa yang dikatakan dengan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran dan alat sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai realia iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: benda bukan hidup, benda buatan, tumbuh-tumbuhan dan benda hidup.
Sebagai contoh, matapelajaran matematik juga memerlukan lakonon sebagai resos iaitu simulasi penggunaan wang semasa membeli-belah dan sebagainya. Hal ini sangat penting kerana resos yang seperti ini memerlukan murid untuk terlibat secara keseluruhan dan secara tidak langsung murid akan lebih memahami kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, pameran juga boleh dijalankan. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan minggu matematik. Pada minggu itu, pelbagai info tentang matematik boleh diketengahkan sebagai contoh pameran bentuk-bentuk yang dipelajari dalam matematik, kepelbagaian bacaan ukuran, timbangan dan panjang.
Penggunaan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar walaupun tidak digunakan secara berkala kerana resos seperti ini memakan masa sedikit, namun impak dan manfaat yang dapat diperoleh oleh murid sangat banyak dan memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran murid tersebut
Terdapat banyak kepentingan yang dapat diperolehi untuk menghasilkan resos yang baik untuk proses pembelajaran dan pembelajaran. Salah satu kepentingan yang jelas diperolehi semasa menggunakan resos adalah Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar. Klien seseorang guru merupakan murid sekolah rendah yang umurnya dalam lingkungan 7-12 tahun.
Oleh itu, seseorang guru itu perlu kreatif untuk mencipta resos yang menarik, berguna dan memberi manfaat kepada murid untuk murid tersebut dapat menguasai konsep sesuatu pelajaran. Bukan itu sahaja, guru yang hebat juga perlu menyesuaikan resos tersebut dengan tahap pemikiran murid agar murid dapat mengikuti pelajaran dengan lancar.
Apabila seseorang guru tersebut mencipta resos, guru tersebut perlu menggunakan warna-warna yang terang dan menarik untuk menarik murid agar tertarik dengan sesi Pembelajaran dan Pengajaran. Setiap warna memberi makna yang berlainan, apabila guru menggunakan warna yang ceria dan terang, murid akan lebih terangsang dan bersemangat berbanding penggunaan warna yang gelap dan malap akan membuatkan murid lesu dan tidak berminat dengan pembelajaran yang guru sedang mengajar.
Seterusnya kepentingan yang dapat dilihat adalah Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. Apa yang dikatakan dengan mengjasilkan pembelajaran yang lebih kekal adalah, kita sering didedahkan dengan pepatah dari Confucius bahawa i hear i forget i see i remember i do i understand. Pepatah ini sangat sesuai dengan situasi penggunaan resos semasa pembelajaran dan pembelajaran ini berlangsung.
Sebagai contoh jika guru menggunakan medium suara untuk memberi ilmu, murid memang akan dengar, tetapi ajaran yang diberikan tidak melekap dengan jitu di fikiran murid kerana jika hanya mendengar murid tidak boleh ingat dan memahami dengan sepenuhnya. Sekiranya guru menggunakan medium tunjukcara dengan menggunakan papan hitam dan kapur atau papan putih dan pen marker, pengajaran juga tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Kemungkinan murid hanya akan ingat tanpa memahami dengan sedalamnya tentang pelajaran yang dipelajari. Namun, jika guru yang cemerlang menggunakan resos bahan maujud, elektronik dan sebagainya untuk proses pembelajaran dan pengajaran, murid akan lebih memahami konsep pelajaran yang ingin ditekankan oleh guru.
Bukan itu sahaja, resos juga adalah merupakan salah satu alat dimana akan memberikan murid pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Resos yang berbentuk maujud akan membuat murid untuk memegang dan mencuba sendiri untuk memahami pembelajaran dengan bantuan guru dan alat itu sendiri. Kaedah kooperatif boleh digunakan semasa menggunakan resos dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kerana dari situ murid dapat berbincang dengan rakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan bahan resos yang telah disediakan oleh guru dan guru hanya sebagai fasilitator yang melihat dan membimbing murid sahaja.
Selain itu, kepentingan yang dapat dikupas semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan menggunakan resos adalah resos dapat menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Sebagai contoh, buku rujukan atau buku teks tidak dapat membantu secara menyeluruh untuk sesi PdP. Resos perlu digunakan dan penggunaan resos perlulah bersistematik dan senang diuruskan serta beragam. Hal ini demikian kerana untuk memudahkan guru dan murid menggunakan resos yang dibuat.
Penggunaan Resos sangat memberi manfaat kepada sesi pembelajaran dan pembelajaran kerana memudahkan murid untuk lebih fahami konsep. Sekiranya guru hanya mengajar secara lisan tanpa menunjuk contoh maujud pada murid, murid hanya akan faham tanpa memahami secara mendalam tentang konsep matematik. Selain itu, dengan penggunaan resos murid tersebut dapat melihat, merasa dan mengalami pengalaman sendiri untuk memahami konsep dan merasai apa yang ingin diketengehkan oleh guru untuk subjek yang diajar.
Contoh resos yang sering digunakan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran adalah cara penggunaan abacus atau lebih dikenali sebagai sempoa. Abakus dipilih kerana resos ini memberi impak yang besar kepada murid pada peringkat permulaan pembelajaran matematik. Antara kelebihan penggunaan abakus adalah dapat meningkatkan kemahiran pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid. Murid juga dapat mengira dengan pantas, meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan penglibatan semua deria utama murid ketika mengendalikan abakus.
Aktiviti yang kami telah sediakan juga bersesuaian dengan kemampuan murid tahun 2 kerana soalan, nota dan kaedah pengajaran telah kami rujuk daripada Modul Abakus Kementerian Pelajaran Malaysia. Soalan telah disusun daripada tahap pengenalan sehingga peringkat pemikiran kompleks. Ini dapat meningkatkan daya kreativiti murid dalam menyelesaikan masalah menggunakan abakus.
Selain itu, langkah pelaksanaan juga telah dirancang dengan sebaiknya. Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menerangkan kepada murid mengenai sejarah dan kepentingan penggunaan abakus dalam kehidupan harian. Seterusnya, murid akan diterangkan mengenai nilai tempah dan digit bagi sebarang nombor menggunakan abakus. Setelah menerangkan cara penggunaan abakus, murid dibahagiakan dalam kumpulan berempat kerana kami ingin membawa pendekatan pembelajaran secara kolaboratif. Kemudian, guru menunjukkan demosntrasi menggunakan abakus melibatkan 2 hingga 3 nombor.
Selain itu, dalam pembelajaran kolaboratif, guru berfungsi sebagai pemudahcara iaitu membantu dan memantau aktiviti murid. Berdasarkan aktiviti yang kami telah hasilkan, murid perlu berbincang dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas bersama demonstrasi penggunaan abakus. Melalui aktiviti ini, semua murid akan terlibat secara langsung dalam kelas hasil pembentangan rakan-rakan mereka. Penggunaan abacus perlu diterapkan dalam diri murid kerana melalui abakus murid dapat memahami konsep operasi dengan lebih baik.
Penggunaan dekak-dekak yang efisien membolehkan murid-murid membezakan nilai tempat tersebut dengan senang. Murid juga boleh membanding-beza yang mana satu nilai yang lebih besar dan lebih kecil. Bukan itu sahaja, murid juga dapat menggunakan dekak-dekak ini untuk menambah atau menolak nombor. Guru perlu menyediakan manic atau polysterene yang digunakan untuk dimasukan dalam palang dengan dua atau tiga warna yang berbeza. Hal ini demikian kerana untuk membezakan setiap nilai nombor. Secara tidak langsung pengguna warna yang pelbagai menyenangkan murid untuk membezakan dan dapat menarik minat murid untuk menumpukan dengan penuh perhatian.
Selain itu, dekak-dekak ini amat mudah dibawa oleh guru kerana ringan dan boleh dibuat mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu, cara pembuatannya juga mudah dan senang. Jika saiz yang ingin dibuat oleh itu banyak dekak-dekak yang boleh dicipta, oleh itu guru boleh menggunakan kaedah kooperatif tetapi dalam jumlah murid yang sedikit. Hal ini demikian kerana, jika jumlah murid yang sikit dalam sesuatu kumpulan, setiap murid berpeluang untuk merasai pengalaman sendiri menggunakan dekak-dekak tersebut.
Bukan itu sahaja, penggunaan dekak-dekak ini boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti guru yang mengajar. Penggunaan dekak-dekak ini hampir sama dengan penggunaan abakus atau lebih dikenali sebagai sempoa. Inovasi cara penggunaan boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih kreatif agar mendapat cara baru untuk mengajar murid-murid di sekolah.
Bukan itu sahaja, kini di sekolah-sekolah juga telah menyediakan jumlah dekak-dekak yang banyak kerana fungsi penggunaan dekak-dekak telah terbukti keberkesananya dalam subjek matematik. Bukan itu sahaja, tugas juga juga kian mudah kerana dekak-dekak yang tersedia boleh digunakan pada bila-bila masa. Penggunaan dekak-dekak juga boleh digunakan tanpa pengawasan guru secara terperinci kerana, dekak-dekak tidak membahayakan murid-murid. Dekak-dekak merupakan satu alat yang selamat digunakan untuk semua lapisan umur.
Pembelajaran dan pengajaran menggunakanbahan bantu belajar memudahkan murid-murid memahami konsep penambahan Bahan-bahan yang dapat dipegang dandilihat membolehkan murid- murid melakukan aktiviti. Seterusnya, mereka dapat mengaplikasikannya dalam pengiraan, tanpa menggunakan bahan-bahan tersebut.
Zoltan P. Dienes (1916)teori-teori pembelajarannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada bidang pendidikan matematik. Nama Dienes sinonim dengan blok Multi-asas (juga dikenalisebagai blok Dienes) yang dihasilkan untuk pengajaran nilai tempat. Pencipta bahan Aljabar dan blok logik, yang menggunakan kontemporari bahan manipulasi dalampengajaran matematik. Nilai tempat Dienes adalah unik dalam bidang pendidikan matematik kerana terdapat teori-teori tentang bagaimana struktur matematik boleh diajar. Gred awal menggunakan penjelmaan pelbagai melalui manipulatif, permainan, cerita dan tarian.
Resos lain dalam matematik yang sering digunakan adalah Blok Dienes. Blok dienes adalah salah satu alat bantuan yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi konsep penambahan, penolakan, darab, mahupun bahagi. Alat bantuan ini cukup berkesan untuk pelajar sekolah rendah, murid-murid boleh bereksperimen dan mencari sendiri konsep yang perlu dikuasai, sehingga belajar menjadi lebih menyenangkan bagi kanak-kanak. Pada umumnya adalah alatan ini mempunyai jumlah yang banyak di sekolah oleh itu, tidak semua pelajar dapat menggunakannya dengan selesa.
Blok Dienes adalah alat manipulatif digunakan oleh pelajar untuk belajar konsep-konsep asas matematik Penambahan, Penolakan, Rasa nombor, Nilai tempat, Mengira. Pelajar boleh memanipulasi blok dalam cara yangberbeza untuk menyatakan nombor dan corak. Blok 3-dimensi an dibuat bahan- bahan yang terpakai dan sebagainya.
Blok dienes apabila digunakan dengan berkesan, murid dapat membezakan kumpulan nilai tempat seperti jika nilai tempat sa, terdapat sebuah kiub, mankala jila nilai tempat pu, kiub yang terhasil adalah 10 kiub dan berbrcantum serta bentuknya menegak, jika nilai tempat ra, terdapat 10 kali ganda kiub pu iaitu 100 kiub. Oleh itu, jika murid sudah dapat mengenal pasti dengan jelas, murid akan lebih senang untuk menjalankan pergiraan.
Selain itu untuk pengajaran dalam matematik, popular dalam pengajaran matematiksekolah rendah. Guru boleh menggunakan di dalam bilik darjah dan guru-guru sebagai konsep model. Bukan itu sahaja, murid-murid dapat mengukuhkan kefahaman merekasendiri tentang konsep matematik yang ingin dipelajarinya. Selain itu, murid-murid apabila menggunakan blok dienes, mereka berpeluang untuk memanipulasi objek - satu teknik penting dalampembelajaran prinsip-prinsip asas matematik,terutama di peringkat awal perkembangan kognitif. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaanalat manipulatif berkurangan semasa merekabergerak kepada pembelajaran tinggi. Oleh itu, Dalam aktiviti ini pelajar menggunakan Dienesblok menunjukkan pemahaman nilai tempat. Mereka "membina" dan membaca nombor disamping menjadi lebih biasa dengan istilah lebih besar, lebih kecil, kurang daripada,lebihbesar daripada yang paling dekat nilai,digit tempat.
Secara jelasnya bahawa, penggunaan resos sangat membantu guru terutamanya untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid agar mereka mendapat ilmu yang sepatutnya. Selain itu, penggunaan resos ini merupakan alat yang sangat berguna jika digunkan dengan bijak untuk mengajar dan membantu melancarkan kelicinan pengajaran semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Alat ini juga sebagai satu alat perhubung yang menghubungkan dua pihak iaitu pihak guru dan murid agar lebih memahami antara satu sama lain. Selain itu, penggunaan total secara maksimum perlu digunakan untuk resos yang telah tercipta kerana dengan setiap resos yang dibuat mempunyai nilai yang tersendiri dan mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri. Struktur Pendidikan. Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia; Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan; Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas. Akses Pendidikan. Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:
pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan; penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.
Ekuiti Pendidikan. Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).
Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
Tenaga pengajar. Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi bidan terjun. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
Program PPSMI. Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang bertaraf dunia, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
Kesan globalisasi. Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.
Sahsiah Pelajar. Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
Isu-isu lain dalam sistem pendidikan. Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan; Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri; Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza; Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya; Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad; Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan; Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.
peranan sebagai seorang guru matematik di sekolah anda.
Pertama, sebelum bermulanya sesi persekolahan, seorang guru hendaklah terlebih dahulu merancang apakah aktiviti yang hendak dijalankan untuk sepanjang tahun, menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan memilih buku-buku kerja yang bersesuaian. Hal ini akan memudahkan kita menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari persekolahan. Selain daripada itu, saya juga akan memastikan murid-murid saya mempunyai alat persekolahan yang mencukupi seperti pensil, buku dan sebagainya untuk memudahkan murid mengikut sesi pembelajaran seperti dapat menyalin nota dan latihan yang diberikan. Selain daripada itu saya juga telah merancang dan melaksanakan satu aktiviti pembacaan sifir secara beramai-ramai. Ia diadakan sebelum kelas bermula dan di awasi oleh guru matematik. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memastikan murid dapat menguasai fakta sifir dan darab dengan baik. Untuk memastikan keberkesanan program ini, setiap waktu rehat saya akan memanggil beberapa orang murid untuk membaca sifir. Selain daripada itu, sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran matematik bermula, saya akan memanggil beberapa orang murid tampil di hadapan kelas untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi matematik. Murid yang dapat menyelesaikannya akan diberi ganjaran seperti tepukan tangan dan yang tidak dapat menyelesaikannya akan dibimbing untuk mencari jawapan. Semasa mengajar pula saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menyampaikan tajuk yang hendak diajar supaya murid memahami tajuk yang diajar. Kaedah yang telah saya gunakan adalah kaedah pembelajaran yang berpusatkan guru kepada kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar seperti dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Dengan adanya kaedah ini murid mudah untuk memahami apa yang diajar. Selain daripada itu saya juga mengajar dengan menggunakan benda yang konkrit dan maujud. seperti mengajar tajuk masa dan waktu iaitu saya akan menggunakan jam dinding yang betul , tajuk ukuran panjang saya akan mengajar menggunakan pembaris dan pita ukur dan sebagai. Jika kita menggunakan benda yang konkrit atau wujud, murid akan lebih mudah untuk memahami dan menguasai tajuk pelajaran. selain daripada kaedah kumpulan dan pengajaran yang melibat benda konkrit, saya juga menggunakan kaedah lakonan dan simulasi. Kaedah ini bersesuaian dengan tajuk wang. Untuk mengajar tajuk wang, saya akan membawa murid ke kantin atau koperasi sekolah untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kaedah lakonan dan simulasi. Selain daripada itu, saya akan memastikan kemahiran atau topik yang akan diajar berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Sebagai contohnya, topik dan kemahiran yang berkaitan dengan timbangan berat. Saya akan memberikan beberapa contoh yang sering dilakukan oleh murid itu sendiri. Dengan kaedah dan cara inilah yang dapat memastikan setiap murid saya memahami bagaimana menyelesaikan soalan yang berbentuk penyelesaian masalah. Bukan itu sahaja, saya juga memastikan agar murid saya dapat menukar unit dari kilogram ke gram dan sebaliknya hanya melalui pengaplikasian pengalaman sedia ada mereka dalam kehidupan seharian di dalam topik dan kemahiran yang saya ajari. Saya juga sentiasa memastikan perkembangan kognitif, psikomotor, emosi dan sosial seimbang semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan didalam kelas. Seandainya perkembangan kognitif dan psikomotor murid berjalan seiring, maka ia akan memudahkan proses pembelajaran berjalan. Dengan ini, untuk memainkan peranan sebagai seorang guru matematik yang berkesan, sesorang guru hendaklah menggunakan semua kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan didalam kelas supaya murid dapat memahami dan menguasai kemahiran matematik. Untuk latihan murid pula, saya juga telah menyediakan soalan dan latihan mengikut aras dan kebolehan murid. Untuk murid yang arasnya tinggi saya akan memberi mereka soalan yang beraras tinggi dan murid yang aras sederhana akan diberi mengikut kebolehan mereka dan saya akan membimbing mereka untuk menyelesaikan soalan dan latihan yang diberikan. Ini bertujuan untuk menguji sejauh mana kefahaman dan penguasaan murid terhadap proses pengajaran yang telah saya jalankan di dalam kelas. Selain daripada mengikut aras dan kebolehan murid, saya juga telah menyediakan latihan dan tugasan yang menggunakan intelektual dan pemikiran yang mendalam dalam menjawab sesuatu soalan berbentuk masalah, terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Kebiasaannya, soalan berbentuk ini saya berikan kepada murid yang telah menguasai dan mahir dalam sesuatu topik atau kemahiran. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan soalan berbentuk ini juga saya gunakan untuk mengajar murid daripada kumpulan sederhana dan kumpulan lemah. Sebagai seorang guru yang berkhidmat di bawah kementerian pelajaran Malaysia, kita hendaklah memastikan semua sukatan pelajaran yang disediakan oleh pihak kementerian disampaikan kepada murid mengikut aras-aras yang tertentu. Sebagai contohnya, bagi murid yang lemah penekanan diberikan kepada kemahiran yang masih belum dikuasai sepenuhnya agar murid tersebut tidak ketinggalan daripada murid yang lain. Salah satu daripada langkahnya ialah dengan memberikan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang bersesuaian dengan topik dan kemahiran yang dipelajari. Disamping itu juga, semua markah ujian yang telah di jalankan akan saya direkodkan untuk tujuan untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam sesuatu topik yang dipelajari dan sekaligus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah. Sebagai seorang ahli panitia matematik, saya juga akan memastikan saya berserta ahli panitia yang lain hadir semasa mesyuarat panitia yang diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Tujuannya untukmenyelaraskan semua aktiviti dan sekaligusmenetapkan sasaran tahunan bagi mata pelajaran ini. Selain daripada itu saya juga akan berkongsi maklumat dan info-infi terbaru yang diperolehi sama ada dari kursus atau media massa dengan guru matematik yang lain. UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB, bahasa Inggeris: UN Educational, Scientific and Cultural Organization) ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.