Anda di halaman 1dari 2

MEMBINA CINTA DALAM MENTARBIYAH ANAK

Penyair Syauqi telah bermadah:



Bukanlah anak yatim itu siapa yang ibu bapanya telah berhenti menanggung
keperitan hidup dan meninggalkannya hina dina. Bahkan si yatim itu ialah anak
yang anda dapati ada ibu yang mengabaikan-nya, ada ayah yang selalu sibuk

DASAR PENTARBIYAHAN ANAK ADALAH MEMBINA
KETERIKATAN EMOSI

Pembentukan perasaan anak adalah dasar yang mempengaruhi jiwa dan syakhsiyah
anak kemudian hari.

Ustaz Fauzil Adhim telah menulis dalam bukunya Segenggam Iman Anak Kita:

Nah, inilah yang perlu kita renungkan seraya mengingat bahawa sepeninggalan kita
nanti, di luar shadaqah jariyah dan ilmu yag bermanfaat, tak ada lagi yang dapat kita
harapkan manfaatnya selain anak-anak shalih yang mendoakannya.

Jadi, keshalihan itupun telah berlimpah manfaatnya (jika keshalihannya adalah hasil
usaha gigih ibu bapa mentarbiyahnya) meskipun mereka belum mendoakan kita.
Apa lagi jika mereka tak putus-putus berdoa memohon kasih sayang Allah Azza wa
Jalla bagi kita.

Tetapi, apakah yang menjadikan mereka sentiasa berkeinginan untuk mendoakan
kita? Apakah yang membuat mereka sentiasa mengingat kita? Kedekatan emosi.

Jika anak-anak itu tak pernah memiliki rasa rindu kepada kita, bagaimana kita
berharap mereka akan sentiasa menyebut-nyebut nama kita dalam doa mereka
sesudah kita tiada? Saat hidup saja tak dirindukan. Apa lagi jika nyawa telah
tercabut dari badan. Masalahnya, sudahkah menyemai rasa rindu di hati anak-anak
kita? Sudahkah kita memanfaatkan saat-saat berharga untuk anak kita dengan
membersamai mereka dan hadir dalam kehidupan mereka secara bermakna? Inilah
yang agaknya perlu kita periksa lebih dalam: saat berharga untuk anak kita. Apa
maknanya bagi anak?

Oleh kerana peri pentingnya membina kedekatan dan keterikatan emosi, khususnya
rasa cinta kepada terhadap anak-anak kita dan mendapat balasan cinta mereka
pula, adalah langkah awal, malah langkah terpenting dalam mentarbiyah anak-anak
kita. Inilah yang telah dijelaskan oleh Dr Hesham Al-Awadi dalam membentangkan


kaedah-kaedah pembinaan diri kanak, berpandukan kepada metod Rasulullah SAW.
Dr Hesham dalam kursusnya Children Around the Prophet menyatakan bahawa:

the Prophet Muhammad (SAWS) built the emotional block with the child
companions through love, mercy, compassion and establishing a relationship of trust
and confidence between them, such as talking to and listening to the children, wiping
his hand over their heads, kissing them, giving gifts and playing with them. Before
speaking about Islam and instructing them he spent time and effort in making
them love him and created a positive association with education by establishing
a trusting and loving relationship meeting the childs emotional needs

Terjemahannya:

Rasulullah SAW membina blok emosi dengan sahabat-sahabat cilik melalui kasih
sayang, rahmat serta belas kasihan, dan membentuk satu perhubungan saling
mempercayai antara dia dan kanak-kanak tersebut, dengan bercakap kepada
mereka dan mendengar mereka, mengusap kepala, memberikan mereka hadiah dan
bermain dengan mereka. Sebelum Rasulullah SAW mengajar mereka Islam,
Baginda telah memperuntukkan masa dan usaha untuk membangkitkan rasa cinta
dan tsiqah (rasa yakin) mereka terhadap Baginda, dan (melalui pendekatan ini)
Baginda telah memenuhi keperluan emosi kanak-kanak tersebut.

Begitu jugalah sewajarnya ibu bapa memperuntukkan masa dan daya usaha untuk
membentuk hubungan cinta dan tsiqah ini antara mereka dengan anak-anak mereka
terlebih dulu sebelum mereka mula mentarbiyah anak-anak mereka. Sekiranya tidak
wujud hubungan ini, maka bahan tarbiyah yang ingin kita tanam dalam diri anak tidak
akan mengalir kerana belum dibina jembatan untuk mengalirnya bahan-bahan itu.

Perasaan dicintai dan dikasihi akan membina hubungan yang positif dan membentuk
tsiqah anak kepada kedua ibu bapanya.

Perasaan tsiqah ini menjadi DASAR proses tarbiyah yang seterusnya yang
dilaksanakan atas diri anak.

Anda mungkin juga menyukai