Anda di halaman 1dari 1

Bulan Rajab sudah berlalu dan kini menyusul pula bulan Syaban.

Selamat datang
bulan Syaban...dan dengan izin Allah mudah-mudahan kita akan bertemu pula dengan
bulan Ramadhan, iaitu bulan yang penuh barkah dan penuh rahmat. InsyaAllah..

Tulisan pada kali ini ialah mengenai sejenis penyakit al-ain yang mungkin boleh terkena
pada diri kita atau pada orang-orang kesayangan kita. Hal ini bukanlah perkara mustahil
kerana kewujudan penyakit ini telahpun dijelaskan oleh baginda Rasulullah saw sendiri.
Tambahan pula, untuk tekena penyakit ain ini amatlah mudah...lebih-lebih lagi pada
zaman internet ini. Kepada saudara pembaca yang tidak pernah mendengar nama
penyakit ini, marilah kita sama-sama mengambil langkah berjaga-jaga.

Sedangkan subtle energy yang berada di bawah Shakti, yang berorientasi pada jagad kecil atau dalam
diri kita sendiri, antara lain Kundalini, ilmu Hikmah, ilmu Haq, Tenaga Dalam Inti, Mantera, dan
sebagainya. Biasanya untuk membangkitkan Shakti ini praktisi harus menggunakan keyakinan yang
tinggi.

Secara umumnya, ain bermaksud mata. Hal ini bermaksud, penyakit ain ialah kesan yang berlaku ke
atas seseorang individu akibat terkena panahan pandangan mata. Bukan sebarang pandangan mata
yang boleh menyebabkan penyakit tetapi pandangan mata seseorang yang memandang dengan sifat
kagum dan disertai dengan sifat dengki atau hasad dalam diri individu itu.

Dari itu, pandangan seseorang terhadap sesuatu yang dianggap menakjubkan atau menimbulkan
perasaan kagum yang disertai dengan perasaan hasad dengki boleh menyebabkan berlakunya penyakit
ain. Ini berlaku apabila individu itu mensasarkan pandangannya kepada seseorang yang dikagumi
tersebut dengan niat agar individu tersebut menderita dan sebagainya. Ada juga pendapat yang
mengatakan bahawa penyakit ain boleh berlaku daripada pandangan yang penuh dengan kekaguman
tetapi tidak disertai dengan perasaan hasad dan dengki, bahkan kemungkinan juga boleh berlaku
terhadap orang-orang yang soleh.

Anda mungkin juga menyukai